Oleh
Mansor bin Puteh
Saya
bosan dengan acara marathon yang sering diadakan di tengah Bandaraya Kuala
Lumpur; ia memberi keseronokan kepada jumlah orang yang kecil tetapi memberi
beban dan kesusahan kepada lebih banyak orang.
Pihak
penganjur konon mahu penduduk di Bandaraya Kuala Lumpur dan seluruh rakyat
negara fakir bahawa Malaysia dan Kuala Lumpur kini setanding dengan negara dan
bandaraya utama dunia yang ada acara larian seperti itu, khususnya seperti New
York dan Tokyo dan lain-lain yang memulakan acara ini di bandaraya
masing-masing.
Tentu
ramai wargakota dan orang yang ada perlu untuk ke pusat bandaraya secara lazim
juga rasa marah dengan adanya acara larian seperti itu, yang diadakan
berturut-turut oleh bermacam pihak.
Seluruh
Kuala Lumpur, lumpuh beberapa jam sementara sekumpulan orang berlari di tengah
bandar kononnya untuk mengalak gayahidup yang sihat.
Olehsebab
itu saya nekad dan terpaksa membuat aduan polis membantahan terhadap
penganjuran Standard Chartered KL Marathon dan mana-mana acara larian dan
berbasikal di pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
Ia bukan
sesuatu yang saya gemar untuk melakukannya. Dan saya tidak yakin ada orang lain
yang sanggup atau tergerak untuk melakukannya. Nampaknya saya manusia lebih
prihatin terhadap kesangsaraan orang awam dan telah buat aduan di pejabat polis
dengan harapan agar acara seperti ini dapat diadakan di tempat laur dari pusat
bandaraya dan tidak menyusahkan orang awam.
Ya,
sayapun prihatin terhadap acara ini yang ada orang berminat untuk terlibat
tetapi ia mesti sesuatu yang tidak menganggu ketenteraman dan kegiatan orang
lain.
Soalannya
ialah: Kenapa mesti keselesaan dan kegembiraan sekumpulan kecil orang, mesti
menyusahkan masyarakat umum? Tidakkah mereka dan penganjur acara larian
marathon ini terfikir tentang perkara ini sebelum mereka ambil tindakan untuk
menganjur acara mereka yang mendapat sambutan segelintir masyarakat sahaja?
Adakah
ia hanya semata-mata mahu meniru apa yang dilakukan di bandaraya dunia yang
lebih besar maka mereka tidak memikir kesan buruk yang mereka lakukan di Kuala Lumpur ?
Pada 22
Mac, saya mahu ke Masjid India
tetapi dihalang olehsebab ada acara berlari di pusat bandaraya. Saya mahu
berjumpa dengan rakan-rakan lama saya yang sama bekerja di Utusan Malaysia dan
Utusan Melayu, di mana mereka berjumpa setiap hari Minggu untuk duduk sambil
bersembang.
Kenapa
pada waktu sarapan pula dan tidak semasa waktu makan tengahari? Sayapun rasa
hairan. Saya terpaksa bangun awal untuk ke sana
dengan memandu dan sekali saya menaikki keretapi MRT dari Bandar Tun Hussein
Onn dan ke stesen Masjid India
untuk berjalan ke restoran mamak dimana mereka berkumpul.
Saya ke
luar negara beberapa hari dan balik 5 April; dan 8 April saya mahu ke Masjid India tetapi
disekat olehsebab ada acara berlari Standard Chartered KL Marathon.
Acara
berlari di tengah pusat bandaraya dimulakan di Amerika dimana rekabentuk jalan
mereka sesuai untuk acara seperti itu seperti di Bandaraya New York dimana saya pernah menetap.
Tetapi
rekabentuk jalanraya di Kuala Lumpur
yang tidak tentu arah, tidak sesuai untuk acara seperti itu sebab ia halang
pengguna jalanraya untuk ke pusat bandar; khususnya ambulan dan kenderaan bomba
kalau ada kebakaran dan masalah kesihatan.
Siapakah
yang akan tanggung kalau ada naywa yang tidak dapat diselamatkan, kalau ada
yang memelerukan bantuan kecemasan untuk ambulan membawa mereka ke hospital dan
sebagainya, sebab beberapa jalan di pusat bandaraya Kuala Lumpur ditutup?
Kenapa
pihak polis tidak memikir tentang perkara ini bila mereka sokong acara larian
ramai atau ‘marathon’ ini diadakan dengan kerjasama mereka yang meletakkan
ramai anggota polis disepanjang jalan dimana acara ini diadakan tanpa memikir
tentang keselamatan awam?
Olehsebab
itu saya harap pihak berkenaan akan halang penganjuran acara sedemikian di
pusat bandaraya yang menyekat banyak jalan yang menyusahkan orang awam.
Acara
seperti ini sesuai diadakan di kawasan luar dari pusat bandaraya dan tak perlu
penganjur mahu meniri acara marathon seperti yang diadakan di New
York dan Tokyo
sebab bandaraya di sini tersusun.
Jadi
dengan berlakunya aduan polis yang saya telah buat itu, saya harap pihak
penganjur larian Standard Chartered dan lain-lain pihak, akan disekat dan
mereka boleh adakannya di tempat lain, seperti di stadium atau kawasan luar
dari bandaraya yang sesak dan sibuk.
Saya
telah hantar salinannya kepada penganjur acara larian ini tetapi mereka tidak
memberi sebarang jawapan; mereka sudah pasti terkejut dengan adanya laporan
polis yang saya telah buat yang mereka sudah pasti tidak menyangka sebab acara
larian yang mereka anjurkan itu sudah lama berlaku tanpa sebarang bantahan dari
pihak awam dan individu sehingga sekarang.
Mereka
sudah pasti terkejut dengan tindakan oleh saya untuk membuat aduan polis
tersebut. Kenapa tidak? Ini sudah pasti tindakan oleh individu yang pertama
diadakan sejak acara larian ini diadakan di pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
Saya
tidak tahu apakah pihak penganjur dan peserta dalam acara itu telah menimbulkan
bantahan saya apabila saya telah berdiri di tepi jalan di kawasan Kampung Baru,
dengan berkata atau bersorak dengan kuat, ‘Get off the streets, stupid
joggers!’ berulang-ulang kali atau, ‘Pergi dari jalan; kau pelari bodoh!’
Sebahagian
kecil pelari itu terdiri dari orang asing termasuk orang putih.
Mujur
anggota polis yang berada di situ untuk mengawal acara itu tidak ambil tindakan
terhadap saya. Tapi apa tindakan yang mereka boleh ambil disisi undang-undang?
Tak ada.
Seperti
yang saya telah katakana dalam artikel ini dan dalam laporang polis penganjuran
acara larian marathon ini dibuat dari contoh yang mereka dapat dari penganjuran
larian New York dan Tokyo .
Memang
mengasyikkan melihat ramai orang berlari dan bersokan di kedua buah bandaraya
utama dunia itu.
Tetapi
apa yang pihak penganjur di Kuala
Lumpur tidak sedar ialah bandaraya tersebut mempunyai
jalanraya tersusun dan walaupun ada jalan yang telah ditutup untuk acara
tersebut, orang awam masih boleh guna jalan sampingan atau lain.
Ini
tidak berlaku di Kuala Lumpur
apabila beberapa batang jalan ditutup orang tidak dapat meneruskan perjalanan
sehingga tamat acara larian. Dan ini menyukarkan pihak pemandu ambulan melalui
untuk menerima panggilan kecemasan.
Atau
pihak bomba yang mahu berkejar ke tempat berlaku kebakaran.
Saya
tidak baca dalam akhbar atau lihat dalam televisyen siapakah yang telah menang
dalam acara tersebut pada keeokan harinya.
Ini satu
kesilapan, saya fakir sekarang; sebab saya mahu tengok acara tamat dan
pemberian hadiah dan kenal siapa yang telah mendapat tempat pertama, kedua dan
ketiga dan sebagainya.
Akhir
sekali, kalau saya ditanya oleh pihak penganjur dan polis di mana tempat yang
paling sesuai acara larian ramai ini boleh diadakan tanpa menganggu
ketenteraman awam, saya akan katakana, ia adalah di luar dari kawasan bandaraya
Kuala Lumpur dimana pengunaan jalan tersebut boleh dikawal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan