Oleh Mansor Puteh
Bendera ‘star-spangled banner’ merah-putih berjalur tiga-belas dan berbintang lima-puluh biji bertabur dan teratur di kain biru laut berkibar-kibar setengah tiang di mana-mana saja kita mengarahkan pandangan di seluruh negara ini. Tetapi masalah Iran – Amerika tetap tidak selesai lagi.
Semasa menjelang perayaan hari natal akhir tahun lalu di hadapan perkarangan Rumah Putih di ibukota Wasliington DC , masyarakat negara ini yang bersemangat telah mula mencucuk sebatarang pokok krismas untuk menandakan satu hari bertambah lima-puluh-tiga rakyatnya berada di Tehran , ibukota Iran .
Dan hampir enam-puluh ataupun tujuh-puluh pokoh yang dipasangkan dengan lampu pejam-celik telah didirikan sehiingga tempat menjadi sempit dan pada waktu itu semangat dan kehendak untuk mendirikan batang pokok krismas itu membara.
Tetapi kebelakangan ini, tidak ada sebarang akhbar kebangsaan maupun daerah yang menyiarkan berita seperti itu lagi.
Dalam pada itu, bendera-bendera separuh tiang itu telah hampir dijemur dalam hujan dan panas terik musimi bunga dan panas, dan juga mengalami cuaca buruk musim sejuk baru lalu masalah penahanan lima-puluh-tiga orang rakyat negara ini belum lagi menunjukkan tanda-tanda akhirnya.
Seperti dalam sebuah cerpen, novel, atau filem, ada babak-babaknya dan dalam perkara ini masalah itu masih dalam babak pertama sung,guhpun telah lebih dari 240 hari semenjaknya berita penahanan itu memeranjatkan seluruh dunia.
Bekas raja-segala-raja, Shah Mohammed Redza Pallavi telahpun beredar ke tempat kediaman yang lebih selesa dan jauh dari segala kecaman; mula-mula dari Mesir, kelilling dunia dan akhirnya kembali dengan kapal terbang ke Mesir pula.
Masalah penahanan berikutan dengan lawatannya ke Bandaraya New York oleh bekas shah itu yang sama sekali tidak disenangi oleh masyrarakat Iran telah menyebabkan persengketaan yang berlangsung selama tiga-puluh-empat minggu ini.
Setiap minggu bertambah lagi pelik dan kelirunya masalah tersebut dan minggu lalu nampaknya ada sebuah penyelesaian yang bakal menyebabkan pembebasan lima-puluh-tiga rakyat itu, tetapi minggu ini mereka tetap berada di sana .
Sorakan dan geram rakyat Iran yang banyak dilihat dalam cermin peti televisyen berbaris-baris teratur mengenggam tangan menyorak Allahuakhabar, Allahukhabar! berminggu-minggu dalam cuaca salji telah pudar.
Bandaraya Tehran telahpun kembali pada asalnya; kereta lalu-lintas jalan raya luas dan ramai rakyat menjalankan pekerjaan masing-masing dan berita di peti televisyen di sini yang telah selama ini meletakkan berita dari Iran pada tempat terutama setiap malam sehingga dua ratus lebih hari telah kini bertukar corak.
Berita dari Kabul , Belgrade , Pnom Pehn, Moskow dan lain-lain lagi telah mengambil tempat penting tiap-tiap malam. Bukan Olimpik 1980 di Moskow, masalah Kampuchea, pelarian rakyat Kuba di Florida dan persiapan pilihan raya umum presiden bulan November ini menjadi perhatian umum.
Dan nyatalah masalah Iran ini tidah dapat diselesaikan dengan menanam pokok krismas, mengikibarkan bendera separuh tiang atau memalukan loceng gereja tiap-tiap hari saja.
Sekatan ekonomi yang dikuatkuasakan dengan negara-negara besar lain juga tidak menunjukkan kesan yang diharapkan meskipun adalag dirasakan di sini bahawa ini merupakan suatu tindahan sewajarnya untuk melemahkan semangat negara Iran yang beragama Islam itu.
Serangan komando yang telah berbulan-bulan dirancangkan latihan berseluruh di teng,ah-tengah padang pasir di pelusuk negara ini tidak juga menyebabkan suatu penyelesaian yang aman.
Dalam pada itu, lima-puluh-tiga rakyat Amerika itu tetap dihidangkan dengan masakan jenis Amerika yang saudara-mara mereka sendiri menikmati setiap hari di beberapa tempat di mana mereka diletakkan di seluruh Iran yang dirahsiakan.
Presiden Carter telah akhirnya menamatkan niatnya untuk tinggal dalam perkarangan Rumah Putih sehingga tamatnya masalah Iran dan menghadairi rapat umum untuk merayu orang ramai supaya mengundinya dalam pilihan raya umum awal, dan seterusnya terbang ke beberapa buah negara di benua Eropah.
Senator Kennedy yang tidak habis bersorak; tetapi tidak mengenai Iran , hanya untuk berdebat dan betukar pendapat mengenai masalah-masalah buruh, tenaga, inflasi dan dasar luar negera sahaja.
‘Amerika! Amerika!’
Rakyat Amerika kebelakangan ini sering bersorak dalam hati kecil sendiri untuk boleh hidup dan rnelihat rakyat mereka yang tertinggal belakang di Tehran itu jenjejakkan tapak kaki mereka semula di negara ini.
Tetapi masalahnya ialah mereka sendiri tidak tahu bilakah saat dan waktunya peristiwa itu akan berlaku. Mungkin menurut berita-berita yang banyak berterbangan di sini menyatakan bahawa mereka akan pulang minggu ini. Tetapi, berita lain pula mengumumkan mereka akan dibebaskan dalam bulan depan dan sebagainya.
Mereka yang mengharapkan untuk berpelukan dengan sanah-saudara masing-masing juga tidak. dapat menentulkan akan bilanya ini akan berlaku.
Air mata berlingan dari pipi-pipi ibu bapa mereka yang mempunyai sanak-saudara di Tehran suara mereka telah menjadi serak akibat setiap hari menanggis menunggu berita dari Jabatan Negara yang menggendalikan perkara ini.
‘Amerika, negara yang gagah sekali selulruh dunia!’ sering disorakkan di merata-rata tempat. Radio dan televisyen sering memancarkan cogan kata ini untuk mengingatkan kembali rakyat negara ini pada setiap rakyatnya.
Papan-papan tanda di kota-kota besar dan kecil menunjukkan sernangat yang serupa, ‘Amerika Syarikat sayangkan negara Kanada!’ juga didirikan dipersimpagan jalan raya.
Kanada telah kebelakangan ini membantu beberapa rakyat Amerika yang menyorok di Tehran untuk pulang dengan mengeluarkan visa-visa dan memberi bantuan pengangkutan. Untuk itu negara ini merasa kesyukuran tidak terhingga.
Dalam bulan Ogos ini bendara sokan Olimpik akan dikibarkan dengan megahnya di sebuah stadium olahraga di Bandaraya Moskow, sungguhpun beberapa buah negara telah mengumumkan keenganan mereka untuk menyertai perjumpaan pertandingan olehraga sedunia itu oleh sebab tindakan Mosmow untuk menyerang Afghanistan, sebuah negara Islam dan juga oleh sebab penahanan rakyat Amerika di Iran.
Seorang presiden baru akan dilantik menjelang bulan November dalam pilihan raya yang menelan belanja US$60 juta, yang akan diberi kepada calon Demokratik dan Republikan, sementara calon parti bebas John Anderson terpaksa menari bantuan kewangan sendiri.
Amerika Syarikat akan mempunyai presiden baru yang bernama Presiden Carter ai;au Ronald Raegan, atau John Anderson, ataupun Presiden Edward Kennedy, sekiranya beliau berjaya melakukan sesuatu untuk mendapatkan pencalonan dari Presiden Carter yang sekarang ini mendahuluinya dalam pilihan raya awal yang berakhir baru-baru ini dalam konvensyen Parti Demokratik yang akan diadakan di Madi son Square Garden di sini.
Berkali-kali beberapa tokoh yang rajin sekali mengkadi masalah Iran dan memahami pemikiran tokoh-tokoh pemerintahan di negara ini berkata rakyat negara Amerika yang harap lima-puluh-tiga orang tahanan itu akan dibebaskan sebelum pilihan raya presiden tahun ini.
Banyak faktor-faktor penting telah timbul dan ini semuanya membuat kerumitan kepada masalah Iran itu. Tidak ada sebarang harapan yang cerah, cuma niat untuk mengadakan suatu penyelesaian damai seperti yang dikehendakki oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan kebanyakan negara seluruh dunia.
Bekas shah itu mesti dipulangkan ke Tehran untuk penjelasan terhadap kelakuannya ketika beliau masih raja-segala-raja. Tetapi permintaan ini telah diberitahu oleh Wasliington sebagai tidak mungkin dikabulkan.
Namun demikian Tehran tidak berganjak; Amerika mesti bayar ganti rugi atas perbuatannya masuk-campur dalam hal dalam negeri itu dan untuk meminta maaf secara rasmi dan berjanji tidak lagi. Tetapi permintaan ini juga tidak mungkin dikabulkan oleh Wasliington , DC .
Dalam pada itu, banyak bendera tetap kibarkan setengah tiang. Banyak lagi loceng gereja dlpalu setiap hari, tetapi masalah Iran – Amerika itu tetap belum tentu mempunyai sebarang penyelesaiannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan