TANPA
REFORMASI MALAYSIAKINI TIDAK ADA
SEBAB UNTUK WUJUD.
Oleh
Mansor Puteh
Alahai
Malaysiakin! Zaman sudah berubah, tetapi mereka masih ditahab lama, tidak sedar
negara sudah melampaui zaman pasca-Reformasi, yang sudah basi….dan kini sudah
memasukkan zaman Transformasi…yang telah lama tinggalkan fahaman kiri yang mahu
diberi sebanyak ruang oleh portal ini, termasuk yang lain, yang satu-satunya
terbubar atau hilang pengaruh, termasuk Malaysia-Today yang mahu balik ke
aliran kanan, setelah keciwa giat majukan pemikiran aliran kiri.
Jadi, tidak hairanlah kalau
Malaysia-Today dan penggendalinya, Raja Petra Kamaruddin kini turut dikecam
oleh segolongan penulis alam maya, yang merupakan sisa golongan aliran kiri,
yang dulunya puji Malaysia-Today dan penggendalinya, dan yang mahu
mempertahannya bila beliau diheret ke mahkamah dulu.
Apa sebenrnya yang boleh diperkatakan
tentang portal internet ‘berita’ yang beria-ia mahu usaha tegakkan kebenaran
dan kesedaran dikalangan masyarakat Malaysia?
Ia tercetus dari pergerakan bawah
tanah yang dipanggil Reformasi ikutan dari pemecatan bekas timbalan perdana
menteri Anwa Ibrahim dan penangkapannya serta penuduhan terhadapnya di
mahkamah, yang mana beliau ditahan dalam penjara selama enam tahun.
Malaysia dalam tahun-tahun sebelum
1998, tahun Reformasi itu bermula boleh dikatakan penuh cabaran, dipengaruhi
oleh ketokohan Dr Mahathir Mohammad. Masa itu masyarakat berbilang kaum hidup
aman-damai.
Saya rasa agak hairan pada 1 Ogos,
1997 ramai rakyat Malaysia sudah mula mengibar bendera, yang mereka beli dari
kedai dan gerai sementara yang dibuka di tepi jalan dengan harga RM12 setiap
bendera kecil.
Ada
yang beli beberapa helai untuk diguna menghiasi motosikal, kereta, lori dan
rumah kediaman.
Dan yang lebih menghairankan lagi,
ramai dikalangan mereka terdiri dari orang bukan Melayu – Cina khususnya yang
mengibarkan bendera itu dari kenderaan masing-masing seluruh bandar dan kota.
Saya berada di kawasan sejarah dan warisan
di Melaka ketika itu dan dapat melihat kemeriahan mereka mengibar bendera itu.
Perbuatan ini berlarutan sehingga ke
tarikh kemuncak 31 Ogos.
Bagaimanapun, semuanya berubah bila
Anuar diberkas atas pelbagai tuduhan, lanjutan dari keenganan beliau menarik
diri dari bidang politik kerajaan setelah dipecat sebagai timbalan perdana
menteri.
Dan ini mencetuskan satu pergerakan
yang dipanggil ‘Reformasi’ ikutan dari pergerakan sama yang ditubuh secara
tidak rasmi di Indonesia
bilamana rakyat mereka bergerak untuk menumbangkan pemerintahan Presiden
Suharto yang telah wujud lebih tiga dekad. Akhirnya mereka berjaya.
Tetapi di Malaysia, pergerakan bawah
tanah itu sedar mereka tidak boleh berjaya.
Dan dalam kesempatan ini maka
Malaysiakini wujud.
Ia wujud bukan oleh sebab pengusahanya
berani; tetapi lebih dari itu, mereka dibenarkan oleh pihak berkuasa dan orang
awam yang mahu lihat peranan apa yang mereka boleh beri kepada penyebaran
maklumat sampingan dan pengkongsian pemikiran dari mereka yang selama ini fikir
mereka telah lama terpinggir.
Memang, dalam masa yang singkat, ramai
‘tokoh’ dan ‘pemikir’ baru wujud seperti cendawan.
Dan ramai lagi para penterjemah
kegiatan politik wujud. Ini diikuti pula dengan mereka terlibat sama untuk beri
pandangan dan pendapat tentang isiu sosial, kebudayaan, kesenian, ekonomi,
ugama dan tidak termasuk politik tempatan maupun antarabangsa.
Sehingga kini Malaysiakin tidak pernah
berusaha mencemuh mana-mana tokoh dari parti pembangkang, walaupun mereka
bergelut dengan pelbagai perkara dan skandal serta kes mahkamah yang agak
berat.
Kenapa Malaysiakini dan lain-lain blog
atau portal internet pro-pembangkang enggan ulas atau siar laporan tentang
mereka semua, kalaulah mereka itu dikatakan dan mahu dianggap sebagai bebas?
Keenganan mereka untuk berbuat
demikian membuktikan bahawa mereka itu sebenarnya tidak bebas. Mereka berpuak
dan berpihak.
Masa depan Malaysiakini sebenarnya
terumbang-ambing. Ia hanya boleh wujud kalau ada skandal dan isiu yang mereka
boleh dapat dari perjalanan pemerintahan dan kelompok yang gemar melihat negara
dari kacamata serong dari sebelah kiri.
1 ulasan:
Assalamualaikum..
Benar apa yang tuan tulis tu, Malaysia dan Indonesia bergaduh/berbalah ada tangan-tangan tersembunyi yang punya angkara. Tangan2 tersembunyi ini nak melihat rumpun nusantara melayu berpecah belah. Dalang ini mengupah kaum batak yang sudah tentu berugama kristian . Di Indonesia mmg ada satu kumpulan yang kerjanya membuat "demonstrasi" . Khabarnya di Indonesia hampir setiap hari ada je "demo" ni. Jadi tidak hairanlah jika ada sentimen "memprovoke" ni, apatah lagi dapat upah. Pengalaman saya sendiri bila mengembara ke Sumatera dan Kepulauan Jawa,mereka terus bertanyakan kes pembantu rumah kena dera, kes Manohara dan sebagainya. Kami menjadi "duta kecil" menerangkan kes2 yang melibatkan dua negara ini sebenarnya propaganda CIA . Rakyat di sana hanya menerima berita yang disogokkan melalui media massa. Samada benar atau palsu mereka terima bulat-bulat. Bila kami jelaskan begitu begini baru mereka faham dan menghormati dan sayangkan rumpun nusantara ini. Pernah semasa berada di Deli Tua (dulu kesultanan Melayu yang memerintah)sekarang rata-rata kaum Batak yang tinggal di sana, kami kena ugut siap bertekak lagi. Bukan pasal apa, gara2 nak tanya lokasi mandian Puteri Hijau,mereka kata kawasan mereka dan tempat tu bukan boleh dibuat sebarang. Suami saya puas menerangkan asal tujuan kami dan asal-usul keturunan baru mereka cool down.
Benarlah kata pepatah "hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik hujan batu di negeri sendiri".
Catat Ulasan