Oleh Mansor Puteh
Tahun 1974 Shahalam tidak kelihatan seperti sebuah bandar. Cuma tercapat beberapa buah bangunan tempat kediaman sahaja. Semua bangunan tinggi yang sedia ada sekarang belum lagi dibina. Malah ianya belum lagi dirancangkan. Dan yang kelihatan cuma kawasan lapang.
Pokok-pokok kelapa sawit masih berdiri di Shah Alam. Istana Bukit Kayangan juga sedang dibina. Bangunan yang begitu ketara sekali ialah Menara Intekma, institut Teknologi Mara.
Waktu malam seluruh kawasan ini sunyi dan begitu gelap sekali. Tidak seperti sekarang terdapat siraran cahaya dari bangunan tinggi dan jalan raya serta rumah kediaman dan lain-lain.
Saya memasukki Institut Teknologi Mara dalam tahun 1974. Tidak sangka sekarang sudah genap dua-puluh tahun saya tiba di Shah Alam. Tidak sangka juga bahawa bandar yang sekarang dikenaili sebagai Ibu kota Negeri Selangor Darul Ehsan telah meningkat dewasa. Ianya menjadi sebuah bandar yang benar-benar dewasa.
Saya masih teringat lagi pertama kali tiba untuk menuntut di ITM atau Intekma dalam tahun 1974. Oleh seabab ketiadaan bangunan lain dan kawasan begitu lapang. Setiap kali menaikki bas untuk pulang ke kampus, saya terlihat dari tingkap bas seperti Bangunan Intekma setinggi empat-belas tingkat itu condong. Rupa-rupanya kesan visual itu bermain-main dalam kepala.
Sekarang ini, kalau saya pulang ke Shahalam atau menuju ke Kelang, saya akan perhati bangunan yang sama itu sebab ia masih tersergam. Tetapi, ianya tidak condong lagi seperti dulu kala. Ini disebabkan di sekitarnya sudah mempunyai banyak bangunan baru dan pokok-pokok sudah tinggi. Jadi kesan ‘visual distortion’ itu tidak berlaku.
Ketika itu dalam tahun 1974 Shahalam kelihatan aagak sunyi juga. Rumahrumah kediaman sedang dibina. Dan kawasan lain ditara. Pokok-pokok kelapa sawit ditebang. Ini bagi tujuan untuk dijadikan tempat rumah dan bangunan yang sekarang ini kita sudah dapat melihat tersergam indah. Dan yang telah mencorakkan pemandangan Shahalam.
Penuntut-penuntut ITM berjalan melalui jalan lapang yang sering sunyi dari kenderaan untuk memasukki pintu masuk. Ramai yang tinggal di rumah teres ;iar dari kampus. Mereka sebenarnya merupakan penghuni pertama Shahalam, selain dari sekumpulan kakitangan ITM sendiri yang menetap di situ.
Untuk mendapatkan hiburan, terutama sekali pada hujung minggu, penuntut-penuntut akan pulang ke kampung masing-masing sekiranya mereka berasal dari Kuala Lumpur . Atau kalau terpaksa mereka akan menaikki bus untuk pergi ke Kelang. Di bandar diraja ini terdapat pawagam dan kedai-kedai dimana mereka boleh membeli-belah.
Selain dari itu, terdapat juga tanyangan filem yang diadakan oleh penuntut di dewan kuliah untuk menarik minat penuntut. Pendek kata, Shah Alam ketika itu tidak mempunyai kegiatan hiburan; semuanya masih lagi terletak di Kelang.
Mungkin terdapat kedai-kedai kecil dan restoran di kawasan Flet PKNS di seberang kammus ITM di mana ramai penuntut pergi, iaitu kalau mereka tidak mahu ke Kelang. Mereka terpaksa menyeberangi jalan raya yang agak sibuk untuk tiba ke sana .
Shahalam pada saya ketika itu merupakan sebuah kawasan tandus. Kawasan lapang yang belum lagi menunjukkan tanda-tanda ianya akan didirikan dengan bangunan yang dapat kita lihat sekarang ini.
Sudah tentu rumah-rumah teres dan banglo yang telah dibina ketika itu begitu murah harganya, oleh sebab orang tidak gemar menetap di situ. Mungkin juga ketika itu kilang-kilang belum banyak didirikan. Shah Alam seperti terletak di hujung dunia. Mujur pula terdapat sebuah kampus seperti ITM yang begitu besar dan terkenal. Dan ramai penuntut-penuntut yang menetap di asrama-asrama yang didirikan. Ini membuat mereka kekal berada di situ dan tidak dapat keluar, kecuali kalau mahu ke Kelang atau Kuala Lumpur .
Pendek kata, ITM yang membuat Shah Alam sibuk dan terkenal. Orang cuma kenal bandar ini oleh sebab kampus ITM berada di situ.
Saya menuntut di Kajian Sebaran Am. Dalam tahun saya terdapat lebih kurang lapan-puluh penuntut yang mengambil empat jurusan, iaitu pengiklanan, kewartawanan, perhubungan awam dan penyiaran. Kajian ini terletak di tingkat ke-tiga-belas.
Dari sudut ini kami dapat melihat kawasan di sekelilling. Kadangkala, tatkala cuaca terang, kami boleh melihat bangunan Lapangan terbang Antarabangsa Subang.
Di sekelilling yang terlihat cuma pokok-pokok kelapa sawit. Ladang kelapa sawit begitu luas sekali. Dan terdapat kawasan lapang yang telah ditarakan untuk menjadi tapak bangunan Shahalam. Istana Bukit Kayangan sekian hari bertambah menjadi dan rumah-rumah pegawai kerajaan negeri Selangor di sekeliling istana itu juga bertambah.
Jalan raya luas telah dibina di beberapa tempat di Shahalam, terutama sekali yang menuju ke kampus ITM dan kawasan perumahan. Ianya begitu sunyi dan luas. Ini membuatkan penuntut-penuntut menjadikannya kawasan untuk memandu dengan laju dan bertarung.
Sayang sekali, ingatan kami tentang Shah Alam ketika ini cuma kampus ITM sahaja. Ianya bukan lagi sebuah bandar. Kami cuma meiihat kawasan-kawasan lapang, runah teres dan banglo dan istana yang sedang didirikan. Selain dari itu Shahalam cuma wujud dalam perancangan sahaja.
Tentu ramai penuntut ITM yang telah meninggalkan kampus itu masih lagi ingat pengelaman mereka menetap di sini. Perasaan nostalga tentu bermain-main dalam ingatan mereka kalau mereka membuat lawatan ke Shahalam sekarang. Sudah tentu mereka, sama seperti saya akan dapat melihat betapa berbeza bandar itu sekarang jika dibandingkan dengan iarya ketika dua-puluh tahun dahulu.
Dua-puluh tahun bukan satu waktu yang singkat dalam penghidupan seseorang; sudah tentu ianya mempunyai erti dan sentimen yang kekal dalam ingatan.
Entah ke mana mereka sekarang mereka yang bersama-sama saya menuntut di ITM ketika itu. Ramai telah tamat pengajian dalam tahun 1977 sementara ada sejumlah kecil yang gugur separuh jalan.
Buat saya, saya telah bekerja sebagai wartawan selama setahun sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Bandaraya New York dan pulang beberapa tahun kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan