Oleh Mansor Puteh
Semasa dalam perjalanan keluar dari kawasan lapangan terbang Schiphol menuju ke pekan Leiden kita akan segera melihat betapa lepeh (flat) bumi negara Belanda ini.
Dalam musim bunga di mana suhunya masih lagi diparas lima darjah Celcius pada waktu siang, pohon-pohon pokok harya tinggal ranting sahaja. Dan ini membuat pemandangan bertambah luas.
Saya bertanya, secara menyeluruh kepada seorang teman bangsa Belanda tentang bukit yang paling tinggi sekali terdppat di negaranya. Dia tersenyum.
Tidak pemah didengarnya soalan seperti itu. Sebabnya orang sudah terima sebagai suatu hakikat bahawa negara Belanda ini terkenal sebagai sebuah negara yang baling rata seluruh dunia. Jadi masakan ia mempunyai bukit atau gunung!
Jawapan yang diberi kepada soalan saya ialah, ‘bukit’ yang paling tinggi adalah cuma dua ratus kaki sahaja.
Ini bukan bukit pada hemat kita yang menetap dan datang dari negara bahagian sini yang mana pandangan soring terhalang oleh bukit-bukau dan banjaran yang tinggi hingga mencakar langit.
Oleh sebab corak bumi di Belanda ini licin, maka perjalanan dalam keretapi juga enak dan paling selesa walaupun laju. Ini juga mungkin menyebabkan kenapa terdapat begitu banyak sekali basikal digunakan olen orangramai, terutama sekali oleh masyarakat universiti.
Juga oleh sebab kebanyakan tanah di negara ini adalah pada asalnya dasar laut yang dikeringkan dengan tembok atau lebih dikenali di sini sebagai ‘dykes’ jadi terdapat juga sungai-sungai.
Di Amsterdam sahaja terdapat sungai-sungai yang mengalir dengan tenang ke seluruh kota . Ini menyebabkan bahawa terdapat juga seribu jambatan yang diperbuat daripada batu bata yang telah dibina beratus-ratus tahun lampau.
Kebanyakan jambatan itu masih kekal sehingga sekarang. Ditambah pula dengan banggunan rumah-rumah yang tetap dijaga reka bentuknya, maka bandaraya Amsterdam ini mengekalkan corak dan jati diri atau penampilan tersendiri yang jauh lebih berbesa sekali dengan bandaraya yang terdapat di seluruh benua Eropah.
Pelancong yang mengunjung ke bandaraya ini sudah pasti akan tertarik dengan lawatan ke beberapa tempat bersejarah dan unik yang terletak di sisi sungai-sungai.
Lawatan dengan menaikki bot terbuka selama sejam membawa pelancong melalui rumah-rumah yang dulunya didiami oleh orang kediaman. Atau ke sebuah rumah yang paling sempit sekali di seluruh Amsterdam .
Ianya bermula dari sebuah pengkalan yang terletak tidak jauh dari Stesen Keretapi Pusat (Sentraal Station) yang mana sering terdapat anak-anak muda mengadakan pertunjukan musik secara percuma dan terbuka.
Pada waktu itu terdapat sepasang pemain musik ‘rock and roll’ keturunan Amerika mengadakan persembahan mereka. Suasana seperti ini memang lain terdapat dikota.-kota besar lain seluruh Eropah, walaupun di beberapa tempat terdapat larangan.
Namun demikian kita tetap dapat melihat kumpulan-kumpulan seperti itu memainkan pelbagai jenis musik dari jazz, ‘rock and roll’ dan kelasik dengan begitu cekap sekali.
Saya juga dibawa menjelajah dengan kereta ke suatu kawasan bukit-bukau yang terletak tidak jauh dari Heemstede, iaitu sebuah pekan kecil berhampiran dengan lapangan terbang Schiphol.
Ianya juga berhampiran dengan suatu kawasan pantai di mana orang ramai pergi untuk berkelah dan berenang. Tetapi ketika itu cuaca begitu sejuk dan air lautan kencang, jadi tidak terdapat seorangpun yang berani untuk masuk ke laut.
Sungguhpun demikian, tempat pelancongan itu tetap dikunjungi oleh ribuan manusia. Mereka ke sana sebab terdapat pelbagai jenis hiburan. Terdapat juga kasino dan pusat pengnipan dan sebagainya.
Kami tidak berhenti oleh sebab tempat untuk melatak kereta semuanya dipenuhi dan kami tidak mempunyai sebab lain untuk ke sana . Dan kamipun teruskan perjalanan ke kawasan bukit-bukau.
Pemadangan di kawasan itu tidak seperti yang terdapat di negara kita yang terletak di katulistiwa yangmaxi mana terdapat pokok dan daun hijau melambai.
Tetapi pemandangannya mirip padang pasir dongan pohon-pohon yang rendah serta ranting berwama coklat. Tidak mungkin boleh digunakan untuk menanam bunga tulips yang termasyur di negara ini.
Kawasan ini dijadikan sebuah kawasan yang dikawal dan tidak dicadangkan untuk didirikan rumah atau pusat beli-belah. Inilah sahaja yang dinamakan kawasan bukit-bukau.
Selain dari itu tidak jauh dari tempat ini terdapat sebuah kawasan bukit-bukau lain yang penuh dengan pokok dan rumah kediaman jenis banglo. Dan di atasnya terletak sebuah kawasan untuk orang berihat.
Mungkin ini adalah kemuncak bukit tersebut.
Saya tidak sempat ke sana dalam lawatan ini. Dan di Den Haag juga terdapat sebuah muzium lain yang khusus mempamirkan lukisan oleh Vincent van Gogh.
Lawatan ke kebun bunga juga merupakan auatu dayapenarik yang utama di sini. Tetapi mujurnya pada musim ini di mana cuaca masih lagi sejuk, bunga-bunga tulip belum lagi tumbuh dengan banyaknya.
Bunga tulip yang dapat dilihat cuma ditanam dalam rumah hijau atau ‘green houses’ atau rumah kaca di mana suhunya dapat dikawal. Berbagai-bagai jenis bunga tulip dapat dilihat.
Di situ juga terdapat biji-biji atau benih bunga dijual dan ditanam oleh pembelinya kelak. Saya diberitahu bahawa dalam beberapa minggu lagu seluruh kawasan dan kebun itu akan bertukar corak. Ketika ini ianya cuma berwama hijau sahaja, tetapi tidak lama lagi ianya akan disajikan dengan warn-warna yang menarik.
Tetapi hairan, sebab bunga tulip pada awalnya bukan dari negeri Belanda sendiri.
Beberapa buah biji telah dibawa pulang oleh seorang keturunan Belanda dari perjalanannya ke Turki di mana terdapat pokok bgnga ini.
Lama-kelamaan bunga tulip diminati ramai dan sehinggakan kekayaan seseorang itu dinilai atau dihitung dari jumlah bunga yang ada dalam kebunnya.
Minat orang Belanda terhadap bunga ini masih lagi kekal sehingga ini walagpun sudah menjanjkau beratus-ratus tahun lamanya sejak bunga tulip ini pertama-kali dibawa pulang ke sini.
Dan sekarang ini Belanda lebih terkerial dengan bunga tulip dari Turki, iaitu negara asalnya.
Suatu perkara yang unik yang didapati dalam reka bentuk bangunan rumah di Amsterdam khususnya ialah cangkok yang dipasang pada bumbung rumah. Tujuannya ialah untuk mengangkut barang-barang keluar dari rumah sekiranya berpindah atau untuk membawa barang-barang yang berat masuk ke dalam.
Cangkok pengangkutan seperti ini khususnya terdapat di rumah Belanda sahaja dan tidak pada rumah-rumah di negara-negara lain di Eropah ini. Saya dapati. bahawa oleh sebab kekurangan tanah, pembinaan rumah adalah terhad bidangnya dan dengan ini tingkap dan pintu semuanya adalah kecil.
Kita perhatikan bahawa tangga-tangga dalam rumah juga sempit dan tajam, begitu sukar sekali untuk menaikki. Jadi dalam hal seperti ini amatlah juga sukar untuk mengangkut barang-barang seperti almari, piano yang besar dan berat kecuali dengan mengangkutnya dengan menggunakan cangkok dari luar itu.
Untuk mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke bandaraya ini, cangkok pada bumbung rumah itu mungkin tidak dapat dikecam mereka. Dalam perjalanan dalam bot terbuka melalui sungai-sungai di Amsterdam pemandu pelancongnya telah menerangkannya.
Memang benar sekali bahawa dengan hanya menaikki bot atau menziarahi bandaraya ini melalui sungai-sungainya seseorang pelancung itu sudah pasti akan dapat melihat dan mengkaji akan sejarah, reka bentuk rumah, dan menikmati pemandargan yang menarik tentang bandaraya Amsterdam .
Sebabnya sungai-sungai ataupun perairin memainkan peranan yang paling penting sekali dalam kehidupan masyarakat negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan