Khamis, 23 Februari 2017

MENCIPTA PELBAGAI SEJARAH AKADEMIK DAN PERUSAHAAN FILEM MALAYSIA DAN DUNIA…YANG TIDAK DIIKTIRAF:



Menang Anugerah Akademi atau Oscar memang menjadi impian ramai pengamal filem di Malaysia dan diseluruh dunia. Ini satu impian ramai atau hamper semua pengamal filem mimpikan tetapi sehingga kini tidak seorangpun yang pernah mendekatinya.


Dulu Anugerah Nobel jadi impian tetapi dalam tahun 2013 seorang Melayu telah mendapatnya walaupun ia telah dicapai secara berkumpulan dan bukan secara persendirian.

Bilakah agaknya anak Melayu boleh mencapai kejayaan dalam bidang perfileman dan merangkul piala Oscar?

Masalahnya ialah Malaysia tidak tahu mencorak langkah untuk mengalak pengkarya filem mereka untuk berusaha mendapat Oscar.

Ada seorang ketua pengarah Finas dulu berkata filem yang mereka mahu sokong dengan memberi dana adalah dilandaskan atas harapan ia boleh menang Oscar.

Tetapi setelah dua tahun dia memegang jawatan itu, ternyata apa yang dia katakan hanya impian kosong sahaja yang tidak disusul dengan tindakan yang sewajar dilakukan.

Masalahnya ialah dia tidak pakar dalam bidang perfileman untuk tahu apakah trend yang boleh diguna untuk pengarah filem Melayu guna bagi menghasilkan filem yang mempunyai kemungkinan besar untuk setidak-tidaknya mendapat pencalonan untuk Oscar, walaupun akhirnya dia gagal mendapatnya.

Tapi seperti kata orang, kalau tidak dapat gading, buluhpun berguna juga, dan kalau ada pengarah filem Melayu dan Malaysia yang telah berjaya mendapat pengiktirafan dari pesta filem lain, ia adalah juga satu pengiktirafan.

Mansor Puteh, boleh dianggap sebagai seorang tokok yang ulung dalam bidang perfileman di Malaysia, dan mempunyai kejayaan yang jauh berbeza berbanding dengan pengarah filem Melayu seangkatan dengannya walaupun sehingga kini beliau masih belum berupaya menunjukkan ketokohannya.

Ini disebabkan bahawa sepanjang hidupnya sejak belajar dalam bidang perfileman disebuah universiti ulung di Amerika, beliau tidak dihargai, malah, disabotaj dan juga disaman dalam mahkamah.

Ramai orang tidak tahu bahawa beliau sudah lama mencipta sejarah akademik dan perusahaan filem, tetapi dalam kategori yang lain, dengan menjadi pelajar Institut Teknologi Mara (ITM - kini Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan menjadi pelajar pertama ITM mendapat tempat belajar untuk ijazah Masters of Fine Arts in Film Directing di Columbia University di Bandaraya New York, dengan pihak universiti tidak memerlukan beliau tamat, walaupun beliau kemudiannya mendapat ijazah dalam bidang Pengiklanan.

Bagaimanapun, pihak MARA telah menolak permohonan beliau untuk sebuah biasiswa atau pinjaman pelajaran dalam tahun 1977.

Sebabnya ialah pegawai MARA tidak mahu hantar anak Melayu belajar di ColumbiaUniversity yang merupakan universiti diantara terulung di Amerika dan dunia bertaraf Ivy League.

Oleh yang demikian beliau terpaksa bekerja dengan berharap untuk membuat rayuan dengan MARA.

Mansor membuat latihan amali di Utusan dalam tahun 1976 dan di sinilah di mana beliau bekerja, selama 13 hari dan13 bulan, dan dalam masa itu telah membuat rayuan dengan MARA yang akhirnya beri beliau sebuah pinjaman pelajaran sebanyak RM40,000 yang ketika itu sebuah jumlah yang besar, walaupun jumlah akhirnya menjadi RM80,000.

Ini disebabkan beliau terpaksa sambung pelajaran selama tiga tahun dari dua tahun, sebab mengalami penyakit tumor di kaki kiri yang memerlukan beliau dibedah tiga kali di dua buah hospital di Bandaraya New York yang menelan belanja US$80,000 yang mana telah dibayar dengan insurans universiti.

Ia adalah sebuah jumlah yang begitu besar, sebab US$80,000 itu boleh membenarkan seseorang beli rumah banglo yang sekarang ini boleh bernilai RM2 juta.

Dan dengan menjadi pelajar diperingkat Masters of Fine Arts in Film Directing, beliau mencipta sejarah perusahaan filem menjadi pengarah filem Melayu dan Malaysia yang pertama belajar disebuah universiti terkemuka di Amerika.

Mansor boleh mencipta sejarah perusahaan filem dunia, kalau beliau dapat peluang menerbit dan mengarah sebuah filem berjudul, 'Malaysian Snow' yang mana penggambaran dibuat di 50 (ya, lima-puluh) buah negara.

Mungkinkah beliau akan menjadi pengarah filem Melayu dan Malaysia mendapat pencalonan untuk Oscar untuk filem ini?

Tentu sekali sebagai sarjana filem dan pengkritik filem Malaysia yang terulung serta latarbelakang formal beliau dalam bidang perfileman, beliau sudah membuat perhitungan untuk membolehkan kemungkinan ini berlaku.

Lagipun siapakah sahaja dalam perusahaan filem di Malaysia yang boleh kita harapkan untuk menang anugerah Oscar sekarang? Kalau ada, tentu ia sudah dicapai.

Dan beliau juga akan mencipta sebuah rekod dalam buku Guiness Book of World Records, kalau 60 (ya, enam-puluh) judul buku yang beliau sudah siap dan susun dengan rekabentuk rekaan beliau sendiri, dapat diterbit dalam sebuah edisi rekod dunia, seperti The Malaysia World Record Edition, dalam berbagai genre dan kebanyakannya novel, yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Beliau baharu sahaja menderma darah 471 kali dan ini mungkin sebuah rekod dunia lain iaitu pengarah filem yang telah menderma darah paling banyak seluruh dunia, dan masih menderma setiap bulan walaupun sebelum ini beliau menderma setiap dua minggu.

Mansor mula menderma darah sejak dalam Tingkatan Enam, disebuah sekolah swasta di Petaling Jaya, dimana beliau telah datang dari Melaka dimana beliau berasal dan belajar di St. Francis' Institution (SFI) dari Darjah Satu hingga Tingkatan Lima.

Dan entah kenapa tiba-tiba beliau merasakan mahu jadi seorang pengarah filem. Dan untuk permulaan beliau kerap menonton filem yang ditayang di pawagam di Melaka khususnya di Sun dimana ada tayangan murah atau ‘cheap matinee’ dengan harga tiket hanya empat-puluh sen sahaja.

Ia adalah filem lama yang sudah ditayang di pawagam lain seperti Rex, Federal dan lain-lain dalam pawagam dalam rangkaian Shaw Brothers.

Beliau juga biasa menonton filem di pawagam Rex, Federal dan Lido atau Capitol dan Cathay dalam rangkaian pawagam Cathay.

Ketika itu, pawagam Lido dan Cathay dan Capitol yang menayangkan filem-filem Melayu yang diterbit oleh Studio Jalan Ampas dan Cathay-Keris di Singapura sebelum ia ditutup dan diganti dengan Studio Merdeka di Hulu Kelang, Selangor.

Beliau tidak ada minat untuk terus masuk dalam bidang perfileman tetapi mahu lanjutkan pelajaran secara formal disebuah universiti di Amerika.

Tetapi ia tidak mungkin tercapai, sebab kelayaka yang mereka perlukan amat tinggi dan kadar kewangannya juga besar.

Beliau terpaksa masuk ke Tingkatan Enam disebuah sekolah swasta di Jalan Barat, Petaling Jaya dan kemudian di Kajian Sebaran Am, Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dikenali dengan nama Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shahalam.

Dan semasa semester akhir dalam tahun 1977, beliau berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran diperingkat Masters of Fine Arts in Film Directing di Columbia University di Bandaraya New York.

Namun beliau tidak dapat menerimanya olehsebab MARA tolak permohonannya untuk sebuah biasiswa atau pinjaman pelajaran.

Oleh yang demikian setelah tamat pengajian di ITM beliau terpaksa bekerja sebagai wartawan di Utusan Melayu dan semasa di situ beliau buat rayuan dengan MARA yang meluluskan sebuah pinjaman pelajaran.

Maka beliaupun pergi ke Columbia University dalam bulan September, 1978 sehingga Februari 1982 apabila beliau kembali ke tanahair untuk cuba mecorakkan kerjayanya dalam bidang perfileman, tetapi gagal sebab perusahaan filem lesu dan hamper tidak wujud.

Beliau mencorakkan nama sebagai pengkritik filem dan menulis rencana kembara dan lain-lain dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

* * * * * * *

Pada 23 Februari ini beliau akan ke Negeri Cina dan Amerika dimana beliau akan ke Hollywood untuk menyaksi Malam Anugerah Akademi atau Oscar dari luar.




Tiada ulasan: