IA ADALAH USAHA MENYEMBAH DEWA OLIMPIA ZAMAN JAHILIAH YUNANI KUNO.
Oleh Mansor Puteh
…Malah Perlumbaan F-1 yang berlangsung sekarang juga lanjutan dari acara perlumbaan zaman Yunani.
Beberapa negara Arab dan Islam lain turut menjadi tuan rumah kepada perlumbaan kenderaan ini. Mereka tidak sedar yang mereka mendewakan tokoh bukan Islam dan mengelirukan orang Islam lain yang seakan menyembah mereka.
Sukan Olimpik sedang berlangsung di London sekarang.
Ia bemula pada 27 Julai lalu dalam bulan Ramadan al-Mukarak, dan akan berakhir pada 20 Ogos.
Semua negara Islam asyik hantar para ahli sokan dan athlit mereka mengambil bahagian dalam sebanyak acara dalamnya; ada yang bakal menang pingat, tetapi kebanyakannya akan balik dengan hampa.
Dan mengejutkan lagi ialah ada ahli sokan Islam yang kata, mereka sanggup untuk tidak berpuasa kalau terpaksa.
Ini membuktikan kepada mereka bahawa nilai atau hukum sukan mengatasi nilai dan hukum ugama Islam itu sendiri.
Anugerah pingat dari sukan Olimpik lebih dari anugerah dari Tuhan.
Sebab sudah tentu hampir semua ahli sokan berugama Islam telah hilang pedoman dan mereka sudah pasti tidak dapat menumpukan perhatian terhadap amalan dalam bulan Ramadan sebab mereka asyik untuk berlatih.
Sebenarnya orang slam tidak bodoh kalau tidak menang dalam sukan Olimpik. Tetapi orang Islam bodoh kalau tidak tahu ugama.
Sebab Sukan Olimpik sebenarnya berlaku lanjutan dari tabiat dan kegiatan orang jahil Yunani dalam zaman kuno.
Dan penganjoran sukan Olimpik dalam sekarang mengambil banyak pengaruh dari sukan Olimpik dulu.
Ia adalah tidak lain untuk mengagongkan DEWA OLIMPIA di Athens, Yunani atau Greece .
Dan setiap kali sukan ini mahu berlangsung, acara khas diadakan iaitu dengan sekumpulan perempuan berpakaian secara Yunani zaman jahil dulu, dan mereka akan mengelillingi sejenis alat yang boleh menghidupkan api. Dan ini berlaku hanya di kaki Gunung Olimpia di Athens, Yunani.
Ia seperti satu acara sembahyang atau penyembahan ke hadapan Dewa Olimpia.
Malangnya, semua pemimpin Dunia Islam tidak faham dengan perbuatan ini; mereka terbawa-bawa dengan apa yang diamalkan oleh negara-negara bukan Islam yang rata-rata masih mengamalkan penyembahan kepada dewa zaman jahiliah.
Dan negara Islam turut terpengaruh sebab pemimpin mereka turut jahil dengan sejarah Yunani Jahiliah.
Malah perlumbaan kereta F-1 juga boleh dianggap sebagai satu acara sokan yang mempunyai tapak permulaan dengan acara seperti itu yang diamalkan dalam zaman Yunani Jahiliah.
Cuma pada masa dulu, mereka tidak ada kereta laju tetapi mereka guna kereta kuda.
Pendekata, F-1 adalah amalan yang mahu mendewa-dewakan tokoh dalam bidang sokan untuk mereka dijadikan idola.
Tidakkah semua idola-idola di Kaa’bah dalam zaman dulu telah dihancurkan? Jadi, kenapa mesti idola-idola baru diwujudkan untuk mengganti mereka?
Memang idola dulu ada dalam bentuk patung dan mustahil orang Islam sekarang berani menyembah idola seperti itu lagi.
Cuma yang mereka tidak sedar ialah idola sekarang bukan dalam bentuk patung tetapi penyanyi, pelakon filem dan pemimpin politik.
Merekalah idola zaman sekarang yang banyak orang Islam sembah. Ini juga termasuk orang yang kononnya mempunyai ilmu yang tinggi dalam ugama tetapi niat mereka tidak lain untuk mengguna ugama bagi memecah-belahkan umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.
Sekarang 1433 Hijiriah, tetapi Dunia Islam masih lagi berada dalam zaman jahiliah. Ia adalah Zaman Jahiliah Baru atau Kedua.
Dan ramai pemimpin Islam masih tidak belajar lagi dari pengelaman si Firaun di Mesir Kuno dulu; mereka mengulang apa yang telah dilakukan oleh Firaun.
Dan dalam masa orang Islam terus dihina di tanah Palestin dan di Rohingya, ada orang Islam lain yang langsung tidak fikirkan kesengsaraan mereka; mereka asyik mahu mencapai kejayaan dalam sukan Olimpik – dan mengagongkan DEWA OLIMPIA.
1 ulasan:
cetek benar fikiran kamu tentang agama.
Catat Ulasan