Oleh Mansor Puteh
Sejak dasar ‘pandang ke Timur’ negara kita telah mula mengirim ramai penuntut-penuntut ke Jepun untuk menuntut di pusat pengajian tinggi di sana . Kebanyakan mereka mengambil kursus teknikal, sains kemasyarakatan dan ekonomi.
Penuntut-penuntut tersebut terdiri dari graduan Polilteknik Ungluu Omar di Ipoh dan dari Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya, sementara sejumlah lain pergi ke sana secara persendirian.
Jumlah yang paling ramari terdiri dari penuntut Politeknik Ungku Omar yang hantar seramai tiga-puluh orang setiap tahun. Dan mereka pergi ke Tokyo di mana mereka menuntut setahun bahasa Jepun di Institut Penuntut Antarabangsa di Shinjuku.
Dari situ mereka dihantar ke maktab atau kolej teknikal dan sebagainya ke seluruh Jepun, sementara jumlah yang kecil menuntut di universiti atau kolej di Tokyo .
Sekarang ini terdapat tujuh kumpulan yang telah dikirim ke Jepun mengikut dasar ini.
Di Tokyo dimana terdapat dua tempat penginapan di Nakano dan Asagaya seramai tiga-puluh orang penuntut kini menetap.
Penuntut-penuntut di Nakano menetap di Crystal Village tidak jauh dari Institut Antarabangsa di Shinjuku berjumlah enam-belas orang. Empat-belas penuntut lelaki tinggal di dalam sebuah apartmen di tingkat tiga, sementara dua orang penuntut wanita tinggal di tingkat bawah.
Seramai empat-belas penuntut lain menetap di sebuah rumah banglo cara Jepun di Asagaya yang agak jauh dari kolej bahasa mereka.
Boleh dikatakan bahawa apartmen di Nakano ini menjadi pusat bagi penuntut-penuntut Malaysia bawah skim ini. Ianya juga memberi kemudahan bagi penuntut-penuntut dari seluruh Jepun untuk mendapatkan kemudahan sememtara kalau mereka datang ke Tokyo untuk menjalani temuramah atau temuduga ataupun bersedia untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur .
Syed Salley, seorang penuntut dari Ungku Omar yang telah datang ke Tokyo tahun lalu. Dia kini sedang menuntut di sebuab kolej di Nara di selatan Tokyo setelah tamat pengajiannya dalam bahasa Jepun.
Dia yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan fase berbahasa Jeun dan tahun seluk-beluk bandaraya ini. Dan sekarang ini dia berada di Tokyo untuk mendapatkan kebenaran dari pihak kedutaan untuk berpindah ke kolej lain tetapi tidak lagi dapat kepastiannya.
Saya telah sempat menginap bersama penuntut-penuntut di apartment di Nakano beberpa hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur dalam bulan Oktober, 1989 dulu. Dan Syed yang membawa saya ke seluruh bandaraya ini.
Sebab pertama menginap di apartmen ini bersama dua orang rakan lain dalam tahun 1985. Ketika itu apartmen ini tidak lagi disewakan kepada penuntut-penuntut Malaysia .
‘Sewa apartmerl ini sahaja lalah sebanyak $10,000,’ kata Syed, ‘Dan ini tidak termasuk bayaran untuk eletrik, air dan makanan.’
‘Bagaimanapun ianya cukup untuk menyara kehidupan kami di Tokyo ini,’ tambahnya.
Boleh dikatakan bahawa apartmen yang mereka itu menginap adalah kecil tetapi di Tokyo ini ianya boleh dianggap sebagai selesa.
Terdapat tujuk buah bilik yang setiap satunya boleh menerima dua orang penuntut. Dan koridornya pula dijadikan ruang tetamu. Dan di sini penuntut-penuntut serta pengunjung tidur atau duduk untuk bersimbang.
Terdapat juga sebuah dapur dan mereka masak secara bergilir-gilir masakan secara Malaysia . Sebab ini adalah bagi mengurangkan kos sara kekehidupan. Lagipun makanan Jepun di restoran terlalu mahal dan bukan jenis yang mereka gemar.
Seorang lagi penuntut yang sempat ditemui ialah Shahidan Abdul Latif yang kini sedang menuntut di Yonago City di selatan Tokyo .
‘Perjalanan dalam shinkansen atau ‘bullet train’ mengambil masa selama enam jam setengah,’ katanya. ‘Tetapi saya terpaksa datang ke Tokyo kali ini untuk menjalani temuduga.’
Shahidan yang berasal dari Setiawan, Perak juga bekas penuntut Poliklinik Ungku Omar, telah datang ke Tokyo dalam bulan April 1986 dahulu. Dan sekarang ini dalam kelas seramai empat-puluh orang. Dia seorang sahaja yang berasal dari Malaysia .
Satu perhara yang agak berbeza terdapat di Jepun ini ialah penuntut-penuntut sering dipanggil untuk temuduga pekerjaan walaupun mereka belum tamat pengajian. Dan kadang-kala terdapat lima atau enam syarikat Jepun yang menawar pekerjaan kepada mereka.
Syed Salleh menerangkan bahawa mereka terpaksa bekerj.a secara amali di kilang syarikat tersebut, di Jepun selama satu atau dua tahun sebelum dihantar ke syarikat mereka di Malaysia .
Dan ketika bekerja di sini mereka di beri gaji yang agak lumayan dan tempat hostel bagi pekerja-pekerja.
Sebab jumlah penuntut-penuntut Malaysia di Jepun cuma sekadar 600 orang buat ketika ini dan tidak seperti 20,000 yang terdapat di Amerika dan berbelas-belas ribu di England dan Australia.
Tahun lalu penuntut.-penuntut Malaysia di Tokyo telah mengadakan kenduri bagi menyambut Hari Raya Haji di hostel mereka di Asagaya. Mereka telah menghidangkan masakan Melayu dengan menjemput pensyarah-penysara keturunan Jepun.
Rumah banglo jenis Jepun yang diperbuat dari kayu itu telah disewa oleh penuntut-penuntut sekian lama. Dan tuan punyanya telah meminta kembali supayi dia boleh robohkan untuk didirikan bangunan tiga tingkat yang serba moden.
Tetapi, penuntut-penuntut telah memimta supaya dia tangguhkan rancangannya. Sebab mereka tidak dapat lagi mencari rumah untuk disewa. Tambahan lagi di Tokyo ini rumah-rumah untuk disewa amat sukar sekali didapati.
Dari stesen Shinjuku saya menaikki keretapi dari pelantar nombor lapan dan terus ke Nakano iaitu cuma satu perhentian sahaja sebab keretapi dari stesen ini adalah ekspres.
Tambangnya ialah sebanyak 160 yen atau sebanyak $3.20 wang kita. Dari dari stesen Nakano kita terpaksa berjalan melalui pusat beli-belah Broadway yang hampir setengah kilometer panjangnya. Di sini terdapat berbagai jenis barang yang boleh dibeli dengan kadar yang lebih rendah jika dibandingkan dengan kedai-kedai di pusat beli-belah lain.
Dalam setiap kunjungan ke Tokyo saya telah sempat untuk mengunjung ke Broadway, bukan untuk membeli-belah, tetapi untuk bertemu dengan rakan-rakan yang menuntut di Tokyo yang menetap di Nakano.
Saya masih teringat lagi betapa empat tahun lalu saya pertama kali tiba ke Tokyo dan menetap disebuah kamar di Crystal Village yang kini disewa oleh penuntut-penuntut Malaysia . Saya juga sempat untuk membuat penggambaran di stesen Nakano dan muatkannya dalam filem saya berjudul, ‘Seman’.
Yang menariknya Nakano ialah, walaupun ianya terletak tidak jauh dari pusat Bandaraya Tokyo, tetapi alam sekitarnya mirip suasana luar Bandar yang tidak mempunyai sebarang kekecuhan.
Suatu malam saya telah mengikuti Syed dan Shahidan untuk pergi melihat mereka bermain boling di pusat sukan di Nakano. Tetapi seperti lazimnya ia ditutup pada pukul sepuluh malam. Dan dalam perjalanan pulang kami telah berhenti di pusat vidio untuk menyewa pita video berdul, ‘Zegen’ arahan Shohei Imamura.
Filem ini difilemkan di Melaka dan Terengganu sedikit masa dahulu tetapi sehingga kini tidak lagi ditayangkan di Malaysia .
Setelah menontonnya saya mendapati kenapa penerbitnya enggan membawanya ke Malaysia . Ternyata terdapat begitu banyk adegan lucah di dalam filem ini yang hampir seluruh kisahnya berpusatkan dalam sebuah kelab maksiat sebelum zaman Jepun di Malaya dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan