Sabtu, 30 Julai 2022

DRAMA TV DAN FILEM MELAYU HAMPIR SEMUA GALAK MELAYU BENCI MELAYU, MELAYU BENCI KERAJAAN DAN RAJA-RAJA

!
Oleh Mansor Puteh


Orang mungkin tidak sedar sejak RTM ditubuhkan dengan penerbitan banyak siri drama televisyen dan telemovie dan kerancakan orang menerbit filem untuk pawagam, tidak ada sebuah kajian telah dibuat untuk mengkaji apa kesannya terhadap pemikiran dan psiki Melayu khususnya.

Tidak ada seorang pakar psikologi dan juga ahli falsafah sanggup dan mampu membuat kajian seperti itu. Ia adalah kajian yang sebenarnya terkeluar dari bidang pakar pakar psikologi dan ahli falsafahpun.

Malah tidak ada seorang profesor bidang kesenian dan filem dan juga antropologi dan ugama dapat lihat bahan drama televisyen dan filem dari sudut pengaruhnya kepada pemikiran penonton Melayu khususnya dan kepada rakyat Malaysia amnya.

Jelas ini bukan bidang yang mereka boleh ceburi tanpa mereka mempunyai kelayakan dan pendidikan formal bidang kritikan filem dan kesarjanaan sinema.

Di barat ada kajian yang dibuat tentang perkara ini tetapi ia tidak diterima olehsebab mereka anggap bidang filem sebagai sebuah bidang seni ada kebaikan dan keburukannya dan ia terletak kepada penonton itu sendiri untuk pilih untuk mendapat faedah darinya atau sebaliknya.

Di Malaysia, ini mungkin anggapan dan teori yang pertama tentang perkara ini iaitu kesan kepada penonton drama televisyen dan filem kepada pemikiran dan psiki Melayu, yang sebenarnya terkeluar dan terlebih dari bidang keugamaan yang mana kita ada banyak penceramah ugama yang langsung tidak sentuh tentang perkara ini.

Ini disebabkan mereka tidak menjangkau bidang ugama mereka untuk kaji bidang lain dalam zaman moden dengan penekanan kepada hiburan. Jadi mereka tidak pernah bercakap tentang pengaruh drama televisyen dan filem kepada pemikiran orang Melayu.

Saya berani berkata bahawa kebanyakan drama televisyen dan telemovie dan filem Melayu sebenarnya menggalakkan orang Melayu itu sendiri untuk membentuk sikap bencikan Melayu; dan lebih teruk lagi ialah ia juga menggalakan penonton dan masyarakat dan bangsa Melayu untuk benci kerajaan dan Raja-Raja dan juga Ugama Islam sendiri.

Ini semua berlaku secara halus sehinggakan pihak berkenaan dan berwajib tidak sedar; ini disebabkan ia bukan tahab mereka untuk melihatnya.

Jadi musuh kerajaan sebenarnya bukan parti pembangkang dan pihak berhaluan kiri tetapi penonton siri drama televisyen dan rancangan Melayu dan telemovie yang disiar oleh stesen televisyen dan filem yang ditayang di pawagam dan pelantar lain.

Saya tidak mahu sentuh di mana dan bagaimana perkara ini berlaku dan macam mana penonton boleh terpengaruh dari bahan hiburan yang mereka tonton di televisyen dan pawagam sehinggakan mereka menyerap sikap anti atau tolak-Melayu, kerajaan, Raja-Raja dan Ugama Islam itu sendiri.

Kebanyakan pengaruh yang diterima dan dituru oleh pembuat rancangan ini adalah dari barat atau khususnya Hollywood yang telah mempengaruhi pembuat bahan-bahan hiburan di hampir semua negara di dunia termasuk Korea Selatan dan Latin Amerika; dan ini sebaliknya mempengaruhi pembuat bahan ini di Malaysia yang amat bangga kalau mereka dapat meniru.

Dan kebanyakan bahan yang diterbit di Hollywood sebenarnya adalah jenis yang menentang nilai sejagat dan Amerika itu sendiri, sehinggakan kita atau pakar dan sarjana filem dapat melihat perubahan sikap penonton dan rakyat Amerika terhadap semua bidang kehidupan sehingga negara ini kini bukan lagi yang bangga dengan pegangan ugama yang datuk-nenek-mereka anut dahulu.

Perubahan seperti ini dapat juga dilihat dalam pemikiran ramai orang Melayu dan bukan-Melayu di Malaysia yang terdedah dengan bahan hiburan Hollywood dan kemudiannya dari bahan Hollywood Tiruan atau 'Fake Hollywood' yang disiar oleh semua stesen televisyen dan ditayang di pawagam tempatan.

Rancangan televisyen yang jelas dan rata-rata menggalak penonton dan orang Melayu benci kerajaan ialah yang ditrbit oleh TV3 iaitu '999'!

Ternyata sekali mereka yang mentadbir stesen televisyen tidak sedar apa yang mereka telah lakukan sehingga kini sejak RTM pertama kali ditubuhkan dalam tahun 1965 sehingga sekarang; dan perkara atau masalah ini menjadi lebih teruk dan ketara apabila stesen swasta wujud dengan mereka yang tidak mampu terbit rancangan sendiri dan terpaksa beli rancangan dari negara lain khususnya Amerika, India dan Hong Kong dan Latin Amerika.

Disamping itu, tidak ada sesiapa yang nampak apa yang berlaku dikalangan mereka yang dianggap ramai sebagai pemikir dan pakar psikologi dan penceramah ugama yang sepatutnya dapat lihat kepincangan yang berlaku dalam rancangan hiburan yang disiar oleh televisyen dan ditayang di pawagam. 

Ini sejarah penubuhan television Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman yang berlaku dalam tahun 1965 selepas Tunku balik dari melawat Kanada di mana beliau telah mendapatkan nasihat pakar televisyen di sana untuk bantu tubuh stesen televisyen kita.

Tunku tidak pula mahu dapatkan nasihat pakar dari stesen televisyen di England iaitu BBC sebab beliau rasa tidak bagus untuk Malaysia sebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan dan yang mahu pula minta pihak mantan penjajah Inggeris untuk bantu kita.

Tidak hairan apabila stesen televisyen Malaysia ditubuh kebanyakan rancangan yang disiar adalah yang diimport dari England dengan sedikit sahaja rancangan tempatan diterbit.

Malangnya, sikap ini tidak dapat diubah dan sehingga sekarang pihak stesen televisyen kerajaan dan juga swasta begitu asyik untuk membeli rancangan yang mendapat sambutan di Amerika sehinggakan ia dijadikan amalan dan mereka tidak tunjuk sebarang usaha untuk terbit rancangan sendiri walaupun ada peraturan di mana stesen televisyen dimestikan memperuntukkan sebahagian besar rancangan yang disiar yang diterbit oleh stesen dan penerbit tempatan.

Malangnya juga niat Tunku untuk menubuh sebuah stesen televisyen tidak dapat dimajukan oleh perdana menteri dan menteri berkenaan sehingga kini, olehsebab itu televisyen Malaysia hanya merupakan stesen picisan yang menyiar dan mempromosi budaya dan pemikiran barat, khususnya Amerika, yang mengambil kesempatan untuk menyebar dakyah mereka menerusi siri televisyen dan juga filem yang ditayang di pawagam seluruh negara.

Dan pemimpin generasi baru Umno khususnya juga serta mereka yang mengaku sarjana dan pakar dalam bidang masing-masing dan dari kumpulan pemikir, kononnya juga tidak pedulikan apa yang dipersembah oleh stesen televisyen setiap hari dengan membuat kajian khusus. 

Masalahnya mereka tidak ada kelayakan dalam bidang media dan propaganda barat untuk sedar dakyah Amerika telah sehingga kini menjalar dan masuk ke dalam otak orang Melayu.

Hampir semua orang yang terlibat dengan pentadbiran stesen televisyen dan agensi perfileman sebenarnya bukan pakar; dan mereka pula tidak mengambil ijazah bidang perfileman atau televisyen yang menekankan segi propaganda dan dakyah; mereka hanya pegawai yang bukan pakar hanya sekadar orang yang pegang jawatan dan tidak akan dan boleh diiktiraf sebagai pakar.

Tiada ulasan: