Oleh
Mansor Puteh
Tidak dinafikan bahawa pengajaran di sekolah rendah dan menengah dulu yang mengguna sukatan pelajaran yang direka oleh sistem pendidikan penjajah Inggeris telah menggalak ramai rakyat Malaysia khususnya yang berketurunan Melayu dan berugama Islam lebih cenderung kenal dengan sejarah di England, Eropah dan Amerika.
Saya masih ingat semasa guru mengajar nama setiap tasik utama di Amerika dan setiap bandaraya besar di negara itu.
Ini
ditambah pula dengan permulaannya pengedaran filem dari Hollywood yang akhirnya
telah berjaya mengatasi pengaruh industri filem dari England yang akhirnya juga telah
menyebabkan stesen television dan radio di Malaysia dan negara-negara lain
lebih cenderung menyiar rancangan dari Amerika sahaja.
Oleh
sebab itu negara-negara Islam lain yang besar dan bertamaddun lebih hebat dan
utama berbanding dengan Amerika terpinggir; dan ramai anak muda sekarang juga
tidak begitu peka dengan sejarah Islam itu sendiri.
Mereka
kenal negara Arab Saudi dan Mesir sebab di sini ramai anak muda Melayu telah
pergi untuk belajar.
Dan malangnya, Iran, atau Republik Islam Iran hanya dikenali apabila Ayatollah Ruhollah Khomeini berjaya menumpaskan kerajaan Shah Reza Pahlavi dalam tahun 1979 dulu yang menyebabkan negara Iran ‘terkenal’ di seluruh dunia.
Ia bertambah terkenal apabila ia kini menjadi sasaran dari Amerika dan Zionis yang mahu menghancurkannya.
Sebenarnya,
perhubungan Malaysia dan Iran atau yang
dikenali dulu sebagai Farsi telah bermula lama; cuma tidak ingat dan faham
tentang keakbrabannya.
Malah terdapat banyak hikayat lama yang telah diambil dari Farsi dan dikaji, sehinggakan filem Melayu yang pertama adalah padanan dari Hikayat Laila Majnun.
Ini
tidak ambil kira dengan muzik dan persembahan tarian seperti ghazal dan boria
yang dikatakan berasal dari Farsi.
Malah
terdapat banyak perkataan dalam Bahasa Melayu diguna dalam Bahasa Farsi itu
sendiri seperti ‘nenas’ yang mereka panggil ‘ananas’, ‘awas’ dan sebagainya,
walaupun Iran tidak tanam nenas seperti di Malaysia.
Dan
sekarangpun ada 70 ribu rakyat Iran
yang menetap di Malaysia
dengan 15 ribu pelajar di universiti tempatan.
Ini semuanya
menunjukkan bahawa perhubungan diantara Malaysia
dan Iran kian kukuh;
lebih-lebih lagi dengan keadaan politik dunia yang tidak membenarkan rakyat Iran pergi ke
banyak negara di Barat yang mengangap mereka dan orang Arab dan Islam lain yang
boleh mendatangkan masalah kepada mereka.
Ini
semuanya memberi kesan yang positif terhadap perhubungan dikalangan rakyat
diantara kedua buah negara, dan masa depan juga boleh menyaksikan lebih ramai
lagi rakyat Iran berkunjung
ke negara kita dengan dibalas pula oleh ramai rakyat Malaysia
khususnya yang berbangsa Melayu dan berugama Islam menziarahi Iran.
Ada juga pelancong asing yang datang ke Iran dengan
jumlah 1.5 juta setiap tahun; dan kebanyakan mereka adalah yang dari negara
Barat itu sendiri. Mereka tidak terpedaya dengan dakyat negara mereka dan tidak
menganggap Iran
sebagai negara yang menggerikan.
Saya
juga sudah tiga kali ke Iran,
dengan kali terakhir dalam bulan Januari dan Februari lalu. Ketika itu musim
sejuk bila cuaca turun ke kosong darjah Sentigred.
Kini
dalam bulan Jun, dalam musim bunga cuaca telah naik begitu tinggi sehingga ke
33 darjah pula.
Dan pemandangan seluruh Bandaraya Tehran dan negara Iran berubah, dari dihiasi dengan pokok yang ketandusan daun kepada yang penuh dengan daun hijau sejar, di tepi jalan dan di tengah hampir setiap jalan.
Ia
menampakkan Tehran
dan bandaraya lain seperti taman.
Ini amat
menakjubkan sebab ia terletak di tengah-tengah padang pasir, tetapi tumbuhan seperti itu
yang tumbuh segar dapat hidup tanpa sebarang pemerhatian.
Dan dengan jalanraya yang lebar dan bersih tanpa sampah-sarap, dengan longkan tidak tersumbat dengan kertas atau bahan buangan, berada di Tehran dan di seluruh Iran menjadi suatu pengelaman yang amat memberi kesan.
Lawatan
saya ke Iran baru-baru ini adalah untuk menyertai rombongan ejen pelancongan
ahli Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia atau ‘Malaysian
Association of Tour and Travel Agents’ (MATTA) berjumlah 27 orang dengan tiga
dari mereka keturunan Cina dan dua orang India.
Dan ia
diketuai oleh presidentnya, iaitu Datuk Khalid Hassan.
Datuk
Khalidlah orangnya yang telah mengetuai semua acara perbincangan dengan
pihak-pihak kerajaan dan swasta di sini, dan dari apa yang jelas dilihat,
kemungkinan besar usaha mereka yang disokong oleh Kedutaan Iran di Malaysia
boleh mendatangkan hasil dalam masa terdekat.
Ada aura-ura sebuah syarikat penerbangan tempatan, iaitu Madan Air yang berminat untuk mengadakan penerbangan dari Iran ke Malaysia. Dan cadangan yang diutarakan termasuk mengadakan penerbangan tempahan, yang boleh membawa pelancong dari Iran ke Malaysia dan sebaliknya.
Ada aura-ura sebuah syarikat penerbangan tempatan, iaitu Madan Air yang berminat untuk mengadakan penerbangan dari Iran ke Malaysia. Dan cadangan yang diutarakan termasuk mengadakan penerbangan tempahan, yang boleh membawa pelancong dari Iran ke Malaysia dan sebaliknya.
Usahasa
seperti ini sebenarnya adalah lanjutan dari kunjungan ke Iran oleh
Menteri Pelancongan, Datuk Ng Yen Yen, yang telah dibawa ke tingkat pelaksanaan.
Dengan ejen pelancong yang berpengelaman luas, tidak dinafikan, usaha menarik pelancong dari Malaysia ke Iran dan sebaliknya akan berjaya.
Dengan ejen pelancong yang berpengelaman luas, tidak dinafikan, usaha menarik pelancong dari Malaysia ke Iran dan sebaliknya akan berjaya.
Dan yang lebih penting lagi ialah, persefahaman yang boleh dijalinkan diantara rakyat kedua buah negara, yang juga boleh memberi kesan terhadap perhubungan dan kerjasama dalam bidang-bidang lain.
Iran sebenarnya merupakan sebuah
negara Islam yang dengan senyap-senyap membangun dengan pesat.
Ia
membuat hampir semua barang-barang keperluan, jadi usaha pihak asing yang mahu
menderanya dengan mengadakan serkatan ekonomi, tidak mungkin berjaya.
Dan di
sini juga tidak kelihatan kemiskinan, dengan penduduk hidup dengan bahagia di
tahab yang selesa – walaupun yang berada tidak benar-benar berlagak sepertik
kaya dan yang kurang berada pula tidak hidup papa.
Tehran, merupakan bandaraya dimana
terdapat lebih 12 juta penghuni; ia bukan sebuah bandaraya yang tua atau silam
dengan sejarah tidak lebih 200 tahun.
Tetapi Isfahan, Shiraj, Mashhad dan Kashan pula merupakan bandaraya yang sudah lama terkenal kepada pengkaji sejarah zaman silam.
Persepolis yang terletak tidak jauh dari
Shiraj meruapakan sebuah bandaraya yang pernah dihuni oleh Iskandar Zulkarnain,
seorang tokoh yang dikenali oleh ramai orang Melayu.
Sementara
di Mashhad terdapat Makam Imam Reza, seorang imam yang berpengaruh dalam kurun
ke-18 dulu.
Lebih
mengajutkan ialah apabila didedahkan kepada kami bahawa tamaddun Farsi atau Iran Lama adalah lebih tua berbanding dengan
tamaddun di Mesir, bila penemuan kota
lama di Sialk berlaku; dan ia sudah wujud tujuh ribu tahun sebelum Mesehi.
Ini
berbanding dengan tamaddun Firun di Mesir yang mula wujud lima ribu tahun sebelum Mesihi.
Memang
tidak dapat dinafikan bahawa kunjungan ke Iran melawati bandaraya-bandaraya seperti
itu tidak sama dengan melawati bandaraya di England, Eropah dan Amerika, tetapi
Iran mempunyai sesuati yang tidak boleh didapati di Barat.
Ia
adalah sebuah negara yang telah lama wujud, yang pada awalnya dihuni oleh orang
yang menyembah matahari yang akhirnya mendapat hidayah menjadi orang berugama
Islam yang gagah dan berani.
Beberapa
ejen pelancongan dalam rombongan ini yakin Iran boleh menjadi tumpuan ramai
pelancong dari Malaysia, yang mahu datang ke sini langsung dari Malaysia, atau
yang mahu bersinggah dua-tiga hari dalam perjalan mengerjakan umrah supaya
mereka dapat kenal dengan lebih dekat sebuah lagi negara Islam yang tidak
banyak berbeza dengan negara mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan