Oleh
Mansor Puteh
Filem
Hollywood tahun 1980an berjudul ‘Flashdance’ diminati ramai. Filem Bollywood
yang diedar tahun ini 2017, ‘Dangal’ terbitan Aamir Productions dibintangi oleh
Aamir Khan, diminati di Negeri Cina dan diedar oleh Disney, dikatakan telah
berjaya mengutip US$300 juta.
Sebaliknya
filem ‘Hijabsta Balet’ arahan Syed Zul Tojo, gagal di pawagam. Ia dikatakan
sebuah filem yang mendapat ‘dana penyelidikan’ bererti ia dibuat khusus untuk
pengarahnya guna untuk membuat penyelidikan tentang selera penonton.
Dan
setiap kali filem ini ditayang kepada kumpulan sasaran, terdiri dari anak muda,
ia mendapat reaksi yang baik; dan ini membuat penerbit dan pengarahnya rasa
yakin yang filem ini akan mendapat sambutan luarbiasa bila ia ditayang di
pawagam seluruh negara.
Yang
membuat mereka rasa teruja ialah apabila akhbar Cina yang jarang atau tidak
pernah beri sebarang publisiti kepada filem Melayu, berinya publisiti luas.
Malangnya,
bukan sahaja penonton Cina tidak berduyun ke pawagam untuk menonton filem ini,
malah penonton Melayu juga elaknya.
Dan anak
muda yang dikatakan gemar filem ini semasa tayangan khas dan adakan juga tidak
tonton filem ini.
Mana silapnya?
Ketiga-tiga
filem ‘Flashdance’, ‘Dangal’ dan ‘Hijabsta Balet’ mempunyai tema yang sama,
tetapi kedua filem awal mendapat sambutan dikalangan penonton dimana ia telah
ditayangkan; berbanding dengan filem ketiga dari Malaysia itu yang gagal di pasaran
sendiri.
Ia gagal
teruk, bukan gagal biasa. Dan ini sudah pasti akan membuat pengarahnya terasa
bahawa semua anggapan yang dia ada adalah salah; dan semua penyelidikan yang
dia telah buat dengan senyap kepada kumpulan sasaran adalah salah.
Mereka
hanya salahkan publisiti yang kurang.
Kalau
inilah masalah kenapa filem ini gagal kenapa mereka tidak dapat maklumat ini
semasa mereka buat penyelidikan dahulu?
Mungkin
mereka rasa begitu yakin dengan cara mereka membuat penyelidikan yang kelihatan
hebat tetapi ternyata tidak mendatangkan kesan di pawagam.
‘Flashdance’
dibuat semula tetapi sambutan terhadap filem kedua ini kurang.
Dan ‘Dangal’ yang merupakan sebuah filem dalam bahasa Hindustan dengan semua pelakun utama dari
Sebaliknya,
filem ini tidak mendapat sambutan di Malaysia ,
sama seperti semua filem Hindustan lain, tidak seperti dahulu bila semua filem Hindustan mendapat sambutan hebat dikalangan orang
Melayu.
Tetapi
ia berlaku semasa perusahaan filem Melayu lesu dan Sinema Melayu Lama berpusat
di Singapura sudah lemah dan runtuh.
Kejayaan
filem ‘Dangal’ adalah satu kelebihan dan keajaiban di Negeri Cina and Amerika
yang sebelum ini dapat terima sebuah filem lain dari India dalam genre fantasi.
Tetapi
apakah ini menandakan bahawa penonton di negara itu sudah terbuka untuk terima
filem-filem terbitan dari India
dan mungkin juga dari Malaysia
kalau ada filem yang diterbitkan yang boleh menarik perhatian mereka?
Tidak
ada usaha yang berani telah dibuat oleh mana-mana pengarah filem Melayu yang
telah berjaya membawa mereka ke tahab itu.
Malah
pengarah filem Cina yang telah menerbit beberapa buat filem Cina-Malaysia yang
ada mendapat sambutan hebat di Malaysia ,
tetapi masih gagal di pasaran di negara-negara Cina lain termasuk di Singapura.
Saya
tidak yakin dan tidak tahu samada Aamir Khan telah membuat pengajian terhadap
selera penonton di India dan
di Negeri Cina, sebelum membuat filem ‘Dangal’ yang akhirnya mendapat menarik
perhatian Disney, sebuah pengedar filem besar di Amerika atau Hollywood .
Tetapi
filem ini mencipta sejarah dan rekod dengan jumlah kutipan sebanyak US$300 juta
sehingga kini yang luarbiasa dan terletak ditahan ketiga-puluh filem yang telah
berjaya mendapat kutipan terbanyak di Amerika dan dunia sehingga kini.
‘Flashdance’
ada ruang dan khalayak mereka sendiri di kalangan penonton di Amerika dan
sistem dan struktur pengedaran filem yang telah direka dan diperkukuhkan oleh
Amerika menerusi pelbagai cara telah membuat filem ini turut diterima oleh
penonton di negara lain.
Tetapi
‘Dangal’ masih belum tahu kalau Disney mahu edarkannya dan penonton di Negeri
Cina mahu terimanya.
‘Hijabsta
Balet’ pula tidak ada sebarang sokongan seperti ini; dan di Malaysia
penerimaannya di kalangan penonton hanya adalah di atas anggapan pengarahnya
sendiri yang bergantung dari anggapannya dari apa yang dikatanya sebagai
penyelidikan penonton yang telah dibuat yang mana ramai atau semua yang tonton
filem ini dalam tayangan khas setuju sebagai sebuah filem yang mempunyai nilai
dan cara persembahan yang boleh diminati.
Tetapi
pada hari yang pertama, sambutannya lesu dan ini adalah petanda yang tidak baik
dan akhirnya, kutipan untuk filem ini sehingga ia ditarik dari pawagam boleh
dianggar sebagai kecil.
Sehingga
kini belum ada angka yang telah disebar oleh mereka sendiri atau Finas.
Jadi
anggapannya ialah jumlahnya kecil.
Sudah
pasti tidak akan diadakan siri kedua ‘Hijabsta Balet’ tidak sama seperti
‘Flashdance’ yang dibuat edisi baru. Dan Aamir akan terus terbit dalam tema
sama iaitu wanita yang berani untuk mencebur diri dalam bidang yang tidak
sepatutnya dia lakukan walaupun pada mulanya dia enggan terima paksaan dari
bapanya sendiri.
Dulu
Aamir terbit filem tentang orang bermain kriket yang mana telah dimasukkan
sebagai filem rasmi India
ke bahagian filem asing terbaik untuk Anugerah Akademi, tetapi dalam ‘Dangal’
atau ‘Ahli Tinju’ dia tonjolkan acara sokan lain iaitu tinju.
Saya
tidak tahu kalau pengarah filem ‘Flashdance’ dan ‘Dangal’ begitu yakin yang
filem mereka akan berjaya di pawagam, tidak sama seperti pengarah filem
‘Hijabsta Balet’ yang begitu yakin dengannya.
Saya tulis tentang kenapa saya akan elak dari menonton filem ini sebelum ia diedarkan lagi dan yakin ia tidak akan mendapat sambutan.
Ternyata saya betul seperti yang telah terbukti pada hari pertama filem ini diedarkan awal bulan Ogos.
Dan saya
juga ada tulis dengan mengatakan bahawa semua filem yang bakal diedar sehingga
hujung tahun akan mendapat nasib malang .
Sehingga
kini saya benar untuk filem yang sekarang ditayangkan iaitu ‘The Malay
Regiment’, dan yang akan menyusul ada beberapa judul lagi termasuk ‘Timburo:
Penunggu Rimba.’
Jadi nampaknya,
filem ‘Hijabsta Balet’ tidak berjaya melancarkan kerjaya Syed Zul sebagai
pengarah filem berkemampuan; dan mujur juga dia tidak berjaya mengarah sebuah
filem yang mahu dibuatnya yang berbentuk epik sejarah yang mempunyai
perbelanjaan puluhan juta ringgit, kalau tidak dia sudah pasti akan membuat
malang yang lebih besar dari yang telah dilakukan sekarang dengan filem
pertamanya.
Aamir
akan pasti terbit filem barunya tetapi orang tidak pasti bila Syed Zul akan
mengarah filemnya yang kedua…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan