Khamis, 29 Oktober 2015

FILEM MELAYU ARAHAN PENGARAH CINA DAN JEPUN YANG TIDAK MEMATUHI AJARAN DAN AMALAN ORANG ISLAM.

…DENGAN FILEM ‘LELAKI HARAPAN DUNIA’ DIBERI PENGIKTIRAFAN DI PESTA FILEM MALAYSIA YANG LALU ADA ELEMEN TAHYUL SEMENTARA ‘NOTA’ ARAHAN PENGARAH JEPUN PULA MEMPUNYAI ELEMEN KHALWAT.
Oleh Mansor Puteh


Mungkin penerbit filem yang amat keciwa ialah David Teo yang menerbit banyak filem tetapi tahun ini dia tidak bernasib baik sebab tidak sebuah filemnya yang menang anugerah penting dalam pesta filem ini.


Dan saya juga tidak tersempak dengan dia pada malam itu. Kalau dia ada sudah pasti dia akan menarik perhatian ramai orang khususnya dari kalangan mereka yang pernah terlibat dengan filem-filemnya.

Mungkin filem-filem yang dia telah terbit sepanjang tahun lalu tidak menangkap.

Filem ‘Lelaki Harapan Dunia’ dan ‘Nota’, sepatutnya tidak diiktiraf dan diberi sokongan oleh kerajaan dan dalam pesta filem Malaysia ke-27 yang kini dikenali dengan nama Festival Filem Malaysia pula.

Dan sekarang telah diumumkan bahawa filem ‘Lelaki Harapan Dunia’ telah dipilih untuk mewakilli negara untuk anugerah Academy Awards untuk bahagian filem asing untuk bersaing dengan puluhan atau ratusan filem lain yang telah dimasukkan oleh negara masing-masing.

Keputusan tentang lima filem yang akan dicalonkan akan diketahui Januari tahun depan dengan malam anugerah Academy Awards berlangsung bulan Mac.

Jadi selagi filem ini atau mana-mana filem yang telah dimasukkan oleh negara masing-masing tidak dicalonkan, berita penghantaran mana-mana filem ke penganjur adalah berita biasa.

Sebelum ini Malaysia pernah hantar filem ‘Puteri Gunung Ledang’ tetapi ia tidak dipilih untuk pencalonan. 

Sementara itu ‘Nota’ yang dikatakan akan diedar di Amerika masih belum ada berita lanjutan tentang perkara ini; sudah pasti kalau ia berlaku penerbitnya sudah buat pengumuman.

Ini bukan isiu perkauman. Saya juga suka menonton dan menilai dan kritik filem-filem tempatan dan Melayu yang diterbit dan diarah oleh bukan-Melayu.

Tahun ini terdapat dua buah filem berjudul, ‘Lelaki Harapan Dunia’ dan ‘Nota’ yang telah diarah oleh pengarah Cina dan Jepun.

‘Lelaki Harapan Dunia’ menang filem terbaik dan pengarah terbaik’, sementara ‘Nota’ mungkin layak ke pesta filem Malaysia tahun hadapan.

Tetapi apa yang saya tidak suka ialah filem-filem ini menunjukkan nilai anti-Islam yang sepatutnya tidak berlaku.

Tidakkah ‘Lelaki Harapan Dunia’ ditarik dari pawagam dan kemudian disiar oleh Astro First? Sebabnya ialah ia mempunyai adegan yang orang Islam anggap tahyul yang menunjukkan watak bomoh.

Sementara ‘Nota’ pula mengenai watak lelaki Melayu dan wanita yang tidak pegang nilai ugama Islam; mereka bersekududukan di sebuah resort dan kemudian berkahwin.

Setelah sepuluh tahun mereka masih tidak dikurniai zuriat dan lelaki Melayu itu seorang pakar bedah kononnya yang bernama Kamal, tulis nota yang menyatakan dia mahu bunuh dirinya di tempat dia berkhalwat dengan Erin sepuluh tahun dahulu, di Hutan Bako di Sarawak.

Dan Kamal menalipon teman wanita keturunan Cina yang beritahu yang dia mengandung.

‘Nota’ sepatutnya tidak disokong oleh pihak tertentu yang memberi penerbitnya dana untuk terbit filem ini sebab ia mempunyai nilai anti-Islam; sama juga ‘Lelaki Harapan Dunia’ sepatutnya tidak diberi anugerah filem dan pengarah terbaik dalam pesta filem Malaysia ke-27 dulu sebab ia mempunyai elemen tahyul.

Saya boleh kata para juri pesta filem itu adalah orang yang bebal.

Apa sahaja yang boleh diharapkan dari penerbit dan pengarah filem Cina di Malaysia yang berminat buat filem Melayu? Tidak banyak.

Mereka bukan seperti penerbit filem Cina di Singapura yang ada sebab mahu terbit filem Melayu untuk Melayu dan bukan-Melayu yang mana telah mendapat sambutan hangat dikalangan penonton berbilang kaum.

Tetapi penerbit dan pengarah filem bukan-Melayu sekarang tidak mempunyai sebab seperti adik-beradik Shaw, Run Run dan Runme dan penerbit filem Loke Wan Tho dari Cathay-Keris, yang dapatkan bahan yang sesuai untuk penonton dulu.

Itulah sebabnya banyak filem terbitan mereka masih disenangi sehingga sekarang.

Tetapi sekarang pengarah dan penerbit bukan-Melayu tidak menunjukkan kesungguhan seperti mereka dan mereka lebih ghairah menerbit filem yang terhad penerimaanya.

Ada yang mendapat sokongan dana dari luar negara yang sudah semestinya tidak boleh faham dengan budaya tempatan yang hanya berminat untuk beri sokongan kepada mereka yang mahu buat filem yang menarik perhatian mereka tentang Melayu keliru dan tidak patuh kepada ugama.

Pada mereka inilah trend yang diminati di barat.

Tetapi berapa banyak filem yang mereka suka itu disukai di Malaysia dan juga di luar negara? Tidak adapun.

Dan banyak pengarah filem Melayu khususnya yang telah mengarah filem untuk David tidak bertahan termasuk Razak Mohaideen yang telah mengarah puluhan filem untuk syarikat David iaitu Metrowealth.

Dan pengarah dan pelakun filem serta penulis skrip yang telah diguna olehnya juga tidak nampak seperti mereka telah mendapat keuntungan dan faedah dari penglibatan mereka dalam bidang perfileman; cuma bebberapa orang pelakun sahaja yang boleh dikatakan dapat teruskan kerjaya mereka dalam bidang ini dengan yang lain hilang begitu sahaja.

Sepatutnya penglibatan pengarah dan penerbit filem Cina dan India boleh dan mesti memberi suntikan kepada perkembangan perusahaan filem kita sebab mereka ada sudut pandangan lain yang dapat tampilkan.

Tetapi ini tidak berlaku. Kenapa?

Tentu ada sesuatu yang tidak kena yang terdapat dalam pemilihan bahan oleh mereka dan mereka juga tidak menunjukkan sebarang kemesaraan dengan khalayak dan hanya mahu terbit filem dan mengarahnya.

Jurang penerimaan ini telah menyebabkan banyak filem terbitan dan arahan mereka gagal dipasaran dan tidak dapat diterima oleh penonton Melayu, khususnya untuk filem ‘Puteri Gunung Ledang’ yang besar dan megah tetapi sambutannya hambar di dalam maupun di luar negara.

Atau apakah kalau filem ini diarah oleh Melayu ia boleh disenangi oleh penonton Melayu? Mungkin.

Dan mungkin juga tidak.

Sepatutnya perusahaan filem tempatan mesti berkembangan dengan penglibatan ramai orang dan dari semua kaum di negara ini untuk ia menghasilkan pelbagai jenis filem.

Mungkin ada beberapa pengarah filem indie dari kalangan Cina yang lebih ghairah membuat filem khusus untuk pesta filem yang semestinya tidak akan diterima oleh khalayak ramai kalangan Melayu walaupun ia tentang Melayu dan menang anugerah dalam pesta filem antarabangsa.

Beberapa orang telah tonjolkan bakatnya tetapi satu-satu, mereka lenyap.

Akhirnya apa yang perlu dicari oleh pengarah dan penerbit filem adalah formula dan format yang sesuai untuk mereka boleh guna dan tarik perhatian ramai; tapi inipun bukan semestinya mereka boleh guna formula dan format sama sebab ada beberapa penerbit Melayu yang telah mendapat formula dan format yang berjaya diguna dalam satu-dua filem tetapi selepas itu hasil mereka juga tidak diterima.

Tidak seperti Hollywood yang mempunyai formula dan format sama yang mereka telah guna sebegitu lama dan masih diterima. Ia akan hanya ditolak kalau ada pengarah filem baru yang menampilkan formula dan format baharu untuk melenyapkan yang lama.


Kalau ini berlaku satu golongan pengarah filem Hollywood akan lenyap sebab mereka boleh dianggap sebagai sudah ketinggalan zaman. 

Tiada ulasan: