Selasa, 5 Jun 2018

BAGAIMANA RTM DAN STESEN SWASTA LAIN BANTU BARISAN NASIONAL (BN) KALAH PRU14

SELAIN DARI FAKTOR DR. MAHATHIR DAN ISIU-ISIU DAN JANJI-JANJI…DAN PERANAN USTAZ HOLLYWOOD DAN UZTAZ GLAMOR.
Oleh Mansor bin Puteh


Pilihanraya Umum ke-empat-belas (PRU14) 9Mei lalu, telah berlalu dan tidak banyak andaian telah dibuat oleh penganalisa politik.

Penganalisa politik yang begitu asyik dengan PRU14, sebelum ini sekarang sudah menjadi bisu; kebanyakan apa yang mereka katakan tentant keputusannya dan faktor yang ada yang boleh mempengaruhinya samada dalam bentuk tulisan dalam akhbar atau dalam wawancara dan temubual dalam rancangan khas di televisyen.

Dan penyokong dan pemimpin Pakatan Harapan merai kejayaan mereka dan tubuh kerajaan dengan perdana menteri Dr  Mahathir Mohammad, untuk kali kedua dan dalam usia sembilan-puluh-dua tahun.

Dan mereka fikirkan kejayaan yang mereka kecapi adalah olehsebab skandal sekitar 1MDB dan beberapa lain.

Ini mungkin telah pengaruh ramai untuk menolak Barisan Nasional (BN) tapi sikap negatif yang mereka yang dulunya sokong BN yang kini tidak lagi juga boleh berpunca dari pengaruh rancangan televisyen seperti yang telah disiar oleh RTM dan stesen lain.

Tetapi apakah ini benar? Tidak adakah faktor-faktor lain yang telah menyebabkan Pakatan menang dan Barisan Nasional (BN) kalah sehingga tumbang buat pertama kali setelah sejak 1955 mentadbir negara?

Pasti ada. Dan faktor utama atau yang paling utama yang telah menyebabkan keputusan PRU14 seperti yang telah berlaku hanya dipandang dari segi yang agak biasa.

Ada faktor lain yang akan menyebabkan ramai terkejut sebab kegagalan Barisan Nasional untuk menang sebenarnya dilakukan sendiri oleh pihak media cetak dan elektronik.

Dan ia berlaku dengan halus dan senyap, menerusi penerbitan dan penyiaran berita, rancangan drama televisyen mahupun sensasi.

(Saya tidak mahu jelaskan dengan lebih terperinci apakah sebabnya kenapa rancangan-rancangan yang disiar oleh RTM dan stesen televisyen lain telah mempengaruh pemikiran pengundi dan orang ramai yang tidak mengundi.)

Ramai sudah pasti tidak akan menyangka bahawa faktor yang lebih besar yang telah menyebabkan BN kalah ialah faktor psikologi.

BN yang kalah dan bukannya Pakatan yang menang.

Pengundi tidak mahu undi BN dan Pakatan mendapat undi mereka; pengundi tidak semestinya mahu beri undi kepada Pakatan.

Ini faktor utama kenapa BN kalah teruk dalam PRU14.

RTM dan stesen televisyen swasta lain yang memainkan peranan buat Melayu benci kerajaan (lama), Islam dan Raja-Raja dan tidak dedah kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan lama yang menyebabkan masyarakat tidak memberi penghargaan kepadanya.

Ini faktor lebih utama yang menyebabkan kerajaan lama runtuh, bukan tentang hal politik semata-mata!

Ini pandangan dari orang filem yang melihat drama televisyen Melayu dari segi psikologi dan propaganda khususnya yang selama ini disiar oleh RTM dan stesen swasta yang hampir semuanya memupuk sikap benci, marah dan perasaan tidak puas hati dan iri hati kepada penonton.

Kemajuan yang ditunjuk oleh kerajaan lama tidak diutarakan dan akhirnya siri drama televisyen hanya tertumpu kepada isiu remeh-temeh dan di lokasi dalam rumah mewah, yang semuanya memberi pandangan salah kepada ramai penonton Melayu yang akhirnya rasa keciwa sebab mereka tidak menikmati ‘kemewahaan’ yang dikecapi oleh semua Melayu dalam drama televisyen tersebut.

Drama televisyen yang saya pernah tulis dan arah, memberi penekanan terhadap pembangunan dan sikap positif; jadi akhirnya saya ditahan dan tidak dapat terus berkarya sebab pihak televisyen hanya mahu drama yang memupuk perasaan benci.

Oleh itu saya harap RTM dan stesen televisyen mesti dipupukkan dengan falsafah perfileman yang baharu yang pentingkan pemupukan nilai murni dengan penggambaran dibuat di merata tempat untuk mendedahkan ramai Melayu di luarbandar yang jarang menikmati pembangunan seperti yang terdapat di kawasan bandar yang serba ada.

Pegawai RTM dan stesen televisyen swasta sebenarnya telah memainkan peranan besar untuk menumbangkan kerajaan lama; dan kemenangan Pakatan bukan hanya dari segi politik tetapi psikologi yang telah dikusutkan oleh pendedahan rakyat kepada drama televisyen tempatan yang mereka telah tonton selama ini.

Pegawai RTM dan stesen televisyen lain tidak ada pakar dalam bidang penerbitan filem dan drama televisyen; dan mereka tidak sedar tentang faktor ini termasuk menteri KKMM dulu, maka masalah ini tidak dapat disedari dan diatasi yang akhirnya menyebabkan kerajaan lama runtuh.

Sebenarnya penyiaran drama televisyen khususnya boleh mendidikan orang ramai untuk jaga kebersihan, patuh pada undang-undang dan berhubung sesama dengan sikap yang lebih mulia dan saling bantu-membantu, yang akhirnya mengatasi semua peranan yang telah gagal dimainkan oleh USTAZ GLAMOR.

Ustaz glamour yang hanya pandai bercakap tentang perkara sama yang langsung tidak berjaya merubah sikap khalayak mereka sendiri, termasuk memberi ustaz tersebut ruang luas berceramah dalam televisyen dan di khalayak ramai yang akhirnya memberi banyak ruang untuk tonjolkan ustaz-ustaz yang bercakap serupa tetapi tidak berkesan.

Sebenarnya ini adalah peranan Hollywood selama ini yang telah menyebabkan masyarakat Amerika lebih tenteram dan patuh kepada undang-undang.

USTAZ HOLLYWOOD inilah yang telah membuat Amerika sebuah negara yang lebih tenteram, aman dan bersih dengan rakyat mereka patuh kepada undang-undang.

Ustaz Hollywoodlah yang telah mengambil peranan dari padri dan pastor ugama Kristen di Amerika untuk mengajar rakyat Amerika dengan memupuk nilai murni.

Ini berbanding dengan ustaz-ustaz di Malaysia yang masih gagal untuk berbuat sedemikian sebab mereka guna syarahan dan ceramah dan celoteh dan menceceh untuk menghibur khalayak yang terhibur, tetapi tidak lakukan apa yang disarakan oleh ustaz-ustaz tersebut.

Memang faktor Dr Mahathir yang beri ceramah dan kenyataan serta ugutan terhadap diri sendiri dan lain, juga memainkan peranan penting.

Dan ini tidak berjaya disangkal oleh Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak secara serius, ditambah pula dengan tokoh Umno yang kelihatan tersendiri dalam usaha kempen, sedangkan pihak dari parti gabungan dalam Barisan Nasional yang turut membawa keburukan kepada pencapaian keseluruhan mereka dalam PRU14.

Ini disebabkan terdapat ketua parti seperti MIC dan MCA yang berbalah sesame sendiri; dan dari parti di Sabah dan Sarawak yang membawa isiu Perjanjian Malaysia, 1963 atau ‘Malaysian Agreement of 1963’ dengan harapan mereka akan diberi lebih ganjaran kalau BN menang.

Jadi, apakah ini bermakna kalau kerajaan lama telah mengeatasi masalah mengenai penerbitan dan penyiaran drama Melayu khususnya dan tukar konsep dan falsafahnya serta jenis propaganda yang dapat diserapkan ke dalamnya, maka keputusan PRU14 tidak akan menjadi seperti apa yang telah berlaku?

Sudah pasti.

Tapi ini sudah terlambat. Lebih tiga-puluh tahun kerajaan lama mengabaikan masalah ini yang berlaku olehsebab pegawai di RTM dan stesen televisyen lain yang tidak ada kepakaran dalam bidang penerbitan drama dan rancangan lain, dan olehsebab itu mereka tidak sedar tindakan mereka telah menyebabkan kerajaan lama runtuh.


Dan kemungkinan besar juga mereka tidak akan tahu dimanakah terletak kesilapan mereka sehingga kini dan sehingga bila-bilapun, sehingga mereka pencen dan diganti dengan barisan pegawai lain yang sama tahab pemikiran dengan mereka.

Tiada ulasan: