Jumaat, 23 Oktober 2015

PEMBANGKANG BODOH HANYA TAHU BERTINDAK DAN MELENTING BILA MASALAH SUDAH TIMBUL, BARU NAM MENEMPEK.

…INI BUKAN CARA UNTUK MEMBERSIHKAN KEADAAN…SUDAH TERLAMBAT UNTUK MELENTING DAN MENEMPEK SELEPAS MASALAH BESAR BERLAKU.
Oleh Mansor Puteh


Memang tak susah jadi parti pembangkang; mereka tidak perlu ada orang yang pandai.


Mana ada orang yang pandai sangat dalam pembangkang sejak dulu sehingga sekarang? Lim Kit Siang? Mat Sabu?

Mereka pandai apa?

Mereka tidak permah tunjukkan kepandaian mereka tentang apa-apa, dan kelayakan mereka juga tidak seberapa.

Kit Siang sudah lama dalam partinya, DAP tetapi sehingga kini kefasehannya dalam Bahasa Melayu juga tidak meningkat sejak dulu sehingga sekarang; dan cara dia berdebat juga tidak menyakinkan.

Lagipun dia sudah tua lebih tujuh-puluh tahun dan dalam masa yang tidak lama dia juga akan bersara.

Sepatutnya dia sudah lama bersara tetapi dia tidak tahu untuk buat apa selain dari menjadi pemimpin atau setiausaha agung DAP.

Kalau ada pemimpin dalam parti lain sudah meningkat usia seperti dia, sudah lama mereka diminta berundur.

Samy Vellu lebih muda dari Kit Siang; Rafidah Aziz juga lebih muda darinya tetapi MIC dan Umno sudah minta mereka bersara atau mereka sendiri yang mahu berundur sebab sudah lama kekal jawatan dalam parti dan kerajaan.

Tetapi DAP dan parti lain dalam pembangkang ada hal lain; mereka yang beria-ia mahu gantikan Barisan Nasional kononnya mereka lebih baik untuk Malaysia.

Tetapi selama ini apakah sahaja yang mereka telah sarankan? Apakah tindakan yang mereka telah ambil yang boleh tunjuk kepada rakyat dan pengundi yang mereka baik? Tidak ada.

Malah dari apa yang dapat dilihat oleh ramai, mereka hanya tahu menempek dan melenting; dan pengganti mereka juga sama dengan mereka.

DAP sebenarnya tidak ada sebab untuk wujud selain dari mahu cemuh dan kritik kerajaan; mereka sebenarnya bukan parti pembangkang tetapi pengkritik kerajaan sahaja.

Strategi mereka hanya mahu kutuk, kritik dan cemuh dan perli atau sindir. Di Singapura mereka tidak boleh wujud dan kemungkinan besar pemimpin utama mereka semua sudah disaman dan dibankerapkan dengan parti itu diharamkan.

Malah di Thailand juga kemungkinan besar parti seperti ini sudah lama diharamkan dengan pemimpinnya disingkir samasekali.

Sepatutnya, DAP harus tunjuk jalan dan turun ke padang untuk bersihkan kawasan awam dan kilang haram dan adakan kempen anti-rasuah dikalangan penyokong mereka dan menasihatkan mereka untuk jaga kebersihan dan tidak mengotorkan kawasan rumah dan perniagaan mereka.

Ada banyak restoran Melayu dan Cina atau Mamak da India yang tidak dijaga dengan betul dan dibiarkan membuat kotor dengan merampas kawasan awam di bahagian belakang kedai dan di tepid dan juga meletakkan kerusi dan meja pada tempat letak kereta.

Mana pembangkangnya? Mana wakil rakyat dan dewan undangan negeri mereka? Tidakkah mereka rasa malu kalau kawasan mereka itu kotor?

Mungkin mereka tidak mahu ambil tindakan sebab mereka kuatir pemilik restoran dan gerai itu akan singkirkan mereka.

Kalau pemimpin pembangkang ambil kisah dan bertindak terhadap pemilik restoran Cina dan lain-lain ini dan pihak berkuasa sudah pasti orang lain juga akan terasa dan tidak akan melakukan kesalahan seperti ini.

Ia bukan kesalahan besar tetapi ia mempunyai makna yang besar iaitu kalau pembangkang tidak kisah perbuatan jenayah seperti ini, sudah pasti ia akan meningkat ke paras yang lebih tinggi ke pihak berkuasa.

Dan masalah kilang haram juga pembangkan tidak kisah; kalau mereka juga ambil pot tentang perkara ini rasuah tidak akan berlaku. Pegawai polis dan JPJ juga akan berhati-hati dan takut.

Dan kalau pembangkang tidak kisah terhadap kecurangan yang berlaku diperingkat bawah ini maka masalah lebih besar boleh berlaku diperingkat atas.

Buat apa hendak melenting selepas masalah rasuah yang dikatakan telah berlaku?

Sudah terlambat.

Masalahnya ialah pemimpin pembangkang semuanya bodoh tidak tahu tadbir negara diperingkat mereka; mereka hanya tahu melenting dan menempek dan kalau dapat peluang mereka akan bersorak dan berarak. Buat apa?

Pembangkang yang baik boleh buat banyak perkara untuk membersihkan dan menguruskan masyarakat supaya mereka teratur dan dengan ini mereka juga akan pilih wakil rakyat dan dewan undangan negeri yang baik.

Malangnya pembangkang akan rugi malau masyarakat bersih dan tidak ada rasuah diperingkat bawah dan kilang haram dihapuskan, sebab kebanyakan mereka adalah orang yang sama terlibat dengan rasuah.

Pernahkah orang DAP beri nasihat kepada orang Cina dan penyokong mereka untuk tidak terlibat dengan rasuah dan jangan beri rasuah kepada orang yang memintanya?

Pernahkah DAP lancarkan kempen anti-rasuah?

Pernahkan DAP beri saranan kepada penyokongnya dan orang ramai untuk tidak beri undi kepada orang yang terlibat dengan rasuah, dan kecam orang buka kilang haram, tampal pelekat dimana-mana dan mencuri besi dimana-mana dan beri rasuah kepada pihak berkuasa?

Apa rancangan atau cadangan yang mereka ada yang telah disenaraikan di dalam manifesto pilihanraya mereka tentang perlunya masyarakat jaga kebersihan dan kalau mereka menang mereka akan pastikan semua kawasan mereka menang itu menjadi kawasan paling bersih berbanding dengan kawasan yang dikuasai oleh Barisan Nasional. Mana?

Dan apa yang mereka telah tulis dalam manifesto tentang kadar jenayah yang mereka mahu turunkan? Tidak ada.

Kalau mereka tidak pastikan jenayah dan tahab kebersihan di kawasan dan negeri yang mereka tawan itu dalam manifesto pilihanraya mereka dan pastikan yang mereka akan lakukan apa yang mereka katakan, jadi akhirnya mereka juga tidak ada cara unik dan baharu untuk menjaga tahab rasuah direndahkan sebab apa yang berlaku dikalangan masyarakat biasa dan marhaen akan memberi gambaran bahawa masalah yang lebih besar seperti rasuah yang melibatkan wang yang lebih besar dikalangan orang yang berjawatan dan berkedudukan tinggi tidak akan tercapai.

Jadi mereka mesti dipersalahkan sebab tidak berusaha untuk menangani masalah jenayah ini dengan cara menjaga keadaan dikalangan masyarakat diperingkat bawahan.

Mungkin mereka juga tidak terfikir yang masalah rasuah dan kepincangan lain berpunca dari peringkat bawah yang dibawa ke peringkat atas, sebab pemimpin parti pembangkang bukannya orang yang bijak laksana dan tahu cara yang baharu untuk dikemukakan.

Mereka akhirnya bukan pembangkangpun tetapi tidak lebih dari orang yang pandai marah, mengkritik, mencemuh dan melenting dan menempek.

Pembangkang sepatutnya membangkang dan tdak mengkritik, menghentam, mencemuh dan melenting tidak tentu pasal; mereka ada cadangan yang boleh diterima.

Tetapi ini mereka tidak melakukan; mereka hanya tahu bagaimana untuk mengalakkan orang lain sokong mereka dengan mengajak mereka turut marah dan benci.

Pembangkang seperti ini tidak laku di negara maju seperti di Amerika, United Kingdom dan di barat.

Lagipun apa sebenarnya niat pembangkang di Malaysia mahu rampas kuasa dari kerajaan yang sedia ada? Tidak ada selain dari mahu merampas kuasa sahaja.


Yang bodohnya ialah penyokong mereka. 

Tiada ulasan: