Rabu, 22 Disember 2021

7. CATATAN KETUJUH: PERUSAHAAN FILEM AMERIKA BERMULA DI NEW YORK DENGAN EMPAT PENGASAS HOLLYWOOD DAN DAN APA YANG KITA BOLEH PELAJARI DARI KEJAYAAN MEREKA.

BIDANG FILEM DAN SENI DIGUNA AMERIKA UNTUK MEMUPUK 'KELUARGA AMERIKA' SEBAB TANPA HOLLYWOOD 'KELUARGA AMERIKA' TIDAK WUJUD…

…JADI IA BOLEH DAN MESTI DIGUNA UNTUK PUPUK SEMANGAT 'KELUARGA MALAYSIA' JUGA.


DALAM BUS DARI NEW YORK KE BOSTON:

Perjalanan dalam bas mengambil masa hampir lima jam, melintas beberapa negeri menuju ke utara untuk ke Boston di mana saya pernah tinggal beberapa bulan selepas pembedahan kedua saya alami di dua buah hospital di New York. Saya mahu ke bandar ini dan juga ke kampus Universiti Harvard untuk balik ke New York besuk pagi.

Jadi mempunyai banyak masa untuk saya berfikir tentang filem kita dan kenangan lalu, untuk menulis artikel ini. Sebenarnya saya tulis guna talipon bimbit sahaja sebab saya tidak mahu bawa komputer riba yang berat dan yang mungkin rosak kalau dihempas semasa dalam perjalanan dalam kapalterbang.

Saya rasa tempat yang paling tepat dan sesuai untuk seseorang berfikir tentang filem dan bidang perfileman adalah semasa dia berada di Amerika dan juga di New York; sebab di sinilah tumpuan semua orang dalam bidang filem yang ada di Malaysia yang hampir semua tidak pernah ke sini dan juga ke Hollywood.

Amat janggal kalau nak bercakap pasal filem tetapi tidak pernah ke Hollywood dan Amerika, walaupun sebagai pelawat dan bukan sahaja sebagai pelajar bidang filem.

Amerika sebenarnya bangunkan negara mereka serentak dengan kemajuan ekonomi dan kemajuan bidang seni dan hiburan sehingga kedua-duanya berkembang maju serentak. Awal-awal lagi mereka sudah faham apa sebenarnya yang mereka dapat sekiranya mereka majukan bidang kesenian dan kebudayaan, serentak.

Ia adalah untuk memupukkan semangat setiakawan terdiri dari jutaan pelarian dari negara-negara di Eropah dan seluruh dunia supaya merek tidak mempunyai sikap perkauman yang boleh mencetuskan perbalahan, walaupun dikalangan mereka berkulit putih amnya dan hitam masih ada perbalahan yang tercetus sehingga sekarang.

Jadi, saranan saya ialah kalau kerajaan kita mahu majukan perusahaan filem kita, mahu tidak mahu, kita kena hantar pakar ke Amerika untuk buat penyelidikan tentang sejarah penubuhan perusahaan filem mereka dan Hollywood sehinggakan penonton seluruh dunia yang tak faseh berbahasa Inggeris turut tertarik untuk menonton filem yang mereka buat yang hampir semuanya tidak ada kena-mengena dengan alam dan sejarah kita. 

Sebenarnya, saya sedang belajar bidang perfileman di Columbia semasa kerajaan berusaha untuk gubal Akta Finas pada tahun 1981. malangnya, saya tidak dijemput untuk bantu gubal Akta itu, maka sehingga sekarang perusahaan filem kita masih ditakok lama dengan Finas yang ditubuhkan pada tahun 1981 yang sudah empat-puluh tahun.

Tidakkah ini boleh dilakukan sekarang dengan pakar filem kita buat penyelidikan menyeluruh dan gubal Akta yang baru agar ia mendatangkan kesan kepada pertumbuhan perusahaan filem kita di masa-akan datang?.

Sebenarnya ada banyak perkara dan contoh yang kita boleh guna dari pengelaman penubuhan perusahaan filem di Amerika yang dikenali secara singkat dengan nama Hollywood. Ia Cuma perlu sedikit penyelidikan dan pemahaman tentang proses dan perkembangan yang mereka telah alami untuk dijadikan contoh yang baik untuk kita bangunkan perusahaan filem kita.

Sehingga kini kita tidak ada sebuah perusahaan filem, jauh sekali sebuah Sinema Malaysia; yang kita ada hanyalah kegiatan pembuatan filem oleh beberapa orang yang fikir dan rasa mereka ada bakat dan sedikit keupayaan dan dapat kumpul dana untuk terbit filem-filem yang akhirnya tidak lebih dari bahan hiburan ringan jenis 'Fake Hollywood' atau 'Hollywood Tiruan'.

Anggapan ramai orang yang salah ialah apabila kata tanpa usul periksa perusahaan filem Amerika bermula di Hollywood sehingga sekarang.

Ia sebenarnya suatu anggapan yang salah; sebenarnya perusahaan filem Amerika bermula di New York sebelum ia berpindah ke Hollywood sekarang.

Jadi tak salah kalau saya pilih untuk belajar bidang filem disebuah universiti di New York dan bukan di Hollywood atau di Los Angeles, bandar yang berdekatan dengannya.

Sama juga dengan perusahaan filem Melayu bermula dengan penerimaan mereka yang mempunyai latarbelakang Bangsawan, perusahaan filem Amerika bermula dengan drama pentas yang dikenali secara umum sebagai Broadway.

Kebanyakan pelakon yang diambil berlakon dalam filem-filem era filem bisu terdiri dari merea yang dulu giat dalam drama pentas, sama dengan di studio filem di Singapura yang mengambil mereka yang mempunyai pengelaman dalam bidang senilakon Bangsawan.

Tidak hairan juga kalau studio filem yang dibina ketika itu merupakan bangunan tinggi dengan studio di tingkat paling atas yang diperbuat dengan cermin sebab ia mengguna kuasa cahaya dari alam. 

Sekarang ini terdapat sebuah studio lama yang masih kekal iaitu Astoria Studios yang masih diguna untuk penggambaran filem, walaupun hampir kesemua studio dan syarikat perfileman di Amerika kini terletak di Hollywood dengan sejumlah lain di seluruh Amerika.



















(Gambar di Hollywood, yang hanya sebuah pekan
Kecil tetapi seperti Times Square di New York
Menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

Dan di bawah pemandangan di luar Dolby Theater
dimana Malam Anugerah Akademi yang memberi
Piala Oscar, kelihatan dengan pagar sementara 
dipasang di luarnya yang sempat saya lihat semasa
saya di sana pada malam anugerah terebut pada
tahun 2017.)


























Tiada ulasan: