Ahad, 17 Jun 2012

RAHSIA IRAN MENANG OSCAR...DAN BAGAIMANA PERUSAHAAN FILEM MELAYU BERMULA DENGAN KISAH DARI HIKAYAT FARSI - LAILA MAJNUN.

Oleh Mansor Puteh
(Yang berada di Iran hingga 15 Jun)


Iran sudah lama berusaha untuk mencapai kemenangan dalam bidang perfileman di peringkat antarabangsa.

Mereka tahu filem-filem mereka ada sesuatu, malah banyak kelainan yang tidak terdapat dalam filem-filem keluaran negara lain.

Dan mereka telah mula menerbit filem empat tahun selepas Revolusi Islam dalam tahun 1979, apabila Ayatollah Khomeini membenarkan mereka meneruskan penerbitan filem - tetapi dengan membuat filem yang bersih, halal dan Islamik.

Sebelum itu perusahaan filem ini adalah ala Barat, sama dengan kerajaan dan sistem sosial mereka. Mereka tidak berjaya menang anugerah sebab mereka bertarung dengan filem-filem yang benar-benar barat.

Tetapi apabila mereka mengemukakan filem-filem lain dari yang ditonjolkan oleh Amerika dan Eropah, karya mereka disenangi dan banyak filem mereka diberi anugerah.

Tetapi selama itu mereka hanya mendapat pengiktirafan dari pesta filem antarabangsa khususnya di Eropah seperti Cannes, Venice dan Berlin.

Kemuncak pencapaian mereka ialah apabila filem 'A Separation' (Sebuab perpisahan) diberi anugerah Oscar untuk kategori filem asing di Amerika.

Ia adalah kemuncak kejayaan perusahaan filem baru di Iran.

Tetapi ia hanya satu kemuncak yang mereka tidak akan duduk dan bercakap buat selama-lamanya.

Ia adalah satu tanda pencapaian pengkarya filem yang masih boleh mengatasi kejayaan dengan menghasilkan penerbitan filem baru.

Sebenarnya, kejayaan Asghar Farhadi sebagai pengarah filem ini tidak dapat berlaku tanpa sokongan dari pihak kerajaan Iran sendiri.

Ia adalah kejayaan kelompok atau kolektif.

Ia tidak mungkin dapat dicapai secara peribadi.

Oleh sebab itu, kejayaan Asghar diterima oleh ramai dan ia bukan kejayaannya semata-mata.

Cuba lihat apa sokongan dan penghargaan yang diberi oleh kerajaan dan pihak swasta di Iran untuk menggalak pengkaryanya capai kejayaan.

Februari lalu saya menghadiri Pesta Filem Antarabangsa Fajr di Tehran dan terlihat sederet kereta berjenama tempatan iaitu Saipa terletak di luar Dewan Vahdat yang disarung dengan riben unggu tebal.

Saya fikir ia adalah usaha pembuat kenderaan itu mendapat promosi.

Sebenarnya, ia adalah hadiah yang diberi kepada semua pemenang dalam pesta filem ini.

Dan pengkarya filem baru di Iran mendapat peluang mengarah filem dengan lebih mudah. Dan yang elah lama mengarah filem, akan terus mendapat peluang untuk terus mengarah.

Lain di Malaysia, bila pengarah filem baru, kena berpinjam, merayu dan memerontak.

Dan pengarah filem Malaysia yang baru menang anugerah pengarah filem terbaik dalam Pesta Filem Malaysia ternganya tidak dapat peluang untuk mengarah filem baru.

Banyak pengarah yang diberi anugerah pengarah filem terbaik di Malaysia menganggur; ada yang terpaksa bekerja sebagai pensyarah dan buat kerja lain.

Di Iran sistem mereka membuka peluang kepada pengarah filem baru dan lama untuk terus berkarya.

Asghar telah mengarah beberapa buah filem sebelum 'A Separation', walaupun ia tidak dikenali oleh orang awam maupun di peringkat dunia.

Dan dia terus mengarah, sehingga mencapai kejayaan Oscar.

Dan berapa perbelanjaan untuk buat filem ini? US$500,000. Itu sahaja?

Ya, jumlah pembelanjaan filem ini ialah RM1,5 juta dan ia sama dan malah lebih rendah berbanding dengan penerbitan filem tempatan.

Tetapi kenapa 'A Separation' boleh pergi jauh menang Oscar dan anugerah di pesta filem di Eropah, sedangkan filem-filem yang lebih mahal diterbit di Malaysia tidak boleh pergi jauh.

Jawapannya ialah filem Iran tidak menipu diri sendiri. Pengarahnya jujur dan berhati dan berwajah Iran.

Sedangkan filem-filem Malaysia meniru gaya Barat atau ala Hollywood dan ala Hong Kong dan ala Thailand.

Jadi tidak hairan kalau filem-filem Malaysia hanya sesuai untuk remaja dan tidak untuk orang yang lebih dewasa dan lebih matang.

Filem-filem Iran memenuhi citarasa penonton remaja dan dewasa sedangkan filem-filem Malaysia boleh berjaya kalau ia mememenuhi citarasa remaja dan tidak orang dewasa.

Akhirnya pihak pesta filem antarabangsa tolak filem dari Malaysia.

Oleh sebab pihak di Iran beria-ia ada hasrat untuk mengalak pengarahnya menang anugerah di peringkat antarabangsa, maka mereka wujudkan satu sistem yang boleh membawa pencapaian ini.

Itupun mereka terpaksa ambil lebih tiga dekad sebelum filemnya menang Oscar.

Di Malaysia, tidak seorangpun yang pernah berkata Malaysia mesti capai kejayaan Oscar.

Oleh sebab itu pihak berkuasa di Malaysia tidak ada fokus. Mereka tidak tahu sejauhmanakah filem dan pengarah filem tempatan boleh dibawa.

Oleh sebab itu mereka tidak ada perancangan untuk menggalak pengarah yang boleh membawa kejayaan seperti itu.

Tidak seperti persatuan sokan yang mana pegawainya sering bercita-cita melihat ahli sokan mendapat pingat emas dalam Sokan Olimpik.

Tetapi dalam bidang filem maupun televisyen, tidak ada ungakapan yang pernah diluahkan oleh mana-mana pegawai tentang hasrat mereka untuk melihat filem dan drama televisyen tempatan mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Oleh sebab itu kalaulah Malaysia menang Oscar untuk apa-apa kategori, ia adalah dari usaha individu yang menaruh harapan terpendam.

Dan kejayaan ini kalau berlaku boleh mengejutkan orang ramai dan kerajaan, sebab ia berlaku dengan tiba-tiba semasa orang lain asyik menonton filem seram lain yang langsung tidak Islamik, tetapi tetap dibenar ditayang di pawagam di seluruh negara.

Di Iran tumpuan mereka hanyalah pada filem dalam bidang pencapaian artistik dan falsafah dalam bidang filem. Itu sahaja.

Media mereka tidak tekankan gosip, komen yang bukan-bukan atau acara perkahwinan yang luar biasa tetapi meniru gaya barat ala kristian.

Di Iran kelakuan pelik-pelik pelakon dan orang filem tidak dibincang; merek hanya melapor tentang isi kandung filem dan maknya sesebuah filem.

Ia adalah untuk mendidik khalayak untuk menerima sesebuah filem dengan lebih bijak dan bukan dari segi siapa pelakon yang lebih berani mendedah tubuh dan bercakap kosong dengan
memberitau tentang perkahwinan yang ditaja dan disiar di televisyen, yang kemudiannya dilupakan oleh khalayak.

Selagi Malaysia tidak berusaha untuk mencari jalan baru keluar dari kepompong dan kebenakan ini, selagi itu perushaan filem kita tidak akan berjaya.

Dan selagi pengarah filem Malaysia tumpukan perhatian ke Barat dan Hong Kong atau Mumbail, selagi itu filem-filem kita akan menjadi 'filem rojak' dengan elemen-elemen yang dicuri dari filem terbitan asing.

Perusahaan filem kita boleh belajar banyak dari pengelaman filem Iran.

Dengan sejarah filem kita yang bermula dari penerbitan 'Laila Majnun' sebuah kisah dari hikayat Farsi - Iran, maka tidak hairanlah kalau tradisi atau amalan berganding dengan Iran itu dapat dimulakan setelah ia lama tergantung begitu sahaja.

Tentu ada iktibar yang boleh dipelajari tentang kenapa perusahaan filem Melayu bermula dengan filem 'Laila Majnun'.

Soalannya ialah: Adakah Malaysia mahu dan layak menang Oscar?

Tiada ulasan: