Oleh Mansor bin Puteh
Sebenarnya, perbalahan diantara Malaysia
dan Indonesia tercetus oleh
sekelompok kecil banjingan di Jakarta
dan beberapa bandaraya lain di Jawa dan kemudiannya diikuti oleh anak-anak
pelajar di Aceh.
Malangnya, orang di
Aceh khususnya tidak berterima kasih kepada Malaysia
yang telah memberi ramai orang Aceh suaka semasa pejuang mereka mahu desak
untuk capai kemerdekaan dari Indonesia.
Anak-anak gampang
di Jakarta
dikepalai pula bukan orang Islam tetapi yang bukan Islam. Jadi fikirkan
sahajalah apa niat sebenar mereka?
Di sini saya ingin
memberi komen sedikit tentang perbalahan yang dicetuskan oleh sekumpulan
anak-anak di Jakarta khususnya dalam kumpulan Bendera dan Laskar Merah-Putih
(LMP).
Pertama kalinya
saya ingin merakamkan perasaan amat gembira saya kerana telah dapat membuat
lawatan secara santai dalam bulan Mei, 1974 dulu sebelum saya mendaftar belajar
di sebuah kolej di Malaysia
.
Saya mendarat di Lapangan terbang Halim Perdanakasuma dan
menggembara sendiria dari Jakarta
melalui seluruh Pulau Jawa hingga ke Ubud di Bali selama empat minggu menaikki
bas, keretapi dan supervan.
Sepanjang jalan saya mendapati suasana di seluruh Indonesia
ketika itu begitu nyaman sekali dengan rakyat-jelata begitu mesra menerima saya
warga dari Malaysia yang
ketika itu baru sahaja selesai era Konfrontasi bersama Indonesia tidak
berapa lama dulu.
Saya telah berulang kali membuat lawatan seperti itu ikut jalan darat dan
pernah menggembara sendirian dari Banda Aceh hingga ke Ubud, kali terakhir
dalam tahun 2005.
Dan saya boleh melihat betapa majunya Indonesia sekarang berbanding
dengan dulu.
Tidak perlu dikatakan di sini apakah kejayaan yang telah membawa Indonesia ke
era baru. Cuma yang ramai rakyat Indonesia
kurang senangi sebenarnya ialah republik kesayangan mereka itu tidak seberapa
maju jikalau dibandingkan dengan negara-negara jiran, khususnya Singapura dan
juga Malaysia
.
Ini telah membuka peluang kepada ramai rakyat Indonesia yang mahu datang ke Malaysia untuk
bekerja walaupun secara tidak berdaftar dan mencuri masuk.
Namun demikian kerajaan dan rakyat Malaysia mengalu-alukan kedatangan
dan kehadiran mereke untuk mencari nafkah hidup di sini.
Tidak hairan kalau ramai diantara mereka yang berasa amat selesa
menetap di sini sehingga tidak mahu pulang ke kampung sendiri di merata tempat
di Indonesia
.
Mereka telah memberi nafas baru dan warna baru kepada Bangsa Melayu di
Malaysia.
Dan tidak hairan juga dalam jumlah yang begitu banyak melebihi dua juta orang
rakyat Indonesia
sudah pasti terdapat kes-kes yang tidak menyenangkan berlaku.
Tetapi malangnya kes-kes pinggir ini mendapat liputan meluas di media di Indonesia .
Sedangkan kes-kes lain yang menceria dan menggembirakan tidak pula mahu
didedahkan.
Malah, kisah rakyat Indonesia
yang begitu tertarik dengan Malaysia
dan mahu menetap di sini juga tidak pernah diberi perhatian oleh media di Indonesia .
Sebenarnya, apa yang berlaku terhadap rakyat Indonesia , juga berlaku terhadap rakyat Malaysia yang
bekerja di luar negara. Tetapi kerajaan dan rakyat Malaysia tidak pula mahu ambil
tindakan luar batasan undang-undang seperti yang dilakukan oleh puak Bendera
dan Laskar Merah-Putih.
Perbalahan ulung diantara Malaysia dan Indonesia sebenarnya telah lama terkubur
dilakukan oleh Presiden Sukarno dan Perdana Menteri Malaysia dulu, Tunku Abdul
Rahman yang menyebabkan kedua buah negara berada dalam keadaan aman sekarang.
Ini sepatutnya berlaku, tetapi malangnya, ia tidak berlaku dan perbalahan kecil
melibatkan anak-anak yang mempunyai agenda sendiri telah berjaya menarik
perhatian media dengan kecaman yang melulu. Mereka harus dipintas oleh pakar
dalam bidang sejarah, psaikologi, sosiologi, politik serta ugama untuk tidak
benarkan mereka menyorakkan slogan kosong.
Mana pakar-pakar ini di Indonesia
? Tidakkah mereka boleh bersuara dan beri pendapat tentang perhubungan diantara
kedua negara kita?
Tidakkah mereka boleh juga menjelaskan apakah kesan Perjanjian
Inggeris-Belanda dalam yang ditandatangi oleh kedua kuasa besar pada 18
Mac, 1824 dulu yang telah menyebabkan kedua buah negara Melayu serumpun
dan seugama itu boleh mendapat ciri-ciri yang berbeza dalam semua segi
sehinggakan rakyat-jelata dikedua buah negara boleh bertindak dan berfikir
seperti orang asing, walhal mereka adalah serumpun dan seugama?
Tidakkah kedua buah negara Barat itu mahu menyebabkan perbalahan diantara
Bangsa Melayu dan Umat Islam di Dunia Melayu?
Dan tidakkah pemimpin kedua buah negara sedar ini yang mereka mahu lakukan, dan
nampaknya inilah yang telah berlaku?
Jadi, tindakan anak-anak jalanan itu sebenarnya adalah usaha untuk membantu
Inggeris dan Belanda untuk terus mencetuskan perbalahan.
Dan mahukan Indonesia
dan Malaysia
lihat mereka berjaya?
Tidakkah ada cara bukan politik yang boleh diguna oleh kedua buah negara selain
dari cara politik yang menaikkan imej dan ketokohan pemimpin utama kedua buah
negara ditonjolkkan walhal perhubungan diantara rakyat Indonesia dan Malaysia masih renggang?
Pemimpin Indonesia dan Malaysia begitu
sempit pemikiran mereka dan mereka hanya melihat dengan tindakan peribadi
mereka untuk bersalaman, berpelukan serta menandatangani perjanjian itu dan
ini, yang semuanya telah dilakukan, tetapi persaudaraan diantara rakyat kedua
buah negara terabai.
Kesannya ialah perselisahan faham yang berlaku yang boleh membuat suasana
keruh.
Saya tidak akan luntur semangat dan akan terus buat lawatan
peribadi secara santa saya ke mana-mana sahaja di seluruh Indonesia, sebab saya
tahu rakyat-jelata seluruh Indonesia menerima kehadiran saya dengan tangan
terbuka dan hati besar, saudara serumpun dan seugama.
Mereka sedar perbuatan anak-anak Bendera dan LMP itu tidak disokong mereka; ia
adalah ciptaan media.
1 ulasan:
Assalamualaikum..
Benar apa yang tuan tulis tu, Malaysia dan Indonesia bergaduh/berbalah ada tangan-tangan tersembunyi yang punya angkara. Tangan2 tersembunyi ini nak melihat rumpun nusantara melayu berpecah belah. Dalang ini mengupah kaum batak yang sudah tentu berugama kristian . Di Indonesia mmg ada satu kumpulan yang kerjanya membuat "demonstrasi" . Khabarnya di Indonesia hampir setiap hari ada je "demo" ni. Jadi tidak hairanlah jika ada sentimen "memprovoke" ni, apatah lagi dapat upah. Pengalaman saya sendiri bila mengembara ke Sumatera dan Kepulauan Jawa,mereka terus bertanyakan kes pembantu rumah kena dera, kes Manohara dan sebagainya. Kami menjadi "duta kecil" menerangkan kes2 yang melibatkan dua negara ini sebenarnya propaganda CIA . Rakyat di sana hanya menerima berita yang disogokkan melalui media massa. Samada benar atau palsu mereka terima bulat-bulat. Bila kami jelaskan begitu begini baru mereka faham dan menghormati dan sayangkan rumpun nusantara ini. Pernah semasa berada di Deli Tua (dulu kesultanan Melayu yang memerintah)sekarang rata-rata kaum Batak yang tinggal di sana, kami kena ugut siap bertekak lagi. Bukan pasal apa, gara2 nak tanya lokasi mandian Puteri Hijau,mereka kata kawasan mereka dan tempat tu bukan boleh dibuat sebarang. Suami saya puas menerangkan asal tujuan kami dan asal-usul keturunan baru mereka cool down.
Benarlah kata pepatah "hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik hujan batu di negeri sendiri".
Catat Ulasan