Oleh Mansor bin Puteh
Dulu ustaz dan ustazah berceramah untuk kelompok
kecil dengan cara senyap dan terpencil dengan mendapat kesan, sehinggakan orang
Islam lebih patuh kepada ugama.
Ia berlaku sebelum adanya televisyen; sebelum ada
radio.
Dan perkara yang dibincangkan adalah tentang sikap
dan cara untuk orang menguruskan diri sendiri.
Dan untuk anak muda Islam, mereka diberi ajaran tentang
ugama dalam kelas khas di sekolah.
Di luar sekolah pula, mereka disuruh belajar
mengaji mukaddam dan kemudian Al-Koran, beramai-ramai oleh ustaz atau ustazah.
Tetapi sekarang, ramai ustaz dan ustazah lebih
cenderong untuk beri takzirah dan ajaran tentang ugama di khalayak ramai dan
dalam radio dan televisyen, yang mana jumlah penonton atau pendengaranya tidak
dapat ditentukan.
Sebabnya ia tidak ada glamour.
Jumlah khalayak untuk ceramah di padang dan di bawah khemah jelas dapat
dilihat tetapi kesannya masih tidak dapat dipastikan.
Sebabnya ialah orang Islam suka duduk terpatuk
dengar ceramah dan takzirah ugama, sedangkan mereka melakukan hanya sekadar
sebagai hiburan. Mereka tergelak dengan telatah ustaz dan ustazah.
Ia tidak lain seperti rancangan ‘Maharaja Lawak’
dalam televisyen yang memberi hiburan ringan kepada penonton yang akan lupa
dengan apa yang mahu dikatakan oleh pelawak yang mempunyai sindiran dan ajaran.
Sama juga dengan ceramah dan takzirah ugama di padang dan di bawah
khemah, yang hanya berkesan semasa ia berlaku, tetapi tidak menjadi amalan
hidup.
Mereka yang merokok, walaupun diberitahu tentang
bahaya dan buruknya menghisap rokok akan terus merokok selepas ceramah ataupun
sembahyang Jumaat di masjid.
Jadi tidak hairan sejak kebelakangan ini maka
muncullah ustaz dan ustazah glamour yang beri ceramah umum dengan tajuk yang
adakalanya tidak masuk akal atau penting kepada umat dan khalayak yang berada
di hadapan mereka.
Jadi inilah masalahnya kalau ustaz dan ustazah beri
ceramah kepada jumlah khalayak yang begitu besar sebab masalah yang mereka mahu
dedahkan tidak kena-mengena langsung dengan masalah ramai orang.
Dan apa yang berlaku ialah ustaz dan ustazah ini
beria-ia mahu tunjuk pandai tentang ugama dengan memberi ungkapan dari Al-Koran
dengan membacanya dalam Bahasa Arab yang menunjukkan betapa hebatnya mereka
tentang Koran itu.
Sedangkan apa yang mereka katakan itu tidak lebih
dari tafsiran mereka sendiri. Orang lain tentu ada tafsiran mereka yang lain
yang boleh bercanggah dengan tafsiran mana-mana ustaz dan ustazah.
Malangnya, tidak ada seorang dari mereka yang telah
bercakap tentang perkara yang lebih penting untuk umat Islam sehinggakan ia
boleh merubah sikap khalayak itu sendiri, dengan serta-merta.
Sikap buruk orang Melayu khususnya di kalangan
lelaki ialah merokok; dan tidak ada seorang ustaz mahupun ustazah yang pernah
beri ceramah tentang perkara ini, dan kalaupun mereka ada berinya, tidak ada
seorang Islampun yang terpengaruh dengan hujah dari ustaz dan ustazah untuk
terus berhenti dari merokok.
Salah seorang ustaz yang saya rasa bosan dengar
ceramahnya ialah KAZIM ELIAS. Saya rasa bosan dengan ceramah yang dia beri
dengan cara persembahannya.
Tetapi dia mendapat sambutan yang besar dikalangan
orang awam berugama Islam.
Di Indonesia ada Ustaz Abdul Somad, yang begitu
terkenal; tetapi ceramahnya adalah kosong untuk orang yang dewasa yang hanya
mahukan hiburan ringan.
Kedua-dua mereka, Somad dan Kazim tidak ada rumusan
dari hujah dan ceramah mereka; dan mereka sebenarnya tidak berguna kepada Umat
Islam di negara sendiri dan di seluruh Dunia Islam.
Mereka tidak beri ceramah mengenai perkara atau
masalah setempat di hadapan khalayak di tempat-tempat tertentu dimana ada
masalah khusus yang dialami oleh mereka.
Mereka beri ceramah ikut tajuk yang mereka sendiri
pilih ikut sesuka hati yang pada biasanya tidak kena-mengena dengan masalah
umum.
Kazim Elias, saya anggap penceramah ugama yang
lebih suka dengan glamor dan pergi ke khalayak kalangan orang Islam yang sudah
tua bangka tapi masih mahu cari pedoman hidup sebab mereka masih bergantung
harap darinya.
Tapi kenapa Kazim tidak pernah pergi ke khalayak yang telah buat banyak dosa seperti penagih dadah dan orang yang ada di Sungai Buloh terlibat dengan jenayah berat seperti membunuh dan meliwat dan beri mereka pedoman?
Dan kenapa Kazim tak pernah bercakap tentang hukum orang langgar lampu trafik, bakar sampah dalam kawasan perumahan, letak kereta di tempat salah dan pecah nombor kenderaan untuk elak dari disaman?
Kazim suka menyanyi. Adakah dia berterima kasih kepada pencipta lagu yang dia nyanyikan dan beri imjbuhan atau royalti kepada mereka? Kalau tidak, apa hukumnya mengguna bahan hak intelak orang tanpa beri penghargaan kepada mereka?
Berapa ramai orang yang dia telah Islamkan? Berapa ramai yang mereka telah tenangkan dan jadikan manusia yang baik?
Tapi kenapa Kazim tidak pernah pergi ke khalayak yang telah buat banyak dosa seperti penagih dadah dan orang yang ada di Sungai Buloh terlibat dengan jenayah berat seperti membunuh dan meliwat dan beri mereka pedoman?
Dan kenapa Kazim tak pernah bercakap tentang hukum orang langgar lampu trafik, bakar sampah dalam kawasan perumahan, letak kereta di tempat salah dan pecah nombor kenderaan untuk elak dari disaman?
Kazim suka menyanyi. Adakah dia berterima kasih kepada pencipta lagu yang dia nyanyikan dan beri imjbuhan atau royalti kepada mereka? Kalau tidak, apa hukumnya mengguna bahan hak intelak orang tanpa beri penghargaan kepada mereka?
Berapa ramai orang yang dia telah Islamkan? Berapa ramai yang mereka telah tenangkan dan jadikan manusia yang baik?
Sebenarnya apa yang dilakukan oleh stesen
televisyen untuk mengadakan rancangan ugama adalah tidak baik dan tidak memberi
sebarang faedah.
Tidak ramai anak muda yang menontonnya; yang
menonton hanya dikalangan orang dewasa yang sudah berpencen yang tidak akan
dapat sebarang manfaat darinya.
Mereka dikalangan dewasa itu sudah sepatutnya tahu
tentang hukum ugama untuk mengamalkannya dan dikongsikan bersama anak-anak mereka
semasa kecil. Tetapi ramai tidak melakukannya.
Malah, mereka adalah contoh buruk untuk anak-anak
mereka itu sendiri dengan merokok dan menunggang motosikal kecil tanpa
mempunyai lessen dan tanpa mematuhi peraturan.
Dan saya juga mahu sentuh dengan takzirah yang
diadakan oleh radio yang mana seorang ustazah memberinya setiap hari selama dua
minit, dengan satu minit diuntukkan dengan selawat yang diulang untuk setiap
takzirah.
Siapa agaknya yang mendengar takzirah yang
diberinya?
Jadi akhirnya, ramai anak muda tidak terpengaruh
dengan ceramah ugama dan takzirah yang diberi oleh mereka.
Sebaliknya ramai anak muda sekarang terpengaruh
dengan apa yang dilakukan oleh ‘ustaz Hollywood’ yang dilihat dari dalam
filem-filem terbitan mereka yang mana ramai pengarah filem tempatan turut
terikut-ikut untuk melakukan semua kepincangan yang ditunjukkan dalam
filem-filem Hollywood dan bahan hiburan yang berkaitan dengan budaya filem
seperti dalam rancangan televisyen, drama pentas dan juga penulisan novel.
Namun masih ada yang berfaedah yang orang Islam
boleh dapat dari Hollywood, iaitu untuk membentuk sinema dunia Islam sendiri
dengan mengenegahkan nilai Islam dalam setiap penerbitan filem khusus untuk
umat Islam.
Tetapi ini tidak dapat diadakan sebab pemimpin ugama
dan politik tidak melihat bidang filem sebagai penting untuk menyebar syiar
Islam; mereka masih guna cara lapok dengan ceramah dan takzirah yang tidak
berkesan.
Ini yang malangnya sebab ustaz dan ustazah dan
pemimpin politik dunia Islam masih tidak sedar akan kesan yang positif yang
boleh didapat dari kegiatan penerbitan filem dan pengedarannya dan amatlah
sukar untuk sesiapa mendidikan mereka tentangnya.