Khamis, 21 Jun 2018

APALAH ADA SANGAT DENGAN CERAMAH KAZIM ELIAS TU…? USTAZ HOLLYWOOD LEBIH BERPENGARUH DARI DIA, DAN SINEMA DUNIA ISLAM.

Oleh Mansor bin Puteh


Dulu ustaz dan ustazah berceramah untuk kelompok kecil dengan cara senyap dan terpencil dengan mendapat kesan, sehinggakan orang Islam lebih patuh kepada ugama.

Ia berlaku sebelum adanya televisyen; sebelum ada radio.

Dan perkara yang dibincangkan adalah tentang sikap dan cara untuk orang menguruskan diri sendiri.

Dan untuk anak muda Islam, mereka diberi ajaran tentang ugama dalam kelas khas di sekolah.

Di luar sekolah pula, mereka disuruh belajar mengaji mukaddam dan kemudian Al-Koran, beramai-ramai oleh ustaz atau ustazah.

Tetapi sekarang, ramai ustaz dan ustazah lebih cenderong untuk beri takzirah dan ajaran tentang ugama di khalayak ramai dan dalam radio dan televisyen, yang mana jumlah penonton atau pendengaranya tidak dapat ditentukan.

Sebabnya ia tidak ada glamour.

Jumlah khalayak untuk ceramah di padang dan di bawah khemah jelas dapat dilihat tetapi kesannya masih tidak dapat dipastikan.

Sebabnya ialah orang Islam suka duduk terpatuk dengar ceramah dan takzirah ugama, sedangkan mereka melakukan hanya sekadar sebagai hiburan. Mereka tergelak dengan telatah ustaz dan ustazah.

Ia tidak lain seperti rancangan ‘Maharaja Lawak’ dalam televisyen yang memberi hiburan ringan kepada penonton yang akan lupa dengan apa yang mahu dikatakan oleh pelawak yang mempunyai sindiran dan ajaran.

Sama juga dengan ceramah dan takzirah ugama di padang dan di bawah khemah, yang hanya berkesan semasa ia berlaku, tetapi tidak menjadi amalan hidup.

Mereka yang merokok, walaupun diberitahu tentang bahaya dan buruknya menghisap rokok akan terus merokok selepas ceramah ataupun sembahyang Jumaat di masjid.

Jadi tidak hairan sejak kebelakangan ini maka muncullah ustaz dan ustazah glamour yang beri ceramah umum dengan tajuk yang adakalanya tidak masuk akal atau penting kepada umat dan khalayak yang berada di hadapan mereka.

Jadi inilah masalahnya kalau ustaz dan ustazah beri ceramah kepada jumlah khalayak yang begitu besar sebab masalah yang mereka mahu dedahkan tidak kena-mengena langsung dengan masalah ramai orang.

Dan apa yang berlaku ialah ustaz dan ustazah ini beria-ia mahu tunjuk pandai tentang ugama dengan memberi ungkapan dari Al-Koran dengan membacanya dalam Bahasa Arab yang menunjukkan betapa hebatnya mereka tentang Koran itu.

Sedangkan apa yang mereka katakan itu tidak lebih dari tafsiran mereka sendiri. Orang lain tentu ada tafsiran mereka yang lain yang boleh bercanggah dengan tafsiran mana-mana ustaz dan ustazah.

Malangnya, tidak ada seorang dari mereka yang telah bercakap tentang perkara yang lebih penting untuk umat Islam sehinggakan ia boleh merubah sikap khalayak itu sendiri, dengan serta-merta.

Sikap buruk orang Melayu khususnya di kalangan lelaki ialah merokok; dan tidak ada seorang ustaz mahupun ustazah yang pernah beri ceramah tentang perkara ini, dan kalaupun mereka ada berinya, tidak ada seorang Islampun yang terpengaruh dengan hujah dari ustaz dan ustazah untuk terus berhenti dari merokok.

Salah seorang ustaz yang saya rasa bosan dengar ceramahnya ialah KAZIM ELIAS. Saya rasa bosan dengan ceramah yang dia beri dengan cara persembahannya.

Tetapi dia mendapat sambutan yang besar dikalangan orang awam berugama Islam.

Di Indonesia ada Ustaz Abdul Somad, yang begitu terkenal; tetapi ceramahnya adalah kosong untuk orang yang dewasa yang hanya mahukan hiburan ringan.

Kedua-dua mereka, Somad dan Kazim tidak ada rumusan dari hujah dan ceramah mereka; dan mereka sebenarnya tidak berguna kepada Umat Islam di negara sendiri dan di seluruh Dunia Islam.

Mereka tidak beri ceramah mengenai perkara atau masalah setempat di hadapan khalayak di tempat-tempat tertentu dimana ada masalah khusus yang dialami oleh mereka.

Mereka beri ceramah ikut tajuk yang mereka sendiri pilih ikut sesuka hati yang pada biasanya tidak kena-mengena dengan masalah umum.

Kazim Elias, saya anggap penceramah ugama yang lebih suka dengan glamor dan pergi ke khalayak kalangan orang Islam yang sudah tua bangka tapi masih mahu cari pedoman hidup sebab mereka masih bergantung harap darinya.

Tapi kenapa Kazim tidak pernah pergi ke khalayak yang telah buat banyak dosa seperti penagih dadah dan orang yang ada di Sungai Buloh terlibat dengan jenayah berat seperti membunuh dan meliwat dan beri mereka pedoman?

Dan kenapa Kazim tak pernah bercakap tentang hukum orang langgar lampu trafik, bakar sampah dalam kawasan perumahan, letak kereta di tempat salah dan pecah nombor kenderaan untuk elak dari disaman?

Kazim suka menyanyi. Adakah dia berterima kasih kepada pencipta lagu yang dia nyanyikan dan beri imjbuhan atau royalti kepada mereka? Kalau tidak, apa hukumnya mengguna bahan hak intelak orang tanpa beri penghargaan kepada mereka?

Berapa ramai orang yang dia telah Islamkan? Berapa ramai yang mereka telah tenangkan dan jadikan manusia yang baik?

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh stesen televisyen untuk mengadakan rancangan ugama adalah tidak baik dan tidak memberi sebarang faedah.

Tidak ramai anak muda yang menontonnya; yang menonton hanya dikalangan orang dewasa yang sudah berpencen yang tidak akan dapat sebarang manfaat darinya.

Mereka dikalangan dewasa itu sudah sepatutnya tahu tentang hukum ugama untuk mengamalkannya dan dikongsikan bersama anak-anak mereka semasa kecil. Tetapi ramai tidak melakukannya.

Malah, mereka adalah contoh buruk untuk anak-anak mereka itu sendiri dengan merokok dan menunggang motosikal kecil tanpa mempunyai lessen dan tanpa mematuhi peraturan.

Dan saya juga mahu sentuh dengan takzirah yang diadakan oleh radio yang mana seorang ustazah memberinya setiap hari selama dua minit, dengan satu minit diuntukkan dengan selawat yang diulang untuk setiap takzirah.

Siapa agaknya yang mendengar takzirah yang diberinya?

Jadi akhirnya, ramai anak muda tidak terpengaruh dengan ceramah ugama dan takzirah yang diberi oleh mereka.

Sebaliknya ramai anak muda sekarang terpengaruh dengan apa yang dilakukan oleh ‘ustaz Hollywood’ yang dilihat dari dalam filem-filem terbitan mereka yang mana ramai pengarah filem tempatan turut terikut-ikut untuk melakukan semua kepincangan yang ditunjukkan dalam filem-filem Hollywood dan bahan hiburan yang berkaitan dengan budaya filem seperti dalam rancangan televisyen, drama pentas dan juga penulisan novel.

Namun masih ada yang berfaedah yang orang Islam boleh dapat dari Hollywood, iaitu untuk membentuk sinema dunia Islam sendiri dengan mengenegahkan nilai Islam dalam setiap penerbitan filem khusus untuk umat Islam.

Tetapi ini tidak dapat diadakan sebab pemimpin ugama dan politik tidak melihat bidang filem sebagai penting untuk menyebar syiar Islam; mereka masih guna cara lapok dengan ceramah dan takzirah yang tidak berkesan.


Ini yang malangnya sebab ustaz dan ustazah dan pemimpin politik dunia Islam masih tidak sedar akan kesan yang positif yang boleh didapat dari kegiatan penerbitan filem dan pengedarannya dan amatlah sukar untuk sesiapa mendidikan mereka tentangnya.

Tiada ulasan: