DAN SHAHALAM DALAM TAHUN 1974 DAHULU…
Oleh Mansor Puteh
(Mansor mencipta sejarah Kajian Sebaran Am, ITM dengan
menjadi pelajar pertama dan akhir mendapat tempat belajar di sebuah universiti
Ivy League iaitu Columbia University di Bandaraya New York semasa masih dalam
semester akhir awal tahun 1977.
Bagaimanapun
permohonan beliau untuk mendapat biasiaswa atau pinjaman pelajaran dari MARA
telah ditolak oleh sebab pegawai MARA ketika itu tidak yakin beliau layak
belajar di sana.
Ini memaksa beliau bekerja sebagai wartawan untuk Utusan Melayu sebab beliau
telah membuat latihan amali di sini. Semasa bekerja di Utusan Melayu beliau
berjaya mendapat pinjaman pelajaran dari MARA setelah membuat rayuan kepada
mereka.
Mansor
kini giat menerbit sebuah filem berjudul, ‘Malaysian Snow’ yang juga merupakan
tesis untuk ijazah Masters of Fine Art in Film Directing di Columbia University
yang bakal mencipta sejarah dan kejayaan paling unik di Amerika, dengan
menghantar tesis lebih 34 tahun sejak beliau belajar di sana pada bulan
September, 1978.
Adalah sukar untuk mana-mana
pelajar dari Malaysia untuk
menyambungkan pelajarannya di Columbia
University atau mana-mana
universiti bertaraf Ivy League sekarang sebab kosnya mencecah RM150,000
setahun.)
Hari Sabtu depan, 1 September, graduan dari Kajian
Sebaran Am di Institut Teknologi Mara (ITM) yang kemudiannya dipanggil Fakulti
Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan berkumpul
dalam sebuah acara untuk merai ulangtahun ke-empat-puluh penubuhannya.
Ramai juga
graduan yang kini dipanggil alumni akan hadir dalam acara itu. Tetapi ada
sekumpulan kecil yang enggan. Ini menghairankan. Mereka tentu ada alasan
peribadi untuk tidak turut hadir.
Pihak
penganjor berharap untuk mendapat kehadiran Perdana Menteri Datuk Najib Tun
Razak untuk menjadi tetamu kehormat.
Tahun 1974 Shahalam tidak kelihatan seperti sebuah bandar.
Cuma tercapat beberapa buah bangunan tempat kediaman sahaja. Semua bangunan
tinggi yang sedia ada sekarang belum lagi dibina. Malah ianya belum lagi
dirancangkan. Dan yang kelihatan cuma kawasan lapang.
Dalam bulan
Julai tahun ini, saya berdaftar sebagai seorang pelajar di Kajian Sebaran Am,
yang ketika itu diketuai oleh Puan Marina Samad (Kini Datin).
Saya masih
ingat lagi pemandangan di Shah Alam yang ketika itu sunyi dan sepi, walaupun
pada waktu hari. Dan semasa menaikki bas dari Kuala Lumpur menghampirinya, kita akan dapat
lihat Menara Intekma setinggi empat-belas tingkat itu seperti condong sedikit.
Ia adalah
pemainan mata atau penghilatan oleh sebab menara ini tidak ditemani oleh
bangunan-bangunan lain, jadi ia seperti condong.
Tetapi
pemandangan menara itu kini tidak seperti dahulu, sebab ia dikelillingi oleh
banyak bangunan dan pokok rendand.
Dalam tahun
1974, terdapat banyak pokok-pokok kelapa sawit masih berdiri di Shah Alam.
Istana Bukit Kayangan juga sedang dibina. Bangunan yang begitu ketara sekali
ialah Menara Intekma, institut Teknologi Mara.
Waktu malam
seluruh kawasan ini sunyi dan begitu gelap sekali. Tidak seperti sekarang
terdapat siraran cahaya dari bangunan tinggi dan jalan raya serta rumah
kediaman dan lain-lain.
Saya
memasukki Institut Teknologi Mara dalam tahun 1974. Tidak sangka
sekarang sudah genap dua-puluh tahun saya tiba di Shah Alam. Tidak sangka juga
bahawa bandar yang sekarang dikenaili sebagai Ibu kota Negeri Selangor Darul Ehsan telah
meningkat dewasa. Ianya menjadi sebuah bandar yang benar-benar dewasa.
Saya masih
teringat lagi pertama kali tiba untuk menuntut di ITM atau Intekma dalam tahun 1974. Oleh seabab
ketiadaan bangunan lain dan kawasan begitu lapang. Setiap kali menaikki bas
untuk pulang ke kampus, saya terlihat dari tingkap bas seperti
Bangunan Intekma setinggi empat-belas tingkat itu condong. Rupa-rupanya kesan
visual itu bermain-main dalam kepala.
Sekarang ini,
kalau saya pulang ke Shahalam atau menuju ke Kelang, saya akan perhati bangunan
yang sama itu sebab ia masih tersergam. Tetapi, ianya tidak condong lagi
seperti dulu kala. Ini disebabkan di sekitarnya sudah mempunyai banyak bangunan
baru dan pokok-pokok sudah tinggi. Jadi kesan ‘visual distortion’ itu tidak
berlaku.
Ketika itu
dalam tahun 1974 Shahalam kelihatan aagak sunyi
juga. Rumahrumah kediaman sedang dibina. Dan kawasan lain ditara. Pokok-pokok
kelapa sawit ditebang. Ini bagi tujuan untuk dijadikan tempat rumah dan
bangunan yang sekarang ini kita sudah dapat melihat tersergam indah. Dan yang
telah mencorakkan pemandangan Shahalam.
Penuntut-penuntut
ITM berjalan melalui jalan lapang yang sering sunyi dari kenderaan untuk
memasukki pintu masuk. Ramai yang tinggal di rumah teres ;iar dari kampus.
Mereka sebenarnya merupakan penghuni pertama Shahalam, selain dari sekumpulan
kakitangan ITM sendiri yang menetap di situ.
Untuk
mendapatkan hiburan, terutama sekali pada hujung minggu, penuntut-penuntut akan
pulang ke kampung masing-masing sekiranya mereka berasal dari Kuala Lumpur. Atau kalau terpaksa mereka akan
menaikki bus untuk pergi ke Kelang. Di bandar diraja ini terdapat pawagam dan
kedai-kedai dimana mereka boleh membeli-belah.
Selain dari
itu, terdapat juga tanyangan filem yang diadakan oleh penuntut di dewan kuliah
untuk menarik minat penuntut. Pendek kata, Shah Alam ketika itu tidak mempunyai
kegiatan hiburan; semuanya masih lagi terletak di Kelang.
Mungkin
terdapat kedai-kedai kecil dan restoran di kawasan Flet PKNS di seberang kammus
ITM di mana ramai penuntut pergi, iaitu kalau mereka tidak mahu ke Kelang.
Mereka terpaksa menyeberangi jalan raya yang agak sibuk untuk tiba ke sana.
Shahalam pada
saya ketika itu merupakan sebuah kawasan tandus. Kawasan lapang yang belum lagi
menunjukkan tanda-tanda ianya akan didirikan dengan bangunan yang dapat kita
lihat sekarang ini.
Sudah tentu
rumah-rumah teres dan banglo yang telah dibina ketika itu begitu murah
harganya, oleh sebab orang tidak gemar menetap di situ. Mungkin juga ketika itu
kilang-kilang belum banyak didirikan. Shah Alam seperti terletak di hujung
dunia. Mujur pula terdapat sebuah kampus seperti ITM yang begitu besar dan
terkenal. Dan ramai penuntut-penuntut yang menetap di asrama-asrama yang
didirikan. Ini membuat mereka kekal berada di situ dan tidak dapat keluar,
kecuali kalau mahu ke Kelang atau Kuala
Lumpur.
Pendek kata,
ITM yang membuat Shah Alam sibuk dan terkenal. Orang cuma kenal bandar ini oleh
sebab kampus ITM berada di situ.
Saya menuntut
di Kajian Sebaran Am. Dalam tahun saya terdapat lebih kurang lapan-puluh
penuntut yang mengambil empat jurusan, iaitu pengiklanan, kewartawanan,
perhubungan awam dan penyiaran. Kajian ini terletak di tingkat ke-tiga-belas.
Dari sudut
ini kami dapat
melihat kawasan di sekelilling. Kadangkala,
tatkala cuaca terang, kami boleh melihat bangunan Lapangan terbang Antarabangsa
Subang.
Di
sekelilling yang terlihat cuma pokok-pokok kelapa sawit. Ladang kelapa sawit
begitu luas sekali. Dan terdapat kawasan lapang yang telah ditarakan untuk
menjadi tapak bangunan Shahalam. Istana Bukit Kayangan sekian hari bertambah
menjadi dan rumah-rumah pegawai kerajaan negeri Selangor di sekeliling istana
itu juga bertambah.
Jalan raya
luas telah dibina di beberapa tempat di Shahalam, terutama sekali yang menuju
ke kampus ITM dan kawasan perumahan. Ianya begitu sunyi dan luas. Ini
membuatkan penuntut-penuntut menjadikannya kawasan untuk memandu dengan laju
dan bertarung.
Sayang
sekali, ingatan kami tentang Shah Alam ketika ini cuma kampus ITM sahaja. Ianya bukan lagi sebuah bandar. Kami cuma
meiihat kawasan-kawasan lapang, runah teres dan banglo dan istana yang sedang
didirikan. Selain dari itu Shahalam cuma wujud dalam perancangan sahaja.
Tentu ramai
penuntut ITM yang telah meninggalkan kampus itu masih lagi ingat pengelaman
mereka menetap di sini. Perasaan nostalga tentu bermain-main dalam ingatan
mereka kalau mereka membuat lawatan ke Shahalam sekarang. Sudah tentu mereka,
sama seperti saya akan dapat melihat betapa berbeza bandar itu sekarang jika
dibandingkan dengan iarya ketika dua-puluh tahun dahulu.
Dua-puluh
tahun bukan satu waktu yang singkat dalam penghidupan seseorang; sudah tentu
ianya mempunyai erti dan sentimen yang kekal dalam ingatan.
Entah ke mana
mereka sekarang mereka yang bersama-sama saya menuntut di ITM ketika itu. Ramai
telah tamat pengajian dalam tahun 1977 sementara ada sejumlah kecil yang gugur
separuh jalan.
Buat saya, saya
telah bekerja sebagai wartawan selama setahun sebelum melanjutkan pelajaran di
peringkat sarjana di Bandaraya New
York dan pulang beberapa tahun kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan