Rabu, 27 Jun 2012

SEMINAR SEJARAH TENTANG ETHNISITI YANG CETEK DAN DENGAN PERSPEKTIF YANG SEMPET.

Oleh Mansor Puteh



Saya sempat menghadiri sebuah seminar tentang sejarah berkenaan dengan perkara ethnisiti, tetapi ia adalah cetek.

Ia adalah satu usaha yang mengeciwakan; ia membazirkan wang. Sedangkan ramai yang dijemput tetapi sekerat sahaja yang tinggal sehingga akhir seminar.

Acara soal-jawab oleh penonton dibuang dengan orang berceloteh dan bermadah, sambil ada yang berpantun dan berjenaka dan buang masa, seperti mereka pula yang mahu berceramah dengan tidak memberi soalan ringkas.

Dua orang yang kononnya pakar dalam bidang ini dari kaum Cina dijemput, tetapi mereka adalah bukti Cina di Malaysia masih lagi meminggirkan diri mereka dari masyarakat terbanyak.

Mereka pilih bercakap dalam bahasa Inggeris.

Sepatutnya ini tidak boleh dibenarkan sebab acara ini diadakan dalam Bahasa Melayu dan semua ahli panel harus bercakap dalam bahasa ini sahaja dan tidak dalam bahasa Inggeris.

Tidak ada wakil dari kaum India. Kalau adapun, apa yang boleh dia katakana?

Tentu sekali ahli panel Cina dan India akan terus beri alasan tidak mahu asimilasi; mereka akan kata orang Melayu berlaku tidak adil kepada mereka.

Tetapi mereka tidak sedar bahawa orang Melayulah yang telah membuat kaum Cina berjaya dalam bidang ekonomi.

Kalau orang Melayu dulu tidak bersifat adil, mereka tidak boleh mencari makan.

Malah, sekarangpun, kalau orang Melayu mahu sabotaj mereka, orang Cina boleh parah.

Caranya ialah dengan orang Melayu tidak pergi ke kedai orang Cina dan biarkan orang Cina sahaja yang pergi ke kedai-kedai mereka.

Sedangkan orang Cina langsung tidak pergi ke kedai Melayu, jadi oleh sebab itu, perniagaan mereka maju.

Tetapi keadaan ini kian berubah bila ramai Melayu sedar bahawa mereka telah lama bantu Cina maju dalam bidang perniagaan dan ekonomi sehinggakan ada dikalangan mereka menjadi angkuh dan berani buat pelbagai tuntutan.

Mereka tidak sedar bahawa kejayaan mereka dalam bidang perniagaan terletak ditangan orang Melayu, yang dalam bila-bila masa boleh ditarik balik.

Itu yang orang Melayu mesti lakukan iaitu dengan tidak berbelanja di kedai orang Cina dan pergi ke kedai Melayu, bagi tujuan membantu orang Melayu berniaga.

Supaya ekonomi orang Cina merundum dan mereka akan sedar akhirnya, siapa yang boleh buat mereka maju.

Dan mereka tidak sedar layanan macam mana orang Cina dan India boleh dapat di negara jiran dimana mereka tidak boleh bersuara maupun guna nama sendiri dan mereka tidak boleh buka sekolah sendiri.

Termasuk di Amerika dan negara-negara di Barat yang tidak benarkan mereka buat sesuka hati.

Di Malaysia, oleh sebab orang Melayu bermurah hati, mereka mahu buat tuntutan demi tuntutan.

Jadi tidak hairanlah kalau apa yang dikatakan oleh semua ahli panel tidak ada isi.

Dan apa yang ingin disarankan oleh kedua ahli Cina itu adalah alasan semata-mata untuk mereka tidak asimilasi dengan kaum terbanyak, iaitu kaum Melayu.

Mereka mahu buat pelbagai tuntutan.

Tetapi isiu kenapa mereka masih boleh berbuat demikian ialah jumlah mereka yang masih besar. Dan kedudukan mereka ini diperkukuhkan lagi oleh sebab mereka masih menguasai bidang ekonomi di Malaysia.

Tetapi jumlah mereka sekian lama sekian mengecil dan pengaruh mereka ke atas ekonomi negara juga kian merundung.

Akan tiba masanya bila mereka akan dengan sendirinya terpinggir bila jumlah mereka menjadi begitu kecil dan penguasai ekonomi mereka lemah.

Keadaan mereka menjadi lebih teruk lagi bila ada perpaduan dalam Bangsa Melayu, bila Parti PAS dihapuskan dalam pilihanraya dan pemimpin lama mereka sudah lagi tidak aktif.

Dalam keadaan ini kuasa politik dan ekonomi boleh jatuh balik ke tangan Melayu dan dalam keadaan ini juga kaum Cina dan juga India akan tahu mereka itu siapa, dan apa jenis tuntutan yang mereka boleh desak kerajaan beri.

Jadi isiu psikologi dan satistik tidak dibincangkan dalam seminar ini oleh sesiapapun ahli panel yang asyik dengan pendapat biasa mereka yang langsung tidak menangkap perhatian peserta.

Yang menyakitkan hati ialah apabila ahli panel menceceh dengan lebar-panjang bercakap tentang perkara yang tidak penting, yang diulang-ulang.

Jadi tidak hairanlah sesi awal penuh dengan peserta sedangkan sesi selepas makan tengahari lenggang.

Apa rumusan yang boleh pihak penganjur dapat dari seminar ini? Entah.

Tidak ada apa cadangan bernas yang mereka boleh perolehi dari ahli panel, sebab mereka mengulang pendapat yang telah lama dulu diutarakan oleh orang lain.

Tiada ulasan: