Jumaat, 17 Disember 2021

ASTORIA BERUBAH WAJAH, KINI MEMPUNYAI RAMAI ORANG ISLAM

3. CATATAN KETIGA: 
.


Cuaca sejuk tetapi tidak mengogot sampai mengiggil. Saya tiba sini dengan menaikki keretapi bawah tanah tetapi ia sudah naik ke tingkat atas hingga ke stesen Ditmars yang terletak hujung landasan. Kemudian sambung dengan menaikki bas untuk sampai di Astoria Place yang kelihatan sama seperti dahulu.

Selama tiga tahun saya belajar dan menetap di New York, saya berpindah beberapa kali termasuk tinggal dua semester di asrama. Tempat terakhir saya tinggal ialah di Astoria di daerah Queens di bandaraya ini. Ia agak jauh dari kampus dan saya kena ambil dua keretapi dan sejam untuk pergi ke kuliah.

Pada masa itu Astoria merupakan sebuah kawasan biasa yang mempunyai ramai orang keturunan Yunan (Greece) dan tidak ada masyarakat Islam kecuali beberapa orang Melayu dari Malaysia yang terdiri dari pelajar dibeberapa universiti yang mengambil bidang-bidang berbeza.

Jadi, apabila saya balik ke sana dalam tahun tidak lama dahulu, saya agak terkejut melihat begitu ramai orang Islam yang tinggal di sini dan restoran menjual makanan halal yang dibuka oleh orang dari Bangladesh dan Pakistan.

Dulu kalau hendak makan makanan halal kena masak sendiri; atau pergi ke restoran halal yang jauh. Kadang-kadang saya dan rakan-rakan masak satay di Taman Astoria yang terletak tidak jauh dari rumah sewa kami.

Yang lebih mengejutkan ialah kini terdapat dua buah masjid yang dipanggil pusat Islam di dalam kawasan ini. Kalau kita pergi ke perhentian bas kita akan dapat melihat ramai wanita Islam yang memakai pakaian mereka berbanding dengan masyarakat tempatan dan bukan Islam lain yang kelihatan begitu sedikit.

Setiap kali saya balik ke New York saya akan pergi ke Astoria untuk mengimbau pengelaman lama bersama rakan-rakan dengan anak mereka yang ketika itu masih kecil dan belum bersekolah yang kini sudah beranak-pinak. 



















(P:usat Isam
















































(Pusat Islam Astoria pada asalnya sebuah kedai yang diambilalih oleh masyarakat Islam di Astoria untuk dijadikan pusat Islam. Dan gambar bawah: Wahab dalam kedainya di Astoria dalam tahun 1980 yang kini sebuah kedai runcit dan restoran dan pelajar-pelajar Melayu berkumpul sambil berpiknik dan bersokan di Birmingham, tahun 1980 dan masak satay di Taman Astoria dengan kawan-kawan sama belajar di sana.)























































Tiada ulasan: