Rabu, 15 Februari 2017

MAHATHIR TENTUNYA SALAH TENTANG PENUBUHAN SINGAPURA YANG DIKATAKAN TELAH DIBERI OLEH TEMENGGUNG JOHOR DAN BUKAN SULTAN ALI...

, YANG AKHIRNYA MENYEBABKAN JOHOR KEHILANGAN PULAU SINGAPURA SEHINGGA MENJADI SEBUAH REPUBLIK SEKARANG…
Oleh Mansor Puteh


Saya ingin membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohammad, dalam hujahnya terhadap komentar dan pesanan Sultan Ibrahim ibni Sultan Johor Darul Takzim yang disiar dalam portal bahasa Inggeris baru-baru ini, dimana Mahathir beritahu bahawa Sultan Ali tidak membenarkan Inggeris memajak (lease) Pulau Singapura kepada Inggeris, tetapi ia telah dibenarkan oleh Temenggung yang mengakibatkan Johor kehilangan pulau ini ke Inggeris akhirnya.


Mahathir telah membuat komentar tentang kenyataan yang telah dibuat terlebihdahulu oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkaitan dengan Forest City yang sedang dimajukan bersama pihak dari Negeri Cina.

Tetapi kawasan yang mahu dibangunkan untuk menjadi Forest City atau Bandar Rimba, tidak terletak dalam kawasan negeri Johor, tetapi di sebuah kawasan baharu yang terletak di dalam laut yang ditambak, yang mana apabila siap kelak akan menempatkan tujuh ratus ribu penduduk, kebanyakannya mereka dari Negeri Cina.

Ini, menurut Mahathir bererti bahawa Johor akan menyerahkan kedaulatannya kepada orang Cina di Negeri Cina.

Malangnya, apa yang didakwa oleh Mahathir sebenarnya adalah maklumat dari laporang dari Bloomberg, dan tidak dari sumber rasmi, jadi kenyataannya yang boleh membabitkan dirinya sendiri dan agensi berita antarabangsa itu.

Mengenai komen Mahathir tentang dakwaanya yang menyatakan bahawa Temenggung Johor merupakan orangnya yang telah menyebabkan Pulau Singapura dibagi kepada pihak Inggeris dan bukannya Sultan Ali, sesiapa sahaja boleh buat andaian yang beliau itu tidak buat sebarang penyelidikan tentang aspek ini dalam sejarah Johor dan ‘penubuhan’ Johor oleh Stamford Raffles pada 31 Januari, 1819.

Malangnya juga, Mahathir tidak sebut nama penuh Temenggung iaitu Temenggung Abdul Rahman dan Sultan Ali iaitu, Sultan Ali Iskandar.

Beliau tidak beri nama penuh Temenggung, iaitu Temenggung Abdul Rahman dan nama penuh Sultan Ali iaitu Sultan Ali Iskandar.

Ini membuktikan bahawa bukan semua yang dikatakan oleh Mahathir adalah betul dan tepat dan berpandukan fakta.

Saya ada menulis sebuah novel sejarah dalam bahasa Inggeris dengan judul, ‘Hussain and the story of an island…’ (Hussain dan kisah sebuah pulau…).

Jadi saya tahu sedikit-sebanyak tentang episod bagaimana pulau Singapura boleh jatuh ke tangan Inggeris dan akhirnya menjadi sebuah republik hari ini.

Sebenarnya Raffles tidak ada cadangan atau hasrat untuk menjadikan Singapura sebuah Negara baharu yang dijajah oleh Inggeris; dia hanya mahu mendapatkan kebenaran dari Sultan Hussain Shah untuk menubuhkan sebuah pusat perdagangan atau ‘trading post’ sahaja.

Untuk pengetahuan semua, Sultan Ali adalah anak sulung kepada Sultan Hussain Shah (dulunya Raja Hussain Shah dan dikenali juga dengan nama jolokan Tengku Long), yang mana Stamford Raffles, ketua Syarikat India Timur (East India Company) yang berpusat di Calcutta, India, telah memujuk, merayu dan galak baginda untuk keluar dari persembunyiannya supaya baginda boleh ditabalkan sebagai Sultan Singapura yang pertama di Padang di Singapura pada 31 Januari, 1819, dengan diberi gelaran sultan kepada negara baru itu.

Sultan Ali atau Raja Ali Iskandar, ketika itu masih belum dilahirkan lagi.

Adalah dimaklumkan bahawa Governor-General Lord Hastings di India telah melantik Yang Teramat Mulia Raja Hussain Muazzam Shah sebagai Sultan Singapura yang pertama dan semua tanah jajahanya, dengan gelaran Sultan Hussain Muazzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Mahmud pada hari ini, 31 haribulan Januari, 1819’ seperti yang diumumkan oleh seorang pegawai Inggeris pada hari itu.

(Let it be known to all men that the governor-general of India Lord Hastings has appointed his highness Raja Hussain Shah to be first Sultan of Singapore and all the territories comprised in it, with the title of Sultan Hussain Muazzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Mahmud on this day of the Thirty-first day of January, in the year of 1819, read the English officer.)

Malangnya, apabila Raffles tinggalkan Singapura setelah perkhidmatannya sebagai Ketua (Resident) Inggeris dengan diganti dengan William Farquhar, Sultan Hussain Shah tidak diberi layanan sebagai sultan seperti yang dijanjikan oleh Raffles.

Olehsebab itu Sultan Hussain Shah merajuk (to sulk) dan rasa keciwa dan ambil keputusan untuk tinggalkan Singapura.

Dan pada 5 Jun, 1834, Sultan Hussain Shah dan keluarga baginda tinggalkan Singapura dengan menaikki kapal bernama ‘Julia’ yang dipunyai oleh Sultan Kedah, untuk berlayar ke Melaka, dan tiba di sana pada 11 Jun.

Sultan Hussain menetap di Melaka tetapi mangkat tidak lama kemudian pada 5 September, 1835 pada usia 58 tahun dan digantikan oleh anak sulung baginda iaitu Tengku Ali Iskandar untuk menjadi Sultan Ali, yang hanyar berusia 15 tahun ketika itu.

Sultan Hussain Shah disemadikan di perkarangan Masjid Trengkerah di Melaka.

Sultan Hussain Shah tinggalkan empat isteri, iaitu Cik Wok binti Cik Sulaiman Chabang, Tengku Perbu binti Tengku Mamat, Che Puan Engku Bulang binti Engku Muda Ahmad and Wan Aishah or Engku Daeng Aishah binti Tun Koris.

Dan lama-kelamaan, dengan Farquhar dan Inggeris tidak mengiktiraf Sultan Ali, maka akhirnya, Singapura jadi negara jajahan Inggeris, yang mana mula membawa masuk orang Cina untuk akhirnya membuat jumlah penduduk asal keturunan Melayu menjadi kaum kecil atau minoriti. 

Pendekata, Pulau Singapura tidak diberi oleh Sultan Hussain Shah atau Temenggung Abdul Rahman kepada Inggeris, tetapi Inggeris telah menipu Sultan Hussain Shah dan Temenggung.

* * * * * * * *

Alangkah baiknya kalaulah sebuah filem tentang peistiwa ini dapat dijadikan sebuah filem untuk ditayang seluruh dunia agar ramai orang dapat tahu tentang sejarah bagaimana sebuah bencana telah melanda Sultan Hussain Shah dan orang Melayu apabila mereka telah ditipu oleh orang British untuk melepaskan tanah mereka, yang akhirnya menyebabkan pembentukan sebuah negeri begitu kecil di tengah-tengah Tenggara Asia atau Nusantara Melayu.

Dan kenapa tidak? Ia pasti mempunyai banyak elemen yang tidak terdapat di dalam banyak filem yang telah diterbit di Hollywood, dengan tema yang masih relevan sehingga ke hari ini. Ia sudah pastinya boleh mendapat sambutan di seluruh dunia, sekiranya ia diterbit dengan baik dan dipasarkan secara meluas dan berkesan.

Amatlah malang bahawa penerbit, pengarah filem dan pelakon yang ada tidak biasa dengan kisah berwarna-warni tentang kononnya penubuhan Singapura untuk mereka sedar dengan kemungkinan yang boleh dicapai.

Manalah tahu kalau ada sesiapa yang akan sedarnya dan mahu berbuat sesuatu.

Kita tidak boleh mengharapkan mana-mana pihak di Hollywood atau di England yang akan menunjukkan minat untuk terbit filem seperti ini, dan kemungkinan ada mana-mana penerbit filem di Malaysia yang berani untuk mencubanya juga sukar sebabnya ialah mereka juga tidak tahu dengan kisah ini.



Tiada ulasan: