Sabtu, 23 Jun 2012

LAGU-LAGU R AZMI BERI GAMBARAN ZAMAN LAMPAU.

Oleh Mansor Puteh






Penyanyi Raja Azmi atau yang lebih dikenali dengan nama R Azmi sahaja merupakan diantara penyanyi Melayu yang paling popular dan terkenal dalam tahun-tahun 1950an dan 1960an dahulu.    
Beliau sering diberi gelaran sebag,ai ‘Raja Lagu Hindustan’ oleh sebab kebanyakannya mempunyai rentak dan unsur lagu-lagu Hindustan yang tidak kurang popular di kalangan masyarakat Melayu semasa itu.     
Kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi tidak begitu panjang oleh sebab kematiannya dalam tahun 1960an dahulu yang mana banyak mengakibtkan nama serta lagu beliau tidak berkemundang di radio-radio dan di khalayak ramai.
Kebalakangan ini sahaja ianya telah mendapat minat dikalangan muda-mudi yang mula menggemari lagu-lagu nyanyian R Azmi oleh sebab ianya tidak sama seperti dengan lagu-lagu nyanyian penyanyi-penyanyi terkenal sezaman dengannya yang kerap dimainkan sehingga kini.
Sebenarnya lagu-lagu R Azmi tidak sahaja mempunyvai unsur-unsur Hindustan. Ianya juga mempunyai unsur-unsur Melayu, dan asing seperti yang terkenal pada masa itu seperti mambo, cha-cha dan sebagainya.
Tetapi; lagunya yang paling digemari sekali ialah ‘Kerana Mata’ yang kini sudahpun dirakam semula oleh penyanyi-penyanyi muda ke piring hitam.
Ini sebenarnya adalah satu-satunya tanda penerimaan lagu-lagu nyanyian R Azmi dikalangan pemuda-pemudi sekarang yang tidak berpeluang untuk menikmatinya semasa beliau masih giat sebagai penyanyi dulu.
Sehingga kini gambar-gambar maupun latar belakang penyanyi ini tidak meluas disebarkan. Dan kisah-kisah disebalik popularitinya juga begitu kabur.
Ini adalah oleh sebab beliau bukan seorang pelakon filem yang mana mendapat liputan berita dalam majalah dan akhbar. Berbeza degnan penyanyi terkenal lain seperti P Ramlee, R Azmi, tidak pernah berlakon dalam filem.
Dan beliau sehingga ini cuma dikenali sebagai seorang penyanyi. Sungguhpun demikian peristiwa-peristiwa sekitar kegiatannya pada masa dahulu serta latar belakang keluarga dan sahabat-handainya juga tidak jelas.
Tidak beberapa lama dahulu terdengar Persatuan Papita sedang berusaha untuk mencari dimana tempatnya beliau disemadikan. Tetapi, sehingga hari ini ianya belum. lagi diketahui.
R Azmi lesap dalam dunia hiburan tanahair tanpa meninggalkan sebarang khazanah yang diketahui umum walaupun pada ketika dulu beliau juga merupkan salah seorang penyanyi yang disanjung ramai.
Ada ura-ura yang menyatakan bahawa beliau sebenarnya adalah salah seorang  ahli dari kerabat diRaja negeri Selangor, tetapi ini juga belum lagi dapat ditentukan.
R Azmi sebenarnya merupakan satu-satunya penyanyi dalam tahun 1950an dan 1960an dahulu yang masih diingati walaupun beliau telah meninggalkan dunia lebih dua-puluh tahun lalu.
Dan sungguhpun kumpulan lagu-lagu nyanyiannya tidak sebanyak penyanyi lain, namun ianya masih digemari. Cuma masaalahnya sekarang ialah tidak terdapat pihak-pihak atau kumpulan sahabat-handairya yang ingin mengembalikan kenangan dan kehebatannya sekarang.
Kita penuh percaya sekira ini dapat diadakan, lagu-lagu R Azmi yang juga menarik dan merdu dapat diletakkan lebih dekat pada diri kita. Bagaimanapun, terdapat kaset-kaset yang diedarkan oleh pengedar-pengedar keset tiruan telah mengeluarkan semula beberapa kaset yang mengandungi lagu-lagu R Azmi.
Dan ini merupakan titik permulaan kembalinya penyanyi R Azmi dan pengaruhnya pada masa dulu yang tidak dapat dikecapi oleh masyarakat sekarang ini.
Lagu-lagu R Azmi yang disusun dengan cara tersendiri, berbeza dengan lagu-­lagu oleh P Ramlee misalnya. Lagu-lagu R Azmi bangak memberi gambaran zaman lampau iaitu bersekitar pemuda-pemudi sedang bercinta dan suasana riang-ria dalam tahun-tahun selepas Pemerintahan Jepun dahulu.
Lagu-lagu P Ramlee, misalnya, lebih menceritakan tentang kehidupannya, dan percintaannya ataupun perasaan cintanya terhacap gagis-gadis yang telah memikat hatinya pada ketika dahulu.
Lagu-lagu seperti ‘Azizah’ dun ‘Hamidah’ dan sebagainya menunjukkan betapa sayangnya terhadap gadis-gadis ini. Ini ditambah pula dengan lagu-lagu seperti ‘Getaran Jiwa’ dan lain-lain banyak menggambarkan perasaannya yang berkedudukan rendah dan penyiksaan bathinnya akibat kaum kerabat lain yang mempunyai kemewahan.
Tetapi, lagu-lagu oleh R Azmi berlainan pula. Iaitu ianya lebih berbentuk ‘universal’ yang mana tidak meletakkan dirinya sendiri dalam lagu-lagcu seperti yang dinyanyikan.
Kenyataan seperti ini sebenarnya belum dapat dipastikan tetapi oleh sebab ianya tidak berbentuk merayu-rayu dan memuja-muja gadis-gadis tertentu, maka kita boleh membuat kesimpulan yang agak tepat dengan menyatakan bahawa lagu-­lagu R Azmi hanyalah lagu nyanyian seorang penyanyi lelaki yang dalam alam percintaan.
Bukan itu sahaga, lagu-lagu tersebut mempunyai tema-tema tertentu yang berbeza diantara satu dendan lain. Tetapi, pada dasarnya ianya dapat digolongkan dalam beberapa buah tema utama iaitu percintaan yang tidak berbalas, cinta yang lari meninggalkan kekasihnya.
Disamping itu juga terdapat tema-tema seperti pemujaan gadis impian, janji setia dan sebagainya. Lagu-lagu R Azmi tidak memberi gambaran seperti lagu P Ramlee dimana beliau sering mengutarakan tentang kedudukannya yang begitu rendah dan masalah untuk mencirtai seorang gadis yang berada dan kaya.
Oleh sebab mungkin latar belakang diRaja R Azmi itu, beliau tidak dapat melihat seperti melalui katamata P Ramlee sendiri yang dapat rnerasakan dilemma ketika itu.
P Ramlee banyak mengisahkan tentang kedudukan dan martabat atau keadaannya yang sederhana seperti yang banyak diceritakan dalam lagu-lagunya seperti ‘Merak Kayangan’ dan sebagainya.
R Azmi sebaliknya lebih menceritakan tentang kehidupan pada masa itu yang berbeza dengan kehidupan sekarang. Dan tentang pergaulan diantara pemuda dan pe mudi terutamanya dalam segi alam percintaan.
Dia lebih gemar mengguna perkataan ‘asmara’ dan alam seperti yang digambarkan lagu-lagunya kebanyakannya menyebut perkataan ‘bintang’, ‘bulan’, ‘siang dan malam’ dan ‘mata’ dan ‘senyuman’ dan sebagainya.
Dalam lagu ‘Kerana Mata’ beliau memberitahu bahawa dari mata seseorang gadis itu dapat dilihat cinta yang ingin dicari. ‘Mata bertentang, kasih ku mula mendatang, siang dan malam, rasa terbayang’.
Penyanyi R Azmi juga seperti P Ramlee banyak menceritakan tentang kekasih atau yang sedang dicarinya. Dalam beberapa buah lagu terdapat gambaran kekasih-kekasih mereka itu telah melarikan diri dan menghilang entah ke mana dan dalam lagu-lagu ini mereka merayu supaya pulang.
‘Andainya dapat berubah tetap ku terima’, kata P Ramlee. Dan R Azmi pula memberitahu bahawa, ‘Dimana tempat nak ku cari, hanya bertemu dalam mimpi, jiwa ku merana menanti’.
Disamping itu juga, R Azmi banyak mempersenda-sendakan kaum wanita atau suri rumah tangga dalam lagunya berjudul, ‘Serba-salah’ dan membodohkan peranan mereka.
Ini menggambarkan entang psikologi kaum lelaki ketika itu yang begitu mengharapkan dari isteri mereka terlalu sangat sehingga menghambalkan mereka.
Kata.-kata dalam lag-lagu tersebut menerangkan perasaan ini:

‘Disuruh ambil gelas, diambilnya, cawan…’
‘Disuruh ambil pinggang, diambil piring…’
‘Disuruh ambil mentega, diambilnya belacan…’

Beliau seterusnya menceritakan tentang nasibnysa yang malang itu dalam rangkap pertama lagu ini yang berbunyi: ‘Memang nasib saya tidak baik dapat isteri, bodoh campur cerdik. Saban hari dia suka bersolek, sampai otak saya jadi naik pelik’.
Diartara kumpulan lagu-lagu itu dapat juga sebuah lagu yang diberi judul, ‘Kalau ke Singapura’ yang mana banyak mengisahkan perasaan riang-­ria kalau pergi melancong ke kota Singapura yang menjadi pusat kunjungan orang ramai ketika itu.
Dalam lagu ini R Azmi menceritakan tentang keindahan Jambatan Merdeka, New World, Great World dan Happy World dimana terdapat bermacam-macam jenis hiburan yang tidak ada tolok bandingya seluruh Malaya dan Singapura ketika itu.
Beliau seterusnya mencadangkan sesiapa sahaja yang berkunjung ke Singapura untuk pergi bersiar-siar di tepi pantai untuk ‘mencuci mata’ dengan ‘pancadangan amat permai’.
Sebenarnya kalau dikaji dengan lebih terperinci lagi kita akan mendapati bahawa lagu-lagu oleh R Azmi ini banyak memberi suatu gambaran yang menarik terhadap apa yang berlaku di sekitar masyarakat Melayu pada zaman lampau itu.
Dia menceritakan tentang perasaan pemuda-pemudi yang sedang bercinta atau mencari percintaan, ataupun melukiskan perasaan mereka tatkala kehilangan kekasih yang telah menghilang pergi.
Disamping itu beliau juga memberi gambaran mengenai suassna riang-ria yang wujud sekitar zaman lampau ini yang mana ada masa untuk bersuka-ria sambil menikmati tempat-tempat menarik dan permai seperti berkunjung ke. Singapura seperti yang dicadangkan olehnya.
Sekarang ini kita mengharapkan bahawa lagu-lagu R Azmi dapat diketengahkan oleh sebab ianya mempunyai unsur-unsur yang mustahak yang mana peminat lagu terutama sekali bagi mereka diperingktat muda dapat menikmatinya disamping merasakan suasana lampau yang telah tiada.
Lagu-lagu oleh R Azmi dapat sedikit-sebanyak menberi suatu gambaran tentang keadaan dan suasana ketika dalam dekad 1950an dan 1960an dahulu yang mana telah luput dari ingatan.
Sungguhpun gambar-gambar hitam-putih lama yang dapat dilihat dari album-­album dapat rnemberi pemudapemudi sekarang ini sesuatu gambaran masa lampau tetapi lagu-lagu lama seperti yang dinyanyikan oleh R Azmi dan lain-lain akan dapat memberi nikmat dan perasaan yang mendekati jiwa kita.
Cara persembahan nyanyian R Azmi serta pancaragam yang mengiringnya itu berbeza sekali dengan persembahan olel penyanyi-penyanyi pada zaman lampau itu.
Dengan suara yang tersendiri, lagu-lagu nyanyian R Azmi memang sukar dicari. Dan rentak-rentak asing yang dicampurkan dengan rentak lagu Melayu menjadikannya bertambah menaik lagi.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Tahniah, blog ini sangat menarik. R Azmi tetap menjadi pujaan kita semua sampai bila-bila.

Unknown berkata...

Tahniah, blog ini sangat menarik. R. Azmi tetap menjadi pujaan kita semua sampai bila-bila.