Sabtu, 5 Mei 2012

KEMBALI KE UNIVERSITI COLUMBIA DI BANDARAYA NEW YORK.

Oleh Mansor Puteh – Bahagian II



Sebab di universiti ini tidak ada ‘ragging’ atau penderaan seperti yang diadakan pada dulu-kala.  Cuma kalau kita mahu menjadi ahli kumpulan tertent seperti ‘fraternity’ baru kita dikenakan ‘penderaan’ untuk lekaskan proses pengenalan dengan ahli yang lebih senior dari kita.
          Saya merupakan penuntut dari Malaysia yang ulung pada sessi itu. Oleh sebab pegawai berkenaan tidak kenal latar belakang saya, dia suruh saya masuk ke dalam satu kumpulan penuntut-penuntut Jepun yang kebanyakannya terdiri dari perempuan yang rasa agak hairan kenapa saya berpilih untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan mereka.  Mereka sangkakan saya juga satu bangsa dengan mereka.
          Memang dalam cuaca yang agak dingin lewat musim panas, yang dalam beberapa hari lagi akan masuk ke dalam musim gugur atau ‘autumn’ wajah menjadi pucat dan mata bertambah sepet, dan rambut bertambah panjang. Tidak hairan kalau penuntut dari Jepun menganggap saya atau penuntut Melayu lain sama sebangsa dengan mereka.
          Agak lama juga saya mendapati terdapat beberapa penuntut dari Malaysia yang turut menuntut di situ.  Itupun secara tidak formal, bila bertemu dengan penuntut dari Indonesia semasa sembahyang Jumaat.
          Universiti Columbia terletak di utara Pulau Manhattan di Morningside Heights diantara 110 hingga 120 Street, dan Broadway dan Amsterdam, yang tidak begitu jauh dengan kawasan Harlem iaitu satu kawasan kaum Afro-Amerika yang terkenal seluruh dunia. Cuma Morningside Park sahaja yang membezakan kedua buah kawasan.
          Di sebalahnya pula terletak Riverside Park dengan Sungai Timur atau ‘East River’ yang agak luas yang menjadi sempadan dengan New Jersey. Jambatan George Wasliington melintasinya, dan kita boleh lihatnya dari taman ini.
          Sebenarnya universiti ini telah ditubuhkan dalam tahun 1754 lagi. Ini bermakna ia sudah berusia 245 tahun. Ia merupakan satu usia yang agak lama juga.
Pada asalnya universiti ini cuma dikenali sebagai King’s College. 
          Ia ditubuhkan oleh pengistirahan diRaja yang dikeluarkan oleh King George Kedua, raja England ketika itu yang menjadi raja kepada tanah jajahan mereka iaitu Amerika.
          Universiti ini bermula dengan cuma lapan penuntut sahaja, yang diajar oleh Samuel Johnson.  Tempatnya berhampiran dengan sebuah gereja yang telah didirikan oleh orang Inggeris.
          Ianya merupakan universiti kelima yang telah ditubuhkan di Amerika oleh orang Inggeris dan yang paling tua di negeri New York.  Yang keempat sebelum ini terletak di negeri Massachusetts, Connecticut seperti Harvard, Yale, Cornell dan Princeton.
          Dalam tahun 1767 ia merupakan universiti yang pertama yang memberi ijazah kedoktoran walaupun ketika ini ia masih dikenali sebagai sebuah kolej sahaja.
          Kolej ini telah dihentikan selama lapan tahun akibat Revolusi Amerika yang bermula dari tahun 1776.
Diantara penuntut-penuntut awal termasuk mereka yang telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan negara ini di peringkat awal termasuk, John Jay yang menjadi setiausaha kerajaan Amerika yang pertama, Alexander Hamilton yang menjadi bendahari Amerika yang pertama, Gouverneur Morris yang menjadi penulis deraf akhir perlembagaan Amerika Robert R. Livingston yang menjadi salah seorang dari lima penulis Deklarasi Kemerdekaan Amerika.
          Kolej ini dibuka semula selepas itu dengan nama baru iaitu Columbia.
          Dalam tahun 1849 ia telah berpindah ke
Park Place
di persimpangan
49st Street
dan Madison Avenue di Pulau Manhattan di mana ia kekal selama 50 tahun.  Dalam masa ini banyak fakulti telah ditubuhkan dan universiti ini berkembang dengan begitu pesat sekali.
          Dan dalam tahun 1896 pula ia mula dikenal dengan rasminya dengan nama ‘Columbia University in the City of New York’ atau Universiti Columbia di Bandaraya New York.
          Presiden universiti tersebut ketika itu, Seth Low, mahukan sebuah kampus yang mempunyai kawasan luas dan lebih sesuai untuk pengajian supaya ia dapat terus berkambang dan menampung lebih ramai lagi penuntut.
          Dia menjadi presiden atau naib-chanselor universiti dalam tahun 1890, dan dia rasakan kolej asalnya harus digabungkan untuk dinaikkan tarafnya ke sebuah universiti utama. Dan untuk mencapainya mereka perlu sebuah kampus induk yang besar dan megah.
          Nama Columbia University atau Universiti Columbia akhirnya diguna secara rasmi dalam tahun 1896. Dan kampus berpindah dari Jalan 49 ke Morningside Heights. Kampus baru ini direka oleh syariakt senireka yang paling terkenal di perhujung abad kesembilan-belas iaitu McKim, Mead dan White oleh arkitek utama mereka iaitu Challes Follen.
          Dan kampus baru ini dibina bangunan-bangunan yang mempunyai rekabentuk Kebangkitan Itali (Italian Rennaissance) dengan tiang-tiang dan dinding seperti yang banyak terdapat dalam bangunan kelasi di Rom.
          Di tengah-tengahnya terletak sebuah kawasan lapang yang menjadi lambang kampus ini. Walaupun ia terletak di tengah-tengah sebuah bandaraya utama dunia yang sesak dengan bangunan pencakar langit dan kenderaan serta manusia, tetapi apabila seseorang itu tiba di sini dia akan rasa seperti berada di sebuah kawasan yang begitu jauh dari bandar.
          Bangunan utama dalam kampus ini semestinya Low Memorial Library yang mempunyai rekabentuk Yunani Kelasik dengan tiang-tiang besar dan tinggi di hadapannya.
          Ia terletak berhampiran dengan tugu ‘alma mater’ dalam bentuk seorang perempuan yang sedang duduk di atas kerusi dengan memegang tumbing yang diperbuat dari gangsa. Ia sempena nama bapa Seth Low.
          Sekarang ini ia adalah pejabat pentadbiran universiti ini. Sebelum ini ia adalah bangunan perpustakaan, yang kemudiannya telah dipindahkan ke sebuah bangunan lain di hadapannya, iaitu Bangunan Perpustakaan Butler yang dipisahkan dengan College Walk dan padang di mana acara konvokasi atau ‘commencement’ diadakan setiap pertengahan bulan Mei dalam musim bunga di mana cuaca begitu nyaman sekali untuk acara luar.
          Bangunan Low Memorial Library dan Pupin Hall adalah diantara bangunan-bangunan dalam universiti ini yang telah disenaraikan sebagai bangunan bersejarah di Amerika.
          Pertama kali saya tiba di sana pihak universiti telah mengalihkan tugu atau arca ini untuk dibersih dan dipolishkan. 
          Dalam gambar dan poskad yang sempat saya tengok sebelum datang ke sini, saya dapati warnanya hijau muda. Ini disebabkan karatan yang telah berlaku sepanjang ia diletakkan di situ yang serupa dengan warna pada arca Statue of Liberty di Pulau Liberty yang juga diperbuat dari gangsa.
Tetapi apabila ia diletakkan semula di tempat itu, warnanya kini kelihatan lebih berkilat dan nampak bahan gangsa yang digunakan.  Warnya telah berubah menjadi cokelat gelap.
          Pemandangan di kawasan ini dan seluruh kampus bertukar wajah dalam musim sejuk atau ‘winter’ apabila salji turun dengan lebat pada malam hari. Dan keesokan hari pagi, seluruh kawasan disaluti salji putih.  Pada waktu malam dengan pantolan sinar bulan, suasana di sini kelihatan terang.
          Penuntut-penuntut akan bermain dengan salji sesama sendiri. Hari malam kelihatan seperti siang.
          Saya suka duduk di atas anak tangga di bangunan Low Library sambil melihat penuntut lain berjalan-jalan melintasi padang, atau untuk menenangkan fikiran.
          Ketika musim panas atau bunga, ramai penuntut akan duduk di atas rumput hijau yang segar sambil membaca buku atau berihat. Ada yang sengaja mahu duduk di bawah pancaran matahari untuk memanaskan badan dan menggelapkan kulit mereka supaya tidak kelihatan pucat.
          Kampus ini boleh dianggap sebagai kampus di kawasan bandar yang paling cantik di Amerika.  Sebab berbanding dengan kampus dalam bandaraya ini, kesemuanya tidak mempunyai kawasan lapang dan taman seperti Universiti Columbia.
          Di sekelilling taman ini terdapat bangunan-bangunan yang telah kekal sejak mereka dibina dahulu. Pihak universiti telah menjaminkan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian mesti mengikut rekabentuk asal supaya ia tidak kelihatan janggal. 
          Kalau pihak pentadbir universiti tidak berbuat demikian sudah pasti penuntut dan masyarakat di bandaraya ini akan melenting dan protes.
          Dalam kunjungan terakhir April lalu, saya mendapat banyak kerja pengubahsuaian dilakukan untuk meninggikan lagi beberapa bangunan. Ianya bertujuan untuk membuka ruang yang lebih untuk penambahan jumlah penuntut dan keperluan fakulti.
          Di sinilah tempatnya lebih 25,000 penuntut menuntut. Walaupun kawasannya dikatakan kecil berbanding dengan kampus lain, tetapi oleh sebab rekabentuk ia dapat menampung jumlah yang dianggap besar juga disamping memberi ruang untuk mereka beriadah.
          Sebenarnya kerja untuk mengubahsuai kampus ini cuma berakhir dalam dekad 1980 setelah US$145 juta dibelanjakan untuk membina semua bangunan dan stadium untuk kegunaan penuntut.

Tiada ulasan: