Sabtu, 31 Disember 2016

HOLLYWOOD, PUSAT UTAMA HIBURAN AMERIKA



…DAN RUDOLF VALENTINO MAIN WATAK ARAB DALAM FILEM BISU ‘THE SHEIK’ DAN ‘THE SON OF SHEIK’…DAN PERPECAHAN DALAM DUNIA ISLAM.
oleh Mansor Puteh


Saya sudah beberapa kali melawat Hollywood secara santai, tetapi buat kali terakhir yang saya lakukan dalam bulan November lalu saya tergerak untuk masuk ke dalam bangunan Dolby Theatre.


Dan tidak pula sukar untuk mendapat makanan halal di sini sebab ada beberapa restoran yang menyediakan makan ini untuk orang Islam dan juga bukan-Islam, yang dibuka oleh orang Islam tempatan.

Di sinilah dimana acara kemuncak perusahaan filem di Amerika, di Hollywood dan mungkin di seluruh dunia diadakan dalam bulan Mac.

Bangunan ini tidak kelihatan tersergam. Malah pertama kali saya pergi ke sana saya tidak sedar saya berada di hadapannya sehingga seorang wakil pelancong beritahu ia adalah di hadapan saya setelah berjalan sedikit atas kaki-lima dimana bintang-bintang ‘Hollywood Walk of Fame’ diletakkan.

Malahannya saya terasa seperti berada di Jalan Chow Kit.

Bangunan Dolby Theatre bukan bangunan tersendiri; ia adalah salah sebuah bangunan yang terselit di barisan bangunan kedai-kedai.

Dan dalam Bangunan Dolby Theatre ini terdapat kedai-kedai, dengan laluan tangga dari tingkat bawah ke dewan utama Dolby Theatre yang dihiasi dengan hamparan merah dengan seluruh jalan di hadapannya ditutup apabila acara Anugerah Oscar diadakan.

Satu perkara yang menarik ialah bagaimana bintang Hollywood untuk juara tinju dunia Muhammad Ali tidak pula diletakkan di atas kaki-lima tetapi pada dinding bangunan Dolby Theatre.

Ini disebabkan Muhammad Ali tidak benarkan pihak berkenaan untuk meletakkan namanya yang juga nama Nabi Muhammad, s.a.w. untuk tidak dipijak oleh orang ramai.

Dan dewan Dolby Theatre itu sendiri tidaklah begitu besar; ia lebihkurang sama besar dengan Istana Budaya di Kuala Lumpur, tetapi dalam televisyen ia kelihatan besar.

Sebenarnya kebanyakan orang yang berpusu-pusu di Dolby Theatre dan di Mann’s Chinese Theater atau sepanjang laluan ‘Hollywood Walk of Fame’ terdiri dari pelancong asing yang kebanyakannya tidak faseh berbahasa Inggeris.

Dan kalau kita ikut rombongan dalam bas untuk ziarahi rumah-rumah pelakon Hollywood mereka tidak faham keterangan yang diberi oleh pemandu pelancongan.

Bandar Hollywood pula tidaklah begitu besar; tetapi ia rapi dan teratur dan merupakan pusat hiburan paling utama di Amerika dan mungkin dunia.

Malah ramai tidak sedar bahawa ia adalah juga merupakan pusat paling utama dan berpengaruh dari segi propaganda sehinggakan ramai orang di luar Amerika tidak sedar tentang perkara ini.

Tanpa Hollywood, kemugkinan Amerika juga tidak akan wujud di seluruh dunia, dan pengaruhnya tidak lebih dengan Negara-negara Barat lain termasuk England, Perancis dan lain-lain.

Amat menghairankan bahawa sebenarnya Hollywood bukan merupakan pusat propaganda untuk Amerika dan Barat pada zaman awalnya; ia adalah pusat hiburan yang mempunyai sikap positif terhadap Orang Arab dan Ugama Islam.  

Malah watak paling utama dan popular dalam zaman biru perusahaan filem di Amerika adalah watak Arab yang dimainkan oleh Rudolf Valentino dalam filem berjudul, ‘The Sheik’ yang diterbit dalam tahun 1921 dan ‘The Son of Sheik’ beberapa tahun kemudian susulan kejayaan filem pertamanya yang memaparkan masyarakat Arab dan Islam.

Sekarang watak Arab diprofilkan sebagai pengganas. 

Malangnya Hollywood dirampas oleh kaum Yahudi yang menggunanya untuk mengkukuhkan kedudukan mereka di Amerika dan sekaligus seluruh dunia sebelum mereka bertindak untuk rampas tanah Palestin dan terlepas dengan kecaman dan tindakan apa yang mampu diambil oleh negara Arab dan Islam yang kian berpecah dan bercakaran sesama sendiri.

Sebabnya ialah Dunia Islam tidak ada sebuah Sinema Dunia Islam untuk diguna bagi tujuan merapatkan perpaduan dan mengangkatkan semangat dan menerbit filem-filem tentang kesengsaraan orang Arab dan Islam agar ia dapat mencegah berlaku kemungkaran oleh musuhnya.

Jadi, untuk ramai orang dari Malaysia dan pelancong dari Negara Arab dan Islam lain yang beria-ia mahu berkunjung ke Hollywood dan menonton filem-filem keluarannya, harus juga sedar akan apa sebenarnya mereka hayati itu samada mereka terpengaruh dengan dakyah yang telah dibentukkan ke dalam fikiran mereka dan terpedaya dengannya tanpa sedari sebenarnya apa itu Hollywood.

Hollywood boleh melekakan; boleh mengkhayalkan dan mengasyikkan. Sebab di Hollywood bermula segala-galanya dalam bidang perfileman dan di sini juga berkembangnya bidang ini dari hiburan hingga ke propaganda; dari plot ke tema sehingga ke falsafah.   

Jadi apabila filem dari Iran berjudul ‘A Separation’ diberi anugerah Oscar untuk Filem Asing (bukan dalam bahasa Inggeris dari luar Amerika) ia bukan sesuatu yang membanggakan Negara Iran.

Sebabnya ialah watak orang tua dalam filem ini sudah jadi nyanyuk sebenarnya mahu disamakan dengan Republik Islam Iran yang dianggap sebagai ‘nyanyuk’.

Jadi akhirnya kegembiraan yang dirasai oleh orang Iran dengan kemenangan sebuah filem mereka yang membawa Oscar, akhirnya menjadi sesuatu yang tidak mahu dibangga mereka.

Mujur ada pakar filem yang telah berjaya membuat analisa yang baik dan tepat, untuk dedahkan kenapa filem ‘A Separation’ diberi anugerah Oscar itu.

* * * * * * *

Jadi takkan tidak ada sebarang yang pemimpin Dunia Islam dapat iktibar dan pengajaran dari wujudnya Hollywood dan kenapa ia mesti diperkembangkan dengan pengaruh mereka begitu meluas sekali sehinggakan Amerika boleh dianggap tidak wujud tanpa ada Hollywood.

Dan inilah yang sebenarnya berlaku kepada Dunia Islam dengan ketiadaan sebuah pusat perfileman utama yang boleh menghaslkan pelbagai karya seni dalam bidang perfileman yang mengisahkan tentang kesengsaraan rakyat Palestin dan Rohingya sebagai bahan dakyah yang kuat bagi seluruh Umat Islam dan supaya anak muda Islam tidak akan termakan dengan dakyah asing khususnya Yahudi-Zionis yang sudah lama pandai guna medium ini bukan untuk hiburan tetapi dakyah.

Kenapalah lambat sangat pemimpin Arab dan Islam lain untuk ambil tindakan bagi mengguna medium paling berkesan ini yang berlaku setiap hari dan melibatan ratusan juta orang dikalangan pembuat, pengedar, penggemar, sarjana dan khalayak penonton yang boleh memberi pulangan yang baik kepada kewujudan mereka disamping dari segi kewangan?

Dan kenapa tidak ada seorang pemikir dan pakar psikologi, ekonomi, kebudayaan dan kesenian dan ugama yang tergerak untuk menyarankan agar Dunia Islam perlu membangunkan Sinema Dunia Islam untuk merapatkan Umat Islam?

Takkan mereka tidak sedar apa yang telah dilakukan oleh Amerika dan siapa yang menguasai Hollywood dan kenapa sebuah kaum minority di negara itu yang menguasainya dan untuk apa?

Ini silapnya semua mereka tidak peka dan tidak pakar dengan apa yang telah dilakukan oleh musuh Islam selama ini sehinggakan banyak negara Arab sudah musnah olehsebab angkara musuh Islam yang masih boleh terlepas dari tindakan balas dan dari mahkamah.

Tiada ulasan: