Oleh Mansor Puteh
Perjalanan Senator Edward M Kennedy menuju ke Rumah Putih di ibu kota Wasliington DC semakin hari semakin jauh dan berliku-liku. Ditambah pula dengan halangan dan rintangan yang melintang di hadapannya.
Namuan demikian, beliau masih tidak berganjak lagi untuk mengaku kalah dalam usahanya bagi satu hari kelak selepas pilihanraya presiden bulan November tahun ini untuk seterusnya menjadi presiden baru Amerika.
Sejak beliau mengumumkan namanya sebagai seorang calon presiden untuk mewakilli Parti Demokrat tahun lalu disamping calun Presiden Jimmy Carter dan Gabnor negeri California Jerry Brown, beliau tidak habis-habis menghadapi berbagai cabaran.
Keputusannya untuk bertanding itu telah difikirkannya panjang-panjang sehinggakan masa sebelum beliau membuat pengumuman rasmi menjadi calon itu bertempat di Faneuil Hall di Boston, ibukota negeri Massachusetts, negerinya yang merupakan negeri yang paling menyokong keluarga Kennedy sejak berpuluh-puluh tahun, berita tidak berhenti-henti memberi kemungkinan itu.
Mungkin bertujuan untuk sengaja mendapatkan sambutan dari akhbar, Senator itu telah akhirnya mendapatkan persetujuan dari ibunya yang membenarkan anak bongsunya itu masuk bertanding.
Kebetulan pula nama Senator Kennedy pada ketika itu mendapat tempat yang pertama yang bakal menjadi presiden, sebagaimana yang dijalankan oleh undi rahsia, yang mana meletakkannya lebih jauh ke hadapan dari Presiden Carter maupun Brown.
Tetapi, sebaik sahaja pertubuhan beliau mulai menjalankan kempen-kempen cuba menarik undi, berbagai-bagai masalah peribadi senator itu telah ditimbulkan oleh akhbar dan calon-calon lain.
Tujuannya adalah supaya pengundi memikir semula akan peribadi dan kecekapan seorang calon presiden itu yang mempunyai kemungkinan besar memimpin negara itu.
Masalah peribadi pertama terbesar sekali yang ditimbulkan semula ialah mengenai kejadian di Chappaquiddick yang mana beliau telah mengalami kecelakaan yang mengakibatkan kematian setiausahanya, Mary-Ann Kopechne.
Kejadian tersebut telah berlaku setelah senator itu ingin menghantar setiausahanya pulang dari menghadiri sebuah parti dengan rakan-rakan rapat lain. Dan dalam kecelakaan malam hari itu, k:ereta senator itu telah terbabas dan masuk ke dalam sungai semasa beliau ingin menyebarangi sungai itu dalam malam yang begitu gelap.
Sungguhpun beliau telah dikaakan tidak bersalah, tetap masyarakat berwas-was akan kecekapan senator itu dalam menghadapi cabaran. Oleh sebab beliau tidak melapur kepada pihak berkuasa tentang kemalangan itu sebaik sahaja ia berlaku.
Senator Edward Kennedy telah ditanya di mana-mana beliau pergi, samada untuk menghadiri perhimpunan atau bersyarah khalayak ramai, entang kelakuannya ketika kejadian itu, sehingga pada satu ketika masalah Chappaquiddick dirasakan boleh mengakibatkan halangan besar baginya untuk menerima pencalonan dari parti demokratik dan selanjutnya presiden.
Sekarang ini adalah menjadi kenyataan bahawa Kennedy tidak menerima undi terbanyak atau majoriti selepas pilihan raya awal atau ‘primary’ yang mana Presiden Carter menerima undi paling banyak yang boleh melayakkan beliau dipilih wakil parti Demokratik, tetapi senator itu masih ingin berlawan lagi dan tidak mahu mengaku kalah.
Dan Konvensyen Parti Demokratik yang akan diadakan dalam bulan Ogos, bertempat di Madison Square Garden , Bandaraya New York , akan menjadi tempat himpunan perwakilan parti tersebut untuk menjadi forum itu.
Strategi senator itu adalah untuk sedaya-upaya meminta para perwakilan pada hari itu memilihnya sebagai calon. Dan beliau ingin minta agar para perwakilan yang dalam pilihan raya awal yang diadakan itu memikirkan semula akan masalah-masalah dan kelemahan Presiden Carter, terutamanya mengnai isiu-isiu kebangsaan seperti inflasi, buruh, tenaga dan dasar luar negeri.
Senator itu telah menghentam dasar luar negeri Presiden Carter sebagai tidak tegas, berikutan dengan berlakunya masalah Iran – Amerika dan penaklukan tentera Russia di Afghanistan dan masalah ekononi, tenaga yang mana neagra ini banyak bergantung pada telunjuk-telunjuk kuasa dunia khasnya di Timur Tengah.
Senator Edward Kennedy ingin benar-benar dipilih calon Parti Demokratik dan seterusnya mengalakkan calon Parti Republikan, Ronald Reagan yang sekarang ini telah pasti tidak mempunyai calon-calon lain yang ingin menghalangnya di kalangan partinya sendiri, oleh sebab khasnya beliau ingin membersihkan namanya dari mempunyai sangkut-paut dengan kejadian ngeri di Chappaquiddick.
Beliau ingin melepaskan dirinya dari dikecam oleh masyarakat sebagai seorang senator yang tidak mempunyai kecekapan mengendalikan dirinya sendiri semasa menghadaji kecemasan.
Kejadian di Chappaquiddick bukan sahaja menjadi suatu masaalah yang men impa senator itu sendiri. Malah seluruh keluarganya terpaksa menerima beban, an inilah suatu masalah besar yang senator it harap akan dapat betulkan dengan kenemangannya dalam pilihan raya presiden itu.
Satu faktor lain yang mungkin menyebabkan Kennedy terus berlawan dengan Presiden Carter untuk menjadi calon parti ialah untuk beliau dapat meneruskan usaha abang kandungnya, bekas Presiden John Fitzgerald Kennedy, yang tidak sempat menamatkan waktunya menjadi presiden akibat ditembak mati dalam tahun 1963 lalu setelah menjadi pemimpin negara ini lebihkuraang 1,000 hari sahaja.
Sungguhpun Presiden John F Kennedy, pada hayatnya dalam waktu menjadi presiden Amerika sebagai seorang pemimpin berkebolehan dan berkarisma, namun beliau harus meneruskan tempuhnya senagai yang ditetapkan.
Adiknya, Senator Robert Kennedy yang cuba bertanding menjadi presiden tetapi telah tidak terkabul oleh sebab ditembak mati. Dan pada waktu itu tergencat usahanya untuk mengerjakan wasiat abang kandungnya dan mengantinya menjadi presiden.
Kini, Edward Kennedy yang terpaksa mendukung cita-cita itu sebab ianya merupakan adik-beradik dari keluarga Kennedy yang terakhir yang boleh meneruskan kehendak itu.
Masalah dalam keluarga Senator itu juga pada satu masa dulu hampir menghalang beliau masuk bertanding. Perhubungan dengan isteri, Joan, begitu renggang sehinggakan mereka terpaksa berpisah untuk dua tahun dalam man isterinya telah menetap di Boston , Massachusetts untuk mengambil kursus sarjana dalam bidang pendidikan muzik.
Dalam pada itu, Joan juga telah menghadapi masalah peribadinya sendiri dan terpaksa menerima rawatan untuk menjatasi masalahnya iaitu suka berminum arak.
Tetapi kedua-dua masalah ini telah dapat mereka mengatasi dan isterinya itu telah juga bersetuju untuk membantu senator itu dalam usahanya menjadi calon presiden.
Isterinya telah berkali-kali berkata dalam akhbar bahawa kedua-dua masalah dan kejadian besar yang mereka hadapi itu berikutan dengan kejadian di Chappaquiddick dan masalah ‘botol’ itu telah membuat kedua mereka lebih kuat menghadapi sebarang cabaran lain.
Mereka sekarang sering dilihat berdua-dua di mana-mana senator itu pergi untuk berkempen dan isterinya turut mempunyai acara sendiri untuk bersyarah dalam rapat uman tertentu.
Satu kenyataan lain yang telah menjadi umum ialah kekalahan senator itu untuk memenangi pilihan raya awal di New Hampshire , iaitu sehuah negeri utara Massachusetts .
Pada lazimnya, sesiapa yang memenangi pilihan raya awal di situ menjadi wakil parti masing-masing. Untuk Parti Republikan, Ronald Reagan telah mengalahkan enam orang calon dan dalam Partinya, Presiden Carter telah mengalahkan Kennedy dan Brown.
Sungguhpun ini adalah satu kelaziman atau tradisi sebab pengelaman-pengelaman dalam pilihan raya sejak berpuluh-puluh tahun lampau menjadikannya suatu kebenaran nyata, namun keupayaan Senator Kennedy tidak dapat disangkalkan, beliau masih mempunyai harapan besar.
Ramai orang telah mulai melupakan cerita-cerita mengenai kejadian di Chappaquiddick, perhubungan renggang diantara Senator itu dengan isterinyn, ataupun peristiwa yang berlaku dalam tahun 1950’an dulu di mana beliau menyuruh seorang teman mengambil tempatnya dalam satu peperiksaan bahasa.
Profesornya telah mendapat tahu mengenai perbuatan ini dan memecat mereka selama dua tahun. Dan mereka kembali dua tahun kemudian untuk menerushan pengajiannya sehinagga tamat sekolah dalam tahun 1956.
Dengan berbagai-bagai masalah dan kejadian peribadi yang dialami dan dilonggokkan kepadanya menjelang pilihan raya presiden ini yang boleh memusnahkan seseorang ahli politik yang biasa, tetapi untuk Kennedy ianya alalah cabaran-cabaran belaka.
Dan sehingga hari ini ramai orang tidak tahu samada keputusan pilihan calon di konvesyen Parti Demokratik bulan Ogos ini boleh menyebabkan nama Senator Kennedy dipilih, dan seterusnya memimpi parti itu memenangi pilihan raya presiden yang mendatang.
Senator Kennedy telah mendapat peluang berkali-kali; ini membuktikan bahawa beliau bukan orangnya yang mudah hancur, malah halangan-halangan dan rintangan itu telah membuat beliau lebih kuat dan bersemangat untuk meneruskan segala cita-cita.
Sebab orang ramai masih belum ingin Presiden John Fitzgerald Kennedy pergi, dan dalam wajah adiknya mereka lihat satu calon yang boleh menggantinya menetap di Rumah Putih itu satu hari nanti.
(Rencana ini telah ditulis dalam bulan Jun, 1979.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan