,
KEDIAMAN RASMI PERDANA MENTERI PERTAMA MALAYSIA DAN BAPA KEMERDEKAAN TUNKU
ABDUL RAHMAN – LIMA-PULUH-DUA TAHUN LALU – DAN DUA BULAN SELEPAS TUNKU
MENUBUHKAN MALAYSIA.
Oleh
Mansor Puteh
Lima-puluh-tahun
lalu dalam bulan November, 1963, Tunku Abdul Rahman, perdana menteri Malaysia
yang pertama dan Bapa Kemerdekaan yang kita semua amat kagumi dan kasihi,
baharu sahaja tubuhkan Persekutuan Malaysia pada 16 September, 1963.
Dan
tidak berapa lama kemudian, acara yang amat menggembirakan untuk Tunku
semestinya adalah acara perkahwinan yang julung-julung kali diadakan di
Residency atau Residensi, dan ia bukan untuk sepasang mempelai tetapi dua
dengan dua pasangan pengantin terdiri dari ahli kerabatnya menaikki pelamin dan
direnjis dengan tepung tawar dan wangi-wangian disaksai oleh ahli kabinet dan
pegawai kanan kerajaan dan para perwakilan asing pada masa itu.
Sudah
pasti ia adalah upacara perkahwinan yang penuh gemilang pernah diadakan di
Residensi.
Dan saya masih terkenang tentangnya, sebab sebelum persandingan kedua diadakan di Residensi, persandingan pertama telah diadakan di rumah bapa saya, Puteh bin Sulong di Bandar Melaka, diantara Syed Abdullah Barakhbah, yang merupakan anak saudara dan anak angkat Tunku bersama kakak saya, Rokiah binti Puteh.
Mereka
bertemu apabila Rokiah bekerja di pejabat kerajaan negeri Melaka dan Syed
Abdullah yang dikenal oleh ahli keluarga sebagai Bang Syed datang ke Melaka
atas tugas.
Dan
tidak lama kedua mereka berkahwin. Tetapi sebelum itu, wakil dari keluarga
Tunku, iaitu isterinya, Tun Sharifah Rodziah Barakhbah telah datang ke rumah
bapa saya untuk meminang.
Beliau
datang dengan kereta rasmi jenis Chevrolet yang lebar dan mewah yang dibawa
masuk khas dari Amerika untuk kegunaan perdana menteri dan keluarga sebab Tunku
beranggapan tidak sesuai untuk beliau mengguna kereta buatan Inggeris yang
beliau telah tumpaskan dan memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos,
1957 dahulu.
Jadi tentu sekali kehadiran kereta seperti itu yang ramai kenal adalah dari pejabat Perdana Menteri menarik perhatian orang awam yang terlihatnya menghampiri rumah bapa saya.
Dalam bulan November, upacara perkahwinan dan persandingan diadakan dengan Tunku sendiri menghadirinya.
Dan
tidak ketinggalan Ketua Menteri Melaka ketika itu, Encik Abdul Ghafar Baba
(kemudiannya Tun) turut datang bersama isternya, Puan Asmah yang rapat dengan
makcik saya sebab mereka giat dalam pergerakan wanita dan juga Wanita Umno atau
Kaum Ibu seperti yang ia dikenali dulu.
Untuk
upacara persandingan di Residensi ramai ahli keluarga saya telah ditempatkan di
kediaman rasmi tetamu negara iaitu Istana Negara, sebelum dibawa ke Residensi
untuk bersama hadirin lain.
Di sini
berlakunya upacara persandingan dua pasang mempelai; diantara Syed Abdullah
Barakhbah dan Rokiah binti Puteh dan Megat dan Sharifah Aziah, anak saudara
Tunku, yang tentu sekali membuat semua hadiran dan para jemputan rasa gembira.
Ia
adalah satu-satunya upacara perkahwinan yang pernah diadakan di Residensi…dan
selepast Tunku bersara dalam tahun 1970, bangunan Residensi yang suatu ketika
dahulu adalah rumah kediaman rasmi residen British, mahu dirobohkan.
Tapi
Tunku telah menalipon Tun Sambanthan yang masih berada dalam kabinet Tun Razak
yang setuju Residensi tidak dirobohkan dan dikekalkan sebagai rumah warisan dan
kini menjadi bahagian utama Memorial Tunku Abdul Rahman bagi memperingati jasa
tidak terhingga Tunku kepada Ugama, Bangsa dan Negara.
* * * * * * *
Tapi
kenapa agaknya, kabinet yang diketui oleh pengganti Tunku sebagai perdana
menteri iaitu Tun Razak mahu robohkan bangunan Residensi? Adakah ia untuk
tujuan melenyapkan rumah kediaman rasmi residen British atau Tunku?
Orang
tidak terfikir Tun Razak mahu berbuat demikian.
Mungkin
rumah itu kelihatan usang lebih-lebih lagi apabila keluarga Tunku telah
tinggalkannya setelah Tunku bersara dan ia dalam keadaan terbiar.
Bagaimanapun,
mujur Tunku telah mendapat sokongan dari Sambanthan untuk kekalkan bangunan ini
yang masih tersergam indah sehingga sekarang, menjadi sebahagian besar Memorial
Tunku Abdul Rahman.
Dan
berbalik kepada acara perkahwinan yang satu-satunya diadakan di Residensi, kita
boleh berkata bahawa kemungkinan perkahwinan anak perdana menteri diadakan di
Seri Perdana, rumah kediaman rasmi perdana menteri Malaysia di Putrajaya
sekarang atau Sri Pahlawan, rumah kediaman rasmi timbalannya tidak mungkin akan
berlaku.
Perkahwinan
anak perempuan perdana menteri Najib Tun Razak diadakan di Pekan, Pahang dan
perkahwinan anak timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi pula diadakan di Jakarta , Indonesia .
Jadi sehingga
kini tidak ada seorang perdana menteri yang telah mengahwinkan anak mereka di
rumah kediaman rasmi mereka, sejak yang dilakukan di Residensi lima-puluh-dua
tahun dahulu dan kemungkinan besar acara seperti ini tidak akan berulang.
Tetapi
itulah yang telah dilakukan oleh Tunku dalam tahun 1963 untuk perkahwinan Syed
Abdullah dan Rokiah dan Megat dan Sharifah Aziah dalam November yang mana boleh
dianggap sebagai perkahwinan paling gemilang untuk tahun itu, iaitu enam tahun
selepas Tunku mengiyistiharkan kemerdekaan untuk negara pada 31 Ogos, 1957.
Olehsebab
ketika itu televisyen dan juga akhbar tidak serancan seperti sekarang, maka
acara itu tidak mendapat liputan meluas; dan saya hanya dapat melihat kertan
akhbar dengan laporan kecil tentang perkahwinan itu dalam akhbar New Straits
Times; dan tentu tidak ada berita sebelum dan susulan itu seperti yang selalu
dilapor oleh media sekarang.
Malah perkahwinan
anak raja juga tidak dilakukan dengan penuh gemilang sehinggalah perkahwinan
diantara Tunku Ibrahim dan Raja Zarith Sofia dan adinda Tunku Ibrahim iaitu
Tunku Aminah dengan Tengku Abdullah dari Pahang.
Dan
acara perkahwinan kedua pasangan mempelai itu telah mendapat liputan meluas dan
mempengaruhi ramai orang biasa untuk bersaiang mahu tunjuk yang mereka juga
layak digelar ‘raja sehari’, dikalangan artis dan orang biasa yang berada.
Namun
demikian, acara perkahwinan di Residensi itu tidak keterlaluan; sekadar
gemilang dan tidak menunjukkan sebarang hasrat untuk menunjuk sekadar untuk
meraikan perkahwinan dua pasang mempelai di Residensi sahaja.
Dan ini
yang membezakan cara perkahwinan itu diadakan dengan acara perkahwinan lain
yang dianjurkan dengan penuh gemilang tetapi tidak kurang dengan tembahnya,
untuk menunjuk-nunjuk yang keluarga dan pasangan mempelai itu orang berada.
Saya
masih kecil lagi bila upacara perkahwinan Syed Abdullah dan Rokiah diadakan di
rumah bapa saya di Melaka tetapi masih ingat beberapa perkara yang berlaku
khususnya acara persandingan yang diadakan dan disertai oleh Tunku Abdul
Rahman.
Malangnya
saya tidak mempunyai kamera ketika itu jadi saya tidak dapat merakamkan
peristiwa itu dengan mengambil banyak gambar semua orang yang hadirnya untuk
disimpan sehingga kini.
EPILOG:
Saya
hanya mula berminat untuk mengambil gambar apabila saya dapat peluang untuk
menggembara ke Pulau Jawa dari Jakarta ke Ubud di Bali yang saya rakam
secukup-cukupnya yang kemudian dari itu menyebabkan saya tertarik untuk
mengambil gambar mengguna kamera jenis lama dan lebih dari itu apabila mula
mengguna kamera digital yang langsung tidak perlukan wang untuk merakam
berbanding dengan kamera digital yang perlu mengguna filem negatif yang harus diproses
dan gambar-gambar dicetak yang memerlukan banyak masa dan wang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan