Rabu, 15 Disember 2021

1. SIRI CATATAN AMERIKA DALAM ERA PANDEMIK


KOVID: Oleh Mansor Puteh


CATATAN PERTAMA: 

KE UNIVERSITI COLUMBIA MENCIPTA SEJARAH AKADEMIK BELAJAR BIDANG FILEM DI UNIVERSITI IVY LEAGUE…DAN BALIK KE AMERIKA PADA ZAMAN PANDEMIK COVID-19.


ISNIN, 6 DISEMBER, 2021 DI KLIA, DAN PERASAAN SEMASA SEBELUM BERANGKAT KE NEW YORK:


Saya rasa lega sebab sekarang berada di dalam ruang berangkat di KLIA dan sedang menunggu masa untuk masuk ke dalam pesawat untuk ke Lapangan Terbang Narita di Jepun untuk pindah ke pesawar lain untuk ke Lapangan Terbang Newark di New Jersey untuk ke New York.

Saya kuatir sebab kalau-kalau ada masalah dan tidak dapat mengambil penerbangan ini.

Saya sudah terbang untuk ke empat-puluh buah negara tanpa menghadapi masalah seperti untuk penerbangan ini, sebab dalam masa pandemik covid-19, macam-macam syarat dan peraturan dikenakan pada bila-bila masa.

Saya mendapat tempahan terbang dari Newark ke KLIA tetapi terpaksa tukar laluan dan tiketnya sebab kerajaan Jepun halang penumpang dari pindah pesawat dari Lapangan Terbang Haneda ke Narita dan terpaka dapatkan tiket baru dengan laluan dari Newark ke Narita dengan sambungan penerbangan akhir dari Narita ke KLIA.

Jadi tak salah kalau ada rakan saya tanya: Betulkah saya mahu ke Bandaraya New York dalam keadaan sekarang dengan beberapa rakan saya yang cuba pujuk dan tidak teruskan rancangan? 

Saya teringat semasa saya mahu ke Sana'a di Yaman pada bulan Mac, 2011 dulu, saya juga diberi nasihat untuk tidak pergi ke Sana'a, Yaman buat pertama kali. 

Saya sedang dalam perjalanan ke KLIA dan tidak dapat tukar rancangan dan teruskan juga ke Sana'a dengan hati penuh debaran dan mujur saya tidak menghadapi apa-apa masaalah. Saya ada beberapa rakan tempatan dan dari Malaysia yang menetap di sana yang bantu saya pergi ke mana-mana sehingga ke dua bandar lain.

Cuma yang peliknya, keesokan harinya saya balik ke Lapangan Terbang Sana'a untuk bertemu dengan lebih dua ratus pelajar Malaysia dibeberapa buah universiti di Yaman yang diarah balik ke Malaysia, untuk elak dari diapa-apa dalam keadaan politik di Yaman yang ketika itu tidak menentu.

Sekarang saya sudah berada di dewan menunggu di KLIA, untuk pergi ke Bandaraya New York pada pukul 8.00 pagi. 

Suasana tak sama seperti dua-belas kali saya ke sana dulu termasuk menyeberang sempadan ke Kanada dan Mexico, dengan keadaan di ruang pendaftaran lenggang dan tidak sesak seperti biasa sebab jumlah penerbangan agak kurang berbanding dengan dulu. 

Inilah kali pertama saya terbang jauh dalam era yang serba tidak menentu sejak penularan coronavirus atau covid-19 di seluruh dunia, dengan banyak negara sudah mulai menerima pelawat dengan memberi pengelaman yang agak berbeza dan kadang-kadang mencemaskan. Ia berbeza dengan dahulu bila semua orang boleh terbang dan pergi ke mana-mana dengan fikiran tenang, santai dan sambil lewa.

Saya dapat tahu dari rakan di sana, keadaan di sana sudah mulai bebas dengan rakyat Amerika menjalankan kegiatan seharian dan sosial hampir seperti biasa dengan kegiatan persembahan teater di Broadway di New York sudah berlangsung walaupun dikejutkan dengan penularan varian Omicron baru-baru ini.

Sebenarnya saya lebih suka guna perkataan 'balik' ke New York atau Amerika, dari 'pergi' sebab bandaraya ini sudah jadi tempat kedua saya; dan sejak tiga tahun lalu saya balik ke sana dan Amerika sekali setiap tahun dan kadang-kadang dua kali sehingga pandemik kovid-19 melanda.

IMBAS KEMBALI KE AHAD, 13 OGOS, 1978, DALAM BULAN RAMADAN. 

Tak terasa banyak masa telah berlalu sejak pertama kali saya ke Amerika.

Pada masa ini saya langsung tidak tahu universiti yang saya akan pergi adalah universiti ulung di Amerika dan dunia; dan saya mencipta sejarah akademik Malaysia menjadi pelajar pertama (dan akhir) belajar bidang perfileman di universiti bertaraf Ivy League.

Fikiran saya membawa saya balik ke lama dulu, semasa saya pertama kali pergi ke New York khas untuk belajar di Columbia University; saya mengambil dua minggu dari bertolak dari Subang hingga tiba di Lapangan Terbang Kennedy pada 29 Ogos. Saya singgah di London dua minggu tinggal bersama rakan yang menetap lama di sana dengan ada yang belajar. Sebenarnya ia dalam bulan Ramadan.

Masa tu ramai kawan-kawan dan saudara-mara datang ke Lapangan Terbang Subang untuk hantar saya yang kebetulan akan berangkat ke Amerika bersama dua graduan dari Kajian Sebaran Am, iaitu Mustapha Kamal Anuar dan Salleh Kassim tetapi mereka akan belajar di dua buah universiti lain.

Peristiwa yang saya tidak dapat lupakan sebelum pergi ke New York ialah bagaimana dua hari sebelumnya, pada hari Jumaat, saya pergi ke masjid di Seksyen 14 di Petaling Jaya; saya pakai sepasang sepatu jenis 'track shoes' buatan Amerika yang agak mahal yang bayar lapan-puluh ringgit di Pertama Kompleks. Malangnya selepas sembahyang, sepatu saya hilang. 

Saya terlihat seorang pelajar yang tidak masuk ke dalam masjid dan berdiri di pintu; dia rasa gembira melihat saya datang dengan memakai sepatu itu, jadi saya syak dia yang mencuri atau 'mengambilnya'. Dia kelihatan seperti dalam Tingkatan Tiga dan tidak mungkin boleh pakai sepatu saya bersaiz lapan-setengah.

Sayapun fikir untuk berjalan berbaki ayam untuk pergi ke Jaya Supermarket untuk beli sepasang sepatu lain. Saya sebenarnya tidak marah sepatu saya dicuri sebab yang lebih penting buat saya ialah dua hari kemudian saya akan bertolak pergi ke New York dengan dihantar oleh beberapa rakan dari Utusan Malaysia dimana saya bekerja sebagai wartawan dahulu seperti Zainuddin Maidin (kini Tan Sri) dan Khalid Jefri, Shahrom, Rahim Salleh dan Murtaza. 

Tapi saya dapat dua selipar Jepun yang sudah usang dan berlainan corak dan warna dan sarungnya untuk pergi ke Jaya Supermarket di mana saya beli sepasang sepatu kulit berwarna cokelat dengan harga enam-puluh ringgit.

Sekarang ini, saya tiba awal di KLIA, semata-mata untuk dapat peluang renung dan tulis artikel ini. Kalau dulu dari Subang terdapat ratusan ribu pelajar Malaysia yang terbang ke luar negara untuk sambungkan pelajaran, tetapi kini mereka ke KLIA pula. 

Berbeza dengan pengelaman saya untuk ke Amerika kali ini ialah kita sekarang dalam zaman atau era pandemik kovid dengan pergerakan yang lain dan tidak begitu bebas dengan tujuan utama saya untuk membuat sedikit penggambaran dibeberapa buah universiti untuk sebuah dokumentari tentang pelajar Malaysia yang pernah belajar di universiti bertaraf Ivy League, iaitu lapan buah universiti paling berprestij di Amerika - termasuk Columbia!

Tujuan sebenar saya mahu balik ke New York ialah untuk buat penggambaran sedikit untuk sebuah dokumentari tentang pelajar Malaysia yang belajar di universiti bertaraf Ivy League berjudul, 'Berteduh di bawah daun ivy' atau 'Taking shade under ivy leaves' dan berbincang dengan Dekan di pengajian saya. 






































(Gambar bersama Zainuddin Maidin, Murtaza, Khalid Jefri dan Shahrom dari Utusan, semasa di Subang. Gambar bawah: Singgah di Lapangan Terbang Brussels di Belgium bergambar bersama pelajar lain yang juga ke Amerika sambung pelajaran di sana.)


















Tiada ulasan: