Jumaat, 27 Julai 2012

SATU LAGI SEBAB KENAPA UMNO DAN BARISAN NASIONAL HILANG PENGUNDI DIKALANGAN ORANG MELAYU DALAM PILIHANRAYA 2008 DULU.

…MEREKA TOLAK PENGHINAAN KEPADA BAHASA MELAYU OLEH SYARIKAT BERKAITAN DENGAN KERAJAAN ATAU GLC.
Oleh Mansor Puteh



Ramai orang tidak sedar bahawa satu lagi faktor kenapa pengundi dan penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak undinya dalam pilihanraya 8 Mac, 2008 dulu ialah oleh sebab penghinaan terhadap Bahasa Melayu oleh syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan atau GLC, khususnya oleh ketua eksekutifnya atau CEO yang rata-rata adalah orang Melayu yang langsung tidak memainkan peranan untuk mempertabatkan pengunaan Bahasa Melayu.

Faktor ini tidak pernah dibincangkan sehingga kini. Tetapi ini adalah kenyataannya.

Ini memberi gambaran dikalangan pengundi Melayu bahawa pemimpin korporat dan politik Melayu tidak mewakilli mereka.

Olehsebab itu mereka rasa mereka ditipu oleh pemimpin ini yang tidak mewakilli mereka untuk mempertabatkan Bahasa Melayu di negara mereka sendiri.

Ramai orang Melayu yang mengundi dalam tahun 2008 dulu rasa bosan dengan gelagat CEO Melayu itu, yang sepatutnya diamanahkan untuk mempertabatkan Bahasa Melayu dalam bidang korporat, tetapi mereka tolak Bahasa Melayu.

Sedangkan mereka dilantik untuk menjadi CEO khususnya untuk GLC ini adalah untuk menjadi pemimpin industri.

Kepimpinan industri yang dimaksudkan bukan dalam segi perniagaan dan pengurusan syarikat sahaja tetapi lebih dari itu, dari segi pengunaan Bahasa Melayu dalam bidang perniagaan dan korporat.

Dan yang menjadi lebih teruk ialah apabila kebanyakan GLC enggan menyokong akhbar Melayu, dengan tidak membeli iklan dalamnya untuk mempromosi barangan dan perkhidmatan yang mereka sediakan.

Mereka rasa akhbar Melayu dan Bahasa Melayu itu tidak mempunyai tahab tinggi.

Walhal, mereka adalah orang Melayu yang harus memperjuangkan pengunaan Bahasa Melayu. Tetapi mereka tidak melakukannya.

Sebaliknya, mereka lebih rasa bangga mengguna bahasa Inggeris. Dan ini menggalakkna semua CEO dan syarikat bukan Melayu turut mengikut jejak mereka.

Pengunaan Bahasa Melayu dalam bidang perniagaan dan korporat telah lama diabaikan, dan CEO dan syarikat GLC yang harus dipersalahkan oleh sebab mereka yang telah beri pertunjuk kepada CEO dan GLC bukan Melayu untuk untuk tidak guna Bahasa Melayu dalam urusan seharian mereka.

Syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom langsung tidak mahu guna Bahasa Melayu dalam urusan seharian mereka. Dan mereka hantar SMS dan emel kepada pelanggan dalam bahasa Inggeris.

Walhal, kebanyakan pelanggan mereka terdiri dari orang Melayu yang tidak mahu berurusan dalam bahasa Inggeris.

Affin Bank juga guna bahasa Inggeris bila berhubung dengan pelanggan.

Malah, ada syarikat besar kepunyaan Melayu juga tidak berusaha mempertabatkan pengunaan Bahasa Melayu.

Lebih teruk lagi ialah apabila mereka lebih suka mendapatkan pekerja dan pegawai kanan dari keturunan lain, dan ketepikan orang Melayu yang lebih berpengelaman dan berpendidikan.

Masalahnya ialah apabila terdapat seorang-dua pegawai keturunan bukan Melayu dalam mana-mana jabatan atau agensi, maka merekalah yang akan memaksa orang Melayu lain disekelilling mereka untuk mengguna bahasa Inggeris.

Sering berlaku bila sekumpulan orang Melayu sedang duduk dan bercakap dalam Bahasa Melayu, tetapi apabila seorang Cina atau India datang untuk bergaul dengan mereka, semua orang Melayu lain akan mula menggguna bahasa Inggeris.

Keadaan ini juga berlaku dikalangan orang dalam bidang politik dan kerajaan, bila mereka akan melayan soalan yang diutara oleh wartawan dari akhbar bukan Melayu, dan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Cuma terdapat beberapa pemimpin politik Melayu yang berani bercakap dalam Bahasa Melayu dalam semua perhubungan walaupun mereka ditanya dalam bahasa Inggeris.


Tiada ulasan: