Oleh Mansor bin Puteh
Jangan terkejut kalau saya
kata, kerajaan sudah memberi peruntukan RM1 bilion atau lebih sejak Perbadanan
Kemajuan Perfileman Nasional (Finas) ditubuhkan dalam tahun 1981 dahulu.
Dan adakah ini sebuah jumlah
yang kecil?
Dengan jumlah ini kerajaan
boleh bina bangunan pencakar langit, lebuhraya panjang dan lebar dan kemudahan
lain yang dengan jelas dapat dilihat dengan faedah yang memberi manfaat kepada
rakyat jelata.
Malangnya, jumlah RM1 bilion
atau lebih yang telah selama ini diuntukkan kepada Finas akhirnya langsung
tidak menunjukkan sebarang faedah. Ke mana perginya jumlah ini? Dan berapa
banyak peruntukan yang Finas perlukan untuk majukan perusahaan filem?
Apa sebabnya maka Malaysia perlu
ada sebuah perusahaan filem nasional?
Soalan-soalan asas ini tidak
pernah menjadi perhitungan bila kerajaan mula mahu tubuh Finas, olehsebab itu
penampilan Finas hanya tidak lain dari sebuah usaha pentadbirnya untuk
mempromosi nostalgia.
Dan ini dapat dilihatkan dari
Era Pertama Finas, Era Nostalgia dari 1981 hingga 2016 dari P. Ramlee hingga ke
Jins Shamsuddin.
Sekarang ini Finas dalam Era
Kedua iaitu Era Kekeliruan: Ia bermula dari seorang penerbit tidak berapa lama
tetapi bukan generasi Jalan Ampas tetapi generasi Studio Merdeka yang asyik
terbit filem-filem kekeciwaannya dengan jatidiri Melayu dan Islam yang dapat
dilihat dari jenis dan bentuk filem ‘Fake Hollywood’ yang diterbit yang mana
mendapat sokongan dari khalayak generasi muda yang turut gembira dengan nilai
‘anti-Melayu’ dan ‘anti-Islam’ yang dipupuk secara halus dalam banyak filem
yang telah diterbitkan sehingga kini.
Era Ketiga Finas boleh
bermula dengan penerbitan filem ‘Malaysian Snow’ sebuah filem luarbiasa yang
mempunyai penggambaran di lima-puluh buah negara atau lebih.
Dan era ini bakal dikuasai
oleh mereka yang ada pendidikan formal dalam bidang perfileman dari universiti
terkemuka di luar negara khususnya di Amerika dan England dan lain-lain termasuk dari
universiti tempatan.
Sebenarnya pemergian atau
kejayaan saya mendapat tempat untuk belajar dalam bidang perfileman di sebuah
universiti terkemuka di Bandaraya New
York mempunyai punca dari pengaruh Bapa Kemerdekaan,
Tunku Abdul Rahman.
November, 1963, dua bulan
selepas Tunku tubuh Malaysia, Tunku telah mengahwinkan anak saudara dan anak
angkatnya, Syed Abdullah Barakhbah kepada kakak saya, Rokiah binti Puteh dengan
acara perkahwinan diadakan di rumah bapak saya di Bandar Melaka dan di kediaman
rasmi Perdana Menteri di Residensi.
Tunku kemudian buat lawatan
ke Kanada untuk mendapat pakar teknikal di sana untuk tubuh Radio Televisyen
Malaysia (RTM) dengan Syed Abdullah turut ikut dan rombongan Tunku pergi ke
Washington DC atas jemputan Presiden Amerika ketika itu, Presiden Lyndon Baines
Johnson dan timbalannya Spiro Agnew, dimana Tunku dirai secara rasmi di White
House dengan dirai dalam sebuah jamuan makan.
Tunku kemudian bertemu dengan
Senator Richard Nixon yang kemudian jadi Presiden, adik Presiden Kennedy,
Robert Kennedy dan ramai kenamaan Amerika lain.
Dan sebaliknya Syed Abdullah
ke Kuala Lumpur
dia dan kakak saya balik ke Melaka dan saya diberi peta dan katelog syarikat
penerbangan yang mereka menaikki untuk ke Amerika dan balik, iaitu PanAm.
Dan buat pertama kali saya lihat gambar Bandaraya
Saya akhirnya mendapat tempat
di Universiti Columbia dalam tahun 1977 semasa belum tamat pengajian di Kajian
Sebaran Am, Institut Teknologi Mara (ITM) sekarang UITM – Universiti Teknologi
Mara.
Malangnya, MARA tolak
permohonan biasiswa dan saya terpaksa bekerja sebagai wartawan di Utusan
Melayu.
Pegawai MARA tidak senang
dengan adanya pelajar Mara yang berjaya dapat tempat di sebuah universiti
bertaraf Ivy League, sebab mereka tidak pandang tinggi dengan ITM ketika itu.
Di Utusan saya sempat bergaul
dengan semua menteri dalam cabinet Tun Hussein Onn dan beritahu beberapa orang
tentang masalah saya dengan MARA atau masalah MARA dengan saya. Dan akhirnya
saya diberi pinjaman pelajaran sahaja.
Dengan ini saya mencipta
sejarah ITM sebagai ‘pelajar’ pertama dan akhir mendapat tempat diperingkat
sarjana disebuah universiti Ivy League dan menjadi pengarah Melayu dan Malaysia
pertama dan akhir mendapat pendidikan dalam bidang perfileman di universiti
seperti itu.
Malangnya sepulangan saya
dari Amerika saya mendapati Finas dikuasai oleh pentadbir yang cenderong untuk
menyokong generasi lama iaitu Jalan Ampas dan sehingga kini sikap pegawai Finas
tidak berubah.
Pegawai Finas tidak sedar
bahawa kerajaan sudah beri peruntukan RM1 bilion atau lebih dan mereka tidak
tahu apa sumbangan yang Finas sudah beri kepada kerajaan.
Malagnya atau ironinya ialah
Finas boleh dianggap sebagai ‘musuh dalam selimut’, iaitu mereka menggalakkan
penerbitan filem jenis yang memupuk sikap anti-kerajaan dan anti-Islam.
Dan ini turut diusahakan oleh
RTM, dan stesen televisyen swasta lain yang ghairah galak penerbit hasilkan
drama televisyen yang mempunyai nilai seumpama ini.
Akhirnya, kerajaan merangkok
dengan kecaman dari pelbagai pihak termasuk segolongan Melayu yang terpengaruh
dari pengaruh drama televisyen dan filem Melayu yang mereka telah tonton selama
ini, lebih tiga-puluh tahun, yang memupuk sikap anti-kerajaan, anti-Melayu dan
anti-Islam.
Saya tidak yakin ada sesiapa
dalam Finas dan perusahaan filem dan dikalangan bidang psikologi mahupun
pendidikan dan sejarah yang tahu-menahu tentang perkara ini.
Dan saya tidak yakin perkara ini dapat ditimbulkan dalam perdebatan dalam Persidangan Agung Umno (PAU) sejak dahulu sehingga yang baharu berakhir.
Saya sendiri telah membuat
liputan PAU semasa bekerja dengan Utusan Melayu, yang pada tahun 1977 diadakan
di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan 1978, di Dewan Nirwana, Hotel Hilton yang
dulu.
Malangnya tahun ini saya
tidak dapat peluang untuk jadi pemerhati PAU
untuk kaji setinggi mana tahab perdebatan dan kalau ada mana-mana perwakilan
yang mahu timbulkan perkara-perkara seperti yang saya timbulkan di atas. Setahu
saya tidak ada sebab bidang ini adalah khusus dan ia perlukan kepakaran dan
pengelaman dalam sejarah pembentukan dan kemajuan Hollywood
dan pengaruh Yahudi-Zionis yang telah diserapkan ke dalamnya.
Finas dan perusahaan filem
Malaysia tidak boleh maju dan diangkatkan untuk menjadi sebuah Sinema Malaysia
yang menguntungkan sebab pegawai Finas bukan pakar dan mereka di kementerian
juga tidak pedulikan, sebab mereka tidak tahu apa peranan filem dan televisyen
terhadap pembentukan pemikiran dan sikap rakyat-jelata.
Yang merosakkan pemikiran dan
sikap rakyat-jelata adalah bidang filem. Dan kalau ini dapat dilihat dalam
Pilihanraya Umum keempat-belas atau PRU14.
Orang yang mengundi dan
menyokong pembangkan bukan sebab mereka bencikan kerajaan atau tidak bersyukur
dengan apa yang mereka dapat kecapi selama ini dari kemudahan canggih dan
terkini yang disediakan oleh kerajaan.
Tetapi mereka digalak untuk
benci kerajaan dan bangsa Melayu mereka sendiri oleh elemen-elemen yang
menghantui fikiran mereka yang dapat dilihat dari drama televisyen dan filem
yang diterbit dan disiar oleh RTM dan stesen lain dan di pawagam saban hari
sejak lebih tiga-puluh tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan