Oleh Mansor Puteh
Peta 99 yang baru saja berlalu Mei dulu oleh Akademi Seni Kebangsaan (ASK) bagai penilaian projek tahun akhir penuntut-penuntut tahun akhir (keempat) telah menampakkan beberapa kepincangan dan ketidak-adilan. Ini kali kedua saya memerhatikan proses penilaian seperti yang dilakukan. Dan kali kedua ini tidak menampakkan yang ada usaha untuk memperbaiki proses atau cara penilaian dan persembahan seperti dalam PETA 98 dulu.
Pada keseluruhannya saya rasa persembahan yang telah ditampilkan oleh penuntut-penuntut tahun ASK pada tahun lalu maupun sekarang ini menunjukkan tahab yang begitu tinggi. Saya hairan yang tahabnya cuma dikatakan tahab ‘diploma’ sahaja, sedangkan saya yakin dan percaya ia adalah lebih dari itu, tidak kurang di peringkat ijazah umum.
Dari kesemua bidang, iaitu seni tulisan novel, cerpen, puisi, drama televisyen, filem hingga ke seni lakun, arahan drama, tarian dan muzik, kita boleh rasa bangga dengan tahab yang dicapai.
Selama empat tahun penuntut mendapat pendidikan dari semester hingga ke semeser kelapan di tahun akhir mereka telah berjaya menikuti semua kursus yang diperlukan dengan cemerlang.
Kalaupun ada sebarang kekurangan dalam proses pendidikan di ASK yang saya lihat begitu ketara ialah tidak ada sebarang tumpuan terhadap kursus-kursus yang dikatakan jenis ‘liberal arts’ seperti sejarah, psikologi, sosiologi dan isiu semasa. Malah di ASK penuntut juga tidak diberi kursus seperti Bahasa dan Sastera Melayu.
Ini amat mengejukan sebab hampir semua jurusan yang diberi bertolak dari pengunaan bahasa, bukan sahaja untuk penuntut jurusan penulisan skrip drama televisyen, filem maupun pentas, bahkan untuk penuntut jurusan lain termasuk senilakun yang mengguna bahasa dengan lebih berbanding dengan penuntut jurusan lain.
Dan kalau hendak dikatakan, kekurangan dalam sylabus di ASK ialah ia tidak memberi kursus menaip.
Kursus menaip sekarang ini amat berguna kepada semua penuntut tidak kira jurusan apa yang mereka akan ceburi, sebab hampir semua penuntut akan mengguna mesin komputer untuk menulis skrip dan prosa. Maka adalah tidak munasabah kalau kursus seperti ini tidak diberi kepada penuntut.
Malah adalah lebih berguna sekali kalau kursus komputer juga boleh diadakan.
ASK menyediakan komputer untuk kegunaan penuntut, dan kebanyakan komputer ini telah rosak oleh sebab penuntut tidak diajar untuk menggunanya. Kebanyakan mereka mengguna komputer di masa lapang untuk memain permainan komputer.
Saya juga rasa hairan kenapa ASK tidak mempunyai kegiatan ‘dramatheque’ di mana aktiviti penerbitan drama untuk kursus sepanjang tahun ditakbir oleh penuntut yang mengambil peranan dalam semua hal penerbitan.
Di universiti atau sekolah kesenian di luar negeri, misalnya terdapat ‘dramatheque’ atau ‘cinematheque’ oleh sekolah filem, yang mana memberi persembahan secara tersusun sepanjang tahun.
Dan persembahan ini dibuat secara profesional, dan tiket dijual untuk mengumpul dana bagi tujuan penerbitan di masa akan datang.
Oleh sebab tahan persembahan di ASK dalam semua bidang begitu tinggi, jadi adalah tidak munasabah kalau persembahannya dibuat secara profesional, dan penuntut-penuntut yang giat dalam ‘dramatheque’ ini diberi ganjaran dalam bentuk separuh biasiswa.
Atau wang yang dikumpulkan itu dapat diguna untuk membeli kemudahan yang diperlukan.
Dan yang lebih penting sekali ialah penuntut semua bidang didedahkan kepada persembahan permentasan secara separuh profesional, supaya apabila mereka tamat pengajian kelak, mereka dapat pengelaman yang boleh diimplimen.
Tidak salah juga kalau penglibatan mereka itu diambil kira sebagai satu aktiviti dan mereka akan diberi penghargaan.
Apa yang dapat saya lihat sekarang ialah semua penuntut di ASK terlibat dalam banyak persembahan teater dan permentasan untuk ASK atau syarikat teater profesional, dan ramai diantara penuntut-penuntut bergiat dalam persembahan teater utama di Kuala Lumpur. Malah ada juga yang bergiat dalam penerbitan filem dan drama televisyen.
Tetapi, malangnya, kegiatan mereka ini tidak diambil kira oleh ASK sebagai aktiviti yang berguna di mana markah atau ‘kredit’ diberi.
Sama juga ramai diantara penuntut bidang penulisan mempunyai banyak hasil novel, cerpen dan puisi yang diterbit sepanjang mereka menuntut di ASK, tetapi, hasil mereka ini tidak diterima.
Dan yang amat menghairankan sama sekali ialah penuntut-penuntut dipaksa membuat persembahan atau projek tahun akhir dalam bidang-bidang yang telah dipilih mereka. Dan persembahan ini dinilai oleh panel dalam dan luar.
Malangnya, apa yang sering berlaku, selama dua tahun saya menyaksikan PETA (Persembahan Tahun Akhir) ini, ia semacam satu usaha untuk mendera penuntut dan bukan untuk menilai persembahan mereka.
Sebab saya tidak percaya penuntut ASK atau mana-mana akademi kesenian di dalam dan luar negeri mempunyai sistem sedemikian rupa di mana penuntut-penuntut akan ditentukan samada akan berjaya tamat pengajian dan lulus hanya dari persembahan tahun akhir mereka atau tesis.
Sepatutnya tesis atau projek tahun akhir mana-mana akademi kesenian cuma merupakan satu projek untuk menunjukkan yang penuntut berkenaan faham apa yang mereka harus membuat untuk menghasilan skrip, atau persembahan teater dan senilakun atau muzik.
Di peringkat ini penuntut-penuntut tidak sepatutnya diberi tekanan dan harus rasa takut yang hasil pesembahan mereka itu tidak akan diterima dan mereka tidak akan tamat pengajian dan harus mengulangi tahun akhir sekali lagi.
Saya rasa sekiranya ini berlaku, maka zalimlah pihak ASK yang membiarkan penuntut-penuntut melanjutkan pengajian sehingga lapan semester sepanjang empat tahun, dan lulus semua kursus yang diberi, tetapi tahab pencapaian mereka itu akan dinilai cuma berdasarkan kepada projek tahun akhir sahaja.
Sedangkan projek tahun akhir atau tesis itu biasanya mempunyai tidak lebih dari lima hingga tujuh kredit sahaja, berbanding dengan lebih seratus kredit yang telah diambil oleh setiap penuntut sepanjang dia menuntut di ASK.
Jadi, kalau penuntut itu dikatakan gagal memberi persembahan tahun akhir mereka, ini tidak bermakna mereka itu tidak layak untuk mendapat diploma mereka dari ASK atau mana-mana akademi.
Lagipun empat tahun di ASK itu sudah terlalu lama untuk mendapat sebuah diploma yang tidak menjanjikan apa-apa masa depan kepada para graduan. Sebab akhirnya nanti, graduan itu akan berdiri di atas kakinya sendiri tanpa mengguna diploma itu sebagai sandaran untuk mendapat peluang pekerjaan.
ASK harus sedar bahawa sekiranya penuntut gagal memberi persembahan tahun akhir mereka, ini sudah semestinya bererti bahawa penyelia mereka itu tidak peka dan tahu bagaimana hendak memberi tunjuk-ajar dan nasihat akademik kepada penuntut-penuntut berkenaan.
Ada satu kes di PETA 99 di mana seorang penuntut perempuan telah dikecam oleh sebab projek menulis drama pentasnya ditolak oleh panel dalam.
Keadaan seperti ini sepatutnya tidak berlaku, oleh sebab mana-mana projek tahun akhir atau tesis itu tidak dihasilkan sepenuhnya oleh penuntut berkenaan, tetapi di atas arahan penyelianya.
Lagipun, kalau penyelia mempunyai pandangan yang lain dan beri nasihat yang berbeza, sedangkan panel dalam atau luar mempunyai niat lain, maka terdapat perselisihan faham akademik. Ini boleh membuat projek tahun akhir berkenaan dianggap sebagai tidak berguna dan rendah tahabnya.
Mengenai penilaian oleh panel dalam dan luar seperti yang digunakan oleh ASK untuk PETA mereka; saya ingin menegaskan di sini bahawa proses seperti yang dilakukan oleh ASK ini tidak mendatangkan sebarang faedah langsung.
Kenapa mesti projek tahun akhir penuntut semester akhir dinilai oleh mana-mana panel dalam maupun luar?
Untuk peringkat diploma, saya percaya, penyelia seorang sahaja dapat membuat keputusan dan memberi markah, tanpa meminta pendapat dan penilaian dari mana-mana panel dalam ASK atau luar.
Dan jemputan yang telah dibuat kepada panel dari Indonesia, Putu Wijaya dan Australia, Dr Gibbs itu, sebenarnya tidak diperlukan.
Sebab apa yang mereka telah perkatakan tentang hasil yang dipersembahkan itu boleh diperkatakan juga oleh sarjana tempatan.
Kenapa wang yang banyak mesti dikeluarkan untuk menjemput mereka?
Lain kalau kehadiran mereka itu dapat memberi munafaat yang tidak ternilainya. Atau kalau kehadiran mereka itu akan dapat memberi pengiftirafan kepada diploma yang dikeluarkan oleh ASK, dan para graduan akan dapat melanjutkan pelajaran di institusi kesenian di mana mereka itu bekerja. Tetapi ini tidak berlaku. Jadi tidak salah kalau saya katakan bahawa kehadiran kedua panel dari luar negeri itu membazirkan wang ASK sahaja, sebab faedahnya tidak sebeapa.
Dan apa yang dapat saya lihat ialah panel luar negeri itu seperti tidak bersedia untuk nenilai projek tahun akhir, sebab soalan mereka terlalu umum.
Mungkin mereka tidak membaca semua naskah yang telah diberi. Maklum sahaja mereka cuma diberi naskah-naskah tersebut dua minggu sebelum datang ke Kuala Lumpur.
Akhir sekali, setelah menyaksi PETA tahun lalu dan tahun ini, saya mendapati bahawa terdapat kekurang dalam pendidikan penulisan skrip seperti apa yang saya lihat.
Penuntut-penuntut ASK jurusan penulisan skrip drama televisyen dan filem seperti tidak tahu apa itu sinopsis.
Sebab apabila mereka disuruh membaca sinopsis, mereka akan membuat penghuraian yang telalu panjang, seperti mereka membaca `‘treatment’.
Saya tidak mahu menyalahkan penuntut berkenaan, sebab sekiranya ini berlaku, ia cuma bermakna bahawa pendidikan yang mereka terima dalam bidang penulisan skrip tidak betul.
Sinopsis biasanya cuma sepanjan dua paragraf sementara ‘treatment’ sepanjang tujuh hingga sepuluh muka surat sahaja.
Dan dari apa yang saya dapat nilai, skrip drama televisyen, filem dan pentas, termasuk persembahan lakonan dan tarian serta muzik oleh penuntut ASK untuk PETA tahun lalu dan ini, begitu tinggi.
Adalah menjadi kesalahan besar kalau ada diantara mereka itu digagalkan dan tidak dibenar untuk mendapat diploma mereka Oktober depan. Sebab saya fikirkan yang peringkat pendidikan mereka adalah diploma dan bukan sarjana muda atau penuh. Dan mereka telah menuntut selama empat tahun.
Kalaupun terdapat kecetekan dalam persembahan skrip filem, drama televisyen, teater atau novel dan cerpen, ini disebabkan sylabus yang diberi oleh ASK itu tidak lengkap.
Seperti apa yang telah saya katakan awal tadi, bahawa penuntut di ASK tidak diberi kursus ‘liberal arts’ seperti psikologi, sosiologi, isiu semasa atau kontemporari dan Bahasa dan Sastera Melayu yang mana boleh menaikkan tangkapan mereka terhadap perwatakan, tema dan isiu-isiu penting yang boleh diguna untuk karya mereka.