Oleh Mansor Puteh
‘Daerah Harajuku adalah oasis bagi muda-mudi Jepun terutama sekali di Tokyo melepak pada hujung minggu,’ kata seorang rakan Jepun. ‘Di sini mereka menukar wajah dan rupa untuk melepaskan perasaan dan geram!’
‘Tetapi, semuanya berjalan dengan licin tanpa penglibatan dengand adah dan perbuatan tidak senonoh.’
Untuk seorang pelancong seperti saya yang pertama kali ke Tokyo tidak lama dulu, kenyataan seperti ini amat mengejutkan. Apatah lagi apabila kita mengingatkan bahawa Jepun itu terdiri dari pemda yang begitu berdisiplin. Mereka menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna dan licin.
Kalau kita lihat mereka berpusu-pusu mengejar bas atau keretapi bawah tanah, kita akan melihat satu sistem yang teratur. Mereka tidak menolak-nolak seperti penumpang bas di negara lain. Semuanya berlaku dengan begitu teratur. Ini membolehkan sistem keretapi mereka berjalan dengan sempurna dan teratur dan ia berlangsung tepat pada waktunya.
Daerah Harajuku yang terletak berhampiran dengan pusat bandar sememangnya seperti terkeluar dari arus kehidupan. Pada hujung minggu, muda-mudi berkumpul di sini. Mereka memakai pakaian jenis tahun 1960an dan si pemuda mengguna rambut fesyen Elvis Presley bangan jambul tinggi dan si pemudi pula memakai gaun labuh dengan fesyen rambut lama.
Mereka menyanyi lagu ‘rock and roll’ sambil menari. Ada yang berjalan-jalan sambil menikmati suasana. Terdapat juga kumpulan-kumpulan lain yang terdiri dari pemuzik, penyanyi dan ahli silap mata. Ada sekumpulan pelakon tablo terdiri dari pemuda-pemudi keturunan Amerika.
Suasana di Harajuku mirip suasana di Taman Hyde atau Taman Central di London dan Bandar New York di mana muda-mudi berkumpul dan bersuka-ria. Cuma di Harajuku tidak terdapat penyalahan guna dadah atau perbuatan yang tidak senonoh. Malah boleh dilkatakan bahawa pemuda-pemudi Jepun yang pergi ke Harajuku pada minggu datang untuk bersuka-ria dan bukan untuk membuat jahat.
‘Ini yang membezakan pemuda-pemudi Jepun dengan mereka di luar negera,’ kata rakan Jepun saya. ‘Di sini mereka cuma berbuat begitu pada hari minggu sahaja. Dan pada hari biasa mereka pergi ke sekolah atau menolong ibubapa di kedai.’
Pendek kata, mereka yang datang ke Harajuku itu bukan sepenuhnya kanak-kanak ‘punk’ atau ‘hippies’, mereka cuma ke sana untuk melepaskan geram secara sihat. Sebab apabila mereka pulang ke rumah, mereka akan menukar pakaian dan fesyen rambut dan menjadi biasa.
Ini yang membuat pihak pemerintah bandaraya Tokyo ini bersikat terbuka terhadap mereka. Dan daerah Harajuku ini. ditutup dari kenderaan untuk membenarkan mereka bersuka ria sehari suntuk.
Dan yang menariknya ialah Harajuku kini menjadi terkenal seluruh dunia oleh sebab aktiviti hari minggu ini. Terdapat ramai pelancong yang datang ke sini semata-mata untuk meiihat kegiataan pemuda-pemudi Jepun.
Mereka ternyata rasa hairan, sebab di tengah-tergah hiruk-piruk Bandaraya Tokyo terdapat suatu dserah yang khusus dibuka untuk pemuda-pemudi bersuka-ria.
Mereka rasa kagum, sebab pihak pemerir.tah tidak melarangnya, malah membantu membuat keadaan di situ tenang. Dan kanak-kanak Jepun itu juga berkelakuan dengan baik dan sempurna.
Malah sesiapa saja yang datang ke Harajuku paca hari minggu akan rasa hairan kenapa pemuda-pemudi Jepun berkelakuan sebegitu di sini. Apakah ini mempunyai erti bahawa kumpulan ini sebenar-benarnya sengaja mahu melanggar peraturan atau bersikap ‘anti-establishment’?
Atau apakah mereka cuma merupakan ‘keruntuhan akhlak’ dan sengaja mahu melanggar peraturan dan tradisi Jepun?
Atau apakah pihak berkuasa di negara kita boleh membenarkan sebatang jalan di Kuala Lumpur ditutupkan untuk membenarl:an kanak-kanak di bandaraya ini bersikat seperti itu?
Mereka bukan bersikap ‘anti-establishment,’ kata rakan saya.
‘Mereka cuma mahu bersuka-suka pada hujung minggu, itu saja,’ tambah rakan saya lagi. ‘Sebab pada hari biasa mereka akan menjadi orang Jepun sama seperti yang lain.’
Ini yang membuat pemuda-pemudi di sini berbesa dengan di negara kita. Di Jepun kanak-kanak ini tidak menghadapi masalah kewangan. Mereka tidak melarikan diri dari tanggung jawab. Mereka tetap ke sekolah dan ada yang mendapat markah yang tinggi dalam pelajaran. Dan mereka cuma ke sini pada hari Minggu bersama kawan untuk menenangkan fikiran.
Boleh dikatakan bahawa Daerah Harajuku ini merupakan satu ‘pentas terbuka’. Setiap siapa yang datang ke sini adalah pelakon dalam sebuah drama. Dan ini bukan sahaja terdiri dari mereka yang mcmakai pakaian jenis lama dan menarinari, bahkan mereka yang datang untuk melihat juga adalah ‘pelakon’ dalam permentasan itu.
Daerah Harajuku pada hari Minggu tidak sama dengan daerah ini pada hari biasa. Ia terletak berhampiran dengan Stadium Olimpik yang boleh dilihat dari sini. Dan jalan ini luas. Cuma pada hari minggu ia bertukar waajah.
Orang luar negara tidak boleh menganggap Harajuku sebagai sebuah daerah di Jepun. Ianya terkeluar dari Jepun. Malah boleh dikatakan bahawa Harajuku ketika itu tidak mempunyai jatidiri Jepun. Ia terapung-apung. Ini membuat orang yang datang ke sini rasa bebas.
Mereka rasa bebas dari tekanan seharian. Di sini mereka boleh melunjurkan kaki, dan berihat sehari suntuk. Dan kanak-kanak yang datang ke sini boleh menganggap diri mereka sebagai bukan keturunan Jepun, tetapi kanak-kanak ‘antarabangsa’. Ini yang menyebabkan kenapa mereka lebih gemar memakai pakaian jenis Amerika dalam dekad 1960an. Ada yang mencelup rambut untuk menjadi pereng seperti orang putih.
Berkunjung ke Harajuku pada hari minggu seperti berada di Disneyland Tokyo . Sudah tentu kita tidak akan rasa berada di Jepun, tetapi di dalam dunia khayalan.
Dan kesannya sama seperti mengambil cuti ke luar negeri tanpa merisaukan tentang hal dunia. Kita berada di suatu alam yang bebas dari segala tekanan. Dan berbeza dengan Disneyland Tokyo, Harajuku tidak mengenakan tiket masuk. Kawasan ini terbuka kepada sesiapa untuk berkujung, maupun untuk memberi persembahan.
Cuma syarat yang dikenakan ialah mereka itu iiarus bersopan dan tidak berkelakuan janggal atau buruk, seperti menghisap dadah.
Inilah kisah negara Jepun yang pada suatu sudut kita akan melihatnya seperti sebuah yang penuh tenteram, dan rakyatnya berdisplin yang menjalankan tugas dengan teatur dan tertip.
Dan di sebuah sudut lain pula kita akan dikejutkan dengan tingkah-laku kanak-kanakn ya yang ‘bertentangan’ dengan norma kehidupan di seluruh negara ini.
Tetapi ‘pertandingan’ ini bukan meluas, dan ianya tidak berlanggar dengan prinsip asal kebudayaan dan cara kehidupan mereka. Ianya cuma dibenarkan, sebab ‘pertentangan’ ini teratur dan kanak-kanak itu berdisplin. Mereka ke Harajuku hanya pada hari Minggu bukan untuk befoya-foya atau melakukan perbuatan jahat dan tidak senonoh, tetapi cuma untuk bersuka-suka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan