Oleh Mansor Puteh
Bandaraya Tokyo dengan dua-belas juta penduduk penuh sesak. Terutama sekali ketika orang pergi dan balik dari pejabat.
Tetapi mujur ianya niernpunyai suatu sistern kenderaan awam yang licin dan baik, kalau tidak sudah tentu kehidupan masyarakat di situ amat perit.
Sebahagian besar dari masalah pengangkutan ini telah diatasi oleh sebab adanya kenderaan awam jenis keretapi bawah tanah, yang menjalar di bawah paras tanah ke seluruh bandaraya ini.
Dengan ini orang ramai diangakut ke merata temnpat dalam keretapi yang manjalar dalam terowong beratus-ratus kaki dari paras bumi. Ini dengan sendirinya mengelakkan kesesakan di paras bumi.
Dan berjuta-juta orang boleh diangkut dengan licin mengikut masa yang ditetapkan, tanpa menganggu kenderaan di jalan raya.
Dan masa yang diambil untuk ke mana-mana juga pendek berbanding dengan prjalanan dalam teksi dan bas.
Bundaraya Tehran juga sedang membina sebuah sistem seperti itu dan ia akan mulakan perkhidmatan tidak lama lagi, sudah tentu kesesakan di jalan raya di bandaraya besar ini akan kurang.
Disamping sistem pengangkutan beperti ini terdapat juga siatem yang lebih mudah dan murah untuk diadr:ikan iaitu keretapi ringan. Di Kuala Lumpur sekarang kerja-kerja sedang dijalankan untuk membina landasan di paras atas bagi kemudahan pergerakan keretapi.
Ianya akan mulakan perkhidmatan dalan tahun 1996.
Ini juga bererti bahawa penghulaar kotaraya akan mula mengguna sebuah sistem pengangkutan yang moden. Adalah diharapkan ia akan dapat mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur .
Ini juga bermakna sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur akan menjadi setaraf dengan bandaraya lain di Asia, di. mana terdapat sistern seperti itu.
Di Tokyo orang ramai sudah sebati dengan sistem keretapi bawah tanah sama seperti dengan mereka di London , New York , Paris dan lain-lain bandaraya utama. di barat.
Mereka meninggalkan kereta di rumah dan merrgguna keretapi untuk ke pejabat. Dan mereka boleh berihat sarnbil menaikki keretapi dan membaca buku.. Dan mereka juga boleh tiba di pejabat dan destinasi dengan keadaan segar.
Ini juga boleh menjarnin mereka boleh pulang ke rumah lebih awal dari biasa sebab dalam kesesakan jalan raya, mereka sering lewat untuk tiba di rumah.
Di Tokyo, misalnya, orang tidak mungkin boleh tiba di pejabat pukul 8.00 pagi kalau mereka tidak mengguna kere:tapi.
Budaya kerja mereka licin berganding rapat dengan budaya pengunaan keretapi bawah tanah atau sistem pengangkutan awam seperti ini, dan kurang mengguna kenderaan sendiri walaupun mereka mempunyai kereta.
Sudah tentu prestasi mereka telah meningkat oleh sebab mereka kurang menghabislian masa dulam perjalanan ke pejabat dan pulang ke rumah. Dan displin pekerja pada umumnya meningkat.
Sistem pengangkutan awam seperti ini mempunyai banyak faedah selain dari mengurangkan pencemaran dan kesesakan di jalanraya. Ini dapat dilihat dari pengelaman di Tokyo dan di bandaraya utama dunia lain.
Disamping itu, pengangkutan seperti ini begitu salamat dan seisi keluarga boleh menaikkinya untuk ke mana-mana.
Di stesen-stesen juga terdapat banyak kedai makanan dan lain-lain bagi kemudahan penumpang.
Tambangnya juga kecil jika dibandirgkan dergan tambang teksi atau bas.
Pengunjung dari Malaysia ke Tokyo sudah tentu akan tertarik dengan sistem keretapi bawah tanah ini sebab ia me njimatkan masa dan pengunaannya begitu mudah sekali.
Kita boleh ka mana-rnana dengan melihat peta yang disediakan dengan tambang murah; ini disebabkan semua tempat penting mempunyai stesen berhrampiran. Oleh kerana itu, kita sukar hilang haluan.
Sudah tentu Kuala Lumpur akan bertambah cantik lagi sebab jalan rayanya tidak sesak dan perhiasan boleh diadakan di pinggir jalan raya.
Tetapi, buat masa ini Kuala Lumpur tidak begitu besar oleh itu tidak memerlukan sangat sebualr sistem seperti ini. Ianya cukup untuk sebuah sistem LRT atau sistem pengangkutan keretapi ringan yang berjalan di atas landavan di paras atas muka bumi.
Corak kehidupan orangramai di Kuala Lumpur sudah tentu akan berubah dan
bandaraya ini juga akan menjadi lebih moden. Dan orangramai boleh ke mana mana dengan begitu mudah sekali.
Sudah tentu ramai pekerja di pejabat akan tinggalkan kereta mereka di rumah dan gunakan keretapi ini bilaz ianya siap nanti dalam tahun 1996 kelak.
Ianya bukan sahaja sebuah simbol kemajuan bahkan ia menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial di sesebuah bandaraya dan negara umumnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan