Selasa, 29 Mac 2022

PERHIMPUNAN UMNO (PAU) 1977 DAN 1978 DAN PERBEZAANNYA DENGAN PAU 2017 DAN 2021 - TAK BERUBAH DENGAN LAWAK DAN JENAKA…CARA DAN TAJUK PERBAHASAN MASIH TAK BERUBAH…BAHAGIAN 2:

Oleh Mansor Puteh


KESIMPULAN DAN CADANGAN UNTUK PAU 2021 DAN SETERUSNYA:

Ternyata sekali ialah Umno masih lagi belum berjaya menarik minat dikalangan para sarjana dalam semua bidang atau mewujudkan sistem dimana mereka yang ada kelayakan luarbiasa dimasukkan ke dalam sistem supaya mereka boleh beri sumbangan kepada parti dan juga bangsa.

Kalau dulu semasa Umno baru ditubuhkan ia dikuasai oleh mereka yang mendapat pendidikan di universiti di England seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan lain-lain tetapi sekarang ini, ia tidak berlaku; sebab ramai orang Melayu yang berkelayakan tidak berminat masuk ke dalam bidang politik dan parti Umno secara aktif sebab mereka ada kerjaya rasmi lain dengan pengkhususan dan bukan sekadar mempunyai ijazah umum seperti undang-undang yang membenarkan mereka tidak mengira kerjaya apa yang mereka mahu dan boleh dapat.

Jadi, apa yang akhirnya berlaku ialah Umno mengekalkan orang yang mula bergiat semasa muda sehingga mereka meninggal dunia dan mengundur dengan sendiri, atau mereka akan merungut dan tukar parti dan juga tubuh parti sendiri, sehingga apa yang kita dapat lihat sekarang ialah kebanyakan parti Melayu di pihak pembangkang adalah yang ditubuh oleh mereka yang dulunya giat dalam Umno dan mendapat semua ganjaran dan apabila tiba masa untuk mereka undur mereka enggan dan mereka tubuh parti lain hanya untuk menonjolkan diri sendiri, supaya mereka dapat terlibat dalam politik sehinggakan sanggup kecam Umno.

Tidak kurang dari itu, mereka juga sanggup berpihak dengan pembangkang yang sejak parti tersebut ditubuh adalah musuh ketat Umno. 

Olehsebab Umno gagal bentuk sistem dalaman maka terdapat mereka yang lebih cenderung bergiat dalam bidang politik di peringkat negeri dan kebangsaan terdiri dari mereka yang mempunyai kelayakan akademik yang kurang atau tidak membanggakan.

Jelasnya Umno tidak galak mereka yang ada kelayakan dan tolak mereka yang tidak ada kelayakan dari bergiat dalam parti untuk diangkat sebagai calon dalam parti dan pilihanraya.

Ini jelas dapat dalam perbahasan yang cetek yang mempunyai pendapat yang sama dengan kecaman terhadap parti musuh dan watak-watak di parti pembangkang yang sepatutnya berlaku kalau perwakilan yang berbahas itu ada bahan lain yang mereka boleh kemukakan.

MANA POWERPOINT DAN FAKTA DAN DATA? CUKUPKAH SEKADAR BERHUJAH SECARA UMUM DENGAN GELAK-TERTAWA DAN SINDIRAN SEMATA-MATA?

Sehingga hari ini saya tidak dapat lihat dan dengar perbahasan yang dilakukan dengan penuh akademik dengan penyelidik dibuat secara menyeluruh dan paparan PowerPoint yang mengemukakan data dan fakta.

Tidakkah ini yang sepatutnya berlaku dalam PAU sekarang? Dan tidakkah pihak pucuk kepimpinan Umno pastikan tajuh atau bahan yang para perwakilan kena buat dan bukan biarkan mereka bercakap dengan bising dan tidak mempunyai bahan untuk diguna oleh parti untuk memajukan bangsa? 

Dan akhirnya mereka seperti itulah yang mendapat jawaatan dalam parti dan akhirnya di parlimen dan kabinet; atau di dalam syarikat berkaitan dengan kerajaan atau GLC dan agensi kerajaan sehingga ke peringkat kedutaan.

Sebaliknya ramai anak Melayu yang ada pendidikan yang tinggi dipinggirkan sebab Umno tidak wujudkan sistem yang membolehkan mereka diberi peranan sewajarnya untuk membangunkan ekonomi bangsa dan juga negara disamping memberi petunjuk kepada mereka yang gagal di peringkat sekolah menengah dan juga di universiti untuk tidak pegang angan-angan untuk masuk dalam bidang politik semata-mata untuk mendapat jalan mudah untuk mendapat jawatan dan juga kumpul kekayaan dengan mengguna pelbagai cara seperti yang dapat kita lihat sekarang.

Masalah ini juga dapat dilihat dengan jelas di kalangan parti pembangkang yang juga mempunyai mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang tetapi yang mengguna bidang politik untuk mendapat jawatan dan kekayaan.

Dan yang lebih hebat lagi ialah mereka tidak perlu berpencen sebab bidang politik tidak menetapkan had usia kepada sesiapa yang mahu berkecimpung di dalam kegiatan politik di peringkat parti maupun parlimen dan sebagainya.

Jadi yang jelas kepada saya apabila saya bandingkan dengan PAU 1977/78 dan 2017/21 ialah perbahasan yang diadakan sama.

Kalau dulu perwakilan gemar berpantun dan melawak, PAU sekarang juga tidak berbeza. Malahan bahan yang mereka bahaskan hampir sama.

Ini bermakna bahawa para perwakilan terikut-ikut dengan cara dan gaya pemimpin politik era lama dan tidak tahu untuk menukar cara dan gaya yang baru dengan sikap yang baru dan yang lebih berkesan.

Kebanyakan apa yang dibahaskan adalah tajuk-tajuk yang sepatutnya diselesai dan dibincang diperingkat dalaman dan bukan di PAU dengan penyelesaian dibuat secara tertutup.

UCAPAN BERMULA DENGAN MENYEBUT NAMA SEMUA PEMIMPIN KANAN UMNO AMBIL MASA TERLALU LAMA!

Ini yang saya rasa amat janggal sekali apabila setiap perwakilan yang menyebut nama semua pemimpin kanan dari pengerusi PAU ke presiden, timbalan presiden dan semua mereka yang hadir, yang mengambil hampir dua minit yang dibuat selepas ucapan selamat dan doa. 

Ini merupakan masa yang panjang memandangkan setiap perwakilan diberi masa yang terhad; jadi tidak hairan kalau setiap kali mereka bercakap, pengerusi PAU terpaksa bunyi loceng untuk menandakan masa untuk mereka berhujah sudah tamat. 

AKHIRNYA?:

Akhirnya apa yang saya dapat lihat ialah setiap PAU yang diadakan berakhir tanpa sebarang ketetapan yang penting dibuat yang mana ia tidak dapat dibuat sepanjang tahun sebelum PAU pada setiap tahun, sebab setiap bahagian Umno seluruh negara tentu ada cara untuk memberi cadangan dan pandangan yang bernas tentang isiu yang mereka rasakan penting, yang dapat disalurkan kepada wakil rakyat, exco negeri dan juga ahli parlimen sehingga ke tahab menteri dan juga perdana menteri.

Jadi apa perlunya mereka tunggu sehingga PAU diadakan untuk mereka tonjolkan isiu-isiu dalam perbahasan yang rata-rata tidak mempunyai isi dan kandungan yang baik atau bijak yang boleh menguntungkan Umno, bangsa Melayu dan tarik sokongan pengundi bila pilihanraya berlaku kelak.

KEGAGALAN BESAR UMNO:

Umno gagal tarik mereka yang layak dalam semua bidang untuk beri pandangan dalam jawatankuasa khas yang sepatutnya ditubuh dan juga untuk menjemput mereka bentangkan cadangan dengan mengguna fakta dan data dalam setiap PAU supaya akhirnya para perwakilan yang ternyata tidak ada kelayakan dalam bidang apapun, boleh hadir hanya untuk dengar dan beri pandangan mengenainya, termasuk pihak presiden Umno dan perdana menteri dan barisan dalam kabinet yang ada kuasa untuk melaksanakan usul-usul yang dibentangkan ol

Tiada ulasan: