Ahad, 30 September 2012

MASALAH SOSIAL ANAK MELAYU SAMA SEPERTI MASALAH SOSIAL DIKALANGAN MASYARAKAT AFRO-AMERIKA.


Oleh Mansor Puteh






Kalau diadakan pengajian sosial di kalangan masyarakat Melayu kita akan mendapati persamaannya dengan masalah sosial yang d.ihadapi oleh masyarakat kulit hitarn atau Afro-Amerika di Amerika.
          Kaum Afro-Amerika terkebelakang dalam segala bidang, jadi tidak hairan kalau anak-anak muda mereka terjebak dengan pelbagai gejala sosial.
Tetapi, kenapa, anak Melayu menghadapi masalah sosial yang hampir sama dengan kaum Afro-Amerika di negara itu.
Tentu sekali ada beberapa masalah perting yang dihadapi secara bersama. Memang tidak dinafikan bahawa kaum Afro-Amerika terkebelakang dalam bidang ekonomi, oleh yang demikian kedudukan mereka terkebelakangan. Ini dimanifestaikan dengan kewujudan pelbagai masalah sosial dalam masyarakat Melayu pula   masalah social ini merupakan satu manifestasi kekurangan dalam masyarakat kita sendiri. Dan ini yarig menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosial yang dihadapi oleh anak muda Melayu, jika dibandingkan dengan anak muda Cina, misalnya, atau India.
Sebab utama kenapa anak Melayu menghadapi pelbag,ai masalah sosial ialah oleh sebab kemunduran dalam bidang pendidikan dan kurang peluang pekerjaan untuk menyerap tenaga buruh di kalangan anak muda Melayu yang mengang,gor apabila gagal selepas tingkatan tiga atau lima.
Kalau kajian dibuat sudah tentu fakta yang unggul didapati ialah hampir kesemua anak muda Melayu yang menghadapi masalah dengan gejala sosial gagal tingkatan tiga atau lima.
Dan mereka merayau sambil menghabiskan masa di pasaraya atau pusat membeli-belah disamping menunggang motosikal secara merbahaya.
Dan adalah benak untuk pengkaji sosial menyatakan tentang keruntuhan akhlak atau kurang pendidik ugama dan keretakan rumah tangga sebagai punca utama kenapa. anak muda Melayu terjebak dalam gejala sosial ini.
Ini cuma merupakan masalah ranting yang boleh teratasi jikalau masalah pokok atau utama dapat diselesaikan.
Apakah sebenarnya masalah pokok itu?
Ianya tidak bukan dari kekurangan dalam masyarakat Melayu itu sendiri, iaitu masyarakat Melayu tidak mempunyai satu kelas peniaga kecil yang besar.
Sayugia diingatkan bahawa masyarakat Cina dan India mempunyai kelas peniaga kecil yang luas dan kukuh. Dan ramai orang Cina dan India membuka perniagaan sendiri, dan dengan cara ini boleh mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan untuk anak sendiri atau saudara-mara khususnya untuk mereka yang gagal di sekolah.
Dan kalau diperhatikan, banyak anak muda Cina dan India membantu ibu bapa mereka di kedai-kedai runcit semasa hujung minggu atau cuti penggal. Sedangkan anak Melayu merayau, sebab ibu bapa mereka tidak mempunyai perniagaan sendiri.
Masyarakat Melayu mempuryai ramai lelaki dan perempuan atau ibu dan bapa yang berkerja di pejabat kerajaan atau swasta dengan mendapat gaji tetap yang biasanya kecil.
Dan anak-anak mereka, terbiar tanpa dapat mengisi waktu luar sekolah. Dan apabila mereka gagal tingkatan tiga atau lima, mereka tidak boleh bekerja di pejabat sebab tidak ada kelulusan.
Sedangkan anak Cina dan India boleh terus bekerja di kedai-kedai sendiri.
Jadi tidak hairan kalau kita perhati anak muda Cina khususnya yang berusia kecil tetapi sudah memandu kereta mewah sedangkan anak Melayu yang berkelulusan tinggi masih terkial-kial mahu bayar sewa rumah dan kadar bulanan untuk kereta kecil.
Kelas peniaga kecil Cina telah mula wujud sejak kaum Cina datang ke negara ini. Mereka datang sehelai-sepinggang dan menljual sayur di pasar. Anak kecil mereka dipupuk dengan budaya niaga dan membantu menjual sayur. Satu generasi kemudian, apabila, mereka dapat mengumpul wang mereka buka gerai di pasar, dengan mendapat pendapatan lumayan.
Dan segenerasi kemudian itu, mereka buka kedai dengan menjual pelbagai barangan.
Dan segenerasi kemudian itu pula, mereka. membuka syarikat yang agak besar sehinggakan kini terdapat banyak orang Cina yang kaya, tetapi mempunnyai sejarah perniagaan yang telah dipupuk sejak keturunan asal mereka dulu.
Masyarakat Melayu pula diasyikkan oleh kerajaan untuk bekerja di pejabat atau kilang dengan mendapat gaji tetap tapi kecil.
Jadi, tidak hairan kalau kita kini mendapati barang kedai di pasaraya dan pusat membeli-belah dipunyai olah kaum Cina.
Sukar untuk kita melihat kedai-kedai di pusaat membeli-belah yang dibuka oleh orang Melayu kecuali restoran menjual satay.
Ini disebabkan kaum Melayu tidak mempunyai sistem ekonomi mikro yang membolehkan mereka mendapat peluang pekerjaan dalam bidang swasta, dan dipupukkan dengan budaya niaga dan bersaing dan berjaya untuk meningkakan perniagaan.
Tidak hairan juga kalau modal terkumpul kaum Cina secara persendirian atau keluarga lebih besar, dan mereka boleh terjun ke dalam segala bidang baru, seperti membuka kedai vidio, komputer dan lain-lain termasuk kelab karaoke.
Orang Melayu terpaksa mendapat pinjaman dari Mara, Uda dan kerajaan untuk membuka. perniagaan kecil. Dan kesannya dapat dilihat sekarang dimana ramai orang Melayu sudah berjaya menjalankan perniagaan sendiri.
Tetapi, yang lebih penting untuk diambil kira ialah, disamping membuka kedai kecil itu, mereka membukca peluang pekerjaan baru untuk anak sendiri atau saudara-mara dan anak Melayu lain, sama seperti kaum Cina.
Adalah diharapkan agar ramai orang Melayu digalakkan untuk membuka perniagaan kecil untuk meluaskan kelas peniaga kecil Melayu dan kewujudkan satu sistem ekonomi mikro Melayu yang luas dan kukuh, agar pertumbuhan ekonomi Melayu di peringkat sederhana dan kecil di perluaskan.
Dengan secara tidak langsung anak-anak Melayu dapat diserapkan ke dalam tenaga pekerja atau ‘labor force’ walaupun mereka gagal di sekolah dan mereka boleh berjaya dibanding dengan anak Melayu lain yang berkelulusan dari universiti di luar negeri.
Kita perhatikan gelaga anak muda Cina belasan memandu kereta mewah dengan anak anak muda Melayu berkelulusan universiti di luar negeri dan kita akan mendapati siapakah yang lebih maju dan mewah.
Sudah tentu anak muda Cina yang gagal di sekolah tetapi bekerja di kedai keluarga dan mengumpul keuntungan dan berhasil membeli kereta mewah.
Kerajaan harus mengambil kira bahawa kejayaan orang Melayu bukan semata-mata di kalangan profesional dan korporat yang cuma boleh menguntungkan jumlah Melayu yang kecil.
Kerajaan harus mengadakan pelbagai jenis bantuan dan galakan untuk mengalakkan orang Melayu membuka perniagaan kecil sebagai punca pendapatan yang baik dan menguntungkan.
Sebab tidak ada gunanya untuk kerajaan menyalahkan anak Melayu yang terjebak dalam gejala sosial dan memberi kemudahan dalam Rakan Muda yang cuma boleh  melalaikan mereka buat seketika, sedangkan selepas dua minggu bermain kanoe, atau mendaki gunung, mereka akan dilepaskan ke julan raya untuk merayau dan melepak semula.
Skim untuk memberi mereka peker jaan atau latihan amali di kedai-kedai kecil dalam semua bidang harus diwujudkan supaya anak muda ini yang menganggor itu boleh diserapkan ke dalam tenaga kerja (work force), walaupun mereka tidak mempunyai pendidikan tinggi.
Masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat Melayu dengan sendirinya boleh diselesaikan sekiranya kerajaan memahami apakah sebenarnya masalah pokok iaitu kekurang dalam sistem ekonomi Melayu, jika dihandingkan dengan sistem ekonomi makro dan mikro Cina.
Yang penting ingin katakan di sini ialah anak Melayu memang mempunai akal yang mulia, dan pegangan ugama yang tinggi. Cuma mereka mempunyai masa luang yang banyak sebab mereka tidak mempunyai pekerjaan setimpal dengan kelayakan rendah mereka.
Tidak dinafikan bahawa anak Cina dan India kurang mendapat bimbangan ugama secar,a formal atau tidak formal, jika dibandingkan dengan anak Melayu yang terus mengaji Koran walaupun secara sendiri, dan bersembahyang secara tertip.
Penekanan ugama dikalangan masyarakat Melayu memang kuat, cuma yang tidak boleh dielakkan ialah masa luang yang banyak yang mana telah mendororg anak Melayu terjebak dengan gejala sosial.
Jadi, untuk menangani masalan ‘sosial’ ini, kerajaan harus memikirkan masalah sistem ekonomi mikro Melayu yang berkurangan. Dan harus memikirkan bagaimana boleh diperkembang dan diperkukuhkan kelas peniagaan Melayu agar pertumbuhan dalam ekonomi Melayu dapat dirancakkan.
Kita rasa bangga anak Melayu kini menjadi tuan punya syarikat gergasi bidang telekomunikasi dan penerbangan serta pembuatan kereta dan stesen televisyen dan lain-lain.
Tetapi, kejayaan ini tidak memunafaatkan ramai orang Melayu sendiri di akar umbi. Jumlah orang Melayu yang tidak merasakan kenikmatan dalam pertumbuhan ekonomi disebabkan mereka tidak mempunyai modal, maupun budaya niaga dan pengalaman.
Sudah tiba masanya untuk kerajaan fikirkan untuk memajukan kelas peniaga Melayu di luar bandar khususnya di mana terdapat lebih ramai orang Melayu yang masih menetap dan mempunyai hartanah yang luas, yang yang boleh di jadikan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi Melayu di seluruh negara secara serentak.
Dan kalau cadangan ini dapat diterima dan dilaksanakan, saya percaya, kita boleh rasa bangga terdapat pusat perniagaan atau bandar baru yang dikuasai oleh orang Melayu yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan kecil-kecil Maupun sederhana dengan menyediakan perkhidmatan dan barangan untuk pelanggan.
Sekiranya tidak, hampir semua pusat perniagaan dan bandar baru akan terus dikuasai oleh orang Cina. Tidakkah kerajaan boleh perhatikannya sahaja?
Jadi, akhir kata, masalah sosial yang dihadapi oleh anak muda Melayu sebenarnya bukan masalah utama, sebab ianya cuma merupakan masalah sampingan dari masalah pokok atau utama, iaitu kekurangan dalam sistem ekonomi mikro orang Melayu.
Ini dimanifestasikan dengan pelbagai gejala sosial yang dialami oleh anak muda Melayu.
Jadi, tidak ada sebabnya untuk kerajaan dan pemimpin Melayu mahu menyalahkan anak-anakk muda yang dianggap ‘liar’ dan ‘terbiar’ sebab masalah utama yang dihadapi oleh mereka ialah oleh sebab merekalah yang telah dibiarkan sedemikian rupa oleh tahab kepimpinan Melayu yang rendah tahabnya.


Tiada ulasan: