Ahad, 19 Disember 2021

MING LEE…PELAKON MALAYSIA PERTAMA DAN AKHIR DALAM DRAMA UTAMA ‘MISS SAIGON’ DI BROADWAY, BANDARAYA NEW YORK.





Saya kenal dan sering berhubung dengan seorang pelakun teater Malaysia yang menetap di New York dengan nama Chan Ming Lee yang saya panggil, Ming sahaja.

Mungkin ramai orang tidak kenal siapa dia; sebenarnya dia merupakan pelakon teater Malaysia yang satu-satunya pernah terlibat dan berlakun dalam sebuah teater Broadway yang utama iaitu 'Miss Saigon'. Dan beliau adalah pelakun ganti atau 'understudy' untuk watak Jurutera atau 'Engineer' dalam drama ini dan selama tujuh tahun dengan mendapat peluang mengambil alih watak itu hampir enam-puluh kali.

Ming juga pernah berlakun dalam beberapa filem terbitan di Amerika main watak kecil.

Saya tidak percaya akan terdapat pelakon kita yang lain yang akan dapat peluang berlakun dalam persembahan teater di Broadway untuk masa yang lama.

Ming berkelulusan bidang bahasa Inggeris di Universiti Malaya berhijrah ke London beberapa tahun untuk berusaha bergiat dalam bidang muzik, kemudian ke Montreal, Kanada dimana beliau memajukan bidang nyanyian dan muziknya dalam irama jazz.

Beliau telah balik dari London dan bekerja sebagai pensyarah bahasa Inggeris di Institut Teknologi Mara (ITM) di Shahalam kini Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Tetapi nasibnya berubah apabila dapat peluang mencuba bakat dalam bidang senilakon yang beliau sudah mulakan dengan terlibat dalam banyak drama bahasa Inggeris semasa belajar di Universiti Malaya (UM) lagi.

Dan beliau juga seangkatan dengan pelakon teater di UM seperti Mustafa Noor, Johan Jaafar, Mano Maniam dan ramai lagi.

Sekeping gambar yang beliau tujuk saya dirakam semasa acara tahunan sekolah rendah bila emak beliau mengadakan persembahan tarian Melayu dengan Ming memakai baju Melayu lengkap dengan songkok dan samping mengayunkan tarian joget.

Dan semasa di ITM juga saya terserempak dengan Ming, nama panggilan yang disenanginya, semasa beliau keluar dari kantin pensyarah di hadapan perpustakaan.

Dan tidak sangka juga saya akan bertemu dengan beliau lama kemudian setelah beliau habis berlakun dalam drama ‘Miss Saigon’ dan pulang bercuti di Malaysia beberapa bulan dan berlakon dalam drama pentas di Kuala Lumpur, walaupun beliau menetap di New York.

Berbalik kepada drama ‘Miss Saigon’ terbitan Cameron McIntosh, Ming berpeluang untuk mengujibakatnya untuk persembahan di Toronto, Kanada, tetapi pihak penerbit di Toronto fikir beliau lebih sesuai untuk persembahan di New York.

Akhirnya Ming bersama dengan ‘Miss Saigon’ selama tujuh tahun dari sepuluh tahun drama ini dipersembahkan dari 1991 hingga 2001. Ming bermula terlibat dengan drama ini dari 1994 hingga 2001.

Dan dengan ini Ming menjadi pelakon Malaysia pertama dan sehingga kini, juga yang terakhir berlakon dalam sebuah drama utama Broadway, dan dengan secara tidak langsung mencipta sejarah teater Malaysia.

Malangnya kejayaan Ming sehingga kini tidak lagi diiktiraf oleh mana-mana pihak termasuk Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dan Istana Budaya.

Lebih malang lagi, pihak di Malaysia tidak mendapatkan pandangan dan nasihat dari beliau untuk majukan bidang teater di Malaysia dengan mengguna pengelamannya seamsa berlakon dalam drama ‘Miss Saigon’ dan beberapa lagi termasuk drama kecil di Off-Broadway.

Saya berpeluang untuk bercakap dengan Ming baharu-baharu ini dalam sebuah rumah usang dan terbiar di Pangsun, Hulu Langat, Selangor, di mana beliau selalu pergi untuk mendapat ketenangan dan mendapati pengelamannya amat luarbiasa, yang saya akan muatkan dalam sebuah buku tentang teater kita yang berjudul, ‘Ini sahajakah teater kita?’

Dan beliau tunjuk saya gambar semasa berumur beberapa tahun memakai baju Melayu lengkap dengan sampin dan songkok sambil berjoget dengan seorang pelajar perempuan dalam acara tahunan sekolahnya di Kuala Lumpur.






























(Ming Lee menunjuk bakat sambil menari joget dengan memakai baju Melayu yang lengkap dalam acara sekolah rendahnya di Kuala Lumpur.)

Tiada ulasan: