Oleh Mansor Puteh – Bahagian I.
Saya masih lagi teringat pertama kali tiba di kampus Universiti Columbia di Bandaraya New York dalam musim panas 1978 dulu untuk memulakan pengajian perfileman di sana . Ianya di perhujungan musim panas, dan tidak lama lagi musim luruh atau ‘fall’ atau ‘autumn’ akan tiba. Namun demikian pada waktu malam kita sudah dapat merasa kesejukan yang begitu berbeza dengan cuaca siang hari walaupun pada siang hari cuaca di sini sama dengan cuaca di Malaysia .
Saya menaikki keretapi bawah tanah atau ‘subway’ dari Stesyen Pennyslvani di mana saya telah menetap di Sloane House setibanya dari Lapangan Terbang John F Kennedy sebelum itu dari Brussels, Belgium, setelah bersinggah di London dua minggu. Ketika itu sudah separuh bulan puasa yang jatuh pada bulan Ogos.
Stesyen Pennsylvannia juga dikenali dengan nama stesyen 32 street terletak di selatan Pulau Manhattan di Jalan ke-32. Hampir semua jalan melintang di bandaraya ini mempunya nama jalan mengikut angka, sementara yang menghala dari selatan ke utara mengguna nama ‘avenue’ kecuali Jalan Broadway yang mereng. Ia merupakan jalan asal yang telah wujud sejak pulau ini didudukki oleh kaum India-Amerika dari puak bernama Manhattan . Jadi pulau ini sekarang mengambil nama mereka.
Penjajah Inggeris yang kejam telah membeli seluruh pulau ini dari penghulu puak India-Amerika ini dengan harga cuma beberapa ribu paun sahaja.
Keretapi Nombor 1 yang saya ambil melunsur di dalam perut bandaraya beberapa ratus kaki di dalam tanah dan berhenti di beberapa stesyen dalam perjaanan untuk memungah dan mengambil penumpang sebelum tiba di stesyen 116 Street, iaitu di pertengahan kampus di bawah Jalan Broadway.
Ianya adalah keretapi ‘local’ atau tempatan, yang bermaksud keretapi ini berhenti di semua perhentian. Berbanding dengan keretapi ekspres Nombor 2 dan 3 yang berhenti di beberapa tempat sahaja. Sekiranya saya mahu cepat tiba ke destinasi, saya akan ambil keretapi ini dan berhenti di stesyen 96 street untuk berpindah ke sebelah platfom untuk keretapi Nombor 1 dan teruskan perjalanan ke stesyen 116 street pula.
Saya rasa begitu yakin sekali dapat ke sana dengan mengguna ‘subway’ walaupun ini kali pertama saya menaikkinya. Saya tidak kuatir teguran orang awam yang suruh saya berwaspada sebab di bandaraya ini terdapat banyak perompak dan penyamun.
Saya yakin sebab saya tidak berlagak seperti pelancong, tetapi penghuni yang mahu menetap di sini lama, dan tahu bagaimana untuk bercakap dengan orang tempatan. Jadi, mereka sudah pasti tidak dapat meneka yang saya ini baru satu hari tiba di sini walaupun saya sentiasa memegang kamera.
Dan yang penting sekali ialah, jangan pergi ke tempat-tempat yang dianggap sebagai merbahaya seperti di Central Park seorang diri, atau pada malam hari.
Yang pentingnya, kita jangan berlagak seperti seekor ‘rusa masuk kampung’ dan berlagak terlalu hairan dengan apa yang kita lihat.
Watak-watak di kaki-lima atau ‘sidewalks’ di sini semuanya berbeza dengan apa yang pernah kita lihat. Dan kita tidak perlu pula rasa begitu hairan kalau ada orang yang menari seorang diri tanpa muzik. Ini cara mereka di sini walaupun pada kita gayanya seperti orang sakit jiwa.
Dalam tahun 1978 pemuda-pemudi di sini gembar membawa radio bimbit yang besar dan mereka akan memasangkan kaset dengan lagu rock yang dimain dengan kuat sekali. Ketika ini zaman disko, dan filem ‘Saturday Night Fever’ merupakan filem utama musim itu.
Sebelum ke stesyen Pennsylannia saya telah duduk agak lama juga di atas anak tangga bangunan Pejabat Pos di 34 Street, sambil mengambil gambar Madison Square Garden yang telah menyaksikan banyak konsert oleh penghibur terkenal seluruh dunia dan acara tinju diantara Muhammad Ali dan ahli tinju lain yang tumbang olehnya.
Ini rupanya Madison Square Garden , fikir saya. Dan di hadapan sana kelihatan bangunan pencakar langit yang pada suatu ketika itu tertinggi seluruh dunia, iaitu Empire State Building .
Boleh kelihatan dari sini juga, bangunan berkembar World Trade Center . Saya mahu dakinya hingga ke mahkota arca Statue of Liberty di Pulau Liberty , dengan menaikki feri di selatan Pulau Manhattan.
Saya mahu bersiar-siar sepuas hati, sebab apabila sekolah bermula, waktu sudah pasti menjadi singkat, dan ketika itu masa luang akan terhad. Inilah masa yang paling baik sekali untuk berlagak seperti pelancong.
Esok atau lusa, saya mahu memanjat kedua bangunan ini untuk melihat seluruh kawasan Bandaraya New York .
Ketika musim panas seperti ini suasana sekelilling bersih dan kita boleh lihat sehingga New Jersey . Pada musim sejuk pemandangan kita akan terhad kepada beberapa puluh kaki sahaja, oleh sebab seluruh bandaraya ini diselubungi oleh kabus tebal. Dan yang penting sekali ialah matahari membenam pada waktu yang agak lambat, sehingga pukul lapan setengah atau sembilan.
Umat Islam di sini membuka puasa ketika itu juga.
Dan saya mahu melawat ke tempat-tempat ini sebab ianya terkenal seluruh dunia. Saya sendiri sering melihat gambar-gambar mengenainya, dan baca tentangnya.
Saya keluar dari stesyen ‘subway’ dan terus pergi ke perhentian bas berhampiran untuk bertedur di bawah sebuah perhentian bas, oleh sebab hujan telah turun renyai-renyai. Juga saya kurang pasti ke mana arah yang saya mahu ambil untuk ke bangunan Lewisohn Hall. Saya sudah tiba di pintu depan universiti.
Kampus ketika itu lenggang. Sebab ketika itu cuti musim panas selama tiga bulan. Dan tidak berapa minggu atau hari lagi penuntut-penuntut akan datang semula untuk menyambung pengajian.
Setelah mendapat maklumat sayapun berlari masuk ke dalam kampus dan terus terserempak dengan bangunan-bangunan seperti Low Memorial Library dan Butler’s Library dan yang lain-lain yang mana saya sudah sering melihat dari dalam buku-buku dan katelog yang telah saya terima dari univesiti ini sebelum datang ke sini.
Saya rasa gembira dapat tiba di sini akhirnya untuk meneruskan pelajaran di peringkat sarjana kesenian halus dalam bidang pengarahan filem. Saya penuntut dari Malaysia yang pertama menuntut dalam bidang itu di sini.
Saya terus pergi ke pejabat antarabangsa di Lewisohn Hall di mana penuntut-penuntut dari luar Amerika berkumpul untuk mendapat penerangan tentang cara mendaftar dan membuat pembayaran yuran sekolah dan mencari tempat penginapan dan sebagainya. Ia terletak berhampiran dengan Dodge Hall dan Earl Hall.
Saya diberitau bahawa semua bilik asrama sudah habis diambil oleh penuntut-penuntut, dan nama saya dimasukkan dalam senarai giliran.
Selang dua hari, saya diberitau bahawa saya sudah mendapat bilik asrama di Harmony Hall yang terletak di 110 Street. Di persimpangan jalan ini dan Broadway terdapat sebuah kedai kopi yang dipunyai oleh lelaki Yunani atau Greek. Dia sering sangkakan yang saya orang India-Amerika dan mempelawa saya bekerja sampingan di kedainya untuk menampung yuran sekolah dan kehidupan di kampus.
Dia mungkin fikir demikian sebab rambut saya ketia itu begitu panjang sehingga ke bahu dan lebat dan seperti banyak orang Melayu, mempunyai wajah sama dengan orang India-Amerika pula.
Tambahan pula saya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat Amerika yang tidak sukar diperolehi kalau kita merupakan satu-satunya penuntut Malaysia di kalangan penuntut Amerika. Jadi mahu tidak mahu, kita kena mengguna loghat yang mereka faham.
Keesokan harinya kami dibawa ke seluruh kampus untuk mengenalinya oleh pegawai dari jabatan antarabangsa untuk sessi suaikenal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan