Khamis, 16 Disember 2021

DUA-PULUH-EMPAT JAM DARI MALAYSIA KE NEW YORK…DAN SINGGAH DI LAPANGAN TERBANG NARITA, TOKYO

2. CATATAN KEDUA: 
.


DALAM PESAWAT UNITED AIRLINES DARI LAPANGAN TERBANG NARITA, JEPUN KE LAPANGAN TERBANG NEWARK DI AMERIKA.:

Matahari membenam di New York pada pukul empat dan suasana seperti malam. Kalau bulan Ramadan, ia sudah masuk waktu. Jadi semasa tinggal di sana sambut Ramadan amat mudah, walaupun waktu berbuka pada pukul dua pagi sebab matahari akan menyinar awal pada pukul lima pagi. 

Sesiapa yang lawat New York dan Amerika pada masa musim sejuk seperti ini akan mempunyai kegiatan yang agak kurang sebab dia tidak dapat bersiar-siar dan merayau lama semasa hari masih terang. Cuaca juga hampir di paras beku dan kadang-kadang salji turun.

Jarak dari Malaysia ke Amerika pula jauh; dan Bandaraya New York sebenarnya terletak separuh dunia dengan Malaysia dan ini bermakna, masa di Malaysia kalau 12 malam, di sana ia 12 tengahari pada hari sebelum hari di Malaysia. 

Kalau naik kapalterbang ia mengambil lebihkurang dua-puluh empat jam, atau lebih kalau ada persingahan di bandar di sebuah negara yang biasanya mengambil hampir sehari masa menunggu. 

Namun demikian yang peliknya, olehsebab keadaan masa di dunia, kita akan sampai di New York pada hari yang sama kita bertolak di Malaysia dengan bertolak pukul 8.00 pagi dan tiba di sini pukul 3.55 petang!

Sebagai penumpang berugama Islam dan kalau dia lebih awal lagi minta untuk dihidang dengan makann halal atau 'Muslim Meal' dia akan dapat layanan istimewa dengan diberi makanan lebih awal dari penumpang lain.

Saya sudah banyak kali terbang dari Subang dan KLIA ke Amerika mendarat di Los Angeles atau New York, tetapi tidak pernah bertembung dengan penumpang Melayu kecuali bila syarikat penerbangan kita, Sistem Penerbangan Malaysia atau MAS mengada penerbangan langsung dari KLIA ke Los Angeles, saya dapat lihat penumpang dari Malaysia; tetapi setelah MAS tamatkan perkhidmatan mereka ke Amerika, ia tidak berlaku.

Biasanya kalau saya mahu pergi ke bandar-bandar lain di Amerika setelah mendarat di Los Angeles atau New York, saya tidak pilih untuk terbang; sebaliknya saya pilih untuk menaikki bas guna perkhidmatan syarikat Greyhound.

Bayangkan kalau seseorang itu pergi dari Los Angeles ke New York dia akan ambil masa tiga hari dan tiga malam.

Ia amat meletihkan dan bas akan berhenti dibeberapa bandar dan pekan tidak kira waktu dengan penumpang turun dan yang lain naik, sedangkan saya yang akhirnya tinggal seorang yang tinggal sehingga tamat perjalanan.

Kalau orang tidak berminat dengan bidang penulisan, fotografi, dia akan rasa bosan; tetapi saya tidak, saya ambil peluang untuk berkenalan dengan orang lain dalam bas yang hampir semua fikir atau agak, saya orang Jepun berugama Budhis! 

Untuk penerbangan saya kali ini, saya menaikki penerbangan Jepun iaitu All Nippon Airlines atau ANA dari KLIA hingga ke Narita di Tokyo, Jepun. Dan selepas dua jam berihat di sini, saya sambung penerbangan dengan menaikki pesawat United Airlines hingga ke Lapangan Terbang Newark yang terletak di negeri New Jersey.

Oleh sebab perjalanan lama, saya selalu pilih untuk duduk di tepi tingkap sebab dari sini saya boleh lihat di luar bila saya mahu dan dapat peluang untuk rakam dengan kamera vidio dan kamera pegun, pemandangan di luar yang kian berubah, sama juga semasa menaikki bas Greyhound yang menjelajah Amerika yang memberi pemandangan yang berbeza-beza apa bila terlihat padang pasar dan hutan dan tanah lapang, pada hari yang berubah menjadi malam dan bertukar ke pagi.

Biasanya saya akan ambil ribuan keping gambar dan sepuluh jam vidio untuk simpanan yang sedikit diguna untuk filem dokumentari dan juga yang saya sudah siapkan, khususnya 'Around America: From Melaka to Manhattan' yang mungkin merupakan buku fotografi yang pertama dihasilkan oleh mana-mana rakyat Malaysia yang pernah belajar di Amerika.

Tetapi untuk lawatan ke Amerika kali ini saya pergi bukan sebagai seorang bekas pelajar universiti di Amerika tetapi juga sebagai seorang penulis yang karya bercetak atau 'published author' sebab novel saya dalam bahasa Inggeris berjudul, 'Palestine Stories' sudah dicetak dan dijual oleh Amazon.
































(Di Skid Row, di Los Angeles di mana terdapat masyarakat gelandangan berkumpul. Saya harap akan dapat buat dokumentari tentang gelandangan di Kuala Lumpur dan Los Angeles berjudul, 'Homeless in KL and LA…' Dan di bawah sekumpulan masyarakat Rohingya di Los Angeles ada yang pernah menetap di Malaysia lama yang saya kenal dulu.)




















(Saya dan rakan-rakan dari Rohingya beberapa yang pernah menetap lama di Malaysia, yang kini menetap di Los Angeles.)



















































Tiada ulasan: