Oleh Mansor Puteh
Kegiatan
persembahan teater atau sebarang jenis persembahan pentas dengan menggunakan
Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur dan di mana-mana bandar utama negara kita,
sebenarnya bermula sejak zaman penjajahan Inggeris dulu.
Di Kuala
Lumpur, misalnya, ia dimulakan oleh pegawai penjajahan Inggeris yang membawa
keluarga mereka, termasuk sekumpulan masyarakat Inggeris yang bergiat dalam
bidang pentadbiran dan perniagaan.
Mereka
menganjorkan persembahan teater di dewan khas di Bangunan Sultan Abdul Samad
yang tidak lama dulu dimusnahkan dalam satu kebakaran.
Dan
kegiatan teater Bahasa Inggeris lain juga dipersembahkan sebagai matapelajaran
di Sultan Idris Training College (SITC) yang kini dikenali sebagai Universiti
Pendidikan bertempat di Tanjong Malim.
Sementara itu maktab terkenal ketika zaman penjajahan inggeris seperti
Malay College Kuala Kangsar (MCKK) atau kini dikenali dengan nama Maktab Melayu
Kuala Kangsar turut menggalakkkan penuntut-penuntut bergiat dalam bidang teater
Bahasa Inggeris.
Malah
sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh pihak penjajah Inggeris seperti Victoria
Institute, St. John’s
Institution, St. Francis’ Institution juga mempunyai aktiviti seperti itu.
Penuntut-penuntut
SITC misalnya sering membuat persembahan teater Shakespeare dalam Bahasa
Inggeris.
Tujuannya
ialah untuk menggalakkan mereka untuk menyukai hikayat karya Shakespeare,
disamping bertutur dalam Bahasa Inggeris seharian, untuk lama-kelamaan
menjadikan bahasa Inggeris ini seperti bahasa ibunda sendiri.
Dan
apabila Universiti Malaya ditubuhkan, penuntut-penuntut jurusan Bahasa dan
Kesusasteraan Inggeris terpaksa mengambil kursus teater di mana mereka
mempersembahkan teater dalam bahasa.
Kelab-kelab
teater khusus untuk persembahan teater Bahasa Inggeris ditubuhkan oleh
penuntut-penuntut di Universiti Malaya
sehinggakan ia menjadi kegemaran mereka. Dan apabila penuntut-penuntut jurusan
bahasa itu lulus dari pengajian, merekalah yang teruskan perjuangan mereka
untuk mementaskan teater Inggeris di Kuala Lumpr.
Di
bandar-bandar lain, kegiatan teater Bahasa Inggeris ini tidak begitu giat,
sebab tidak terdapat pemimpin yang gemar dengan teater Inggeris, maupun teater
Bahasa Melayu, walaupun berbanding dengan teater Inggeris, teater Melayu
nampaknya lebih giat.
Tetapi,
apa yang harus diingatkan di sini ialah, pihak penjajah Inggeris sedar sejak
awal lagi bahawa usaha mereka untuk menggalakkan anak tempatan, yakni anak
Melayu, Cina dan India untuk mengguna Bahasa Inggeris sebagai bahasa harian
tidak akan berkesan sekiranya mereka tidak ‘dipaksa’ menggunakan bahasa itu
setiap hari.
Jadi, cara
yang diguna oleh pihak penjajah ini ialah dengan memupukkan semangat cintakan
teater Bahasa Inggeris dengan harapan mereka akan mengguna bahasa asing itu
sebagai bahasa sendiri. Dan dengan cara ini juga, mereka akan terikut-ikut
meniru carahidup dan serapkan nilai budaya Inggeris, dan secara tidak langsung,
menolak carahidup dan nilai budaya sendiri.
Sebenarnya
usaha pihak penjajah Inggeris ini boleh dikatakan berjaya, kalau kita lihat
betapa giat dan gah sekumpulan masyarakat bangsa Malaysia
dari keturunan Melayu, Cina dan India
bergiat membuat persembahan teater dan persembahan pentas lain dengan mengguna
Bahasa Inggeris.
Ini
menakjubkan sebab Bahasa Inggeris itu adalah bahasa penjajah dan bahasa asing
bagi kita, tetapi ia telah berjaya diserapkan ke dalam jiwa sekumpulan
masyarakat negara kita, sehingga mereka tidak rasa segan dan silu membuat
persembahan teater atau permentasan dalam Bahasa Inggeris yang asing itu,
bagaikan bahasa ini adalah bahasa ibunda (mother tongue) mereka sendiri.
Dan tabiat
mengguna Bahasa Inggeris ini telah terbawa-bawa sehingga mereka cuma bertutur
dalam bahasa asing saban hari, dan menolak Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan. Malah ada masyarakat Melayu, Cina dan India rasa
kekok bertutur dalam Bahasa Melayu, maupun bahasa ibunda lain seperti Mandarin,
Kantonis, Hokkien atau Tamil.
Ada
sekumpulan orang Melayu yang langsung tidak gemar Bahasa Melayu, dan yang
membuat mereka itu ganjil pada pandangan masyarakat Melayu umumnya ialah
apabila mereka tidak tahu berbahasa Melayu, dan meniru carahidup, gaya dan
nilai budaya Inggeris atau Barat.
Tidak
hairan juga kalau mereka sengaja mahu merasa ‘tinggi diri’ atau mempunyai
komplek megah dengan loghat British atau Amerika dan nama Inggeris atau cara
mereka memakai pakaian Barat yang terdedah, dan mencelupkan rambut untuk
kelihatan seperti ‘blonde’.
Pengunaan
Bahasa Inggeris ini di kalangan sekumpulan kecil masyarakat Malaysia ini,
telah menwujdukan satu kumpulan ‘sub-culture’ yang anih di dalam masyarakat
kita.
Kegiatan
teater Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur yang ada sekarang, sebenarnya merupakan
satu relik peninggalan zaman penjajahan Inggeris. Ia tidak berbeza dengan
peninggalan bangunan lama sepeti ‘A Famosa’ dan bangunan-bangunan lama serta
nama-nama jalanraya di seluruh Kuala Lumpur dan negara yang mempunyai nama
tokoh penjajah Inggeris seperti Jalan Maxwell, Jalan Campbell, Jalan
Mountbatten dan Georgetown dan lain-lain.
Mujur pihak kerajaan kita telah
berjaya menukar kebanyakan nama-nama Inggeris ini kepada nama Melayu, untuk
menunjukkan bahawa kita sudah merdeka dan nama-nama yang diagongkan oleh pihak
penjajah Inggeris juga mesti dikikis sebab mereka tidak sesuai diberikan kepada
nama jalanraya, bandar dan tempat-tempat penting di seluruh negara kita.
Dan saya
anggap bahawa kegiatan teater Bahasa Inggeris ini sebagai satu kejanggalan.
Kita sudah
merdeka selama empat-puluh-satu tahun, dan kehadiran teater bahasa Inggeris,
dan penggunaan bahasa asing atau penjajah ini secara terang-terang cuma boleh
memberi andaian bahawa ada kelompok kecil dalam masyrakat kita yang masih belum
merdeka dari kuasa Inggeris.
Sebab
kenapa mesti diagong-agongkan bahasa Inggeris atau bahasa penjajah itu sehingga
sekarang? Tidakkah kita mempunyai bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan sendiri
iaitu Bahasa Melayu yang kita boleh guna dalam semua hal perhubungan, termasuk
dalam bidang teater?
Dan yang
menganehkan lagi ialah, mereka yang beria-ia mahu membuat persembahan dalam
bahasa Inggeris bukannya orang Inggeris yang menetap di negara kita, tetapi
orang Melayu, Cina dan India yang telah menjadikan bahasa Inggeris seperti
bahasa ibunda mereka sendiri.
Sedangkan
apa yang mereka persembahkan itu memang boleh dipersembahkan dalam Bahasa
Melayu, walaupun ia drama pentas karya Shakespeare.
Tetapi,
pengunaan Bahasa Inggeris ini tidak lain disebabkan mereka rasa begitu selesa
bertutur dalam bahasa ini disamping, mereka boleh rasa seperti mereka ini
adalah ‘orang putih’ (Inggeris), walaupun bukan orang Inggeris tulen tetapi
celup!
Yang
menggelikan hati ialah walaupun mereka giat bergiat dalam bidang teater bahasa
Inggeris tetapi kehadiran mereka cuma sekadar di sekitar Kuala Lumpur atau di beberapa tempat di
negara kita. Mereka tidak berani membuat persembahan di luar negeri. Atau
apakah orang Inggeris di Britain dan Amerika akan senang dengan kehadiran
mereka?
Sudah
pasti masyarakat di Britain
dan Amerika atau Australia
akan rasa janggal melihat persembahan teater oleh rakyat Malaysia yang
dipersembahkan dalam bahasa Inggeris, dan tidak dalam bahasa ibunda mereka
sendiri ialah Bahasa Melayu.
Mungkin,
mereka yang beria-ia bergiat dalam persembahan teater bahasa Inggeris itu
‘perasan’ dan rasa diri mereka itu lebih hebat dan lebih segala-galanya, sebab
mereka faseh berbahasa Inggeris dan di samping itu mereka rasa bangga sebab
kurang faseh berbahasa Melayu.
Walaupun
saya menuntut dalam aliran Inggeris sejak Darjah Satu, hingga ke peringkat
sarjana di Amerika, tetapi saya tidak teringin untuk bergiat dalam teater
Inggeris di Kuala Lumpur.
Sebabnya
ialah bahasa ini tetap asing bagi saya. Dan kalau saya menulis skrip teater
dalam Bahasa Inggeris, tujuannya ialah untuk mempersembahkannya di England atau
Amerika.
Mungkin
orang teater lain mahu membuat persembahan teater dalam Bahasa Inggeris di
Kuala Lumpur, khususnya semata-mata mereka mahu berlagak, lebih dari mahu
menunjukkan yang mereka berbakat untuk menulis sebuah skrip yang baik, dan
membuat persembahan yang bermutu tinggi.
Berbanding
dengan teater Bahasa Inggeris, saya beranggapan bahawa teater Bahasa Melayu di
Kuala Lumpur jauh lebih bermutu.
Cuma yang
membuat kita rasa ragu akan tahab persembahannya ialah oleh sebab kita sendiri
tidak mahu mengangkat tahab pencapaian kita ke suatu tahab yang sempurna, dan
sering menganggap bahawa tahabnya tidak setinggi mana.
Lain pula
dengan teater Bahasa Inggeris, yang mana pada umumnya tidak bermutu tinggi,
tetapi oleh sebab ia diadakan dalam bahasa asing itu, mereka sendiri rasa
berpuas hati, dan menganggapnya berjaya dan berbanding dengan teater Bahasa
Melayu, persembahan mereka lebih bermutu.
Ini semua
adalah tidak benar, sebab teater Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur tidaklah
sebaik mana. Sebab kalau tidak kenapa sehingga kini tidak terdapat seorang
pelakon, penulis skrip atau pengarah dari kumpulan mereka yang diiktiraf dari
pengiat teater di Britain
atau Amerika dan Australia.
Malah
kalau hendak diperkatakan lebih banyak pengiat teater Bahasa Melayu dari negara
kita yang sering mendapat jemputan untuk membuat persembahan di luar negeri,
termasuk persembahan tradisional seperti Mak Yong, Gamelan dan Ghazal dan
lain-lain.
Sudah tiba
masanya untuk media Bahasa Melayu dan pengiat teater bahasa ibunda kita
menaikkan imej teater Bahasa Melayu ke tahab pencapaian yang sewajarnya agar ia
tidak akan terus dibebankan dengan perasaan ‘rendah diri’.
Kalau
kegiatan teater Bahasa Melayu dikatakan mundur berbanding dengan teater Bahasa
Inggeris, ini cuma memberi makna bahawa kerajaan atau kementerian berkenaan
gagal untuk berbuat sesuatu untuk memajukan kegiatan teater Bahasa Melayu agar
ia diterima oleh penonton Melayu dan bukan Melayu.
Tentu ada
caranya untuk kerajaan memajukan kegiatan teater Melayu supaya ia dijadikan
satu perusahaan dan tidak sahaja satu kegiatan seni yang dilakukan oleh mereka
yang terlibat dalam bidang ini secara sampingan atau suka-suka.
Zaman
berteater secara suka-suka atau sampingan sudah berlaku, dan kerajaan harus
berfikir panjang dan cara jalan tentang bagaimana mahu dimajukan perusahaan
teater Melayu atau nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan