Khamis, 27 September 2012

LAGU ASLI MELAYU MASUK ZAMAN BARU. – BAHAGIAN II.


Oleh Mansor Puteh



Kemunculan lagu ‘Keroncong untuk Anna’ dan ‘Mustika’ oleh M Nasir akibat pencubaannya selepas dia berpecah dari kumpulan trio ‘Kembara’ bersama dua rakan lain yang menghasil beberapa album lagu pop. Ini diikuti pula dengan pencubaannya untuk mencipta dan mendendangkan lagu rentak rock seperti yang terdapat dalam album ‘Kembara…seniman jalanan’ yang telah dipersernbahkan dalam filem dengan judul sama arahan Nasir Jani.
Kemudian itu M Nasir dengan secara tiba-tiba wujudkan ‘Mustika’ dan kemudian itu menjadi jadi dengan keaslian Melayunya dalam lagu-lagu seterusnya.
Kini M Nasir boleh dianggap sebagai komposer dan penyanyi yang banyak berusaha menengahkan muzik asii Melayu dalam era sekarang bersama komposer lain seperti Suhairni Zain dan beberapa lagi, termasuk seorang komposer keturunan Cina, yang mencipta lagu untuk ‘Kool’ yang mengguna pengaruh lagu tradisionai Kelantan.
Dan tidak lupa, Zainal Abidin berduet dengan S M Salirn turut memberi sumbangan awalan sama juga Susan Lankester yang juga berduet dengan S M Salim yang turut terikut-ikut dengan rentak Melayu asli.
Mereka ini boleh dianggap sebagai pelopor kepada pembentukan era muzik asli Melayu moden zaman sekarang.
Walaupun kita harus menerima hakikat bahawa sebetum ini terdapat ramai pencipta dan penyanyi seperti Kassim Masdor, Johari Saileh, Ooi Yoew Jin, Baba Kim Tek, Jimmy Boyle, Ahmad Merican, S M Salm, A Ramlie, Jefridin, Zam Zam, Rafeah Buang, Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Andre Goh, Frankie Cheah, Sharifah Aini, Orkid Abdullah, Zaleha Hamid, M Bakri, R lsmail, Habibah Yaakub, Khatijah Awang, S Rosmaria, Norlela Ismail, J Sham, Rahimah Rahirn, Eddie Ahmad, Kamariah Ahmad, A Romzie, L Ranilee, S Jibeng, Ismail Haron, Anita Sarawak, Fazaedah Joned, Helen Velu, S Roha, A. Ramlie, Ramli Sharif, Malek Redzuan, M Sharif, A. Halim, A Rahman Hassan, A. Rahman Onn, dan ramai lagi tokoh terkemuka lain seangkatan dengan mereka yang giat dalam dekad 1960an yang turut memberi sumbangan untuk memajukan lagu-lagu rentak Melayu asli.
Dan dalam dekad-dekad selepas itu terdapat pula penyanyi dan komposer seperti Ahmad Nawab, Jamal Abdillah, Jay Jay, Azlina Aziz, Suhaili Shamsuddin, Jalil Hamid, Sudirman, Hail Amir, Uji Rashid, J Sham, Aman Shah, D J Dave, September Five, Harmoni, Adnan Abu Hassan, Kopratasa, Herman Tino, M Daud Kilau, Wann, Siti Nurhaliza, Nuraniza Idris, M Nasir, Sheqal, Black Dog Bone, Zainal Abidin, Susan Lankester, Khatijah lbrahim, Latif Ibrahim, Rahim Maarof, Liza Abduilah, Khairul Khamis, Azizul Khamis, Ebnor Riza, Ramlah Rarn, Dr Sam, KOOL, Amir, U.Ks, Alleycats, Maman, Man Bai, Gersang, Orkestra Filharmonik Khazakstan (yang mempersembahkan lagu-lagu P Ramlee dalam bentuk filharmonik, Orkestra RTM dan Orkes Kombo RTM (yang banyak merakamkan lagu-lagu Melayu asli), Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kumpulan muzik dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK), kumpulan muzik Institut Teknologi Seni Melaka, kumpulan muzik Kompleks Budaya Negara, kumpulan gamelan dan muzik Melayu asli persendirian dan banyak lagi tokoh terkemuka zaman ini.
Dari negara jiran, Indonesia pula terdapat penyanyi-penyanyi terkenal seperti Hetty Koes Endang, Titiek Puspa, Ivonilakrishna, Tiar Ramon, Alfian, Gesang (yang terkenal dengan lagu Bengawan Solo), Mus Mulyadi, S Efendi, Aneke Gronlo (penyanyi ketutunan Belanda yang dilahir dan menetap di Indonesia), D’Lloyd, dan banyak lagi, yang mungkin tidak dikenali kita oleh sebab berita mengenai mereka tidak disebar luas di negara kita, dati dari beratus-ratus pencipta dan penyanyi serta kumpulan lagu Melayu asli yang giat di sana, cuma beberapa sahaja yang dikenali kita.
Di kepulauan Riau – Lingga pula terdapa satu kegiatan penciptaan dan rakaman muzik Melayu asli yang baik. Lagu dendangan mereka mirip lagu Melayu asli kita, tetapi kaset atau cekera padat mereka tidak dijuai di sini.
Sementara di utara Sumatra terdapat banyak penyanyi dan kumpulan lagu Melayu asli yang tidak terkenal di negara kita. Mungkin juga di pulau-pulau lain di seluruh Republik Indonesia terdapat jenis muzik Melayu asli yang belum diterokai dan diketahui unum. Ini amat memerlukan penyelidikan yang gigih. 
Untuk ini saya syorkan mata pelajaran di institusi pengajian tinggi yang mempunyai pengajian dalam bidang seni muzik seperti di ASK, USM, UM, UPM, UKM, ITM dan lain-iain memuatkan pengajian penyelidikan dalam muzik Melayu asli. Maklumat yang bakal disimpan dan diselidik boleh menjadi bahan rujukan untuk penuntut-penuntut dan peminat di masa-masa depan, sekaligus memberi mereka maklumat yang berguna, dan boleh memberi kebanggaan masyarakat.
Ini tidak termasuk kumpulan dan penyanyi lain di negara Brunei, Selatan Siam, Selatan Filipina dan kepulauan Melayu lain di seluruh Nusantara yang sudah tentunya mempunyai jenis muzik Melayu asli mereka yang lain dari kita, tetapi mempunyai akar-umbi yang sama.
Kesemuanya mereka mendapat dorongan dari tokoh-tokoh pencipta dan penghibur yang lebih awal dari mereka yang mana telah menghasilkan banyak lagu Melayu asli khususnya untuk filem-filem keluaran studio di Singapura.
Lagu-lagu filem yang telah dicipta oleh pencipta upahan atau berkontrak dengan studio-studio di Singapura ketika itu menampiikan lagu-lagu Melayu asli yang tidak mempunyai tandingannya sehingga sekarang.
Lagu-lagu yang dimuatkan dalam filem-filem ketika itu mendekati lagu Melayu asli tulen. Dan sehingga sekarang, jenis lagu ini tidak boleh disamai dengan lagu-lagu asli Melayu ciptaan pencipta sekarang.
Jadi, sebaik-baiknya kiia menklasitikasikan lagu-lagu filem ini sebagai lagu asli Melayu yang sebenar, sedangkan lagu-lagu asli Melayu yang dicipta sekarang itli sebagai lagu Melayu  asli kontemporari.
Oleh yang demikian tiada seorangpun boleh berata bahawa tahab penciptaan lagu asli Melayu sekarang rendah mutunya jika dibandingkan dengan lagu asli Melayu lama. Ini disebabkan pencipta lagu Melayu asli zaman studio di Singapura dan sebelum itu, dipengaruhi oleh keadaan dan alat-alat yang mereka gunakan pula membantu membentuk jenis rentak dan irama yang telah diperkenalkan.
Sekarang ini pencipta kita berusia muda, dan rnereka lebih gigih mahu mencipta lagu-lagu Melayu asli dengan mengguna sebanyak eiemen yang mungkin, seperti apa yang berlaku sekarang.
Lagu seperti ‘Cindai’, ‘Keroncong untuk Anna’, ‘Mustika’, ‘Andalusa’, ‘Dikir Cinta’, ‘Ghazal untuk Rabeah’, ‘Itik gemboh-gemboh’, ‘Dikir cinta’ boleh dikatakan jauh berbeza dengan lagu Melayu asli lama.
Kalau perusahaan filem tidak wujud ketika itu, kita sudah pasti banyak lagu-lagu rendak Melayu asli yang masih kedengaran sekarang khususnya yang disiarkan oleh stesen seperti Radio lrama Melayu Asli (RIMA) dan lain-lain tidak akan wujud.
Cuma penyanyi R Azmi dan Jasni sahaja, nampaknya yang benar-benar menyanyi khusus sebagai penyanyi dan tidak pernah muncul sebagai peiakun dalam mana-mana filem.
Mereka kini boleh dianggap sebagai penyanyi Melayu era lama yang paling tulen, walaupun jenis nyanyiannya ialah dalam rentak ala India. Berbeza dengan P Ramlee atau mana-mana penyanyi lain yang turut berlakun dalam filem dari menyanyi untuk memenuhi keperluan dalam filem yang dilakunkan.
Malah boleh dikatakan bahawa P Ramlee tidak pernah merakam lagu khusus tanpa digunakan dalam filem.
Berbanding dengan penyanyi-penyanyi lain yang bernyanyi oleh sebab mereka berlakun dalam filem-­filem yang dikeluarkan ketika itu, dan adalah menjadi lazimnya, pelakun lelaki dan perempuan utama dimestikan menyanyi, mengikui formula filem-filem India yang mana telah mempengaruhi perusahaan filem Melayu awal dulu.
Penyanyi-penyanyi lain seangkatan dengan R Azmi termasuk Rokiah, Jasni, Zaharah Agus, Momo Latif, Normadiah, Aziz Jaafar, Aziz Sattar, Abduilah Chik, Rosiah Chik, P Ramlee, Saloma, Aspalela Abduilah, Kamariah Noor, Hamzah Dolmat, Fadzil Ahmad, Wahid Satay, Mat Sentul, Minah Yem, Ahmad B dan ramai lagi yang mana telah mewarnai muzik zaman perusahaan filem Melayu di Singapura dan selepas itu.
Kita juga tidak boleh melupakan semua mereka yang giat dalam bidang seni muzik tradisional atau Melayu asli dengan menubuhkan kumpulan-kumpulan yang mengadakan persembahan di acara perkahwinan dan rasmi kerajaan, yang mana tidak pernah membuat rakaman album untuk mengabadikan persembahan dan ciptaan mereka.
Mereka ini juga memberi sumbangan kepada populariti muzik Melayu asli sehingga kini tanpa memikir samada jasa mereka akan dikenang atau tidak. Mereka ini telah menubuhkan kumpulan-kumpulan boria, keroncong, lagu asli, ghazal, makyong, bangsawan dan sebagainya di semua negeri-negeri di negara kita.
Ada yang pernah membuat persembahan di televisyen, atau menyertai pertandingan anjuran Radio Malaysia dan memenangi anugerah tetapi ticiak membuat album, seperti Bachik Bakar dari Melaka yang telah memenangi beberapa kali pertandingan lagu Asli anjuran Radio Malaysia yang pernah diadakan setiap tahun lama dulu, tetapi telah diberhentikan.
Mungkin sudah tiba masanya untuk Radio Malaysia menghidupkan semula pertandingan seperti itu, sebab ia betjaya mengalak orang terlibat dalam bidang muzik Melayu asli, dan memperbanyakkan khazanah muzik ini yang sudah pasti akan diterima sebagai khazanah muzik tradisional Melayu.
Kalau ini tidak dilakukan, nescaya masyarakat umum, khususnya bukan Melayu akan menganggap bahawa muzik tradisionai Melayu kian pupus, walhal ia tetap giat dan hidup.
Dulu RTM mengadakan siri seperti ‘Aslirama’ dan banyak lagi rancangan khas untuk persembahan muzik Melayu asli yang mendapat sambutan. Dan radio-radio disetiap negeri mempersembahkan rancangan seumpama itu dengan menjemput penyanyi dan kumpulan untuk memberi persembahan, seperti ghazal di Johor, dondang sayang di Melaka, atau boria di Pulau Pinang dan dikir barat di Kelantan.
Tetapi sekarang ini, nampaknnya rancangan seperti itu kurang diadakan. Sudah tiba masanya bagai pihak berkenaan mengembalikan semula rancangan-rancangan menarik seperti itu, sebabnya iatah rancangan seperti ini penuh bermakna. Ia boleh memupuk minat orang ramai terhadap muzik jenis ini, dan mempopularkan lagu-lagu yang dipersembahkan.
Mungkin juga sesuai dan penting kalau pertandingan di peringkat negeri-negeri dan kebangsaan diadakan khusus untuk muzik seperti itu dengan menggalakkan pencipta dan penyanyi mengemukakan karya baru untuk mengayakan lagi khazanah bangsa.
Sekarang ini pihak stesen televisyen dan radio swasta khasnya gah untuk mengadakan rancangan-­rancangan khusus untuk pesembahan muzik moden seperti pop, rock dan rap sebenarnya tidak sihat. Ia harusnya dikurangkan supaya akhirnya nanti minat orang ramai terhadap muzik seperti ini pudar, dan artis-artis yang ghairah dengan muzik seperti ini akan berhenti dari menyanyi dan melaungkan lagu-lagu yang membingitkan telinga.
Katau kita kaji, kita akan mendapati bahawa lagu asli Melayu sebenarnya tidak boleh dipisahkan dengan jiwa orang Melayu itu sendiri. Oleh yang demikian, walaupun anak muda mahu menolaknya untuk cuba meminati lagu-lagu yang dipengaruhi dari kumpulan pop, rock dan ‘heavy metal’ barat, namun mereka akan tetap kembali ke pangkal jalan semula, seperti yang berlaku sekarang.
Ini disebabkan pengaruh lagu Melayu asli itu sebenarnya menolak daripada jiwa Melayu. Ia bagai irama dan lagu… Dan renrak lagu Melayu asli inilah yang akhirnya memberi banyak erti kepada semua pencipta, penyanyi dan pemuzik Melayu sekarang dan perusahaan muzik Malaysia keseluruhannya akan dinilai dengan ini.
Siti Nurhaliza, Noraniza idris, Jamal Abdilah, Zainal Abidin, KOOL, Sharifah Aini, To’Ki, Sidi dan iain-iain penyanyi dan kumpulan tempatan sekarang asyik mempersembankan lagu-lagu dalam rentak ini, disamping pencipta dan penyanyi lain termasuk M Nasir yang tidak putus-putus menampilkan hasil dari pelbagai unsur pengaruh hingga ke pelusuk dunia ke Andalusia selepas berkeroncong dalam ‘Mustika’ dia menjelajah ke Sepanyol di zaman al-Andalusia semasa Islam berkuasa di negara itu.
Pengaruh alam semulajadi, sebenarnya memainkan peranan penting dalam lagu Melayu asli.
Sejarah lagu Melayu asli mungkin berpunca dari dodoi anak ke gurindam, seloka atau pantun, yang mempunyai irama dan nada yang dialunkan ketika pujangga menderita, tersiksa atau beria-ia gembira tidak terhingga. Kesemuanya jenis nyanyian ini tidak diiringi oleh sebarang alat muzik, cuma dengan alunan nada suara sahaja bercorak improvisasi tetapi mengikut irama yang tersusun dan diterima khas untuk kategori-kategori tersebut.
Syaer Melayu lama mempunyai irama yang berlebih-lebihan. Ia membawa gurindam, seloka dan pantun itu ke satu tahab lagi dalam pembentukan lagu Melayu asli. Dan nyanyiannya memerlukan tahab pencapaian pada suara yang agak tinggi. Ia berbeza dengan dodoi anak yang boleh dinyanyikan oleh mana-mana ibu untuk mendodoi anak mereka supaya lena. Namun demikian ia tetap memerlukan sedikit kecekapan untuk mengalunkan satu dodoi yang berkesan; kalau tidak, sudah pasti bayi yang mahu dilenakan itu tidak akan berbuat demikian dan mungkin akan menanggis, iaitu kalau dodoinya terlalu buruk.
Dengan kehadiran ugama Islam, rentak Arab yang lebih yunik meresap ke dalam dunia pujangga kita, dan kini terdengar rentak zapin dan iain-iain.
Kalau dulu, alat muzik cuma mulut yang menyanyikan lagu-lagu itu secara vokal, tetapi kini kini sudah mempunyai gendang yang dipalu alat seperti rebana, kompang dan gambus.
Ini ditambah pula dengan seruling bambu yang mengasyikkan banyak anak muda ketika itu, membuat lagu Melayu asli kian terbentuk seperti hampir apa yang kita ketahui sekarang ini.
Lagu Melayu asli kini menjadi satu persembahan di istana, dan ada penyanyi lelaki dan perempuan yang berbalas-balas pantun serta berjenaka untuk menghiburkan sultan dan kaum bangsawan serta tetamu diraja.
Rentaknya telah mul menampakkan rentak lagu Melayu asli dengan paluan gendang dan tiupan seruling bambu yang dengan secara tidak langsung mengalakkan pembentukkan nada dan irama dalam berbagai-bagai jenis.
Pengaruh Potugis yang membawa tarian yang kita kenali sebagai jogei, ronggeng dan nyanyian dondang sayang telah diubah suai untuk menjadi jenis persembahan dan muzik Melayu asli.
Tetapi, perkembangan muzik Melayu asli sebenarnya berubah menjadi begitu hebat sekali apabila alat muzik barat diguna seperti gitar, deram, bila, dan trampet. Ini berlaku dalam dekad 1880an di Kepulauan Riau di Indonesia.
Sultan Riau ketika itu, Sultan Muhammad ke-empat telah begitu tertarik sekali dengan persembahan muzik oleh kunpulan yang didatangkan dari Belanda olen Residen Belanda di pulau itu dalam satu acara rasmi di rumah residen yang memainkan lagu-lagu mereka dengan mengguna alat muzik seperti gitar, dram, dan biola.
Sultan Muhammad bertanyakan kepada residen Belanda tentang hasratnya uutuk memberi latihan muzik kepada anak-anak Melayu supaya mereka boleh memainkan alat-alat muzik Eropah dan boleh mempersembahkan muzik Melayu asli pula.
Ternyata sekali, muzik Melayu asli menjadi lebih hebat dengan dimasukkan alat muzik seperti gitar, drain, trampet dan biola.
Tidak dinatikan bahawa dengan adanya alat-alat barat ini pencipta dan penyanyi di Pulau Jawa telah berjaya mewujudkan satu jenis nyanyian yang dinama keroncong, yang mana telah diilhamkan dari muzik gamelan. Yang membezakan keroncong dengan gamelan ialah keroncong mempunyai melodi dan nyanyian iringan dan mengikut pula format muzik barat.
Sementara gamelan sehingga kini masih terhad dengan alat-alat asal tanpa menerima alat muzik moden dan dari persembahannya tetap seperti dulu, wataupun mereka terus mencipta lagu-lagu baru, dan membuat rakaman pita untuk pasaran.
Alat-alat muzik ini dengan sendirinya menggaiaickan pujangga dan pencipta Melayu ketika itu meluaskan bidang muzik Melayu asli yang sebelum ini tidak boleh diiakukan, sebab ia terhad dengan kemampuan alat-alat muzik asas yang digunakan sebeium itu seperti gendang dan seruling bambu, yang mana tidak memberi kesempatan penciptaan nada-nada yang lain.
Dan dalam dekad-dekad kebelakangan ini dengan adanya peralatan yang lebih hebat seperti ‘synetnesizer’ dan sistem studio rakaman yang canggih, maka tercetus ilham para pencipta  muda kita untuk mencipta lagu-lagu Melayu asli jenis kontemporari yang menggguna irama dari pelbagai jenis muzik Melayu asli seperti yang telah dikatakan awal karangan ini, dalam pelbagai jenis kombinasi dan pemutasi sehingga berjaya melahirkan lagu-lagu yang hebat dan diterima oleh masyarakat Melayu dan bukan Melayu.
Adalah diharapkan agar satu usaha dapat diadakan oleh kerajaan atau swasta untuk menwujuakan satu Dewan Kemasyuran Muzik Melayu Asli (Melayu Asli Music Hall of Fame) bagi mengenang jasa dan pengelibatan tokoh dan lagenda dalam bidang ini yang telah banyak memberi sumbangan yang tidak terhingga nilainya terhadap perkembangan rnuzik Melayu asli.
Sebab kalau ini tidak dapat dilakukan, maka perkembangan itu tidak dapat bertahan, dan digalakkan seterusnya untuk rnencapai ke tahab kejayaan yang lebih tinggi, disamping menengahkannya ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa supaya Bangsa Melayu boleh dikenali dengan muzik Melayu asli ini dan tidak lain.




Tiada ulasan: