Isnin, 10 April 2017

HOLLYWOOD, FINAS 2.0…WISMA PUTRA DAN PERHUBUNGAN DIANTARA NEGARA ISLAM DENGAN BARAT…

Oleh Mansor Puteh


Tentu ramai tidak tahu perhubungannya diantara filem dan Dunia Islam dan bagaimana Barat atau Zionis-Yahudi telah menggunanya untuk mendapat faedah yang tidak terhingga nilainya, sehinggakan Dunia dan Umat Islam parah dengan gejolak politik antarabangsa yang tidak dapat diselesaikan.


Malah keadaan dibanyak negara Arab sekarang telah menjadi lebih teruk berbanding dengan dahulu, dan yang anihnya ialah tidak seorangpun pemimpin Arab dan Islam lain tahu cara untuk mengatasinya dan apa yang telah menyebabkan negara mereka parah dan lumpuh dan hancur sekarang.

Dan tentu orang rasa enak bercakap tentang filem Hollywood dan tonton acara Malam Oscar yang diadakan di Hollywood setiap tahun; dan untuk mereka yang terlibat dalam bidang perfileman tentu ramai yang berangan-angan untuk dapat pencalonan dan menang Oscar.

Tetapi tidak ramai sedar apa sebenarnya Hollywood dan apa yang mereka telah lakukan dengan penerbitan filem-filem mereka yang diedar ke seluruh dunia.

Dan tidak ada sebuah sekolah filem yang mengajar tentang Hollywood dan muslihat yang mereka lakukan sehingga kini dan kita semua menjadi baruah mereka.

Memang asyik kalau kita bercakap tentang kejayaan orang lain menang Oscar dan melihat dari jauh mereka naik di atas pentas di Dewan Dolby Theatre di Hollywood setelah nama mereka dipanggil dan mereka memakai pakaian khas.

Dan ramai juga asyik bercakap tentang Hollywood, tanpa sedar bagaimana ia diwujudkan dan diperkembangkan dan dipergunakan, sebagai media utama sehingga mendapat jolokan bahawa ‘Hollywood adalah sebahagian dari dasar Kementerian Luar Amerika’ (Hollywood is part of the American foreign policy initiative’.

Ini bermaksud, tanpa Hollywood, Amerika tidak wujud; dan kalau ada perbalahan politik dan ketenteraan, Hollywood sudah boleh mententeramkan fikiran dan tindakan negatif, dengan menteri luar atau setiausaha luar mereka hanya perlu untuk buat kenyataan umum untuk mengelak perbalahan.

Amerika sudah pandai guna Hollywood atau bidang perfileman untuk merapatkan rakyat berbilang kaum di negara dan mempromosi imej positif Amerika di seluruh dunia.

Dan dengan Hollywood dikatakan telah dikuasai oleh Zionis-Yahudi, maka tidak hairanlah kalau mereka juga telah berjaya sehingga kini untuk melakukan sebarang tindakan terhadap musuh mereka dan negara yang mereka mahu musuhi, dengan mudah tanpa mendapat sebarang tindakan balas yang kejam dari pihak musuh mereka.

Malangnya di Malaysia, bidang perfileman masih diguna tanpa sebarang sebab yang penting selain dari untuk memberi hiburan ringan kepada khalayak yang semakin kurang.

Sebabnya ialah bidang ini telah ditubuhkan dalam dekad 1930an lagi dengan penerbitan filem ‘Laila Majnun’ dalam tahun 1933 tanpa mempunyai sebarang tujuan selain untuk menghibur orang pada zaman itu.

Dan perkembangan kemudian sehingga rancaknya pertumbuhan pada dekad 1960an, ia tidak lebih satu media untuk menjaga hari penjajah Inggeris yang mahu orang Melayu khususnya leka.

Itulah sebab kenapa tidak ada watak orang Inggeris yang jahat seperti pemabuk, dan tidak ada orang yang pukul dan serang askar Inggeris.

Melayu disatukan oleh filem sehingga perusahaan filem lama berpusat di Jalan Ampas dan East Coast Roas di Singapura terkubur pertengahan dekad 1960an, dan ia tidak dapat dikejurkan lagi bila berpindah ke Studio Merdeka.

Malah dengan penubuhan Finas juga perusahaan filem Malaysia tidak dapat digerakkan, untuk bidang perfileman dapat diguna untuk tujuan merapatkan perpaduan kaum dan Bangsa Melayu khususnya.

Masalahnya ialah Finas tidak ditubuhkan dengan niat yang khusus; jadi selama sejak 1981 apabila ia ditubuhkan, perusahaan filem Malaysia lesu; dan tidak ada sesiapa yang layak mendapat pencalonan Oscar.

Finas ditubuhkan sebagai sebuah agensi di dalam kementerian penerangan dan kebudayaan. Ini merupakan tindakan yang sewajar ketika itu.

Dan tidak ada sebarang penyelidikan dibuat untuk mencari kaedah yang sebaiknya bagi tujuan membangunkan sebuah perusahaan filem yang berguna dan sehinggakan ia boleh berdikari dan beri munafaat lebih dari menghibur dan jadi punca kewangan kepada negara.

Sehingga sekarang Finas memerlukan dana setiap tahun untuk terus hidup tanpa ia memberi sebarang dana balik kepada Kementerian Kewangan.

Tetapi bidang perfileman tidak hanya melibatkan penerangan dan kebudayaan dan kesusasteraan dan sejarah.

Lebih dari itu, ia melibatkan bidang pendidikan, jabatan ugama, belia dan sebagainya.

Jadi sudah tiba masanya untuk Finas dijadikan sebuah agensi tersendiri seperti Hollywood yang tidak memerlukan sebarang dana dari Perbendarahaan Amerika.  

Dan lebih baik lagi kalau ia dipengaruhi oleh Wisma Putra supaya bidang perfileman dapat dijadikan usaha untuk menaikkan imej negara di Wilayah Asean dan Dunia Islam dan Dunia seluruhnya.

Kalau Finas 2.0 dapat dibangunkan dari Finas asal yang tidak ke mana, satu hari nanti imej Malaysia akan menjadi negara ulung di Asean, Dunia Islam dan Dunia amnya, sehingga menjadi pesaing sengit kepada Hollywood sendiri.

Dan ini bermakna semua perbalahan dan isiu politik yang rumit khususnya Palestin dan Rohingya dapat diselesaikan dengan begitu mudah dengan setiap isiu berbangkit dapat dijadikan filem yang disiar di seluruh Dunia Islam yang tidak mungkin dapat diterbit oleh Hollywood sendiri khususnya kekejaman yang Zionis-Yahudi lakukan selama ini.   

Sehingga ke hari ini tidak seorang menteri luar dan pegawai Wisma Putra yang pernah bercakap tentang perlunya untuk Malaysia mengguna filem sebagai usaha untuk merapatkan perhubungan diantara negara-negara Islam dan dengan barat.

Mereka semua anggap bidang ini khusus untuk kementerian lain seperti penerangan dan kebudayaan.

Tetapi ia benar pada masa suatu ketika dahulu dan bukan lagi sekarang dan bidang perfileman bukan untuk hiburan tetapi lebih dari itu.

Jadi sudah tiba masanya untuk kerajaan dan Wisma Putra ambil kisah dan fakir semasak-masaknya tentang perkara ini supaya perusahaan perfileman yang sedia ada yang tidak ke mana akan dapat diperkembangkan skop dan pengaruhnya.

Dan kenapa pula Umat Islam mesti jadi hamba kepada barat yang menentukan segala-galanya sehinggakan sekarangpun semua pemimpin Arab dan Islam tidak dapat menangkis dakyah barat atau Zionis sehinggakan banyak negara Arab hancur semata-mata untuk mereka jaga kepentingan Zionis di Amerika dan di Israel yang sudah lama menaklukki bumi Palestin?

Tentu ada caranya yang mereka sudah guna selama ini yang berkesan untuk membenarkan mereka untuk mengambil sebarang tindakan tanpa mereka kuatir dan takut akan kesan sampingannya.

Dan sehingga kini tidak ada seseorangpun di Dunia Islam yang tahu apakah cara yang mereka telah melakukannya.

Sekarang sudah ada dan sekarang perlu kita ambil tindakan bukan secara mengguna kekerasan dan ketenteraan atau politik tetapi secara halus dan lembut dengan mengguna media dan sinema.

Sudah tiba masanya sesuatu yang terdesak atau drastik harus dilakukan oleh Dunia Islam untuk mendatangkan faedah untuk Ummah.
a tidak menang, tetapi apa yang dia telah melakukan itu boleh dianggap sebagai satu pencapaian untuk dia, perusahaan filem dan negara.


Tetapi adalah menjadi suatu kebanggan lebih besar kalau dia menang Oscar buat pertamakali untuk negara.

Maknanya bukan sedikit; ia melebihi menang pingat emas dalam Sokan Olimpik, yang mana pemenangnya akan diberi wang pencen sebanyak lima ribu sebulan disamping wang hadiah sebanyak setengah juta ringgit.


Setakat ini kerajaan belum buat sebarang pengumuman tentang jumlah wang hadiah dan samada pemenang Oscar juga akan diberi wang pencen setiap bulan sebanyak lima ribu ringgit sepanjang hayatnya.  

1 ulasan:

Elah bali berkata...

Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya Ela dri Bali seorang TKI DI MALAYSIA. pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang sempat saya putus asah,gaji pun selalu di kirim ke indo untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak,kebetulan teman saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH MANGKUBONO.katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL..dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH MANGKUBONO.karna saya pikir tidak ada salahnya kita coba,dan saya minta angka bocoran MALAYSIA..angka yang di berikan MBAH MANGKUBONO 6D TOTO syukur alahamdulillah ternyata betul-betul tembus 100%,bagi saudara-saudara di indo maupun di luar negeri,apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asa beliau bisa membantu meringankan masalah anda,dengan meritualkan angka togel ghoib,SINGAPURA/HONGKONG/MALAYSIA DAN LAIN-LAINNYA 2D,3D,4D,5D, atau 6D yang betul-betul tembus,hubungi AKI MANGKUBONO di nomor hp: (+6285203333887ATAU