Sebuah
kritikan oleh Mansor Puteh.
Saya
baharu sahaja sempat melihat filem ‘Nota’ arahan Yasu Tanaka apabila ia diedar
dalam bentuk DVD.
Sebenarnya
ini filem yang pertama saya tulis kritikan sejak begitu lama tidak lagi
menulisnya olehsebab semua jenis filem yang saya mahu tulis sudah dibuat lama
dahulu dan sejak itu tidak ada perkembangan yang menarik untuk saya tulis
tentang filem-filem yang diterbitkan sehingga kini.
Tetapi saya mahu tulis sedikit tentang ‘Nota’ sebuah filem yang ditulis oleh Yasu dan Bea Tanaka dan diarah oleh Yasu Tanaka seorang pengarah filem keturunan Jepun yang belajar dalam bidang penulisan skrip.
Saya
rasa agak keciwa dengan filem ini; ia mirip sebuah filem pertama arahan Roman
Polanski berjudul ‘Knife in the water’ tentang sepasang suami-isteri bertemu
dengan seorang lelaki yang membawa mereka ke sebuah tasik atau sungai…
Saya
tidak sempat menonton filem ini; tetapi saya tahu ia telah dijemput ke pesta
filem Cannes yang menonjakkan nama Roman sehingga dia terkenal dan mendapat
tawaran mengarah filem di Hollywood sehinggalah jenayah yang dia telah dikata
melakukan ialah merogol seorang gadis bawah umur yang mana dia sempat melarikan
diri dari Amerika dan kini menetap di Switzerland dan tidak dihukum di Amerika.
Yasu
sudah pasti tidak akan dapat sebarang tawaran dari Hollywood
untuk mengarah filem berdasarkan filem ‘Nota’.
Dia cuma boleh rasa gembira dan lega sebab dapat peluang mengarah filem tersebut yang juga diterbitnya ihsan dari dana yang diberi oleh Finas.
Malangnya
filem ini yang saya harap boleh membuka minda saya untuk mengenali dengan lebih
dekat apa itu sinema yang mahu dan mampu ditunjuk oleh Yasu tidak berlaku.
Sebenarnya,
skrip filem ini seharusnya diperkemaskan supaya ia lebih menepati suasana dan
keadaaan sebenar di Malaysia
khsuusnya dikalangan masyarakat Melayu yang mahu dipaparkan dalam sebuah
pasangan Melayu.
Kamal,
seorang lelaki Melayu yang bekerja sebagai pakar bedah disebuah hospital telah
berkahwin selama sepuluh tahun bersama Erin .
Dan
menurut sinopsis yang dicetak di belakang sarung DVD yang disediakan dikatakan
pula bahawa kedua suami-isteri ini telah gagal mendapat zuriat walaupun telah
berkahwin sekian lama.
Dan mereka pula bercadang untuk pergi ke hutan Bako di Sarawak dimana kedua mereka telah pergi dulu dan dimana Kamal telah melamar
Dan akhirnya apa yang berlaku ialah
Saya
mendapati cerita dalam filem ini tidak sesuai mengguna watak Melayu dalam
keadaan dan dilema yang ditunjukkan.
Lagipun
pasangan Melayu, dengan lelaki seorang pakar bedah dengan isteri yang masih
jelita sedikitpun tidak menampakkan perwatakan Melayu yang berada di dalam
suasana yang digambarkan.
Seorang
lelaki Melayu pakar bedah sudah pasti akan mempunyai perwatakan seorang lebih
warak dan berugama dengan isterinya pula bertudung dan kemungkinan besar telah
berusaha untuk medapat zuriat dengan mengguna cara saintifik dan kalau gagal
sudah mendapatkan anak angkat.
Dan Erin
juga sudah pasti akan bertudung dan kedua mereka sudah pasti tidak akan pergi
bercuti di Bako berasmara dimana Kamal ketika itu masih belajar atau baharu
sahaja tamat pengajian di sekolah perubatan.
Dia
faseh berbahasa Inggeris; jadi penonton boleh agak yang dia berpendidikan.
Banyak
detail tentang perwatakan pasangan ini tidak dijelaskan dan psikologi mereka
juga kabur dan bercanggah dengan psikologi Melayu.
Dan
akhirnya Erin yang membunuh Kamal dengan begitu mudah dengan menolaknya dari
cerung, dan tidak cukup dengan itu, dia juga bunuh dengan kejam pemandu di Bako
yang dimainkan oleh Ramli Hassan yang kebetulan meninggal dunia beberapa bulan
dahulu di Melbourne, Australia.
Saya
rasa amat keciwa dengan filem ini sebab ia memberi gambaran buruk tentang psikologi
Melayu walaupun ia masih boleh diterima kalau pasangan ini dari bangsa asing
yang tidak tekankan ugama dan pegangan hidup yang kuat.
Masakan
Erin mahu bunuh suaminya semata-semata apabila dia terdengar perbualan talipon
diantara Kamal dengan kekasih Cinanya yang dikatakan mengandung. Jadi Kamal
tidak mandul. Erin yang mandul.
Dan Erin
pula akhirnya didapati bersalah dan dihumban di dalam penjara tetapi penonton
tidak tahu apa sebenarnya yang menyebabkan dia sanggup bunuh suaminya dan orang
kampung di Bako samada dia mengalami tekanan jiwa yang teramat sehinggakan
sanggup melakukan jenayah berat seperti itu yang sudah pasti mengakibatkan dia
diberi hukuman gantung.
Kamal
seorang pakar bedah Melayu, bersekudukan dengan Erin lebih sepuluh tahun dahulu
dengan Erin di tempat penganinan di Bako dan sepuluh tahun kemudian penonton
dan Erin diberitahu bahawa Kamal telah berjaya
mendapat zuriat dari perhubungannya dengan seorang wanita Cina.
Finas
sepatutnya tolak permohonan oleh Yasu untuk terbit filem ini dan tidak berinya
sebarang dana kalaulah ia filem seperti ini yang memberi gambaran buruk
terhadap pasangan Melayu.
Saya juga hairan kenapa Lembaga Penapisan Filem (LPF) luluskan penayangan filem ini dengan mengenakan sijil ‘13’.iaitu ia sesuai untuk penonton yang berumur tiga-belas tahun ke atas.
Saya
juga tidak hairan kalau skrip untuk filem ini telah dihasilkan oleh seorang
lelaki keturunan Jepun yang saya rasa tidak peka dengan keadaan sebenarnya
dikalangan orang Melayu dan psikologi mereka.
Kalau
dia tahu sudah pasti dia tidak akan menonjolkan watak-watak Melayu seperti
Kamal dan isterinya, Erin sedemikian rupa.
Tetapi kenapa Finas lulus sebuah dana khas untuk membenarkan Yasu terbit filem ini?
Tetapi kenapa Finas lulus sebuah dana khas untuk membenarkan Yasu terbit filem ini?
Kalau iapun Finas sepatutnya dapatkan orang Melayu kaji skrip ini dan beri cadangan untuk merubah perwatakan kedua mereka untuk menunjukkan watak Melayu yang lebih tepat dengan Melayu sebenarnya.
Lainlah
kalau kisah dalam filem ini sesuatu yang telah berlaku dan benar. Tetapi ia
tidak dimaklumkan sedemikian rupa; ia hanyalah rekaan semata-mata.
Mungkin
filem ini akan dapat sambutan yang lain di luar negara sebab mereka di sana tidak kenal dengan
orang Melayu dan perwatakan mereka untuk dapat bandingkan dengan keadaan
sebenarnya dan mereka mungkin juga akan tertarik dengan ceritanya, walaupun
pemikiran dalam filem ini amatlah cetek.
Pendek
kata filem ‘Nota’ sepatutnya tidak disokong oleh Finas sebab ia tidak memberi
gambaran yang baik terhadap orang Melayu dan Islam.
Ceritanya teruk. Pengarahannya boleh diterima dan fotografinya juga boleh diterima. Lakonan oleh Ramli Hassan menonjol dan dia boleh menang anugerah pelakon tambahan lelaki tebaik di pesta filem
Malangnya,
Ramli tidak akan dapat menerimanya sebab dia sudah tiada…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan