…DAN NAJIB MAKAN MASAKAN MELAYU BERSAMA WARGA MALAYSIA DI LONDON TETAPI BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS DENGAN MEREKA.
Oleh Mansor Puteh
Tidak menghairankan kalau president Indonesia , Sisilo Bambang Yudohyono berpilih untuk bercakap dalam Bahasa Melayu semasa pertemuan rasminya dengan presiden Negeri Cina Hu Jintau di Beijing.
Buat apa dia bercakap dalam bahasa Inggeris, sedangkan ia akan diterjemahkan ke bahasa Mandarin untuk pengetahuan Hu Jintao dan pegawai-pegawainya?
Dan Hu Jintao juga akan bercakap dalam bahasa Mandarin yang akan diterjemah ke Bahasa Melayu.
Tetapi perkara ini tidak akan dilakukan oleh mana-mana pemimpin dari Malaysia yang pergi ke Beijing atau ke negara lain, yang mana mereka akan mengguna bahasa Inggeris, yang juga akan diterjemah ke bahasa tempatan.
Saya tidak tahu apakah Presiden Susilo atau mana-mana pegawai Indonesia mengguna Bahasa Melayu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebab berita tentanya tidak dilapor di media Malaysia .
Malah pengunaan Bahasa Melayu oleh Presiden Susilo juga tidak dilaporkan di media Malaysia .
Saya cuma terdengar sedikit sahaja ucapannya dari laporan di televisyen, sebelum ia dilapiskan dengan laporan berita tentang lawatan rasmi Presiden Susilo ke Beijing bulan lalu.
Ini berbeza dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak yang tidak pernah berusaha untuk mengguna Bahasa Melayu di luar negara, dan berpilih untuk bercakap dalam bahasa Inggeris.
Malah apabila dia bertemu dengan pelajar dan warga Malaysia di luar negara dia akan bercakap dalam bahasa Inggeris dengan mereka.
Yang sedihnya, masakan yang dihidangkan kepada mereka dalam acara seperti itu adalah masakan Melayu, tetapi dia akan bercakap dalam bahasa Inggeris.
Malah semasa bercakap dalam radio Cina dan India tempatan, dia bercakap dalam bahasa Inggeris, sedangkan kebanyakan pendengar radio tersebut terdiri dari orang Cina dan India yang tidak begitu faseh dalam bahasa Inggeris.
Malah mereka juga tidak begitu faseh berbahasa Melayu jauh sekali bahasa Inggeris.
Bila agaknya dia akan berpilih untuk bercakap dengan megah dalam Bahasa Melayu di PBB dan dalam acara rasmi di luar negara?
Memang, adiknya, Nizar yang mengepalai sebuah bank di Malaysia juga jarang bercakap dalam Bahasa Melayu; dia lebih bercakap dalam bahasa Inggeris.
Ini amat memalukan sebab mereka seharusnya mengutamakan Bahasa Melalyu dari bahasa Inggeris.
Najib dan Nizar sebenarnya tidak seperti ramai orang Melayu lain yang walaupun menetap lebih lama dan belajar di luar negara di universiti yang lebih ulung, tetapi berpilih untuk bercakap dalam Bahasa Melayu seharian.
Mereka hanya guna bahasa Inggeris untuk acara tertentu sehaja.
Kenapa agaknya pemimpin Melayu rasa malu bercakap dalam Bahasa Melayu?
Dan kenapa pemimpin
Malah ketua eksekutif kanan atau CEO syarikat berkaitan dengan kerajaan yang semuanya adalah orang Melayu termasuk Nizar sendiri tidak bercakap dalam Bahasa Melayu.
Mereka sebenarnya tidak sedar kedudukan mereka yang mana mereka boleh jadi penunjuk kepada CEO bangsa lain untuk sama-sama bercakap dalam Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan.
Jadi tidak hairanlah kalau ada ramai orang Melayu yang meluat dengan gelagat mereka, dan mereka meluahkan perasaan mereka dalam tunjuk perasaan Bersih 2.0 dan 3.0 baru-baru ini yang tidak hanya mengenai tindakan mereka mahu kemaskinikan system pengundian di negara.
Malah ia lebih dari itu.
Ia adalah mengenai pelbagai perkara yang tidak diluahkan oleh sebab penganjurnya terdiri dari seorang wanita Hindu yang langsung tidak pedulikan tentang Bahasa Melayu.
Dan penganjur dan pengikut mereka juga banggang tidak dapat meluahkan perasaan mereka secara betul selain dari mahu memberontak dan merusuh serta merosakkan harta awam dan cetuskan huru-hara.
Sedangkan perasaan tidak puas masyarakat Melayu sebenarnya adalah tentang banyak perkara termasuk tidak mengguna Bahasa Melayu oleh pemimpin Melayu, dan lagak seperti orang putih oleh mereka.
Presiden Susilo mesti dipuji sebab bercakap dalam Bahasa Melayu di Beijing.
Dan berita tentangnya harus dihebahkan di media Malaysia juga supaya ia boleh menjadi bukti bahasa pemimpin Melayu di Malaysia tidak sanjung Bahasa Melayu; mereka hanya guna bahasa ini kepada orang yang mereka anggap tidak berpendidikan, yang tidak faseh berbahasa Inggeris, seperti bila mereka bertemu dengan para peniaga kecil dan orang kampung.
Tetapi bila mereka berhadapan dengan orang di bandar dan di luar negeri, mereka akan bercakap dalam bahasa Inggeris.
Tetapi bila mereka berhadapan dengan orang di bandar dan di luar negeri, mereka akan bercakap dalam bahasa Inggeris.
Malah, bila mereka pergi ke Indonesia juga mereka akan mengguna bahasa Inggeris.
Jadi, dimana terletaknya maruah pemimpin Melayu dalam hal ini?
Sedangkan mereka dilantik sebagai pemimpin untuk menjadi jaguh pengunaan Bahasa Melayu di dalam dan juga di luar negara.
Tetapi ini mereka tidak melakukannya.
Jadi kalau Bahasa Melayu mahu dijadikan bahasa antarabangsa, kita kena harapkan orang seperti Presiden Susilo dan pemimpin dari Indonesia lain untuk menunjuk jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan