Rabu, 23 Mac 2022

PERHIMPUNAN UMNO (PAU) 1977 DAN 1978 DAN PERBEZAANNYA DENGAN PAU 2017 DAN 2021 - TAK BERUBAH DENGAN LAWAK DAN JENAKA…CARA DAN TAJUK PERBAHASAN MASIH TAK BERUBAH…BAHAGIAN 1:

Oleh Mansor Puteh


PENGENALAN: ITM DAN UTUSAN:

Olehsebab saya gagal untuk mendapat biasiswa Mara untuk melanjutkan pelajaran untuk ijazah sarjana kesenian halus bidang pengarahan di Columbia University di Bandaraya New York, saya terpaksa bekerja sebagai wartawan Utusan Melayu.

Walaupun saya menuntut bidang Pengiklanan tetapi saya turut buat latihan amali di Utusan Malaysia, dan apabila tamat pengajian di Institut Teknologi Mara (ITM) di Shahalam, saya ambil keputusan untuk hantar permohonan dan berjaya bekerja sebagai wartawan dan diletakkan di Utusan Melayu, walaupun saya tidak faham sangat tulisan Melayu jawi.

Ini disebabkan wartawan Utusan Melayu juga tulis laporan dalam rumi yang kemudiannya dipindahkan ke jawi oleh petugas di bahagian 'typeset'. Namun saya hanya tahu di mana tulisan atau laporan saya kalau nama saya disebut atau gambar acara disiarkan bersama laporan; atau rakan satu meja pengarang di Utusan Melayu yang tunjukkan kepada saya.

Masa itu setiap hari wartawan akan diberi tugas yang biasanya untuk membuat laporan sidang akhbar yang diadakan oleh menteri dan pegawai tinggi kerajaan.

Tidak pada masa sekarang dengan adanya Facebook, setiap kementerian dan menteri ada akaun masing-masing dimana mereka siar laporan, kenyataan dan gambar kegiatan mereka, dan wartawan sudah tidak buat laporan seperti dahulu.

Jadi, selama tiga-belas bulan dan tiga-belas hari saya bekerja di Utusan Melayu saya kena buat ratusan laporan sidang akhbar dan salah satunya yang saya ingat ialah laporan Perhimpunan Agong Umno 1977 yang berlaku pada tahun pertama saya bekerja di Utusan dan dalam tahun 1978, pada tahun saya tinggalkan Utusan, untuk melanjutkan pelajaran di Amerika, setelah rayuan saya di Mara diterima dan saya diberi pinjaman pelajaran oleh mereka.

Semasa di Utusan saya dan rakan-rakan dari Kajian Sebaran Am yang turut bekerja sebagai wartawan dengan dua orang di Jabatan Pengiklanan tamat pengajian dan menghadiri acara Konvokesyen di kampus pada bulan Oktober, 1977 iaitu tiga bulan selepas bekerja di Utusan.

PAU 1977 DAN 1978:

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana agaknya PAU yang diadakan sejak Umno ditubuhkan sehingga 1977; saya dengar ramai para perwakilan berkayuh basikal dan menaikki keretapi dengan beberapa orang sahaja yang menunggang motosikal dan memandu kereta untuk datang ke Pejabat Umno yang asal di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sudah pasti mereka tidak disediakan dengan penginapan di hotel seperti yang ada sekarang tetapi di hotel biasa di kawasan Chow Kit dan rumah-rumah di Kampung Baru.

Mungkin semasa PAU diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam dewan di tingkat enam pada tahun 1977 dengan para perwakilan masih lagi menyertainya dengan pembayaran dari poket sendiri.

Sementara pada tahun 1978 pula ia diadakan dalam Dewan Nirwana atau Nirwana Ballroom di Hotel Hilton yang kini sudah dirohohkan. Dalam tahun ini mungkin ramai yang menginap di hotel ini sebab ia mudah untuk mereka menyertai perbahasan dan acara sampingan yang diadakan sepanjang beberapa hari PAU diadakan.

Mak Long saya, Norliah Mohammad Ali yang merupakan orang kuat Wanit Umno Melaka, terkejut melihat saya bila saya masuk ke dalam dewan di DBP sebab dia tidak tahu saya ke sana sebagai wartawan Utusan. Dia duduk dengan ketua wanita Umno pada masa itu, Aishah Ghani. 

Dalam ruang yang begitu kecil, suasana agak amat, seperti yang saya dapat ingat. Ya, ia sudah empat-puluh-lima tahun dan saya juga belum kenal dengan tokoh utama Umno ketika itu. Dan saya juga tidak melapor pada hari-hari dimana terdapat tokoh utama Umno termasuk Tun Hussein Onn, yang menjadi perdana menteri, juga dalam tahun 1978  bila persidangan diadakan di Dewan Nirwana, Hotel Hilton.


PAU 2017 DAN 2021:

Saya ada cadangan untuk buat sebuah dokumentari tentang PAU yang terbesar diadakan di negara iaitu Perhimpunan Agong Umno tetapi tidak mendapat sokongan dari pihak tertentu. Namun, saya tetap teruskan usaha saya dan pergi ke PAU 2017 dan buat rakaman di luar Dewan Merdeka dimana berlakunya semua perbahasan dan acara rasmi sepanjang PAU.

Pada masa itu tapak stesen bas berhampiran dengan bangunan PWTC sedang selesai dirobohkan dan pada tapakknya menara Umno baru bakal didirikan setinggi tujuh-puluh tingkat sempena tujuh-puluh tahun Umno ditubuhkan. Tetapi selepas keputusan PRU14 yang tidak berpihak kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) maka rancangan untuk membina menara itu terkandas walaupun tapaknya sudah sedia untuk pembinaan menara tersebut.

Saya juga kembali ke PAU 2021 dan buat rakaman tambahan juga di kawasan luar khususnya di luar Dewan Merdeka dan di ruang legar di tingkat bawah di mana terdapat perwakilan yang tidak dapat masuk ke dalam Dewan Merdeka mengikuti perbahasan yang disiar di layar lebar di situ.

Olehsebab PAU 2021 tidak dapat diadakan tahun lalu, olehsebab pandemik covid-19 ia ditangguhkan ke tahun ini.

Dalam tahun 2017 terdapat ramai para perwakilan di luar Dewan Merdeka dan di ruang legar tetapi dalam tahun 2022 tidak berapa ramai yang berada di situ. Mungkin ini ada kena-mengena dengan peraturan dan jemputan yang kurang olehsebab pandemik covid.


PERBEZAAN PAU 1977/78 DAN 2017/21:

Tentu ada banyak perbezaan diantara PAU 1977/78 dan 2017/2021 dan saya tidak pasti kalau ada mana-mana para perwakilan yang menyertai PAU 2021 yang baru berlaku yang pernah menyertai PAU 1977 atau 1978 seperti yang saya telah alami.

Mantan menteri Umno yang pernah memegang jawatan dalam kabinet Umno dan BN dahulu kini sudah lanjut usia; saya hanya dapat namanaya mereka seperti Dr Mahathir, Tengku Razali, Rais Yatim dan beberapa rang lain. Sementara yang ada sekarang masih muda dan belum memegang apa-apa jawatan penting dalam parti dan kabinet ketika itu.

Apa yang saya ingat ialah apabila seorang perwakilan parti dengan rasa megah mengusulkan agar tempat di Makam Pahlawan diberi kepada Tun Hussein Onn bila beliau meninggal dunia sebagai penghargaan kepada beliau selaku perdana menteri.

Saya percaya semua perwakilan di situ terkejut dengan cadangan seperti itu sebab ia melibatkan seorang perdana menteri yang masih sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit; lagipun kenapa ia menjadi isiu sebab Makam Pahlawan tentunya pusara khas untuk perdana menteri dan wira negara?

Pada PAU 2017 saya ke PWTC untuk perhati dan rakam vidio dan dapat berapa ramai orang yang berada di situ mendengar perbahasan di bahagian luar dewan dimana terdapat layar lebar menunjukkan perwakilan negeri berucap. Dan pada PAU 2021 yang berlangsung dari 16 hingga 19 Mac, saya juga ke PWTC, dan walaupun ia masih dalam suasana pandemik covid-19 masih terdapat ramai perwakilan dari seluruh negara yang berkampung di situ. PAU 2021 didadakan tahun ini sebab ia tidak dapat diadakan tahun lalu olehsebab pandemik covid-19.

Tiada ulasan: