…KENAPA ULAMAK TIDAK SANGKAL DAN
HARAMKAN
SANJUNGAN DAN SOKONGAN KEPADA MEREKA
YANG
BERPAKAIAN SEPARUH BOGEL SEPARUH
BOGEL DI KHALAYAK
RAMAI. …DAN ‘PEMENANG PINGAT
PERAK DAN GANGSA’
DALAM SUKAN OLIMPIK ADALAH ‘ORANG
KALAH’.
Oleh Mansor Puteh
Sukan Olimpik London telah
berlalu. Ramai keciwa sebab tidak berjaya meraih
sebarang pingat.
Malaysia
hanya boleh rasa bangga dengan kemenangan dua pingat – perak
untuk badminton dan gangsa untuk
terjun dalam kolam. Dan pemenangnya
diraikan jauh lebih istimewa dari
pemenang pingat emas di luar negara.
Ramai
orang harus sedar bahawa ‘pemenang pingat perak dan gangsa’
sebenarnya bukan ‘pemenang’;
mereka orang kalah!
Olimpik
dan acara sukan antarabangsa lain seharusnya tidak beri sebarang
pingat kepada mereka yang kalah;
cukup dengan memberi pingat emas kepada
pemenang, sebab tidak ada pemenang
kedua dan pemenang ketiga.
Negara
lain beri penghargaan dengan cara mereka sendiri. Di Malaysia,
kedua ‘pemenang’ itu diberi
perarakan dan ganjaran dalam bermacam bentuk. Tak salah.
Tapi
yang salahnya ialah, seorang pemenangnya berpakaian separuh bogel.
Tidakkah ini salah dari hukum
syarak?
Apa hukumnya orang Islam beri sanjungan, pujian, ganjaran
dan sokongan
kepada mereka?
Wanita Islam diharam ambil bahagian dalam pertandingan ‘ratu cantik’. Tapi
wanita dan gadis Islam tidak diharamkan dari terlibat dalam acara sokan yang
memaksa mereka berpakaian separuh bogel? Kenapa ada percanggahan dalam segi
ini?
Adakah hukum sokan mengatasi hukum
ugama? Mana ulamaknya dalam hal seperti ini?
Sekurang-kurangnya di negara Arab lain
dan di Iran
wanita atau gadis berugama Islam tidak dibenar terlibat dalam bidang sokan yang
memaksa mereka menolak nilai ugama mereka; nilai dan hukum sokan dianggap
rendah berbanding dengan nilai dan hukum ugama.
Tetapi ada beberapa negara Arab dan
juga di Malaysia, amalan ini tidak dilakukan dan gadis-gadis dan wanita
berugama Islam bukan sahaja tidak dihalang dari menyertai bidang sokan seperti
itu, malah, mereka digalakkan untuk mengambil bahagian dalamnya, walaupun ia
bererti bahawa mereka menolak nilai dan hukum ugama mereka sendiri.
Mana fatwa yang menghalang gadis dan
wanita berugama Islam dilarang terbabit dalam bidang sokan yang menghina Islam?
Tidak ada.
Kalau ada fatwa yang melarang umat
Islam menghisap rokok, tetapi ia tidak dilaksanakan.
Oleh sebab itu, ramai orang Melayu
menghisap rokok dan ada seterusnya terlibat dengan pengisapan dan pengunaan
dadah sehinggakan ke bidang pengedarannya.
Ramai yang telah ditangkap dan dihukum sehingga dihukum
gantung, tetapi ramai lain yang masih belum mempelajari dari kesilapan orang.
Ia bukan isiu ugama sebenarnya, tetapi
isiu ekonomi; sebab kebanyakn merek yang terlibat dengan pengunaan dan
pengedaran dadah adalah mereka yang tersepit oleh sebab mereka tidak
berpendidikan dan mereka mahu cari pendapatan yang mudah dan lumayan walaupun
risikonya tinggi.
Ini yang amat pelik. Dan ia adalah yang amat memalukan.
Dan betapa jahilnya ulamak yang ada, yang menutup mata melihat gadis berugama
Islam berpakai separuh bogel terlibat dalam bidang sokan.
Dan yang lebih pelik lagi ialah
apabila akhbar dan televisyen menyiarkan acara ini dengan memaparkan
gambar-gambar gadis dan wanita berugama Islam dalam pakaian separuh bogel.
Dan media juga menemuramah emak-bapa gadis kecil itu yang
tidak rasa segan-silu yang anaknya berpakaian separuh bogel, sedangkan si emak
bertudung.
Apalah sangat dengan pingat dalam
bidang sokan untuk umat Islam sehinggakan mereka terpaksa tolak nilai dan hukum
ugama mereka sendiri?
Mana penceramah ugama di television
yang asyik berbincang tentang perkara yang biasa, dan tidak pernah sentuh
tentang bidang sokan dan bagaimana banyak gadis Islam menolak nilai ugama
semata-mata mahu mendapat sanjungan menang pingat dalam bidang sokan seperti
sokan lebih penting daripada ugam?
Mana mereka semua?
Tidakkah ada fatwa yang telah
dikeluarkan mengharamkan gadis Islam terlibat dengan sokan yang memaksa mereka
berpakai tidak sopan dan kelihatan berbogel?
Ada hukum yang menghalang gadis
Islam ambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik.
Tujuannya ialah untuk menjaga martabat mereka dan Islam.
Tetapi kenapa tidak ada hukum seperti ini yang menghalang
gadis Islam terlibat dalam bidang sokan pula?
Tidak ada sebarang hukum yang telah
dikeluarkan oleh mana-mana ustaz dan jabatan ugama tentang perkara ini, jadi
tidak salah kalau ada ibubapa Melayu yang membenar dan menggalakkan anak gadis
mereka terlibat dalam bidang sokan walaupun mereka terpaksa berpakaian separuh
bogel.
Yang menyedihkan lagi ialah emak-bapa
ahli sokan gadis ini bertudung dan berketayap sementara anak gadis mereka
muncul dikhalayak ramai berpakaian tidak sopan.
Yang mahu mereka kejar ialah pingat
dalam bidang sokan dan bukan pahala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan