Oleh Mansor Puteh
Ratusan tahun lalu seorang putera dari jauh
datang ke sini bersama Demang Wak Raja Kedua
pembantu setia dan seribu pengikut utama.
Dari Palembang mereka seberang Selat bawa hasrat
mahu buka negeri di tempat baik lagi suci.
Mereka pergi ke Majapahit di Tanah Jawa
mahu gulingnya Betara pula, lantas diusir dari sana.
Berkeliaran lari pergi pula raja ke Pulau Temasik
yang kemudiannya dipanggil Singapura.
Ditikamnya di situ wakil Siam, Raja Tamogi.
Maka Raja Siam menjadi murka
halau Parameswara dari pulau
tiada dilihat mukanya lagi.
Parameswara dan pengikut berkeliaran lari
singgah sebentar pula di Seletar.
Mereka takut Raja Muda Siam pula hambat mereka.
Kemudian Parameswara seberang Selat Tebrau
ke Semenanjung pula dan bersinggah di Kota Lama
tidak pula rasa selesa di situ.
Maka baginda tiba di sebuah tempat bernama Biawak Busuk
tiada juga suka sebab ada-ada sahaja malapetaka.
Lalu mara putera ke utara Semenanjung
tiba pula di Kuala Muar
tiada apa di situ untuk didirikan rumah.
Kemudian rombongan raja berhenti di Bertam
ia tidak ubah sebuah kampung nelayan
tiada berpenghulu, tiada bertuan.
Tempatnya nyaman, ada muara sungai, airnya tenang
terus mencurah ke selat luas.
Terlalu suka raja segala dilihatnya
tiada terperi hingga mahu dia buka sebuah negeri
tiada pulang baginda ke tempat asalnya lagi.
Melaka nama negeri diberi
sempena pokok bertedur raja tadi.
Seekor kancil putih berseri muncul tiba-tiba
tendang anjing terpelanting ia ke dalam sungai.
Melaka terus berkembang banyak pedagang datang dan pergi.
Melaka terkenal dekat dan jauh ke negara di atas
dan bawah bayu tersebar berita raja perkasa negeri aman
dan rakyatnya makmur.
* * * * * * *
Parameswara dan seluruh rakyat masuk Islam
jadi Megat Iskandar Shah dan Demang Wak Raja
jadilah Bendahara Melaka pertama.
Banyak kisah berlaku, Melaka terus maju
Duta Cina, Yin-ching datang cipta sejarah
jejakkan kaki di Tanah Melayu
bersuka-suka hingga faseh bahasa dan budaya kita.
Maharajah Yung-lo dari Dinasti Ming
pula hantar Laksamana Cheng-ho bawa warkah
dan menetap di Melaka.
Duta Cina berugama Islam ini tinggal
empat tahun di sini tahulah dia adat-resam orang kita
sehingga boleh berpantun juga dia.
Reti juga makan durian dan sambal belacan
mahu tambah pula
walaupun muncungnya kepanasan seperti naga
buat semua tertawa mengilai.
‘Apakah ini, ya, tuanku? tanya Laksamana Cheng-ho.
‘Inilah sambal,’ jawab raja, selamba.
‘Terasa termakan racun rasanya. Terlalu panas
seperti mulut hamba terbakar api dan pecah,’ kata dia.
Parameswara seraya tertawa terbahak-bahak.
Cheng-ho rasa hairan: ‘Kenapa tuanku tertawakan saya?’
‘Tidak,’ jawab raja. ‘Cuma beta kuatir
perut beta juga yang akan pecah!’
* * * * * * *
Al-kisah Sultan Iskandar Shah buat lawatan ke Negeri Cina
di Nanjing bersemayamlah baginda.
Bertemu dengan Maharajah Hsuan-tse
begitu akrab sekali, bagai ayahanda dan anakanda.
Minumlah teh pertama kali
Raja terkejut airpun seperti emas
Makan buah limaupun seperti emas juga.
Maka teruslah mereka bersuka-suka,
menukar khabar dan berita.
Melaka gembira menaung di bawah payung
takhta Maharajah Cina.
Maka terus berkembanglah perhubungan
Melaka-Cina seperti saudara-mara
walaupun mereka berbeza bahasa dan ugama.
* * * * * * *
Al-kisah Kerajaan Siam mahu tumpas Melaka
diberi amaran oleh Maharajah Hsuan-tse,
‘Jangan kacau, negeri kita! Kalau kacau Melaka juga
maka kami tumpas kamu pula!’
Mahu tidak mahu Siam tidak lagi cuba menyakat
raja Melaka.
Dan raja-raja negeri Melayu di Nusantara
turut berdatang ke Melaka menyembah raja.
Kesemua baginda mahu menaung
di bawah payung Sultan Melaka.
Siak, Kampar, Indragiri, Molukku, Terengganu
Kedah, Japara, Kelantan dan Pahang juga datang
bawa cita-cita pulang bawa buah tangan.
Dihantar pula Maharajah Hsuan-tse
seorang puteri bernama Hang Li Po ke Melaka
diberinya sebagai hadiah isteri
buat Sultan Mansur Shah jadikan permaisuri
sebab Sultan sudah lama tiada berpasangan.
Terpegun Sultan lihat wajah Li Po
bak anak patung putih-berseri seperti lilin
sebab pabila pergi keluar muka berubah
menjadi merah menyala.
Sultan kuatir apakah permaisurinya sudah bertukar.
* * * * * * *
Maka suatu ketika anak raja tikam Tun Besar
tatkala bermain sepak raja di Kampung Bendahara.
Maka Tun Besarpun parah hingga pergi ke alam baka
dalam belum tua, tiadalah sempat jadi bendahara.
Maka baginda hantar puteranya, Raja Muhammad
ke Pahang, buka negeri, Sultan Muhammad nama diberi
Tun Perpatih Putih jadi Hamzah, anak kepada
Bendahara Tun Perak dan adik kepada Tun Besar
dilantik jadi Bendahara Pahang yang pertama.
* * * * * * *
Al-kisah maka Tuah difitnah entah kenapa
tiada siapa yang tahu
Ini kisah yang diturunkan hingga ke abad ini.
Siapa yang tabur fitnah kepada Sultan dan iri hati
tiada terhingga mahu pecahkan persaudaraannya
dengan kekanda Tuah sehingga Sultan Mansur bertitah
Tuah dipancung kepala jangan dibiarkan ada nyawa pada dia.
Seri Nara diRaja Tun Ali berat rasa, tiada suka buat kerja
tetapi terpaksa jalankan titah, kuatir raja murka.
Bawalah dia sebuah jantung dari tubuh kambing di hutan.
Maka Sultanpun fikir Tuah sudah tiada nyawa di badan.
Hang Jebatpun bawa keris pesaka bernama Taming Sari
dan mengamuk seluruh istana dan negeri.
Ramai dijerkah lari berkeliaran bawa nyawa
supaya elak dari padah di tangannya.
Ramai pula dibunuhnya dengan kejam
tiada sempat mereka elak, keris sudah terucucuk tajam
perut terburai berlumuran darah.
Tiada Jebat beri sebarang kasihan belaka.
Jebat menderhaka, Jebat bermaharaja-lela, Jebat puaka
sebab fikirknya Tuah dipancung kepala
walhal Tuah berkhalwat di Hulu Melaka
bawa diri dibuang negeri malu ia tunjukkan muka
semua fikir dia sudah mati jantungnya tidak berdenyut lagi
sebab raja sudah tidak suka Laksamana ini.
Sultan Mansur hampir putus harapan
Melaka parah, darah melempah seluruh istana dan halaman.
Sungai Melaka mengalir darah anak watan
Jebat bertakhta di singahsana seperti dialah tuan.
Wajah bagai hantu, bukan lagi manusia
Tiada mahu dia keluar dari istana walau seketika.
Difikirkan selagi Taming Sari dalam genggaman
tahulah dia menjaga nyawa, kebal dari segala ancaman.
Maka Seri Nara diRaja Tun Alipun beranikan diri
bersembah pada raja, Tuah masih hidup di Hulu Melaka.
‘Apa kata kalian? Sudah gila! Orang mati tidak jelma kembali!’
Tun Ali pula seraya berkata, ‘Ampun tuanku, harap patik
mohon diampun Tuah tiada dipancungnya.
Jantung yang disembah dari seekor kambing hutan jua.’
Raja terkejut, rasa lega di dada
segera diusung Tuah ke Melaka hampuskan Jebat
biar segera dan cepat, jangan lambat.
Bertarungpun biar singkat.
Tuah menjelma dari hidup, rakyat terpinga.
Dia berarak terus ke istana bertemu Jebat maka terkejut.
Disangkakan Tuah bukan manusia tapi hantu belaka.
Mereka segera bertarung tidak apa lagi dicerita.
Tuah cuba rodok perut Jebat.
Jebat elak, tiada keris Tuah mengena.
Dirodok lagi, Jebat elak juga Tuah mengempas.
Dia tahu selagi Jebat milik Taming Sari
tiada boleh dia tumpas Jebat selagi keris tiada dirampas.
Tuah bergelut erat dengan Jebat sambil menyebut ayat kalimat
beberapa hari lamanya, tiada berakhir juga.
Orang ramai sebak di dada tiada tahu akan nasib Laksamana
apakah dia sudah tiada, jadi mangsa Jebat juga.
Ditakdirkan Ilahi maka Tuahpun berjaya rampas Taming Sari
Jebat menghempas, nyawanya menjadi ikan,
maka Tuahpun rodok di perutnya, terburai.
Teriris hati Tuah, tapi, apa boleh dilakukan, fikirnya.
Jebat sudah menderhaka, bunuhpun dia terpaksa
ratusan rakyat negeri sudah menderita.
Bukan hasrat Tuah mahu hapuskan dia.
Ini takdir dari Illahi anggapnya.
* * * * * * *
Negeri Melaka segera pulih dan terus maju
pedagangan dan saudagar kecil dan besar datang kembali
setelah lama berkeliaran sebab Jebat bermaharaja-lela.
* * * * * * * *
Malangnya dari Kota Lisbon di Portugal
Raja Manuel mahu hantar rombongan ke hujung dunia.
Mahu tumpas Melaka, kononnya.
Fikirnya kalau Balansiya, Khurtuba, seluruh Al-Andalusia
boleh tumpas, kenapa tidak pula Melaka?
Dihantarnya Jeorge de Albuquerque untuk pura-pura tanya
kononnya mereka mahu bersuka.
Datanglah mereka kononnya mahu cari kawan
tapi nyata sekali cuma mahu berlawan.
Mereka mahu tawan Melaka jadikan rakyatnya hamba.
Mereka mahu jadikan Melaka negeri sendiri
supaya boleh sebar dakyah mereka.
Sultan Mahmud dan anakandanya, Raja Ahmad pertahankan negeri.
Anak Hang Tuah, Hang Nadim mujur bersama
pertahankan Melaka tapi malangnya negeri jatuh jua.
Laksamana Alfonso d’Albuquerque
Ruy d’Araujo, Diego Lopez de Sequeira,
Duerto de Mello, Ruy de Brito Patadim, Texeira,
Xavier bergilir-gilir datang semua dari jauh.
Lama-kelamaan mereka menetap.
Mereka dirikan sebuah kota kebal sekelilling negeri
dari muara sungai kelillingi Bukit Melaka
hinggalah ke Bukit Senjuang di hujung sana.
Semua nama asal ditukar ke nama mereka
tujuannya cuma, mereka mahu hapuskan bangsa kita.
Sultan Mahmud, Raja Ahmad dan Hang Nadim cari jalan
serang Portugis bertubi-tubi di Melaka dari jauh.
Portugis hampir terjatuh sekali-sekala.
Malangnya nasib pahlawan Melaka tiada.
Melaka akhirnya alah ke tangan Portugis akhirnya.
Sultan Mahmud berbungkas ke Bertam untuk selamatkan diri
kemudian ke Pagoh, kemudian pula ke Pulau Bulang di Riau.
Akhirnya mencari tedur di Kampar.
Di sini adindanya bernama Sultan Munawar ada
Baginda mahu beri tempat untuk mereka.
* * * * * * *
Portugis perintah satu ratus tujuh-puluh-enam tahun.
Rakyat Melaka siksa dan menderita.
Tapi, lambat-laun pergi ia.
* * * * * * *
Al-kisah si Belanda pula jajah Melaka.
Akhirnya mereka juga pergi jauh diganti dengan Inggeris
yang bermaharaja-lela tapi cuma buat seketika.
* * * * * * *
Hari ini kita bersua sekali lagi sebab kisah Melaka mahu dicerita.
Kisah gemilang, pahit-manis sebuah empayar
agar ia dapat dijadikan iktibar.
Agar Melayu tidak hilang di dunia
bak kata Laksamana Tun Tuah
anak dari Kampung Duyung dari Melaka
yang hingga kini dikenali seluruh dunia.
Inilah sebuah madah, bukan puisi sempena Melaka bersejarah.
Tentu ada Iktibar yang boleh dipelajari dari sejarah ini.
Umat Islam dan Bangsa Melayu mesti teguh bersatu tentang musuh.
Agar dunia kita akan musnah.
Sebab bukannya mereka yang kuat, cuma kita yang lemah.
Sebab bukannya mereka yang bijak, cuma kita sahaja yang bebal.
Kalau tidak berwaspada, dunia kita dipijak.
* * * * * * *
Lihatlah Palestin sekarang, wahai sahabat ku.
Tiada yang lain berlaku selain berperang
Umat Islam menentang, tapi taringnya tiada
belang jua sudah hilang.
Sejarah Melaka boleh dijadikan Iktibar
supaya bendera Bangsa Melayu dan Umat Islam
boleh dikibar dan Nur Islam bersinar seluruh alam!
* * * * * * *
Ini sahajalah madah, seribu rasa peristiwa pahit zaman silam
yang amat menyedihkan.
Malangnya ia kini berulang nun jauh di Timur Tengah sana.
Sahabat kita, rakyat Palestin pula jadi malang
saban hari usung mayat, sahabat mati syahid cuba menentang.
Tidakkah sedar kita sudah berpeluk tubuh lebih separuh kurun
tidak berbuat apa-apa selain menentang
hantar memo, anjur persidangan
dan kononnya mahu gesa Amerika, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) dan Yahudi.
Siapa kita mahu berbuat demikian sedangkan kita sendiripun
tidak boleh menukar diri sendiri inikan mereka?
Hentikan!
Sementara itu Yahudi, Amerika dan PBB berpeluk tubuh
dan senyum kambing.
Merekalah angkara Tiga Punca Keganasan di dunia sekarang.
Mahu lagi dengar kata mereka?
Tidakkah kita boleh pelajari dari apa yang telah berlaku
di Al-Andaluisa dan Melaka?
Mahukah kita ulang sengsara, azam dan derita?
Jangan sembah Amerika! Jangan sembah Presidennya!
Jangan sebah PBB! Mereka bukan tuhan.
Mungkin juga iblis, syaitan bermukakan manusia!
Mereka tidak pedulikan kita! Elakkan diri kita dari mereka.
Wallahuallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan