Isnin, 3 April 2017

MALAM OSCAR KE-89…26 FEBRUARI, 2017 DI HOLLYWOOD…DAN RAKAN DAN KENALAN YANG MENANG DAN MENINGGAL DUNIA…

Oleh Mansor Puteh



Tidak ada sesiapa dari Malaysia yang telah dicalon untuk mana-mana kategori pada Malam Oscar atau Malam Anugerah Akademi yang ke-lapan-puluh-sembilan yang berlangsung pada petang 26 Februari ini di Dewan Dolby Theatre di Hollywood, California, Amerika.


Semua tumpuan orang filem di Amerika dan seluruh dunia adalah padanya dan dianggarkan lapan ratus juta orang akan menontonnya di televisyen diseluruh dunia.

Tentu ada pengarah muda Melayu dan Malaysia yang telah mengarah beberapa buah filem berangan-angan dapat pencalonan yang buat filemnya dengan senyap-senyap dan hanya diumumkan akan pencalonannya.

Atau apakah akan berlaku dimana filem mereka yang ditayang di pawagam tetapi tidak laku dan sebaliknya mengharumkan nama negara dengan ia mendapat pencalonan dan kemudian, sebuah Oscar?

Ini boleh berlaku. Dan masa sahaja yang bakal menentukannya.

Yang berangan untuk dapat pencalonan Oscar memang ramai. Tetapi setiap tahun, tidak seorangpun yang boleh dianggap berada dalam kumpulan pengarah filem yang bernasib baik.

Malah di Hollywood boleh dikatakan semua mereka yang terlibat dalam bidang perfileman juga tertunggu-tunggu akan senarai yang diumumkan bau-baru ini samada ia menyebut nama mereka.

Ternyata ramai keciwa, termasuk mereka yang sudah beberapa kali dapat pencalonan dan ada yang sudah menangnya sekali atau dua sebelum ini.

Sebabnya, kalau mereka dapat pencalonan, kemungkinan besar kerjaya mereka sebagai pengarah filem akan diangkatkan dan nama mereka terpahat dalam sejarah perusahaan filem Melayu dan Malaysia.

Dan mereka juga akan dijemput untuk menghadiri acara penuh gemilang ini.

Lebih dari itu, walaupun mereka kalah, mereka boleh bawa balik hadiah-hadiah dalam pelbagai bentuk bernilai lebihkurang US$200,000 (RM850,000) termasuk pengunaan sebuah kereta mewah selama satu tahun.

Ada beberapa pelakon filem yang telah mendapat banyak pencalonan tetapi masih gagal memilikkinya sedangkan ada yang menangnya walaupun baharu sahaja terlibat dalam bidang ini dengan menghasilkan filem pertama atau kedua mereka.

Pengelaman tidak penting dalam menghasilkan filem penting; yang diutamakan ialah keunggulan.

Namun demikian piala Oscar yang diberi itu seberat 2.7 paun, sebenarnya bernilai US$10 sahaja, kalau ia dipulangkan balik kepada penganjur, dan ia juga tidak boleh dilelongkan oleh pemenang.

Dan pada tahun lalu negara Israel memberi pakej lawatan kepada setiap dua-puluh-empat pemenang Oscar ke Israel yang bernilai US$55,000.

Dan agak menghairankan, hampir semua pemenang tolak tawaran ini. Walaupun banyak berranggapan bahawa Hollywood sebaran dakyah Zionis-Yahudi dengan ramai orang di Hollywood sokong Israel, tetapi mereka tidak mahu ambil risiko dengan melawat Israel sebab mereka tahu mereka akan diguna oleh rejim Israel untuk propaganda mereka.

Malah Malaysia tidak pernah ada sesiapa yang layak sehingga kini untuk diberi pencalonan untuk mana-mana dua-puluh-empat kategori yang diadakan. Tidak tahu bila dan siapakah dari Malaysia yang akan mencipta sejarah Oscar dan Perusahaan Filem Malaysia yang pertama mendapat pencalonan dan menang anugerah ini.

Dan pada tahun ini ada beberapa pelakon dan pengarah filem Islam telah diberi pencalonan. Dan empat tahun lalu, Iran menang Oscar untuk Filem Asing terbaik untuk ‘The Separation’ arahan Asghar Farhadi yang juga diberi pencalonan untuk filem barunya dalam kategori yang sama.

Saya pergi ke Hollywood pada hari Oscar tetapi, malangnya acara itu telah hampir tamat; dan saya hanya dapat lihat dari luar khemah yang telah didirikan di luar Dewan Dolby Theatre dengan permaidani merah dibentangkan.

Walaupun ia hanya pukul lima petang tetapi hari sudah gelap dan cuaca sudah mulai dingin.

Tidak berapa ramai orang berada di luar Dewan Dolby Theatre, sebab kebanyakan mereka telah balik dengan sekumpulan kecil mahu tunggu kalau-kalau ternampak mereka yang menang berjalan di situ, masuk ke dalam kereta untuk balik.

Ini tidak mungkin berlaku sebab ada acara lain selepas acara Oscar, iaitu pertemuan dengan media dan makan malam yang berlaku di dalam bangunan dewan tersebut.  

Dan rupa-rupanya acara permaidani merah yang diadakan sebelum acara pemberian Oscar diadakan di dalam khemah ini sebab penganjur tidak mahu hujan turun dengan tiba-tiba seperti yang pernah berlaku pada satu tahun lalu.

Dan orang awam yang telah datang kebanyakannya tidak dapat melihat apa-apa dari luar pagar tinggi yang telah didirikan sebabnya tertutup.

Jadi mereka yang datang dari awal pagi terdiri dari pelancong asing yang tidak tahu bahawa mereka tidak dibenar untuk mendekati dewan dimana acara itu diadakan.

Orang tempatan tahu tentang perkara ini jadi mereka pilih untuk duduk dirumah dan menonton acara Malam Oscar di televisyen.

Ada orang tempatan yang sudah begitu kenal dengan acara ini langsung tidak menunjukkan sebarang minat terhadapnya.

Saya cuba untuk bertanya pendapat dari seorang tempatan tentang Malam Oscar, dan dijerkah, ‘Tak boleh tanya benda yang lain?!’

Olehsebab itu juga saya dan orang di luar dewan tidak tahu siapa yang menang atau kalah dan apa yang mereka katakan di pentas.

‘Kalau nak dapat jemputan ke acara ini, buat filem baik-baik dan harap ia dicalonkan oleh Akademi,’ kata seorang dari khalayak yang sempat saya temui.

Dan seperti biasa, saya juga cemas mahu tahu siapa menang dan siapa kalah.

Dan lebih dari itu, siapa yang telah meninggal dunia yang diumumkan dalam acara malam ini, yang mana saya kenal secara peribadi seperti yang telah lalu terdiri dari pensyarah filem saya di Universiti Columbia termasuk pengkritik terkenal iaitu Andrew Sarris yang mengajar kursus sejarah perfileman.

Jadi bukan seperti orang lain di Malaysia yag boleh menonton siaran langsung Malam Oscar di televisyen pada pagi Isnin, 27 Februari dengan tenang.

Dan untuk saya pula ada perasaan berbelah bagi, iaitu saya gembira melihat orang yang saya kenal menang anugerah ini dan sebaliknya rasa cemas kalau-kalau ada tokoh bidang ini yang telah pergi, meninggal dunia sepanjang tahun lampau yang diumumkan dalam satu babak khas ‘balasangkawa’. 

Tentu sekali hebat kalau ada sesiapa dari Malaysia yang dapat pencalonan untuk sebarang kategori untuk Anugerah Oscar di tahun hadapan atau dimasa hadapan, walaupun dia tidak menang, tetapi apa yang dia telah melakukan itu boleh dianggap sebagai satu pencapaian untuk dia, perusahaan filem dan negara.

Tetapi adalah menjadi suatu kebanggan lebih besar kalau dia menang Oscar buat pertamakali untuk negara.

Maknanya bukan sedikit; ia melebihi menang pingat emas dalam Sokan Olimpik, yang mana pemenangnya akan diberi wang pencen sebanyak lima ribu sebulan disamping wang hadiah sebanyak setengah juta ringgit.


Setakat ini kerajaan belum buat sebarang pengumuman tentang jumlah wang hadiah dan samada pemenang Oscar juga akan diberi wang pencen setiap bulan sebanyak lima ribu ringgit sepanjang hayatnya.  

1 ulasan:

Elah bali berkata...

Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya Ela dri Bali seorang TKI DI MALAYSIA. pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang sempat saya putus asah,gaji pun selalu di kirim ke indo untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak,kebetulan teman saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH MANGKUBONO.katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL..dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH MANGKUBONO.karna saya pikir tidak ada salahnya kita coba,dan saya minta angka bocoran MALAYSIA..angka yang di berikan MBAH MANGKUBONO 6D TOTO syukur alahamdulillah ternyata betul-betul tembus 100%,bagi saudara-saudara di indo maupun di luar negeri,apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asa beliau bisa membantu meringankan masalah anda,dengan meritualkan angka togel ghoib,SINGAPURA/HONGKONG/MALAYSIA DAN LAIN-LAINNYA 2D,3D,4D,5D, atau 6D yang betul-betul tembus,hubungi AKI MANGKUBONO di nomor hp: (+6285203333887ATAU