Ahad, 27 Mei 2012

AKHBAR DI INDONESIA TIDAK LAPOR BERITA KEJAHATAN WARGA MEREKA DI MALAYSIA. BERAPA RAMAI WANITA INDONESIA TERLIBAT DENGAN ‘KUMPUL KERBAU’?.

Oleh Mansor Puteh



Kenapa ada sebilangan anak gampang di Jakarta khususnya yang sering mahu buat angkara di hadapan bangunan kedutaan besar Malaysia di Jakarta?

Mereka tidak diberitau oleh media mereka bahawa ada warga Indonesia di Malaysia yang terlibat dengan jenayah dan perbuatan curang lain termasuk mengamalkan apa yang mereka katakana sebagai ‘kumpul kerbo’ atau ‘kumpul kerbau’.

Di Malaysia ia bermakna bersekedudukan.

Tidakkah mereka sedar bahawa hampir setiap hari ada sahaja berita yang tidak enak tentang perilaku warga Indonesia yang membuat curang – mencuri, menipu, menyeludup masuk diri sendiri dan barangan seperti rokok kretek dan membunuh.

Dan berapa ramaikah warga Indonesia yang telah dihadapkan di mahkamah dan didapati bersalah?

Tetapi akhbar di Indonesia tidak pernah melaporkan berita tentang ini.

Malah mereka juga tidak pernah melaporkan berita tentang warga Indonesia yang bekerja di Malaysia yang berjaya. Mereka boleh beli tanah dan dirikan rumah dan hantar anak-anak ke sekolah.

Dan terdapat juga ramai warga Indonesia lain yang bermati-matian mahu datang ke Malaysia, walaupun dengan cara yang tidak sah, semata-mata untuk mereka mendapat pekerjaan dan kehidupan yang jauh lebih baik dari yang mereka alami di Indonesia selama ini.

Yang amat menyedihkan juga ialah tidak terdapat sebuah drama televisyen maupun dokumentari tentang warga Indonesia yang bekerja di Malaysia yang mengisahkan pahit-maung mereka alami selama di Indonesia dan yang lebih baik di Malaysia.

Jadi manakah peranan media di Indonesia dan Malaysia dalam hal ini?

tidakkah juga baik kalau ada sebuah syarikat filem di Malaysia atau Indonesia yang menerbit sebuah filem tentang pengelaman mereka supaya filem seperti ini dapat ditayang di pawagam di kedua buah negara?

Yang buruknya ialah stesen televisyen di Malaysia hanya menyiar siri drama dari Indonesia yang begitu teruk dan bodoh tentang kehidupan mewah sekumpulan rakyat Indonesia di Jakarta yang berlagak seperti mereka tinggal di sebuah bandaraya di barat, yang serba mewah dan serba ada.

Keadaan dalam siri drama ini jauh berbeza dengan keadaan di Jakarta sendiri yang mana terdapat ramai rakyatnya hidup merempat.

Hampir setiap terhdapat berita tentang warga Indonesia yang terlibat dengan jenayah di Malaysia.

Tetapi media di Indonesia enggan menyiarkannya.

Oleh yang demikian rakyatnya tidak tahu bahawa ada segelintir warganya di Malaysia yang berkelakuan curang; mereka sering fakir warga Indonesia seperti ‘malaikat’ dan kalau mereka disentuh, anak gampang di Jakarta akan menempek di depan bangunan kedutaan besar Malaysia di Jakarta.

Malah sepatutnya setiap akhbar di Indonesia dan juga di Malaysia ada ruang khas dan berterusan yang memuatkan berita tentang Malaysia dan Indonesia supaya pembaca di kedua buah negara boleh mengikuti perkembangan yang berlaku dalam semua hal.

Ini adalah caranya untuk merapatkan perhubungan diantara kedua buah negara, supaya tidak ada kumpulan pinggir anak gampang yang boleh diberi peluang untuk ambil tindakan melulu.

Mereka sebenarnya terdiri dari mereka yang telah gagal untuk datang ke Malaysia untuk bekerja.

Oleh itu mereka rasa berang melihat rakan dan saudara mereka yang berjaya bekerja di Malaysia hidup mewah.

Ini yang membuat ramai warga Indonesia khususnya anak-anak gampang yang suka menunjuk perasaan di luar bangunan kedutaan besar Malaysia di Jakarta melenting.

Mereka rasa iri hati melihat rakan dan saudara mereka yang maju dan berjaya bekerja di Malaysia, walaupun sebagai pembantu rumah, tetapi mereka tetap memilikki harta yang anak-anak gampang itu tidak mampu memilikki.

Lebih dari itu, media dan pihak berkuasa di Indonesia juga tidak sedar bahawa kekecohan yang dilakukan oleh sekumpulan anak gampang di Jakarta itu sebenarnya angkara pihak yang lebih besar.

Mereka yang mahu menukarkan perbalahan dari Indonesia dan Amerika atau Singapura dan negara barat, ke Malaysia dan Indonesia.

Tetapi pihak di Indonesia masih lagi bebal, tidak tahu angkara pihak ketiga yang mahu mencetuskan perbalahan diantara Melayu dan Islam di Malaysia dan Indonesia supaya kedua buah negara musnah, sementara mereka mendapat ganjaran dan terlepas dari kencaman.

Tiada ulasan: