Selasa, 21 Disember 2021

6. CATATAN KEENAM: KEMBALI KE COLUMBIA…UNTUK MENCIPTA SEJARAH DAN REKOD AKADEMIK AMERIKA…DAN DUA REKOD DUNIA DAN LAWATAN SIMPANGAN KE TAPAK MENARA BERKEMBAR:

'A leader must know how to take advantage of the presence of any Ivy Leaguer in his country; they are a rare breed…who after attained achievement in education often withdraw, to lead a simple life that only real leaders know how to bring them back to life to serve his country…if he knows how…' 

Ia bermakna, 'Seseorang pemimpin itu mesti tahu untuk ambil kesempatan dengan kehadiran mereka yang belajar di universiti Ivy League yang ada di negaranya…mereka adalah manusia yang sukar didapati yang mana apabila mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang pendidikan lantas akan berundur, untuk menjalankan kehidupan biasa yang hanya pemimpin sebenar tahu bagaimana untuk memberi mereka nyawa untuk tujuan menyumbang kepada negaranya…kalau dia tahu…' 

Ini cakap seorang yang saya tidak tanya nama dia, yang terserempak di luar kampus universiti saya. Tidak pula saya tanya kalau-kalau dia seorang profesor atau gelandangan yang suka tegur orang tanpa merenung ke wajahnya dan beredar sebaik sahaja dia sudah ungkap apa yang dia mahu cakapkan.

Ia bermula dengan dia menegur saya dan tanya kalau ugama saya Buddhis sebab dia fikir saya dari Jepun.

Ya, memang hampir semua orang yang saya terserempak bila saya berada di Amerika dan empat-puluh negara yang saya pernah pergi untuk menghadiri pesta, forum, seminar dan persidangan filem, fikir demikian. Ramai panggil saya, 'Kitaro' termasuk Duta Malaysia di Helsinki, Finland di mana saya pergi Februari, 2018 dulu untuk bercakap dalam sebuah forum tentang filem disebuah universiti di sana.

Saya dapat tahu bahawa sesiapa yang berminat untuk ambil kursus peringkat ijazah sarjana sekarang ini, dia kena sediakan US$300,000 atau RM1.3 juta untuk yuran dan sarahidup untuk dua tahun pengajian dan penginapan. Tetapi ini tidak menghalang ramai pelajar untuk mohon sedangkan yang diterima sedikit sahaja.

Walaupun jumlah yang saya belanja untuk belajar di Columbia tiga tahun tidak nampak besar, tetapi nilainya sama seperti sekarang.

Ia sebuah jumlah yang besar, tetapi kalau seseorang pelajar itu tamat pengajian dan bernasib baik dia boleh jual skrip ke studio dan syarikat filem di Hollywood dan dapat satu hingga dua juta dolar. 

Sejak tinggalkan kampus Universiti Columbia pada tahun 1981 dulu saya sering juga balik ke kampus untuk ziarah setiap kali saya ke New York. Tetapi lawatan saya kali ini lain dari yan biasa; saya dijemput untuk berbincang dengan Dekan Pengajian saya tentang hasrat saya untuk tamatkan pelajaran saya untuk memperolehi ijazah sarjana dalam bidang pengrahan filem.

Dan saya juga mahu cipta dua rekod dunia - iaitu dengan menerbit sebuah filem yang mempunyai penggambaran di lebih lima-puluh buah negara dan menerbit lapan-puluh-enam judul buku yang saya sudah tulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Kalau ini dapat dilakukan saya pasti ia boleh tarik perhatian media dunia dan pihak di Guinness Book of World Records, untuk memberi pengiktirafan kepada usaha ini.

Suasana di sini agak lenggang sedikit sebab ia di penghujung semester musim luruh dan minggu depan universiti bercuti selama satu bulan untuk perayaan krismas dan tahun baru untuk memula semester musim sejuk. 

Saya tiba di kampus Columbia sama seperti pertama kali saya sampai di sini pada 30 Ogos, dengan menaikki keretapi bawah tanah atau 'subway' iaitu 'Number One Local' sebuah perkhidmatan keretapi 'subway' yang berhenti disetiap perhentian yang ada berbanding dengan perkhidmatan ekspres yang berhenti dia beberapa tempat sahaja.

Saya masih ingat pertama kali menaikki keretapi itu saya kena jengok di luar untuk pastikan stesen yang saya perlu berhenti, iaitu 116th Street Station atau Stesen Jalan 116.

Sistem perkhidmatan keretapi 'subway' di New York sampai sekarang tidak berubah; yang berubahnya ialah sekarang terdapat lebih banyak laluan dan stesen baru yang telah dibina sehingga ke Lapangan Terbang Kennedy yang dulunya tidak ada.










































(Poster dokumentari, 'Bertedur di bawah daun ivy' dan suasana selepas acara Konvokesyen atau 'Commencement' di Columbia pada bulan Mei, 1981 dimana dua pelajar dari Malaysia iaitu Firdaus Abdullah dan Badariah menerima ijazah masing-masing.)









































(Gambar Menara Freedom yang dibina dekat tapak Menara Berkembar World Trade Center di New York City, dengan gambar kolam yang dulunya adalah tapak bangunan menara tersebut yang sengaja dijadikan kolam yang dalam dengan di tebingnya ditulis semua nama hampir tiga ribu mereka yang meninggal dunia dalam kemusnahan Menara Berkembar pada 9 November, 2001.)

Tiada ulasan: